Anda di halaman 1dari 2

Ciri-Ciri Wacana

Menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketiga pula, ciri-ciri dalam
sebuah wacana yang utuh iaitu,

1. kohesi (tautan)

2. koheren (runtutan)

3. tujuan sesuatu wacana

4. penerimaan oleh pendengar atau pembaca,

5. maklumat yang terkandung,

6. keadaan yang mewujudkan wacana

7. Interteks (peranan wacana–wacana lain yang membantu pendengar atau


pembaca memahami apa yang didengar atau dibaca)

1) Tautan atau kohesi

 Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik
dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk
menghasilkan wacana yang mantap.

 Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui hubungan antara sesuatu


perkataan, frasa atau ayat dengan perkataan, frasa atau ayat lain yang
terdapat dalam wacana tersebut.

 Tautan atau kohesi

 Kohesi juga merujuk kepada idea atau esei yang dijalin rapi hingga menjadi
bersepadu.

 Kohesi juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

 Contohnya:
1. Syazwani, Siti dan Faiznur ke perpustakaan.
2. Mereka ke sana untuk meminjam buku.

 kedua-dua ayat di atas mempunyai tautan dan ia dianggap sebagai


wacana

 Runtutan atau koheren

 Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat


dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.
 Oleh itu, runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana kerana
sesuatu teks itu dianggap sebagai wacana jika teks tersebut mempunyai
makna.

 Runtutan atau koheren

 Contohnya:
Penyakit sindrom kurang daya tahan atau Aids bukanlah gejala yang
baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah.
Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini
masih tidak dapat diatasi.

 Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan


Aids, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah
menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk
membentuk wacana yang bermakna.

2) Runtutan atau koheren

 Contoh ayat-ayat yang tidak koheren:


Wanita itu membeli baju baharu bewarna biru. Warna biru ialah warna
kegemaran muda-mudi kini. Muda-mudi kini ramai yang menghadapi
masalah sosial.

 Berdasarkan teks di atas, setiap ayat mempunyai tautan. Tetapi teks tersebut
tidak merupakan wacana kerana teks tersebut tidak bermakna dan tidak
difahami. Malahan, teks tersebut tidak mempunyai kesinambungan idea
atau tidak koheren.

7) Interteks

 Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana yang


lain.

 Hal ini beerti wacana-wacana lain juga memainkan peranan penting untuk
membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca
atau didengarinya dengan mudah.

7) Interteks

 Dengan kata lain, kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana


bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau
didengarnya itu.

Anda mungkin juga menyukai