Anda di halaman 1dari 18

Buat Website Sendiri A to Z 2017

eBook BUAT WEBSITE SENDIRI A TO Z

Oleh: Muhammad Rafiq Bin Hasrudin

1 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017
Assalamualaikum dan Hai !

Tahniah ! Kerana anda telah memiliki E-Book Buat Website Sendiri A to Z !

Saya doakan anda semua dapat memahami dengan jelas apa yang saya akan tunjukkan
kepada anda. Baiklah, saya akan mula ajar bagaimana buat website sendiri dari A to Z. Saya
yakin jika anda betul-betul fokus apa yang saya akan ajar ni, anda boleh buat website
sendiri dalam masa 24 jam !

“ Wow, tak sabar rasanya nak belajar dengan Abang Rafiq !“

Baiklah, sebelum itu, yang beragama Islam kita mulakan dengan Bismillah.

Saya berharap ilmu ini berguna untuk semua yang baru nak memulakan pembinaan website
masin-masing.

Yang benar,

Muhammad Rafiq Bin Hasrudin

FB: Rafiq Hasrudin

Website: www.rafiqhasrudin.com

2 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017
Baik. Jom kita mulakan sekarang!

Berikut ialah tajuk step by step saya akan ajar anda:

1. Beli hosting dan domain


2. Pengenalan Wordpress
3. Memasang theme pada website
4. Buat header untuk website
5. Buat content untuk website
6. Buat footer untuk website
7. Kesimpulan

3 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

Step 1: Beli hosting dan domain

1. Pertama, anda perlu beli hosting dan domain dulu. Untuk apa hosting dan domain ?
Hosting ni macam kita punya tapak rumah lah, nak buat rumah kena ada tapak dulu
kan. Domain pulak macam alamat kita, supaya orang tahu rumah tu rumah kita.

2. Samalah macam website jugak, kena ada hosting untuk kita sebagai tapak website
kita. Domain tu alamat website kita. Contoh nama domain: berjayasunnah.com,
rafiqhasrudin.com, dan banyak lagi. Nama domain yang kita kena reka sendiri.

3. Baik cara nak beli hosting macam ni:

a. Layari: hosting24.com (atau mana2 syarikat hosting pilihan anda, ini cuma
contoh sahaja)

4 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

b. Pilih pada menu unlimited hosting

c. Pilih Silver atau Gold dan lengkapkan segala detail. Sebagai contoh, saya akan
beli hosting dan domain free dengan nama: berjayasunnah.com. Tekan
proceed.

5 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017
d. Kemudian lengkapkan detail berkenaan pembayaran dan pilih cara
pembayaran untuk beli domain, contoh saya pilih setahun. $3.99x4x12, lebih
kurang RM 191++ setahun.

e. Pilih pay by paypal (anda perlu ada account paypal jika nak bayar guna
paypal). Klik pay by paypal.

f. Siap. Settlekan pembayaran. Anda akan dapat hosting anda beserta nama
domain pilihan anda.

g. Sekarang anda akan dapat username dan password cpanel anda. (biasanya
anda akan dapat melalui email).

6 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

Step 2: Pengenalan Wordpress

1. Baik sekarang anda sudah ada hosting dan domain anda sendiri. Login ke cpanel
domain anda untuk mula buat website ! Saya akan tunjukkan anda cara untuk setup
Wordpress. Kenapa guna Wordpress? Buat masa sekarang ni, bagi saya wordpress
paling mudah dan kemas. Jadi saya pilih wordpress untuk e-Book bina website kali
ini.

2. Sekarang anda sudah sampai di admin cpanel. Anda akan dapat layout seperti di
bawah ini. Ia berbeza mengikut pilihan hosting anda. Yang ni layout bagi hosting
Syokhost. Anda pergi ke bahagian Softcaluos Apps Installer. Pilih Wordpress.

7 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

3. Anda akan lihat banyak dashboard seperti di bawah ini, pilih Install Now:

4. Anda akan masuk ke dalam bahagian software setup. Anda perlu pilih domain pilihan
anda untuk anda installkan wordpress anda, dan directory yang anda ingin setupkan.
Contoh kalau nak buat di domain http://rafiqhasrudin.com sahaja, anda perlu
KOSONGkan bahagian in directory. Kemudian di bahagian site settings, admin
account, dan language anda perlu set mengikut pilihan anda. Kemudian tekan
INSTALL.

5. Website wordpress anda siap ! Anda dah boleh mula setup wordpress anda.

8 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

Step 3: Memasang theme pada website

1. Untuk pasangkan theme, pertama kita login wordpress:


Contoh: rafiqhasrudin.com/wp-admin
Masukkan username dan password.

2. Kemudian pilih Appearance  Theme


Pilih theme mengikut kesukaan anda.
Anda boleh lihat Live Preview terlebih dahulu, kemudian tekan Activate jika
sudah memilih Theme kesukaan anda.

9 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017
3. Atau anda juga boleh memilih theme mengikut kategori pilihan anda. Anda perlu
tekan Add New  Feature filter.
4. Anda boleh memilih mengikut kategori Layout, Features, dan Subject. Dan tekan
Apply Filters.

5. Klik activate untuk memilih theme pilihan anda.

10 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

Step 4: Buat header untuk website

1. Untuk membuat header pada website, anda perlu klik Appearance  Customize 
Header Setting.

2. Di bahagian Header Setting (berbeza mengikut theme), anda pilih Site Identity.

11 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

3. Masukkan Logo, Site Title dan Tagline untuk website. Saya hanya memilih logo.

4. Tekan butang Save.

12 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

Step 5: Buat content untuk website

1. Untuk memenuhkan content di website, anda boleh menulis blog anda sendiri.
Untuk mula menulis blog di website anda, anda harus fikirkan topic-topik yang
menarik minat pembaca. Saya mencadangkan anda berkongsi tentang apa yang
anda minat, kepakaran anda, dan kesukaan anda supaya anda tidak berasa susah
apabila ingin berkongsi di blog anda.

2. Cara untuk menulis ialah dengan klik butang Post  Add New

3. Anda boleh mula menulis.

13 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017
4. Untuk memasukkan gambar, tekan butang Add Media

Klik butang “Publish”.

5. Anda boleh melihat Post-Post anda dengan menekan butang Post  All Post

14 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

Step 6: Buat footer untuk website

1. Untuk bahagian footer, anda perlu pergi ke Appearance  Customize

2. Kemudian pilih Footer Setting. Anda perlu memasukkan footer nama anda. Tekan
Save & Publish.

15 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

Step 7: Setting menu pada website

1. Untuk setting menu, anda perlu pergi ke Appearance  Menu

2. Di bahagian kiri, anda boleh pilih untuk memasukkan Pages, Post, Category, atau
Link sebagai menu anda.

16 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017
3. Klik pilihan anda, dan pilih Add to Menu

4. Save Menu.

17 | www.rafiqhasrudin.com
Buat Website Sendiri A to Z 2017

KESIMPULAN
EBOOK ini adalah untuk sesiapa yang ingin belajar membangunkan website menggunakan
wordpress. Di harapkan anda semua mendapat manfaat dari eBook ini. Dan jangan lupa
kongsikan juga kepada rakan-rakan anda.

Jika ada kesempatan, saya akan siapkan pula eBook untuk peniaga-peniaga online. eBook
yang akan saya kongsikan cara-cara untuk membina website eCommerce. Nantikan ya!

Akhir kata dari saya, Selamat Maju Jaya dan Jumpa Anda Di Puncak Kejayaan !

Yang benar,

Muhammad Rafiq bin Hasrudin

FB: Rafiq Hasrudin

Website: www.rafiqhasrudin.com

18 | www.rafiqhasrudin.com

Anda mungkin juga menyukai