Anda di halaman 1dari 1

DOA MINGGU BAHASA MELAYU

Ya Allah , Ya Karim Ya Wadud ,

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan


kami untuk berada di Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu Peringkat
SK Seri Aman pada hari ini.

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah hari-hari yang kami lalui dimulai dengan rahmat-Mu ,


pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga
jadikanlah hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah,
pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami memohon kehadrat-Mu semoga Engkau jadikan majlis ini sebagai


satu wadah untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu
di kalangan kami. Jadikanlah juga majlis ini sebagai usaha murni kami
untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara kami .

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh


demi menghadapi cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi
pancaroba hidup alaf baru ini .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-
cara melaksanakan serta menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka
mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu juga jadikanlah kami
insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera
meninggalkannya .