Anda di halaman 1dari 1

Kari Ikan

 
1. Untuk kari ikan yang sedap, anda boleh masukkan 1 sudu besar beras yang disangai dan
ditumbuk halus selepas menumis. Kacau rata.
2. Jika anda menggunakan ikan yang hanyir, campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan.
Ia dapat memotong bau hanyir ikan.
3. Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan
baik.
4. Untuk menyedapkan lagi kari ikan, anda boleh patahkan 2-3 biji cili hijau dan masukkan ke
dalam kari selepas masukkan ikan.
5. Jika anda mahu menggunakan bendi di dalam kari, ia tidak perlu dicampur sekali. Anda hanya
perlu merebus bendi dalam air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (jangan terlalu lama).
Ketika mahu menghidang kari, barulah dimasukkan bendi.
6. Sebelum anda masukkan ikan ke dalam kari, pastikan kuah kari sudah mengelegak. Jika tidak isi
ikan mudah hancur dan membuatkan kuah akan menjadi hanyir.
7. Apabila ikan sudah masak, kecilkan api utk biarkan ia terbit minyak dan tidak perlu terlalu lama.
8. Ketika menumis, gunakan rempah seperti biji sawi, halba dan jintan putih/halus. Elakkan jintan
manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
9. Jika mahukan rasa kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dimakan. Rasa rempah dan
santan akan menjadi lebih sebati dan kuahnya juga akan memekat. Apabila dipanaskan, rasanya
lebih sedap.

Anda mungkin juga menyukai