Anda di halaman 1dari 14

SOLAF SET 1 2011

SKEMA SOLAF BAHASA MELAYU


SET 1, 2011
Soalan 1
Markah penuh 30:

1. Isi - 20 markah
2. Bahasa - 10 markah

(a) Isi – 20 markah


(b) Panduan mengira perkataan
Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan
 Nama khas
 Perkataan berulang
 Penggunaan kata sendi did an ke
 Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
 Gelaran
 Peribahasa
 Kata ganda
(c) Kira dan tandakan jawapan calon setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum
diperiksa
(d) Periksa jawapan calon setakat 120 perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu
diperiksa.
(e) Beri markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja.
(f) Pemberian markah:

Pendahuluan 2
Isi Tesurat 12
Isi Tersirat 4
Kesimpulan 2
JUMLAH 20

Isi 20
Bahasa 10
JUMLAH 30

 Bahasa baik / cemerlang = separuh markah isi + 1


 Bahasa Biasa = Separuh markah isi
 Bahasa Lemah (ada kelemahan) = separuh markah isi - 1
 Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat walaupun
jumlah perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah.
 Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong.

1
SOLAF SET 1 2011

SOALAN 1 : Rumusan

Pendahuluan / Pengenalan [ 2 markah ] Markah


Petikan menerangkan akibat / implikasi / impak penggunaan kata slanga dalam 2m
masyarakat.
Isi Tersurat (4 hingga 12 markah) Markah

Akibat penggunaan bahasa Melayu rocker


S1 boleh menjejaskan kedaulatan bahasa 2m
S2 memberi kesan buruk terhadap penguasaan bahasa Melayu Baku dalam 2m
kalangan pelajar
S3 sebeginilah mendatangkan kerisauan 2m
S4 mampu memudaratkan pengguna bahasa dan nilai bahasa itu 2m
S5 sering melahirkan makna yang berbeza 2m
S6 menjadi satu kebiasaan sehingga terbawa-bawa dalam perbualan dan 2m
penulisan
S7 penyelewengan bahasa makin berleluasa 2m
S8 pencemaran bahasa akan menjadi satu kebiasaan 2m
S9 akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni 2m

Isi Tersirat (4 hingga 12 markah) Markah

Cara-cara mengawal
T1 Mengadakan kempen / ceramah / seminar kesedaran akan 2m
kepentingan penggunaan bahasa Melayu Baku
T2 Mengadakan minggu bahasa Melayu /pertandingan secara meluas 2m
T3 Peranan sekolah/institusi pendidikan melarang penggunaannya 2m
T4 Media massa mengelak penggunaan kata slanga 2m
T5 pihak kerajaan/DBP memantau penggunaan kata slanga 2m
T6 Peranan NGO / Badan sukarela menjayakan kempen 2m

( Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai )

Kesimpulan [ 2 Markah ]

Kesimpulannya, semua pihak mesti mengelakkan diri daripada mengggunakan


kata slanga supaya martabat bahasa Melayu terpelihara.
2m

2
SOLAF SET 1 2011

Soalan 2

Markah penuh 35 markah dibahagikan kepada:


Soalan 2(a) : 9 markah
Soalan 2(b) : 9 markah
Soalan 2(c) : 8 markah
Soalan 2(d) : 9 markah

Perhatian bagi soalan 2(a) hingga Soalan (2d)


1. Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap/sempurna.
3. Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan jawapan itu betul, berikan
separuh (50%) daripada markah yang diperuntukkan sahaja.

Panduan Pemarkahan Soalan Pemahaman


1. Soalan 2 markah:
DESKRIPSI MARKAH

- Jawapan tepat mengikut konteks/isi cukup dan ayat gramatis 2

- Jawapan kurang tepat/isi tidak cukup 1

- Jawapan tidak tepat/ salah 0

2. Soalan 3 markah:
DESKRIPSI MARKAH

- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 3

- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 2


- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat gramatis
- Isi kurang lengkap dan ayat kurang gramatsi 1

- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tatapi ayat gramatis 0

3. Soalan 4 markah
DESKRIPSI MARKAH
- Isi cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat gramatis 4
- Isi cukup dan lengkap/relevan tetapi ayat kurang gramatis 3
- Isi tidak cukup/kurang lengkap tetapi ayat masih gramatis 2
- Isi kurang lengkap/kurang relevan dan ayat kurang gramatis 1
- Isi tidak betul/tidak relevan dengan tugasan tetapi ayat gramatis 0

3
SOLAF SET 1 2011

Soalan 2(a) - Pemahaman Umum

[i] maksud rangkai kata memudaratkan pengguna bahasa

merosakkan / merugikan percakapan pengamal / penutur 2


merosakkan / merugikan pengamal / penutur 1

[ii] punca seseorang itu gemar menggunakan kata-kata slanga.

i. bagi menggambarkan identiti mereka.


ii. bertujuan santai serta hiburan
iii. tujuan memeriahkan suasana perbualan
iv. menambahkan kemesraan
v. memudahkan perbualan.
[2 isi cukup]
[Maksimum = 3 markah]

[iii] peranan yang dapat anda lakukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
Baku dalam kalangan rakan anda

i. menjadi suri teladan / murid contoh kepada rakan dalam pertuturan bahasa Melayu Baku
ii. mencadangkan rakan-rakan sentiasa merujuk buku-buku tatabahasa bahasa Melayu
iii. mengadakan aktiviti-aktiviti kebahasaan melalui persatuan
iv. mencadangkan kepada pihak sekolah supaya penggunaan bahasa Melayu Baku diwajibkan
v. menerbitkan risalah/artikel/buletin dalam bahasa Melayu Baku

[3 isi cukup]
[Maksimum = 4 markah]

4
SOLAF SET 1 2011

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen

(i) Kesan-kesan banjir kepada penduduk


- bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap
- menjadi papa kedana
- terpaksa memakan gadung
- tanaman padi rosak
[2 isi cukup]
[Maksimum = 2 markah]

(ii) Usaha-usaha;
- memberi bantuan benih padi
- membaiki sistem pengairan / saliran
- memberi bantuan peralatan pertanian
- mencadang pembinaan empangan agar dapat mengawal banjir
- memberi khidmat nasihat
- menyalurkan subsidi baja / racun serangga
[2 isi cukup]
[Maksimum = 3 markah]
(iii) Nilai
Dalam petikan :

- nilai keredaan
contoh : ibu reda dengan ketentuan Tuhan / musibah banjir.
1+1
- Nilai tanggungjawab
contoh : ayah membawa pulang dua guni gadung untuk makanan ketika hasil padi
rosak
contoh : bapa menolong ibu yang bergelumang dengan air keruh dan sampah sarap
1+1
- Nilai kegigihan / tidak berputus asa
contoh : ibu kembali ke sawah untuk mengusahakan padi setelah keadaan kembali
pulih
1+1
[Maksimum = 2 markah]
dalam keseluruhan cerpen

- Nilai kasih sayang


Contoh :Aku merupakan seorang anak yang penyayang kerana masih mengingati
pengorbanan ibunya walaupun telah 40 tahun berlalu.
1+1
- nilai kerajinan .
Contoh : Ibu rajin membuat pelbagai kerja menggunakan tulang empat keratnya,
tanpa bantuan suaminya yang menjadi kaki burung.
1+1
- Nilai keprihatinan
Contoh : isteri 'aku' menguruskan ibu yang sakit
1+1]
- nilai kerjasama / tolong-menolong
contoh : ibu dan penduduk bekerjasama semasa mengadakan kenduri

1+1

5
SOLAF SET 1 2011

[Maksimum = 2 markah]

Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Klasik

i. maksud : segeralah berbangkit naik dari kolam itu


cepat-cepat/ pantas / lekas keluar 2
cepat-cepat/ pantas / lekas bangun 1
segera keluar 1
ii. tindakan yang dilakukan oleh inangda dan dayang-dayang

- inangda pun segeralah naik


- dayang-dayang itu pun segeralah berbangkit naik dari kolam itu
- dijolok oleh dayang-dayang
- meminta tuan puteri menangkap bayan itu
[2 isi cukup]
[Maksimum = 3 markah]
iii. cara saya untuk menangkap burung bayan itu
- menggetah burung bayan
- memikat / mendenak burung bayan
- mengumpan dengan makanan
- menangkap menggunakan jaring

2 isi cukup]
[Maksimum = 3 markah]
Soalan 2(d) : Pantun
(i) Maksud kerana lalai rosak binasa.
- disebab kecuaian / kealpaan sesuatu perkara / hal itu lenyap / musnah /
runtuh / hancur 2
- kerana lalai sesuatu perkara musnah 1
- kerana lalai sesuatu perkara itu rosak 1

(ii) Langkah-langkah
- menyertai mana-mana Pertubuhan Kebudayaan dan Bahasa/NGO
- mengedarkan risalah/artikel berkaitan budaya kita kepada masyarakat
- mempromosi/ mengadakan pameran berkaitan budaya kita
- membantu pihak kerajaan menganjurkan program-program budaya
- menyertai pertandingan kebudayaan
- menghalang kemasukan budaya asing ke negara kita / mengawal atau
menapis kemasukan filem asing
- mengadakan ceramah / kempen kesedaran tentang budaya bangsa
- menyiarkan keunikan budaya bangsa di media elektronik
- membanteras sebarang bentuk budaya asing
[2 isi cukup]
[Maksimum = 3 markah]
(iii) Persoalan
- persoalan sabar menunjukkan tahap keimanan seseorang
- persoalan kekuatan iman dapat menahan godaan iblis
- Persoalan tanggungjawab manusia sebagai pemimpin diamanahkan oleh Allah
- Persoalan budaya warisan yang tercemar
- Persoalan memartabatkan bahasa ibunda yang kian pudar

6
SOLAF SET 1 2011

[3 isi cukup]
[Maksimum = 4 markah]
oalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

Soalan 3(a) : 6 markah


Soalan 3(b) : 6 markah
Soalan 3(c) : 6 markah
Soalan 3(d) : 6 markah
Soalan 3(e) : 6 markah

Perhatian bagi soalan 3(a)


1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul.
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/ jalan bahasa/ tanda baca daripada
keseluruhan soalan.
3. Frasa berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai nama khas, berikan 0 markah.
5. Sengaja menambah atau menukar imbuhan, berikan 0 markah
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih tolak ½ markah bagi setiap
ayat.
7. Jika semua perkataan digunakan dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai
satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas, tolak ½ markah

7
SOLAF SET 1 2011

SOALAN 3- Tatabahasa

3 (a) Morfologi

(i) Kelar bermaksud tanda dipotong atau dihiris dengan pisau / garisan kesan dipotong atau
dihiris menggunakan pisau.

Ch: Ikan-ikan itu kami kelar sebelum dimasak gulai.

(ii) Kelat bermaksud rasa hampir pahit.

Ch : Buah pisang di bawah rumah itu masih kelat.

(iii) Rebah bermaksud jatuh berbaring , tumbang

Ch : Pokok kelapa itu rebah ke bumi ditiup angin.

(iv) Redah bermaksud menempuh / mengharung

Ch : Saya redah sungai itu semasa mengikuti program perkhemahan tersebut.

(v) Saman bermaksud perintah rasmi yang mengkehendaki seseorang itu hadir ke mahkamah.

Ch : Syarikat itu kena saman kerana gagal membayar hutang-hutangnya.

(vi) Samun bermaksud merompak , merampas sesuatu secara paksa.

Adiknya telah kena samun oleh dua orang yang menunggang motosikal.
[Maksimum = 6 markah]

3b : Tukar ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang

(i) - Amat comel kucing Parsi peliharaan budak itu.

(ii) - Meskipun telah dimarahi gurunya, Ahmad tidak menyiapkan kerja sekolah.
- Tidak menyiapkan kerja sekolah Ahmad, meskipun dimarahi gurunya

(iii) – Sedang mengikuti minggu orientasi pelajar baharu itu di Kolej Tun Abdul Razak.
- Di Kolej Tun Abdul Razak, pelajar baharu itu sedang mengikuti minggu orientasi.
- Pelajar baharu itu di Kolej Tun Abdul Razak sedang mengikuti minggu orientasi

(iv) - Untuk menjaga kesihatan kita amalkan pemakanan yang seimbang

(v) - Pengurus sebuah syarikat minyak pegawai yang bertubuh besar itu.

(v) - Sampai bilakah Hasmah boleh memegang jawatan setiausaha?

8
SOLAF SET 1 2011

[Maksimum = 6 markah]

3(c) Kesalahan Ejaan

tuboh - tubuh
naskah - naskhah
protin – protein

Kesalahan Penggunaan Imbuhan

penambahan - tambahan
diambil - mengambil
menyeri - berseri
[Maksimum = 6 markah]

3(d) Kesalahan Istilah dan Kesalahan Tatabahasa

(i]) perniaga – pelabur / pemegang saham [Kesalahan Istilah]


paling terendah – paling rendah [Kesalahan Tatabahasa

(ii) bertandang – berkunjung / beristirahat [Kesalahan Istilah]


kemudahan ramai orang – kemudahan orang ramai [Kesalahan Tatabahasa

(iii) dilaksanakan – dianjurkan / dikelolakan [Kesalahan Istilah]


Ribuan pelancong-pelancong – Ribuan pelancong [Kesalahan Tatabahasa

[Maksimum = markah]

3 (e) (i) Besar hati / kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan [2 markah]
(ii) Ibarat telur sesangkar, pecah sebiji pecah semuanya / berat sama dipikul, ringan
sama dijinijng [2 markah]
(iii) Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain [2 markah]

9
SOLAF SET 1 2011

Panduan pemarkahan bagi Soalan 4.

i) Jawapan berdasarkan novel Azfa Hanani.


ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
iii) Beri 1 markah bagi setiap pernyataan kepintaran yang lengkap / jelas
iv) Beri 1 markah bagi contoh kepintaran yang lengkap / jelas
v) Markah isi maksimum 4 markah
vi) Markah bahasa maksimum 3 markah
vii) Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 3 markah
Sederhana : 2 markah
Lemah : 1 markah

viii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
ix) Jika calon tidak menjawab 0 markah

[Maksimum : 7 markah]

(b) i) Jawapan berdasarkan novel Azfa Hanani.


ii) Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
iii) Beri 1 markah untuk 1 latar tempat
iv) Beri 1 markah untuk setiap huraian / contoh yang lengkap / jelas
v) Markah isi maksimum 6 markah
vii) Markah bahasa maksimum 2 markah
viii) Markah bahasa diberi secara impression
Baik : 2 markah
Lemah : 1 markah

vii) Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa
viii) Jika calon tidak menjawab 0 markah
[Maksimum : 8 markah]

10
SOLAF SET 1 2011

Soalan 4a – Kepintaran watak utama

Novel Azfa Hanani

- Watak Utama - Azfa Hanani

Pernyataan isi Huraian / contoh


a. Kepintaran memilih Azfa Hanani memilih untuk menerima tawaran Tengku Mazran
jalan hidup menjadi Tengku Murni kerana dijanjikan pembiayaan keseluruhan
persekolahannya

b. Kepintaran Azfa Hanani berjaya menyelesaikan masalah Tengku Mazran


menyelesaikan kerana kesedihan yang dialami oleh Datin Maziah [ibunya] setelah
kemelut keluarga dia menyamar menjadi Tengku Murni

c. Kepintaran Azfa Hanani menolak tawaran Laili untuk menjadi pengerusi Hari
mengambil hati rakan/ Sumbangsih dan menerima tawaran Tengku Elina untuk menjadi
sahabat pengerusi Forum Remaja

d. Kepintaran Azfa Hanani dapat menyesuakan diri tinggal di banglo Datin


menyesuaikan diri Maziah kerana cepat memahami tunjuk ajar daripada Kak Finaz

e. Kepintaran Azfa Hanani merahsiakan perbuatannya yang mengambil buku


menyembunyikan rujukan di perpustakaan
rahsia diri

f. Kepintaran Azfa Hanani terus meninggalkan banglo Datin Maziah apabila


meninggal kehidupan Datin Maziah menghalaunya dan dia rela balik ke kampung apabila
yang berpura-pura rahsianya terbongkar

g. Kepintaran memilih Azfa Hanani tidak memilih 'budak glamour' sebagai rakannya,
rakan sejati sebaliknya dia memilih Tengku Elina yang dilihat lebih baik dan
menghormatinya.

h. Kepintaran Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng


mempertahankan motosikal besarnya kerana dia tidak mengenali Iskandar.
maruah diri

11
SOLAF SET 1 2011

Novel Kembara Amira

- Watak Utama - Amira

a. Kepintaran Amira berjaya memujuk Jacinta, rakan sebiliknya untuk menyertai


mempengaruhi orang ekspedisi cari gali arkeologi dengan memberikan Jacinta harapan
lain untuk menemui batu kuartza yang amat diminati oleh Jacinta

b. Kepintaran Amira dapat menyesuaikan diri dengan Itai dan Tau hingga mereka
menyesuaikan diri menerima Amira sebagai sahabat mereka.
dengan situasi baru

c. Kepintaran Amira dapat mengembirakan sahabatnya Jacinta dengan


mengambil hati rakan menghadiahkannya seketul emas yang diperoleh dari dasar sungai
/ bagi mententeramkan hati Itai yang dicurigai oleh Ludin kerana
gagal menyimpan rahsia, Amira meminjamkan Itai komputer riba.

d. Kepintaran Amira memulangkan ketulan emas yang diperoleh dari dasar


membina sungai kepada Ludin sehingga Ludin yakin dengan kejujuran
kepercayaan orang Amira.
lain terhadap diri

e. Kepintaran Amira pintar menyelesaikan misteri kehilangan Malique melalui


menyelesaikan misteri jumpaan 'mobile disk' yang menjadi petunjuk kepadanya untuk
kehilangan rakan mengesan tempat Malique hilang.

f. Kepintaran dalam Amira menguasai banyak pengetahuan sehingga Jacinta


ilmu pengetahuan memanggilnya 'ensaiklopedia bergerak'

g. Kepintaran Amira membuat keputusan menyelesaikan kemelut keluarga Tau,


menyelesaikan Itai, Malique, Jacinta dan Ludin di Desa Karpus di suatu tempat
kemelut keluarga yang berkecuali.

* mana-mana isi yang sesuai, diterima


[1 pernyataan + 1 huraian] = 2 markah.
2 isi = 4 markah.
Markah bahasa 3. [ baik = 3, sederhana = 2, lemah =1]
Markah keseluruhan = 7 markah

12
SOLAF SET 1 2011

Soalan 4b – Latar Tempat


Novel Azfa Hanani

a. Di Makmal kimia
- Azfa Hanani berasa bimbang akan perbuatannya mengambil buku-buku
rujukan dari perpustakaan diketahui oleh orang lain dan dia mungkin akan dihukum atas
kesalahannya itu.

b. Di Bilik pengetua
- Ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz dan
Kak Rozan.

c. Di Hotel Universe
-Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan,
bercakap dan lain-lain lagi.

d. Di banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur.


-Azfa Hanani akhirnya menetap di banglo ini.
Tempat tinggal Azfa Hanani setelah menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni

e. Di Sekolah Menengah Taman Sari


- Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar Tingkatan Lima bagi berbincang tentang
projekHari Sumbangsih.

f. Di gerai burger
- Tempat Ekran menjual burger untuk mendapatkan pendapatan sampingan

g. Institut Lingua Franca


- Tempat Azfa Hanani belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun

h. Di rumah nenek Ikram


- Tengku Mudzaffar, Ekran dan beberapa pemuda bekerjsama membaiki gerai burger
Ekran

i. Di Indonesia
- Tempat Zuraini mendapatkan rawatan sakit lumpuh setelah Azfa Hanani bersetuju
menyamar

j. Di rumah Pak Long Madi


- Tempat Azfa Hanani tinggal sebelum ke rumah Datin Maziah.
- Tengku Syafinaz meminta kebenaran untuk mengambil Azfa Hanani untuk dibawa ke
rumah Datin Maziah

13
SOLAF SET 1 2011

Novel Kembara Amira

a. Desa Karpus
- Tempat Profesor Zaidah, Dr Zamani dan pelajar-pelajarnya menjalankan kajian
arkeologi.

b. Bukit Mat Raya


- Kawasan perbukitan dan hutan simpan yang menjadi destinasi percutian Amira dan
Jacinta untuk membantu ibunya membuat kajian arkeologi.

c. Stesen Keretapi Dahan Hijau


- Tempat Amira dan rakannya sampai sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Mat
Raya.

d. Bukit Kerengga
- Tempat John Ohara, Malique dan pemandunya Roslan membuat kajian pencarian emas.

e.Air Terjun Angin di kaki Bukit Gunung Mat Raya


- Kawasan tempat perkenalan pertama Amira dan Malique.
- Amira pergi kali kedua lalu jatuh dan dihanyutkan arus sungai deras.

f. Gunung Gua Gajah


- Tempat Tau membawa Jacinta dan Amira melihat beberapa tinggalan sejarah.
- Amira menjumapi 'mobile disk' Malique di lantai gua sebagai petunjuk

g. Di dasar sungai
- Tempat Itai membawa dan menunjukkan tempat taburan emas yang banyak dan Amira
dibenarkan mengambil sebutir sahaja dan diberikan kepada Jacinta

h. Bilik sempit di puncak Gunung Gua Gajah


- Tempat Malique disembunyikan oleh dan dirawat oleh lembaga berbulu

i. Di pondok berbumbung daun pakis


- Tempat laluan ke dalam terowong yang dilalui makhluk berbulu

j. Di dalam keretapi
- Amira dan Jacinta menggunakan keretapi untuk pergi ke tempat arkeologi

Pemarkahan :
1 latar tempat setiap novel [1 markah] dan peristiwanya [2 markah] = 3 markah,
Jumlah markah latar = 6 markah [ 3 + 3 ]
Markah bahasa = 2.
Jumlah keseluruhan = 8 markah

14

Anda mungkin juga menyukai