Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN POST MORTEM KEJOHANAN SUKANEKA DAN

SUKAN SKBB2 2013


BERIKUT ADALAH CONTOH LAPORAN POST MORTEM KEJOHANAN SUKAN:

KEKUATAN:
1. Perancangan awal yang sistematik dan teratur.
2. Kerjasama semua guru, kakitangan dan PIBG amat baik.
3. Kerjasama antara guru rumah sukan juga amat ketara baiknya.
4. Kesepakatan Jawatankuasa Pengelola dengan semua pihak juga amat baik.
5. Jawatankuasa tahu dan memahami peranan masing-masing.
6. Dedikasi keinginan program berjalan dengan lancar dan berjaya.
7. PA sistem dan statistik berjalan dengan lancar dan baik.
8. Susunan aturcara yang teratur dan menepati masa.
9. Sistem SMS digunakan untuk penyebaran maklumat secara cepat, tepat dan terkini.
10. Pengalaman mengajar kita erti kesepakatan, kesepaduan serta fokus ke arah kecemerlangan.

KELEMAHAN:
1. Kekeliruan digarisan penamat.
2. Kekurangan tong sampah di kawasan padang.
3. Masih terdapat murid-murid yang berkeliaran keluar dari kawasan khemah rumah sukan masing-masing.
4. Acara sukaneka yang agak lama.
5. Bilangan ahli rumah sukan yang terhad menyebabkan setiap murid mengambil banyak acara.
6. Mesyuarat bersama PIBG agak lewat menyebabkan jumlah sumbangan agak kurang tahun ini.
7. Jemputan VIP tidak diuruskan dengan baik.

CADANGAN / PANDANGAN:
1. Mesyuarat PIBG mengenai sukan lebih awal supaya AJK PIBG ada ruang mencari sumbangan sukan.
2. Acara-acara yang telah dijalankan sebelum hari sukan boleh ditayangkan melalui skrin atau TV besar untuk penonton
atau ibubapa.
3. Makan tengahari untuk semua Jawatankuasa Pengelola Hari Sukan.
4. Acara 200 meter diganti dengan 100 meter di hari sukan. Mengelakkan kekeliruan digarisan penamat.
5. Wujudkan jawatankuasa sponsor/sumbangan sukan.
6. Khemah air (Sumbangan) diletakkan hampir dengan khemah rumah sukan. Mengelakkan murid berkeliaran.
7. Hadiah untuk sukaneka dalam bentuk barangan.
8. Peserta akhir di hari sukan akan dibekalkan nombor peserta dibahagian hadapan sahaja.