Anda di halaman 1dari 3

TREATMENT

Scene di taman

1. Noah berjalan-jalan di taman seorang diri.

2. Noah terlihat seorang wanita bersama seorang budak di taman.

3. Noah berjalan ke arah wanita itu.

4. Noah berkenalan dengan wanita yang bernama Zakiah dan budak kecik bernama
Abu.

5. Noah mengajak Zakiah dan Abu berjalan-jalan di sekitar kawasan taman.

6. Zakiah menerima panggilan telefon.

7. Zakiah meminta diri pulang dan meninggalkan Noah seorang diri di taman.

Scene di rumah

8. Noah duduk termenung di ruang tamu.

9. Noah mengenangkan pertemuannya dengan Zakiah di taman.

Scene di taman

10. Noah berjalan di taman pada waktu petang.

11. Noah terjumpa dengan Zakiah dan Abu sekali lagi di taman.

12. Noah berlari-lari di taman dengan Abu.

13. Zakiah memerhati Noah yang suka melayan Abu.

14. Noah berpandangan mata dengan Zakiah dan membiarkan Abu bermain seorang
diri.

15. Seorang lelaki berjalan ke arah Noah dan Zakiah yang sedang berbual di taman.

16. Abu berlari ke arah lelaki itu dan terus memeluk lelaki itu.

17. Lelaki itu berjalan ke arah Zakiah sambil memegang tangan Abu.
18. Noah berasa hairan melihat lelaki itu berjalan ke arah Zakiah.

19. Zakiah memperkenalkan lelaki itu ke Noah.

20. Lelaki yang bernama Ryan memperkenalkan diri sebagai suami kepada Zakiah.

21. Zakiah, Abu dan Ryan berjalan meninggalkan Noah seorang diri di taman.

22. Noah berasa kecewa dan terus berjalan meninggalkan tanam.

SINOPSIS

Mengisahkan seorang pemuda bernama Noah yang jatuh cinta kepada seorang wanita
bernama Zakiah. Mereka terjumpa di sebuah taman dan perjumpaan itu semakin kerap.
Noah rapat dengan seorang budak kecik bernama Abu yang selalu bersama dengan
Zakiah di taman. Noah jatuh cinta dengan Zakiah dalam diam dan sanggup
melakukan apa sahaja yang Zakiah minta. Tiba-tiba datang seorang lelaki bernama
Ryan memperkenalkan diri sebagai suami Zakiah dan budak kecik yang selalu Zakiah
bawa adalah anak dia. Noah kecewa dan tidak menyangka Zakiah sudah berkahwin
kerana terlihat muda dan cantik.

WATAK

1. Noah

a) Seorang pemuda yang baik hati dan peramah

b) Jatuh cinta kepada Zakiah

c) Suka dengan kanak-kanak

2. Zakiah

a) Seorang wanita muda dan cantik


b) Seorang yang peramah

c) Mempunyai seorang anak dan suami

3. Abu

a) Seorang anak kecik yang peramah

b) Suka bermain dengan Noah

4. Ryan

a) Suami kepada Zakiah

b) Seorang yang tegas dan sedikit sombong