Anda di halaman 1dari 6

PENULISAN ESEI: RASM UTHMANI DAN DHABT AL-QURAN

Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia. Sebuah kitab yang


mengandungi mukjizat dan merangkumi semua aspek kehidupan dari segi tauhid,
hukum, keindahan bahasa, syariat, ilmu pengetahuan dan sejarah. Sebagaimana
disebutkan dalam firman-Nya:

"…(Inilah) Kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi kemudian dijelaskan


secara terperinci, (yang diturunkan) dari sisi (Allah) Yang Mahabijaksana, Mahateliti”
(Surah Hud: 1)

Sesungguhnya melalui ayat tersebut dapat dijelaskan bahawa ayat-ayat Al-


Quran disusun dengan teliti dan terperinci seperti yang telah ditetapkan oleh yang Maha
Bijaksana. Menuru Abdul Kadir Leong (2001), Al-Quran didefinisikan sebagai
kalamullah yang ditulis dalam mashaf yang mengandungi mukjizat dan diturunkan
kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril A.S.
seterusnya dipindahkan kepada kita secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan
membacanya. Jika diselidiki sejarah penulisan Al-Quran, ia memainkan peranan
penting dalam menceritakan semula kisah-kisah perjalanan panjang proses penulisan
kitab suci ini bagi memudahkan pembacanya dalam mentilawah ayat demi ayat
sehingga lahirnya Al-Quran Rasm Uthmani.

Menurut Syeikh Abd al-Mun’im Kamil Syair di dalam kitab beliau Al-I’jaz al-
Qur’ani fi al-Rasm al-Uthman menyatakan bahawa Rasm Uthmani merupakan cara
penulisan perkataan-perkataan al-Quran pada mushaf-mushaf yang ditulis oleh para
sahabat di zaman pemerintahan Uthman ibn Affan R.A, dan dihantar ke negara-negara
Islam. Maka oleh itu, dinamakan kaedah ini dengan Rasm Uthmani sebagai sandaran
kepada Uthman ibn Affan R.A atas perintah beliau untuk menulis semula ayat-ayat al-
Quran ketika berlakunya perselisihan bacaan di kalangan umat Islam yang begitu ketara.

Seperti yang diketahui, sejarah penulisan Al-Quran bermula sejak Al-Quran


diturunkan dan terbahagi kepada dua iaitu dari segi sejarah penulisan (Rasm) dan
sejarah penandaan (Dhabt). Bermula pada zaman Rasulullah SAW sehingga zaman
pemerintahan Saidina Umar R.A, hanya melibatkan sejarah penulisan (Rasm) Al-Quran
kerana belum diletakkan sebarang tanda kerana pada zaman tersebut lebih tertumpu
kepada hafalan. Manakala, pengumpulan mushaf Al-Quran yang pertama dilakukan
adalah untuk memelihara Al-Quran daripada lupus apabila 70 orang huffaz telah syahid
ketika perang Yamamah. Namun, pada zaman Khalifah Uthman R.A berlakunya
perbezaan bacaan Al-Quran kerana perluasan wilayah Islam
yang mewujudkan perselisihan dalam kalangan umat Islam. Bagi menyatukan semula
umat Islam, Khalifah Uthman R.A telah mengarahkan Zaid Bin Thabit sebagai ketua
dalam menyusun satu mashaf Al-Quran yang seragam dari segi ejaan dan tulisan serta
menyatukan bacaan dan tertib surah-surah. Mushaf itu disusun berpandukan kepada
bacaan para Qurra' dan ditulis mengikut bahasa orang Quraisy kerana Nabi Muhammad
SAW merupakan seorang yang berbangsa Arab Quraisy. Manakala sejarah penandaan
(Dhabt) Al-Quran Rasm Uthmani pula bermula pada zaman Khalifah Marwan bin Al-
Hakam (pemerintah Bani Umaiyyah) apabila ulama -ulama Al-Quran telah mencipta
bentuk-bentuk tanda bagi memudahkan pembacaan Al-Quran terutama kepada orang
bukan Arab. Usaha ini dipelopori oleh Abu Aswad ad-Du`ali. Akhirnya terhasillah dan
bertebaranlah apa yang dinamakan Mashaf Uthmani ke seluruh dunia yang menjadi
panduan umat Islam yang paling utama hingga hari ini.

Maka tidak hairanlah keagungan Rasm Uthmani ini dapat dilihat sehingga ianya
diambil berat dan didalami keilmuannya khususnya apabila hendak menulis dan
membaca Al-Quran. Antaranya ialah Rasm Uthmani mempunyai keistimewaan
menerusi hubungkaitnya dengan perbezaan qiraat yang pelbagai di dalam Al-Quran.
Oleh itu, penulisan qiraat yang pelbagai ini perlu diseragamkan agar dapat dibaca dalam
berbagai-bagai bentuk qiraat dan menjadi rujukan utama umat Islam agar tidak terkeliru
dengan kalam Allah S.W.T. Kelebihan Rasm Uthmani ini juga diakui oleh Rasulullah
SAW menerusi hadis Baginda:

‫ "أ َ ْق َرأ َ ِنى‬: ‫سلَّ َم‬


َ ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو‬
َ ِ‫س ْو ُل هللا‬ ُ ‫ قَا َل َر‬،‫عبَّاس قَا َل‬ َ ‫ِم ْن اِب ُْن‬
َ ‫ فَلَ ْم أَزَ ْل أ َ ْست َ ِز ْيدُهُ َو يَ ِز ْيدُنِى َحتَّى ا ْنت َ َهى اِلَى‬,ُ‫ِجب ِْر ْي ُل َعلَى َح ْرفٍ فَ َرا َج ْعتُه‬
‫س ْب َع ِة‬
) ‫(رواه البخاري والمسلم‬." ٍ‫أ َ ْح ُرف‬
“Daripada Ibn Abbas, Rasulullah berkata: “Jibril membacakan (Al-Qur’an)
kepadaku dengan satu huruf. Kemudian berulangkali aku mendesak dan meminta agar
huruf itu ditambah, dan ia pun menambahnya kepada ku sampai dengan tujuh huruf.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

Selain itu, kelebihan Rasm Uthmani juga ialah penulisannya bersifat Tauqifi.
Bersifat Tauqifi bermaksud bahawa tulisan yang mengikut tulisan yang ditulis pada
zaman Rasulullah SAW. Hal ini berdasarkan sejarah Islam apabila Rasulullah SAW
melakukan semakan terakhir al-Quran dengan malaikat Jibril dan telah ditulis oleh Zaid
b Thabit dan seterusnya dikumpul ketika zaman Saidina Abu Bakar dan Saidina
Uthman. Maka ayat al-Quran yang diturunkan semasa hayat Nabi tetapi tidak
dibentangkan semasa pembentangan terakhir adalah sebagai ayat yang dimansuhkan
tulisannya tidak ditulis pada mushaf Al-Quran Rasm Uthmani. Hal ini sesuai dengan
firman Allah SWT:

Sesungguhnya Kami yang akan mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu),


dan membacakannya. Oleh itu, apabila Kami telah selesai membacakannya (kepadamu,
dengan perantaraan Jibril), maka ikutilah bacaannya itu. (Surah Al-Qiyamah: ayat 17-
18)

Bukan itu sahaja, Rasm Uthmani juga mempunyai keunikan yang luar biasa
kerana ianya merupakan salah satu rukun bacaan Al-Quran. Hal ini melalui kesepakatan
ulama dalam rukun bacaan Al-Quran yang merangkumi tiga perkara dan salah satunya
ialah bacaannya menepati salah satu daripada mushaf-mushaf Uthmani sama ada yang
dihantar ke Mekah, Madinah, Kufah, Basrah, Syam atau pun mushaf Imam yang
disimpan oleh Saidina Uthman R.A sendiri.

Namun begitu, masyarakat kini kurang mendalami rahsia penulisan Rasm


Uthmani dari segi Nuqat Al-Arab dan Dhabt Al-Ajam. Dhabt Al-Arab ialah suatu tanda
yang menunjukkan harakah (baris), sukun (mati), syadd (sabdu), mad (panjang) dan
sebagainya. Ia dinamakan dengan Nuqat Al-Arab (Sebutan Arab) sebagai panduan
sebutan baris huruf yang tepat dalam kalangan orang Arab yang sudah mengenal huruf-
huruf hijaiyah. Namun, Dhabt Al-Ajam (Penulisan orang bukan Arab) pula sebagai
panduan kepada orang ‘Ajam’ dalam menentukan dan membezakan zat-zat huruf dari
segi membezakan antara huruf mu’jam dan muhmal seperti kedudukan titik dan
bilangan titik. Huruf mu’jam terdiri daripada 15 huruf iaitu

)‫ي‬,‫ن‬,‫ق‬,‫ف‬,‫غ‬,‫ظ‬,‫ض‬,‫ش‬,‫ز‬,‫ذ‬,‫خ‬,‫ج‬,‫ث‬,‫ت‬,‫(ب‬. Manakala, huruf muhmal pula

terdiri daripada 13 huruf iaitu huruf selain daripada huruf mu’jam. Hasilnya terciptalah
mushaf Al-Quran Rasm Uthmani yang dilengkapi dengan Nuqat Al-Arab dan Dhabt
Al-A’jam yang diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat kini.

Kesimpulannya, tidak dapat disangkal lagi bahawa Al-Quran Rasm Uthmani


mempunyai keunikan tersendiri sehinggakan sukar diperkatakan. Berdasarkan realiti
dan apa yang dikaji oleh ulama maka sebahagian besar di kalangan mereka berpendapat
bahawa Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan yang wajib dan dipelihara dan
diamalkan. Di samping itu, para ulama juga menyedarkan kita bahawa rasm tersebut
sememangnya merupakan wahyu daripada Allah SWT. Sekiranya ia hanyalah
merupakan ijtihad para sahabat semata-mata, maka sudah tentu, huruf-huruf Al Quran
itu bukannya satu mukjizat dan seterusnya mendedahkan Al-Quran kepada perubahan
dan penyelewengan. Maka menjadi kewajipan kita dalam bersama-sama memelihara
Kalamullah ini dalam satu usaha menyatakan cinta kita terhadap Allah, Al-Quran dan
agama Islam.

(1016 Patah Perkataan)


RUJUKAN

Al-Quran Al Karim.

Abdul Kadir Leong. 2001. Tajwid Al-Qur'an Rasm Uthmani. Kuala Lumpur: Pustaka

Salam.

Abu Shahbah & Muhammad Muhammad. 1987. Al-Madkhal Li Dirdsah Al-Qur'dn Al

Karlm. Riyad: Dar al-Liwa'.

Abu Zaytahar & Muhammad Ahmad. 1977. Latd'if Al-Bayan Fi Rasm Al-Qur'an Sharh

Mawrid Al-Zam'dn.

Al-Qattan & MannacKhalil. 1990. Mabdhithfi 'Ulum al-Qur'an. Kaherah: Maktabah

Wahbah.

Cet. 11. 1989. Irshdd Al-Tdlibln Ild Dabt Al-Kitdb Al-Mubln. Kaherah: Maktabah al

Azhariyyah li al-Turath.

Daud Ismail Asyraf, Wan Ibrahim Wan Ahmad & Fadzli Adam. 2012. Dabt Mushaf

Uthmani. Diperoleh 3 Oktober 2018 di laman web

file:///C:/Users/OEM/Downloads/4214-241-10240-1-10-20170717.pdf

Muhammad Ali .1990. Panduan Membaca Al-Qur'an Rasm Uthmani Dan

Kelebihannya. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS), JPM.

Qari & Abd al-'Aziz Abd al-Fattah. 1992. Al-Taqrir Al-Ilml 'An Mushaf Al-Madlnah

Al-Nabawiyyah. Madinah: Mujammad al-Malik Fahd li Tabaqah al-Mushaf al-


Sharif.

Syeikh Abd al-Mun’im Kamil Syair. Al-Jihaz Al-Markazi Li Al-Kutub Al-Jamiciyyah Wa

Al-Madrasiyyah Wa Al-Wasa'il Al-Taclimiyyah. Kaherah: Maktabah Wahbah.


ISI KANDUNGAN

Penulisan Esei: Rasm Uthmani dan Dhabt Al-Quran..............................................


Definisi
Sejarah penulisan mashaf dan penandaan Al-Quran
Kelebihan Rasm Uthmani
Nuqat Al-A’rab dan Dhabt al-A’jam
Rujukan ......................................................................................................................