Anda di halaman 1dari 9

MANUAL

PENGGUNAAN KIT
PENGAJARAN
Buku “ Bacalah Sayangku”

Buku “ Bacalah Sayangku” ini sesuai digunakan oleh murid pemulihan dalam
kategori baik atau sederhana. Ianya amat senang dan mudah untuk dibaca kerana ia
dihasilkan dengan menggunakan saiz keras yang besar bagi memudahkan murud
pemulihan senang untuk membaca ayat- ayat yang terdapat dalam petikan tersebut.
Sehubungan dengan itu, penghasilan buku Bacalah Sayangku ini adalah bersesuaian
dengan murid- murid pemulihan bagi kategori murid baik kerana mereka akan mudah
tertarik dengan bahan bantu mengajar yang kreatif dan maujud misalnya.

Penghasilan kit pengajaran “ Bacalah Sayangku” adalah menggunakan bahan


seperti berikut:

o Manilakad
o Gambar
o Ribbon
o Kad perkataan
o Perhiasan
o Kertas Terpakai

Penggunakan kit Pengajaran “ Bacalah Sayangku” adalah seperti berikut:

1. Mula- mula, guru akan memberikan buku “ Bacalah Sayangku” kepada murid-
murid kategori terbilang.
2. Kemudian, guru akan menerangkan kepada murid- murid kategori terbilang
untuk duduk bersama- sama dan berada di dalam kumpulan.
3. Murid- murid bersama guru kemudian akan membuka buku bacaan “ Bacalah
Sayangku” satu persatu- satu.
4. Guru akan membaca ayat pertama bagi petikan tersebut, kemudian ianya diikuti
oleh murid- murid itu tadi.
5. Murid- murid akan membaca selepas guru membaca sekali.
6. Selepas itu, guru akan memberi arahan untuk membuka muka surat seterusnya.
7. Tanpa guru membaca, murid akan membaca ayat pertama dan ayat kedua
terkandung pada muka surat kedua.
8. Seterusnya, murid akan membaca ayat perkataan sehingga muka surat lima
yang terkandung ayat lengkap bagi perkataan berikutnya.
9. Guru kemudiaannya memberitahu murid untuk membaca petikan tersebut sekali
lagi.
10. Akhir sekali, guru akan memberikan soalan bagi menjawab petikan yang telah
mereka baca.
11. Murid akan membaca dan menjawab soalan tersebut dan menjawab atas
pemahaman mereka.

Penggunaan Buku “ Bacalah Sayangku” adalah sangat menarik kerana ianya


mempunyai saiz yang besar. Oleh kerana ianya mempunyai saiz yang besar dan
ianya berbeza daripada buku- buku biasa, dan jika guru meletakkannya di dalam
kelas, maka murid- murid akan tertarik dan berminat untuk membacanya berulang-
ulang kali sebelum kelas bermula pada misalnya.
Tangga Bacaan

“Tangga bacaan” adalah kit pengajaran yang direka bagi murid- murid
pemulihan bagi kategori pandai. Penghasilan kit pengajaran ini adalah untuk menarik
perhatian mereka untuk membaca ayat- ayat mudah secara mekanis yang terdapat
pada setiap tingkat tangga ajaib tersebut. Ayat- ayat pada setiap tingkat adalah
berbeza. Selepas murid- murid dapat membaca ayat mudah yang terdapat pada setiap
tingkat, maka soalan akan diberikan.

Penghasilan kit pengajaran “ Tangga Bacaan ” adalah menggunakan bahan


seperti berikut:

o Bahan buangan- kotak


o Pembalut Hadiah
o Polistrena
o Kad perkataan
o Perhiasan
o Kertas Terpakai

Antara prosedur- prosedur dalam menggunakan “ Tangga Bacaan ” ini adalah


seperti berikut:

1. Mula- mula, guru akan menunjukkan Tangga Bacaan kepada murid- murid
kategori terbilang.
2. Guru akan menerangkan bagaimana untuk menggunakan tangga bacaan
tersebut.
3. Selepas mendengar arahan, murid pertama akan pergi melihat ke aras tingkat
pertama.
4. Murid kemudiannya akan membaca.
5. Apabila murid dapat membaca dengan betul,soalan akan diberikan pada tingkat
tersebut dan murid akan dapat pergi ke tingkat seterusnya.
6. Ianya diikuti dengan tingkat- tingkat seterusnya sehingga tingkat yang terakhir.
7. Langkah- langkah ini diikuti oleh murid kedua dan ketiga.

Penggunaan tangga ajaib adalah sangat menarik yang dijadikan sebagai bahan
bantu mengajar ini adalah menarik kerana dapat mnarik perhatian murid kerana
ianya menarik perhatian
Mobil Huruf

Mobil Huruf ini terhasil adalah untuk menarik perhatian murid. Huruf-huruf akan
digantung dan murid akan membaca huruf yang terdapat pada tudung salji berikut.
Murid- murid akan berasa seronok dan dapat menarik perhatian mereka melalui
penghasilan ini. Murid- murid kategori lemah sesuai menggunaan bahan bantu
mengajar jenis ini.

Penghasilan kit pengajaran “ Mobil Huruf” adalah menggunakan bahan seperti


berikut:

o Polistrena huruf
o Tali warna warni
o Hanger terpakai

Langkah- langkah bagi penggunaan Mobil Huruf adalah seperti berikut :

1. Mula- mula, guru akan memberikan dan menggantung Mobil Huruf kepada
murid- murid.
2. Kemudian, guru akan menerangkan kepada murid- murid kategori lemah untuk
duduk bersama- sama dan berada di dalam kumpulan.
3. Murid- murid bersama guru kemudian akan bersama- sama melihat akan huruf-
huruf yang tergantung pada mobil huruf itu.
4. Guru akan bercerita mengenai mobil huruf itu.
5. Guru akan mengajar mereka untuk meunjuk dan menyebut huruf-huruf
tersebut.
6. Selepas itu, guru akan menunjuk huruf konsonan dan huruf vokal dan murid-
murid lemah akan mengikut guru untuk membacanya.
7. Langkah ini diulang sebanyak 2 kali agar murid lemah ingat apa yang telah
mereka pelajari.
8. Seterusnya tanpa bantuan guru membaca, guru akan menunjuk huruf yang
ingin diuji dan seterusnya murid menyebut huruf tersebut.
9. Setelah semua murid telah ditunjuk, kemudian guru membuka gantungan dan
memberikan murid ujian kecil tentang apa yang telah dipelajari.
10. Murid dibenarkan untuk menyentuh sendiri huruf yang terdapat pada mobil
tersebut sebagai salah satu unsur kinestetik.

Penggunaan Mobil Huruf ini adalah sangat menarik kerana ianya dapat menarik
perhatian murid daripada bahan bantu mengajar yang biasa. Murid- murid ada umur
tahap ini memerlukan bahan bantu mengajar yang menarik bagi menarik perhatian
dan memudahkan mereka untuk membaca.
Kad Raya KV+KV

Penghasilan kit pengajaran “ Kad Raya KV+KV” adalah menggunakan bahan seperti
berikut:

o Kertas Warna
o Kad perkataan
o Perhiasan
o Kertas Raya Terpakai
o Gambar
o Kotak

Syarat dan peraturan permainan:


1. Murid akan memadankan beberapa perkataan KV+KV bersesuaian dengan
gambar yang ditunjukkan.
2. Murid membaca ayat yang telah dipadankan.
3. Guru menyemak ayat yang telah dipadankan oleh guru.
4. Murid menjawab soalan pemahaman yang terdapat di belakang kad tersebut.
5. Guru menyemak jawapan murid.
6. Murid boleh menukarkan perkataan KV+KV yang terdapat di dalam kad
bersesuaian dengan gambar.

Anda mungkin juga menyukai