Anda di halaman 1dari 3

TEKS CERITA MTQ: TUJUH ORANG PEMUDA YANG BERIMAN

Bismillahirrahmannirrahim… Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh… Yang


dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Arif tunggak keadilan, hadirin-
hadirat, seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekelian. (Pantun): Ahlan wasahlan ucapan
diberi Tenangkan diri berikan tumpuan Dengarkan pula cerita ini Kisah ashabul kahfi 7 orang
pemuda beriman             Pada zaman dahulu, di bumi Urdhun, ada seorang Raja yang zalim
bernama Daqyanus. Baginda menganut agama berhala serta memerintahkan rakyat jelata
menyembah berhala. Jika ada yang ingkar, hukuman berat pasti dikenakan.             Pada
masa yang sama, di negeri itu terdapat sekumpulan pemuda yang masih kuat berpegang
dengan ajaran tauhid. Mereka sama sekali menafikan betapa patung yang di sembah itu
tidak bisa memberikan sebarang mudarat dan manfaat. Sedikit pun tidak gentar di hati
mereka dengan ancaman raja yang kejam itu. Malah, iman mereka semakin kukuh kepada
Allah semata-mata. (Pantun): Ashaabul kahfi pemuda beriman Demi aqidah nyawa di
pertaruhkan Ayuhlah kawan ambillah teladan Itulah contoh mukmin pilihan            Kisah
keimanan mereka kepada Allah akhirnya sampai ke pengetahuan Raja Daqyanus. Dengan
murka baginda bertitah, “tangkap dan penjarakan mereka”. Tanpa banyak bicara masa para
pembesar istana melancarkan operasi memburu para pemuda beriman itu. Lihatlah rakan,
Betapa seseorang yang ingin membuat kebaikan, mendapat ancaman bilamana hidup di
bawah naungan pemimpin yang tidak mengenali Tuhan. Kita sepatutnya bersyukur kerana
hidup dalam suasana negara yang bebas merdeka. Segala kurniaan yang Allah berikan
dapat kita nikmati. Tatkala perintah Raja Daqyanus itu tersebar ke seluruh negeri, para
pemuda beriman itu lantas mengadakan perbincangan sulit. Matlamatnya hanya satu, tidak
lain adalah untuk mencari jalan bagaimana untuk melepaskan diri daripada ancaman sang
Raja yang zalim itu. (Syair): Tujuh pemuda………mengambil keputusan……. Melarikan
diri……….mencari perlindungan……. Tawakkal dan doa..…menjadi bekalan…. Demi
Tuhan…aqidah dipertahankan….             Kawan-kawan, tindakan yang diambil oleh
pemuda-pemuda itu sebenarnya amat tepat pada masanya. Demi Tuhan yang Esa, mereka
sanggup meninggalkan tanah air, keluarga dan harta yang dimiliki. Bagi mereka, biarlah
menempuh kepayahan dahulu sebelum beroleh kesenangan abadi di akhirat kelak. Kawan-
kawan, ini bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w yang menggalakkan agar umatnya
mengingati 5 perkara sebelum 5 perkara: (Nasyid): Ingat 5 perkara Sebelum 5 perkara Sihat
sebelum sakit Muda sebelum tua Kaya sebelum miskin Lapang sebelum sempit Hidup
sebelum mati    Ayuhlah bangsaku, sedarlah dari lenamu. Janganlah lalai dan leka dengan
kesenangan duniawi. Ingat dan takutlah kepada Allah. Lihatlah, dikala kita bersenang lenang
di sini, tidakkah kita ingat pada saudara kita di Palestin yang hidup derita??? Renungkanlah.
Begitulah dengan 7 orang hamba Allah yang beriman ini. Demi taqwa dan keimanan, hidup
matinya diserahkan kepada Tuhan. Kaki yang melangkah membelah malam seolah-olah
tiada hala tujunya. Kedinginan dalam kepekatan malam tidak terasa. Hati mereka benar-
benar menyakini sinar iman pastinya menjadi petunjuk kepada mereka.             Apabila tiba
di kawasan berbukit bukau, tiba-tiba salah seorang daripada mereka berkata, “sahabat, mari
kita ke bukit sana ,”.             “Bukit apakah itu?”, tanya seorang rakannya.             “Wallahu
a’lam, saya pun tidak tahu”, jawab seorang yang lain pula.             “Demi Allah, itu adalah
tempat yang selamat buat kita sementara ini”, ujar salah seorang daripada mereka. “Ayuh,
mari”. Kesemua mereka berjalan menuju ke arah bukit yang dimaksudkan.             Tanpa
mereka sedari, ada langkah yang menjejaki mereka. Seketika itu salah seorang daripada
mereka mula menyedarinya, “sahabat, nampaknya ada seekor anjing mengekori kita..”,
katanya dengan nada terkejut.             “Eh, usir saja anjing itu”, sahut seorang yang lain.
“ Syoh..! syoh..! syoh..!”.  Pelik, sedikit pun anjing itu tidak berganjak bahkan tetap mengekori
langkah mereka. Ha… kawan-kawan nak tahu tak? Anjing yang mengekori mereka itu
bernama ar-Raqeem. Kisahnya turut tercatat dalam al-Quran bersama-sama kisah pemuda
ini. Lama-kelamaan mereka membiarkan saja anjing itu bersama-sama mereka. Tidak lama
kemudian, mereka tiba ke destinasinya. Ternyata, lokasi itu benar-benar selamat untuk
didiami. Siang, malam, pagi dan petang, tidak putus-putus mereka beribadah kepada Allah.
Ketaatan mereka itu boleh digambarkan bilamana doa yang senantiasa mereka panjatkan
turut dirakamkan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi ayat 10:    "Wahai Tuhan kami!
kurniakanlah Kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan serta pimpinan kepada Kami
untuk keselamatan agama kami". Keasyikan mereka dalam beribadah membuatkan mereka
semakin lupa dengan masalah yang menimpa. Lama-kelamaan seorang demi seorang
tersandar keletihan lalu terlelap. Dengan niat untuk berehat seketika akhirnya dengan kuasa
Allah, mereka tertidur selama 309 tahun. Keadaan ini turut dirakamkan menerusi surah al-
Kahfi pada ayat 11.  Rententan daripada itu sejarah mencatatkan kumpulan pemuda
beriman ini telah digelar sebagai ‘Ashaabul Kahfi’ bersempena dengan keadaan mereka
yang beribadah dan ditidurkan selama 309 tahun. Malah anjing yang menjadi peneman
mereka itu turut sama tertidur. Jika para pemuda beriman itu berada di perut gua, anjing itu
pula berada di pintu gua seolah-olah menjadi pengawal kepada mereka. Bagaimana, tidak?
Dunia moden hari ini turut menggunakan khidmat pasukan anjing sebagai pengawal. Bahkan
dalam banyak keadaan anjing itu juga dilatih untuk membantu mengesan pelbagai bentuk
jenayah seperti dadah dan pembunuhan. Masa berlalu silih berganti. Dari hari membawa ke
bulan. Dari bulan membawa ke tahun sehingga mencecah beberapa kurun. Akhirnya dengan
izin Allah para pemuda beriman itu terjaga dari tidur mereka. Mereka memandang antara
satu sama lain sambil menghitung tempoh mereka berada di gua itu. (Nasyid): Di sangka
tidur hanya sehari Rupanya 309 tahun Zaman bertukar beberapa kurun Di bumi bersejarah
Urdhun. Kawan-kawan tentu hairan bagaimana ianya boleh berlaku, bukan? Haa...
sebenarnya tiada apa yang mustahil bagi Allah. Cuba kita ingat semula peristiwa bencana
Tsunami yang berlaku di Acheh beberapa tahun lalu. Di katakan semua bangunan dan harta
benda musnah. Namun yang ajaibnya, masjid dan mashaf al-Quran yang ada di sana
terselamat daripada kemusnahan, sedangkan kawasan di sekitarnya pula rosak binasa.
Subhanallah... Berlalu tempoh 309 tahun memperlihatkan bumi Urdhun bebas dari kejahilan.
Mereka kini bebas beribadah kepada Tuhan. Raja yang menaungi mereka juga turut beriman
dengan ke-Esa-an Allah. Sementara itu, 7 orang penghuni gua itu merasa tersangat lapar.
Lalu salah seorang daripada mereka keluar menuju ke pasar untuk membeli makanan.
Sepanjang perjalanan, dia merasa hairan dengan apa yang dilihatnya. Terdetik di hatinya,
“eh, semalam baru saja aku keluar dari pekan ini, bagaimana pula hari ini segalanya
berubah?” Tiba di sebuah gerai, dia terus memilih makanan. Semasa hendak membuat
bayaran, tiba-tiba jurujual kedai itu merasa pelik, “eh, wang apakah ini?” serentak itu
pelanggan lain juga menoleh. “Bukankah itu matawang lama, zaman Raja Daqyanus?”, ujar
seseorang. Pemuda itu amat terkejut dengan apa yang di dengarnya. Namun tanpa
disangka-sangka, dirinya telah dibawa menghadap ke pangkuan Raja. (Syair): Bertemu
sudah...Raja di istana Diceritanya kisah...penyembunyian rahsia Maka kagumlah...semua
yang mendengarnya Tanda kekuasaan.... Tuhan yang maha Esa “Aneh, Raja Daqyanus
telah mangkat lebih 300 tahun yang lalu. Ini bermakna, mereka telah tidur selama tempoh itu
jugalah,” titah Raja Zulqarnain. Lantas, demi melihat kebenaran, baginda bersiap sedia
berangkat untuk melihat keadaan para penghuni gua yang beriman itu. Pemuda itu tanpa
keraguan membawa mereka ke lokasi ibadah mereka. Setelah berpuas hati baginda pun
meninggalkan Ashaabul Kahfi. Beberapa ketika, mereka berehat kembali dan pada ketika
inilah Allah mematikan mereka. Sampai ke pengetahuan Raja Zulqarnain, baginda
menitahkan supaya didirikan sebuah masjid sebagai tanda ingatan kepada sejarah ajaib ini.
Waaaahhh.. sungguh mulia baginda Raja, bukan? Kawan-kawan, itulah dia salah satu sifat
kepimpinan yang terpuji. Pemimpin yang prihatin akan sentiasa disenangi rakyatnya.
Nampaknya masa amat mencemburui. Sampai di sini saja cerita saya. Izinkan saya
mengundur diri. (Pantun): Akhir pesanan saya berikan Moga bersama jadi ingatan Mana
yang jernih buat tauladan Mana yang keruh jadikan sempadan. ‫وبا هللا توفيق و الهدايه والسالم عليكم‬
‫ورحمة هللا وبركاته‬

Anda mungkin juga menyukai