Anda di halaman 1dari 1

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA

KUALA  LUMPUR
 
                        
NO. SP PPUM:    00/ 2019  
00 Jamadilawal 1440H
00 Januari 2019
 
Kepada: Semua Ketua Jabatan/Unit PPUM
               Semua Staf PPUM

 
YBhg. Prof/Dato’/Datin/Tuan/Puan,     
 

HEBAHAN BULETIN RAKAN PEMBIMBING PERKHIDMATAN AWAM (AKRAB) PUSAT


PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (BIL. 1/2019)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)


PPUM dengan kerjasama Unit Pengurusan Psikologi & Kaunseling telah berjaya menerbitkan
Buletin AKRAB (Bil. 1/2019). Buletin ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan
memberikan maklumat khususnya berkaitan perkhidmatan sistem kelompok sokongan kepada
warga PPUM.

3.     Diharapkan keluaran Buletin ini pada masa akan datang akan terus menjadi wadah
dalam pembudayaan ilmu psikologi dan kaunseling yang akhirnya diharap dapat membantu
pihak Pengurusan membentuk kelompok pekerja yang mempunyai kesejahteraan psikologi
yang tinggi terhadap tugas dan organisasi.

4 Sehubungan dengan itu, Buletin ini adalah seperti dilampiran dan juga boleh diakses
melalui Portal Staf MyUMMC > Buletin.

5. Kerjasama pihak Y.Bhg.Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk memanjangkan perkara ini


kepada staf seliaan masing-masing amatlah dihargai..
 
Sekian, terima kasih.
 
 
‘PENERAJU PENGAJARAN PERUBATAN’
 
Saya yang menjalankan amanah,
 
 
SUHAILA BINTI ZAINAL
Ketua
Unit Pengurusan psikologi dan Kaunseling
Pusat Perubatan Universiti Malaya

Anda mungkin juga menyukai