Anda di halaman 1dari 2

Pelaksanaan program biodesel tingkat penggunaan minyak sawit. Bincangkan.

Biodesel merujuk kepada bahan api diesel berasaskan minyak sayuran atau lemak
haiwan yang terdiri daripada rantaian panjang alkil (metil, propil atau etil) ester. Biodesel
bertujuan untuk digunakan dalam enjin diesel piawaian dan dengan itu berbeza daripada
minyak sayuran langsung yang digunakan sebagai bahan api enjin diesel diubah suai.

Program biodiesel sawit bukanlah sesuatu yang baharu bagi Malaysia di mana ia
diperkenalkan pada 2011 dengan kadar adunan B5, yakni lima peratus biodiesel sawit
dengan 95 peratus diesel petroleum. Tatkala ini, kadar adunan yang terdapat di stesen
minyak di selurh negara adalah B7, iaitu tujuh peratus biodiesel sawit dengan 93 peratus
diesel petroleum di bawah program B7 di sektor pengangkutan manakala sektor industri
masih kekal menggunakan diesel biasa (B0). Untuk makluman, biodiesel B7 telah
diperkenalkan di Malaysia pada Disember 2014, dan dipasarkan di seantero negara
sepenuhnya pada Disember 2015.

Pelaksanaan program Biodiesel B10, iaitu campuran 10 peratus kandungan minyak


sawit, akan meningkatkan penggunaan domestik minyak sawit, akan meningkatkan
penggunaan domestik minyak sawit dan membantu mengurangkan lebihan stok di pasaran
global. Penjualan biodiesel B10 ini adalah hasi program biodiesel Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi (KPPK) selari dengan polisi Dasar Bahan Api Bio Negara.

Menurut Menteri Industri Utama, Teresa Kok, peningkatan penggunaan minyak sawit
mentah (MSM) domestik akan dapat membantu mengurangkan stok semasa yang tinggi
serta menaikkan harga MSM dampak daripada permintaan yang tinggi sekali gus dapat
menjana pendapatan pekebun kecil hasil kenaikan harga buah tandan segar.

Dr Mahathir berkata, pelaksanaan Program B10 adalah tepat pada masa ini
memandangkan harga biodiesel sawit yang rendah berbanding dengan petroleum.
“Sehubungan itu, industri sawit di Malaysia digesa untuk berani meneroka pasaran baru dan
membuktikan di mana dunia bahawa kualiti minyak sawit Malaysia adalah antara yang
terbaik,” katanya. Malaysia sebagai salah satu pengeluar utama minyak sawit memainkan
peranan signifikan untuk memastikan komoditi ini mendapat sambutan yang baik di kaca
mata dunia, termasuk penggunaan minyak sawit sebagai biobahan api.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok mengatakan bahawa kerajaan akan


melaksanakan program B10 itu secara berperingkat bermula 1 Disember ini sebelum
pelaksanaannya secara mandatori pada 1 Februari tahun depan dalam usaha menyokong
harga minyak sawit yang menyusut ke paras RM 2000 satu tan. “Ini adalah masa terbaik
untuk melaksanakan perluasan program biodiesel yang ditangguhkan sejak 2016. Modus
operandi ini akan menggalakkan penggunaan minyak sawit domestik kerana ia dijangka
menggunakan 761,000 tan minyak sawit setahun serta menyumbang kepada pengurangan
pelepasan gas rumah hijau (GHG).

Peningkatan penggunaan minyak sawit mentah (MSM) domestik akan membantu


mengurangkan stok semasa yang tinggi serta menaikkan harga MSM sekali gus memberi
manfaat kepada pekebun kecil,”katanya pada majlis pengumuman Program Biodiesel B10
dan B7 untuk sektor Pengangkutan dan Industri.

Pelaksanaan biodiesel dijangka dapat menjimatkan kos pengimportan diesel


sebanyak RM 1.64 bilion setahun melalui penggantian kepada biodiesel sawit sebanyak RM
761,000 tan setahun. Bagi melaksanakan inisiatif itu, syarikat petroleum mempunyai tempoh
masa dua bulan untuk peralihan daripada biodiesel B7 sedia ada kepada B10.

Walau bagaimanapun, stesen minyak di tanah tinggi seperti Cameron Highlands dan
Genting Highlands di Pahang, serta Kundasang di Sabah akan dikecualikan daripada
menjual biodiesel B10 secara runcit.

Akhir sekali, kerajaan yakin penggunaan biodiesel tidak akan menjejaskan enjin
kenderaan atau memberi kesan kepada penyelenggaraan kenderaan berjadual berikutan
percubaan B10 yang dijalankan MPOB sebelum ini.

Walhasil, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa pelaksanaan program
biodiesel dapat meningkat penggunaan minyak sawit. Justeru, marilah kita bersama-sama
menadah tangan untuk menyokong segala anjakan paradigma yang diimplimentasikan oleh
kerajaan Malaysia demi masa depan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang!