Anda di halaman 1dari 2

Rancangan Pengajaran Harian ( Gabungan Dua Operasi “+” dan “-“ dari nombor 1 hingga 9).

Log masuk untuk mencetak


Bidang:
Akademik » Matematik
Jenis Ketidakupayaan:
Masalah Pembelajaran
Peringkat Pendidikan:
Rendah Tahap 1
Aras:
2 (Sederhana)
Domain:
Kognitif
Penulis: 
Saidatana Alawiah BInti Jamaludin, Siti Jamilah bt Mohamed

 Perancangan Sebelum Pengajaran


 Permulaan Pengajaran
 Penyampaian Isi Pelajaran
 Penilaian
 Penutup Pengajaran
 Aktiviti Lanjutan

Sukatan Pelajaran: 
(5) Gabungan Dua Operasi: Membolehkan murid 5.1 Membina cerita 5.1.1 Pembinaan ayat matematik daripada cerita. 5.2
Menyelesaikan masalah yang melibatkan gabungan dua operasi 5.2.1 Operasi tambah dan tolak dalam lingkungan fakta asas.
Deskripsi Pelajaran Hari Ini: 
Murid dapat menyelesaikan gabungan dua operasi iaitu tambah ( + ) dan tolak ( - ) dengan betul.
Objektif: 
1) Apabila diberi lembaran kerja, murid dapat menjawab enam soalan yang diberikan dengan menggunakan kad dot nombor
dengan betul (dengan bimbingan guru) 2) Apabila diberi soalan POP MATH, murid dapat menjawab dua soalan yang diberi
dengan menggunakan kad dot nombor dengan betul. (tanpa bimbingan guru)
Kemahiran Sedia Ada: 
i) Murid mengenal nombor 1 hingga 9 ii) Murid sudah dapat menyelesaikan operasi tambah “ + ” iii) Murid sudah dapat
menyelesaikan operasi tolak “ - “
Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran: 
(1) Mengenal nombor 1 hingga 9 (2) Menyelesaikan operasi tambah “+” (3) Menyelesaikan operasi tolak “ - ”. (4)
Memahami konsep gabungan dua operasi iaitu operasi “+” dan “ - ” (5) Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan
menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru. (6) Menyelesaikan gabungan dua operasi dengan menggunakan kad
dot nombor tanpa bimbingan guru
Bahan Bantu Mengajar: 
Radio, Kad Dot Nombor, Sampul surat, lembaran kerja

Set Induksi
Deskripsi: 

- Guru memutarkan lagu nombor kepada murid-murid


- Guru dan murid menyanyi bersama-sama.

Membantu Murid Mengingat Kembali Kemahiran Sedia Ada


- Guru memberi dua soalan operasi tambah iaitu seperti 2+4 dan 3+7. - Guru memberi dua soalan operasi tolak mudah
kepada pelajar untuk jawab iaitu seperti 8-3 dan 5-1.
Memperkenalkan Pelajaran Hari Ini Kepada Murid
1) Guru menggunakan symbol ‘₊’ dan ‘₋’ berdialog: ‘+’: hei..saya lebih besar daripada awak. ‘-’: walaupun saya kecil,saya
mahu berkawan dengan awak. Begitulah yang membentuk operasi gabungan dua operasi ‘+’ dan ‘-’. 2) Guru memberikan
contoh soalan gabungan dua operasi seperti: 1. 5+2-3= 2. 6+3+1-4= Jalan penyelesaian: 1. 5+2=7 7-3=4 Jawapan: 4 2.
6+3=9 9+1=10 10-4=6 Jawapan: 6
Mempersembahkan Maklumat Baru Kepada Murid
- Guru memberi satu persoalan kepada pelajar ( bagaimana nak menyelesaikan sekiranya diberi 5-1+3=? ) - Guru akan
menerangkan gabungan dua operasi kepada pelajar. - Guru akan menunjukkan cara untuk menyelesaikan gabungan dua
operasi dengan menggunakan kad dot nombor bagi memudahkan murid faham.
Langkah Kedua
1) Guru mengedar lembaran kerja kepada para pelajar 1. 5+6-2= A. 9 B. 8 C. 7 D. 6 2. 7+4-2= A. 8 B. 7 C. 9 D. 6 3. 4-
3+4+1= A. 3 B. 4 C. 5 D. 6 4. 9+1-7+3= A. 7 B. 6 C. 1 D. 2 5. 8-5+6-7= A. 1 B. 3 C. 2 D. 4 6. 6+4+2-8= A. 4 B. 1 C. 3 D. 6
2) Murid akan diberi 6 soalan dan menyelesaikan dengan menggunakan kad dot nombor 3) Guru memberi masa kepada
pelajar untuk menyiapkan soalan. 4) Guru membimbing dan memerhati pelajar.
Langkah Ketiga
- Guru mengadakan POP MATH iaitu guru meminta murid untuk memilih satu daripada lima sampul surat berwarna. Setiap
sampul surat itu terdapat dua soalan gabungan dua operasi. - Murid diminta untuk menyelesaikan soalan tersebut dengan
menggunakan kad dot nombor dengan bimbingan guru. - Sekiranya betul guru akan memberi ganjaran kepada pemenang.
Latihan dengan Bimbingan
- Guru memecahkan murid kepada tiga kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada dua orang murid. - Kemudian guru
memberi lembaran kerja kepada murid dan murid diminta untuk berbincang dan menyelesaikan soalan tersebut dengan rakan
kumpulan. - Penyelesaian soalan tersebut hendaklah menggunakan kad dot nombor
Latihan Kendiri
Guru memberi lembaran kerja untuk disiapkan di rumah. 1. 9-2-4-1= 2. 8-2-2-2= 3. 5+9+3+1= 4. 2+7+8+5= 5. 4+3+2-1= 6.
5+4-1+1= 7. 6+7+1-8= 8. 2+6+3+5-9= 9. 9+2+3+8-9= 10. 9-6+4+3+2=
- Guru dan pelajar berbincang jawapan latihan kendiri - Guru membetulkan jawapan pelajar(jika salah). - Guru menyuruh
pelajar membuat pembetulan(jika salah).

Generalisasi/Aplikasi Kepada Kehidupan Seharian/Pelajaran Lanjutan


- Guru memberikan soalan berbentuk penyelesaian masalah: 1. Sebatang pensil beharga RM 0.60 di kedai buku sekolah.
Tetapi, harga pensil tersebut telah jatuh kepada RM 0.30 pada hari semalam dan pada hari ini harga pensil tersebut telah
bertambah sebanyak RM 0.40 daripada harga pensil semalam. Berapakah harga pensil tersebut hari ini? 2. Dalam satu balang
terdapat empat biji guli. Ahmad telah menambah enam biji guli lagi ke dalam balang. Tetapi hanya empat biji guli tersebut
yang bewarna merah dan selebihnya bewarna warni. Berapakah guli yang bewarna warni?