Anda di halaman 1dari 13

MAOG 2111

1.0 PENGENALAN

Pemeriksaan fizikal digunakan untuk untuk memeriksa kesihatan seseorang


secara menyeluruh bagi memastikan tidak mempunyai sebarang masalah perubatan
yang tidak disedari . Selain itu, persediaan perlu bila membuat ‘appointment’ dengan
perawat seperti dokumen yang berkaitan dengan sejarah perubatan dan maklumat
mengenai apa-apa ubat yang telah diambil atau sedang ambil . Pada masa ini pesakit
berpeluang untuk menyatakan atau berkongsi masalah atau gejala yang dialami dan
mendapatkan nasihat professional dari ‘Primary Care Provider(PCP)’ .

Tambahan lagi, pemeriksaan fizikal adalah ujian rutin yang dilakukan oleh
‘Primary Care Provider(PCP)’ untuk memeriksa kesihatan keseluruhan pesakit . PCP
kemungkinan seorang doctor ,seorang jururawat atau pembantu perubatan .
Pemeriksaan ini juga dikenali sebagai pemeriksaan kesihatan . Pemeriksaan fizikal
boleh diminta untuk dilakukan ke atas seseorang kerana pemeriksaan fizikal bukan
hanya dilakukan ke atas orang yang sakit .

Semasa pemeriksaan fizikal merupakan peluang terbaik untuk bertanya soalan


berkaitan kesihatan diri atau membincangkan sebarang perubahan serta masalah
yang dihadapi pada diri yang dapat dirasakan atau diperhati . Terdapat ujian yang
berbeza yang boleh dilakukan semasa pemeriksaan fizikal . Ia bergantung pada
usia,sejarah perubatan lampau dan kini begitu juga sejarah keluarga dan PCP boleh
mengesyorkan ujian tambahan .

PCP kebiasaannya memulakan pemeriksaan dengan memeriksa badan untuk


mengesan keabnormalan . Seseorang itu boleh berdiri atau duduk semasa
pemeriksaan ini . Seterusnya , perawat akan mengarahkan untuk baring bagi
memeriksa bahagian perut dan bahagian badan yang lain . Apabila melakukan ini ,
PCP akan memeriksa konsistensi ,lokasi ,saiz, kelembutan dan tekstur organ
seseorang individu itu .

Selesai pemeriksaan fizikal ,perawat akan memberikan salinan hasil ujian dan
menerangkan dengan baik dan dalam bahasa yang mudah untuk difahami . Jika
terdapat sebarang masalah ,perawat akan memberitahu apa yang perlu dilakukan dan
berkemungkinan perlu melakukan ujian lain lagi pada masa akan datang .

1
MAOG 2111

2.0 SOALAN 1

2.1 Definisi pemeriksaan fizikal

Definisi bagi pemeriksaan fizikal ialah satu proses pemeriksaan yang dilakukan
oleh pakar perubatan memeriksa badan pesakit secara menyeluruh untuk
mengenalpasti sebarang keabnormalan pada sistem badan pesakit beserta dengan
sejarah perubatan dalam menentukan diagnosis yang betul dan merancang pelan
rawatan .

Rajah 1 menunjukkan pemeriksaan ultrasound ke atas seorang ibu

2
MAOG 2111

Rajah 2 menunjukkan pemeriksaan ketinggian fundus

3.0 SOALAN 2

3.1 NYATAKAN TUJUAN PEMERIKSAAN FIZIKAL & PENGAMBILAN


SEJARAH IBU ANTENATAL

Pemeriksaan fizikal dilakukan bertujuan mengesan keabnormalan dan


mengelakkan komplikasi kehamilan . Selain itu , memantau status kesihatan serta
perkembangan tumbesaran seorang bayi .

Lagi , tujuan pemeriksaan fizikal adalah untuk memeriksa kesihatan secara


keseluruhan serta memastikan tidak mempunyai sebarang masalah perubatan yang
tidak disedari . Pemeriksaan fizikal juga bertujuan untuk membolehkan seseorang
memberitahu masalah atau simtom yang dialami dan mendapat nasihat daripada
perawat yang berkelayakan .

3
MAOG 2111

Di samping itu , pengambilan sejarah ibu antenatal juga penting . Hal ini bertujuan
menilai tahap kesihatan wanita . Pengambilan sejarah juga bagi mengenalpasti wanita
yang tergolong dalam kumpulan wanita hamil berisiko tinggi . Ini dapat dilaksanakan
melalui sejarah obstetrik dan sejarah medikal kini dan lalu .

Rajah 3 menunjukkan borang data sejarah peribadi

4
MAOG 2111

Rajah 4 menunjukkan borang data sejarah perubatan

5
MAOG 2111

Rajah 5 menunjukkan borang sejarah peribadi

6
MAOG 2111

4.0 SOALAN 3

4.1 NYATAKAN

i. Data sejarah peribadi

Data sejarah peribadi merupakan maklumat diri yang diberi atau diperoleh . Data
sejarah peribadi sememangnya perlu sekiranya kita datang ke pusat perawatan.
Lebih-lebih lagi bagi ibu antenatal , maklumat diri sangat penting. Pengambilan
sejarah ibu antenatal bertujuan memberi peluang kepada ibu hamil dan keluarga untuk
menyuarakan pandangan dan pengalaman obstetrik lampau .

ii. Data sejarah obstetrik

Obstetrik itu sendiri adalah bidang kajian yang tertumpu pada kehamilan
,melahirkan anak dan tempoh selepas bersalin. Data sejarah obstetrik juga diperlukan
bagi memudahkan perawatan . Antara data sejarah obstetrik yang perlu ada ialah
data-data sejarah haid , kes-kes berisiko tinggi dan data sejarah maternal .

Pertama , data sejarah haid penting bagi seorang ibu untuk mengingatinya kerana
hari pertama untuk haid terakhir dapat menjangkakan tarikh anak akan lahir jika
didapati hamil dan pengiraan EDD akan dilakukan bagi memudahkan persediaan
seorang ibu untuk melahirkan . Ketepatan pengiraan EDD berlaku jika konsepsi
berlaku 14 hari dari hari pertama haid terakhir dan kitaran haid 28 hari .

Seterusnya ,Kes-kes berisiko tinggi yang perlu dipantau dan diberi perhatian lebih.
Kes primigravida memerlukan pemeriksaan terperinci . Seorang ibu yang bersalin
secara normal pada kelahiran pertama berkemungkinan akan bersalin secara normal
juga . Bagi seorang ibu yang mempunyai sejarah kejadian seperti kematian neonatal
,SGA,IUGR dan bayi macrosomia ,keabnormalan kongenital ,rhesus-iso-imunisasi
HPT akibat kehamilan (PIH) , kejadian keguguran spontan(Spontaneous Abortion
),kelahiran pramatang (premature) ,sejarah pembedahan (LSCS) dam pendarahan
ante / post partum .

Akhir sekali , sejarah maternal sangat penting dan diberi perhatian lebih . Antara
contoh, penyakit jantung ,jangkitan trek urinari ,sejarah DVT atau embolisme

7
MAOG 2111

pulmonary ,penyakit kronik seperti D.M , sejarah ketidaksuburan ,keabnormalan


uterus seperti fibroid dan merokok melebihi 10 batang sehari .

iii. Kepentingan sejarah peribadi ibu antenatal

Kepentingan sejarah peribadi ibu antenatal ialah membolehkan pemantauan


masalah perubatan dilakukan .Selain itu , masalah komplikasi kehamilan juga dapat
dikesan dan dirawat . Sejarah peribadi ibu antenatal amat penting kerana cara hidup
seorang ibu mempengaruhi bayi dalam kandungan seperti ibu yang merokok ,
minum alkohol dan mengamalkan seks bebas . Pengambilan sejarah peribadi
seorang ibu dapat memastikan jika ibu itu maternal atau tidak dan membolehkan
perawat melakukan perawatan yang sepatutnya bagi mengelakkan komplikasi
kehamilan .

5.0 SOALAN 4

5.1 Definisi LMP & Kepentingan LMP

Definisi LMP ialah last menstrual period atau hari pertama untuk haid terakhir .

Kepentingan LMP ini ialah tarikh berlakunya hari pertama untuk haid terakhir dapat
menjangkakan tarikh anak yang akan dilahirkan dan bersedia . Kepentingan
mengetahui LMP diri memang perlu ditekankan dalam diri perempuan kerana sebaik
sahaja sehari tertinggal maka ia akan menjadi sukar untuk menjangkakan kehamilan
diri seorang perempuan .

8
MAOG 2111

Rajah 6 menunjukkan kitar haid

Rajah 7 menunjukkan pusingan haid seorang perempuan

9
MAOG 2111

Rajah 8 menunjukkan kalendar dan contoh tarikh bagi seorang perempuan bagi
menjelaskan lagi kefahaman tentang LMP

6.0 SOALAN 5

6.1 Definisi EDD

Definisi EDD ialah Estimated Delivery Date atau dalam bahasa Melayunya
masa jangkaan bagi seseorang ibu untuk melahirkan . Tarikh kehamilan oleh LMP
dikira dari hari pertama tempoh haid yang terakhir . EDD oleh LMP dikira dengan
menambah 280 hari (40 minggu) hingga hari pertama tempoh haid terakhir

7.0 SOALAN 6
7.1 Puan Vyonne , LMP – 2.3.2012

Kirakan EDD Puan Vyonne


2 3 2012
+7 +9
9 12 2012
Jadual pengiraan

10
MAOG 2111

EDD = 09 . 12 . 2012

Berdasarkan jadual pengiraan di atas , tarikh last menstrual period seorang ibu
bernama puan Vyonne ialah 2 mac 2012 dan setelah pengiraan EDD ( Estimated
Delivery Date ) dibuat . EDD bagi puan Vyonne ialah 9 disember 2012 .

Rajah 9 ini menunjukkan contoh pengiraan EDD

11
MAOG 2111

8.0 RUMUSAN

Tugasan ini bertujuan bagi memberikan pelatih kefahaman yang lebih pada
tajuk yang diperoleh .

Bahagian ini akan merumuskan definisi pemeriksaan fizikal iaitu proses


pemeriksaan yang dilakukan oleh pakar perubatan memeriksa badan pesakit secara
menyeluruh .

Seterusnya, tujuan pemeriksaan fizikal iaitu bertujuan mengesan


keabnormalan dan mengelakkan komplikasi kehamilan manakala tujuan pengambilan
sejarah ibu antenatal ialah mengenalpasti wanita yang tergolong dalam kumpulan
wanita hamil berisiko tinggi .

Di samping itu , data sejarah peribadi ialah merupakan maklumat diri yang
diberi atau diperoleh manakala data sejarah obstetrik pula adalah bidang kajian yang
tertumpu pada kehamilan ,melahirkan anak dan tempoh selepas bersalin dan bagi
kepentingan sejarah peribadi ibu antenatal ialah mengesan komplikasi kehamilan .

Akhir sekali , definisi LMP ,EDD dan kepentingan LMP . Definisi LMP ialah
hari pertama untuk haid terakhir dan definisi EDD pula ialah masa jangkaan bagi
seseorang ibu untuk melahirkan manakala kepentingan LMP ialah menjangkakan
tarikh anak yang akan dilahirkan dan bersedia .

12
MAOG 2111

9.0 RUJUKAN

Carolyn Jarvis , 2015 . Laboratory Manual for Physical Examination & Health

Assessment : Elsevier Health Sciences

Lynn S. Bickley , 1995 . Bates’ pocket guide to Physical Examination and

History Taking : Wolterskluwerindia.co.in

Obstetrik & Ginekologi (MAOG 2111) :KSKB Sultan Azlan Shah

Laman Web Wikipedia , Physical Examination , Dicapai pada 19 Ogos 2017 dari

https://en.wikipedia.org/wiki/

Laman Web Blogspot , Bayi Ibu , Dicapai pada 20 Ogos 2017 dari

http://bayi-ibu.com/antenatal-check-up-pranatal-pemeriksaan/

Laman Web Blogspot , Pemeriksaan Fizikal Dan Klinikal , Dicapai pada 20

Ogos 2017 dari http://fauziahjamaludin.blogspot.my/2013/03

Laman Web Medicine.Net , Definition of LMP ,Dicapai pada 20 Ogos 2017 dari

http://www.medicinenet.com/script/main/art.asp?articlekey=13607

13