Anda di halaman 1dari 23

MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN MEMBEZAKAN HURUF KECIL b

DENGAN d KETIKA MENULIS PERKATAAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA


MELAYU TAHUN SATU DENGAN KAEDAH GERAK NYANYI (G &N)

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan

Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenal pasti dan mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah yang telah dikenal pasti. Kajian ini dijalankan untuk
mengatasi masalah kekeliruan dalam membezakan huruf kecil b dengan d ketika menulis
perkataan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu dengan menggunakan kaedah
Gerak Nyanyi (G&N).

Kemahiran mengenal dan membezakan huruf amat penting untuk murid


membezakan bunyi huruf. Kelemahan murid membezakan huruf akan turut mempengaruhi
kebolehan membaca dan menulis. Kemahiran mengenal huruf merupakan titik tolak kepada
kemahiran membaca.

Proses membaca menggabungkan beberapa kemahiran iaitu kemahiran


pengamatan penglihatan yang diskriminatif (mengenal dan membezakan bentuk-bentuk
huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan
jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf, menggabungkan
penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membnetuk perkataan dan kebolehan memindahkan
lambang-lambang yang dibaca itu kepada sistem saraf otak untuk menterjemahkan dan
memahami apa yang dibaca (Rahimah Hj. Sabran, 1987).

Saya memfokuskan kajian ini dengan memmilih seramai 6 orang murid tahun 1
Kreatif sebagai kumpulan sasaran . Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra.
Hasil tinjauan mendapati masih terdapat sebilangan murid yang belum dapat menguasai
kemahiran dalam membezakan bentuk huruf b dengan d sewaktu menulis perkataan.
Kajian ini telah dijalankan selama sepuluh minit sebelum pengajaran sebagai set induksi dan
mengambil masa selama sebulan. Aktiviti ini disertai oleh semua murid dalam kelas tersebut
supaya murid yang telah menguasai kemahiran dapat membuat pengukuhan dan dan murid
yang tidak menguasai pula menerimanya sebagai pemulihan.

Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan


pemerhatian pula menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu
jika diransang dengan aktiviti yang menarik dan bahan yang pelbagai.
Melalui kajian ini, murid telah didedahkan dengan kaedah “Gerak Nyanyi” (G&N) merupakan
satu kaedah yang digunakan dimana murd dibimbing membuat pergerakan anggota badan
sambil menyanyi bagi meningkatkan daya ingatan dalam mengatasi kekeliruan dalam
memahami sesuatu bentuk huruf iaitu b dengan d. Murid dibimbing menggunakan anggota
badan mereka membuat gerakan tertentu yang menyamai bentuk huruf tersebut. Kaedah ini
diyakini mampu menarik minat mereka untuk belajar secara santai namun dalam masa yang
sama dapat membantu mereka semasa menulis kedua-dua huruf tersebut dengan betul.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah murid-murid kelas 1 Kreatif merupakan kelas
yang terakhir bagi Tahun 1 dan dan seramai 10 orang murid terdiri daripada murid LINUS
dan 2 orang murid merupakan murid LINUS tegar. Melalui pengalaman saya mendapati
pengamatan murid terhadap bentuk-bentuk huruf terutama huruf b dengan d mempunyai
masalah yang agak ketara. Rata-rata mereka masih keliru untuk mengenali huruf-huruf yang
hampir sama bentuk.

Pada mulanya saya agak terkejut dan situasi ini menyebabkan saya terpanggil untuk
mengubah keadaan tersebut seawal mungkin. Saya memikirkan bagaimana cara untuk saya
mengajar bagi membolehkan mereka mengatasi kekeliruan ini.Pada pandangan saya, kita
perlu memberikan murid satu pengalaman yang menarik untuk mereka membentuk
ingatan yang kekal.

Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang dengan mengaitkan


persekitaran murid yang boleh dijadikan bahan untuk menjelaskan perbezaan huruf. Saya
sedari perlunya untuk memilih kaedah yang sesuai dengan kehendak dan keadaan murid.
Teknik pengajaran amat mempengaruhi perkembangan murid-murid kerana teknik yang
menarik dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang boleh memberi
pengalaman yang kekal dalam ingatan.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Isu Kajian

Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah
dalam pembelajaran yang dialami dalam kalangan murid Tahun 1 Kreatif. Antara
masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang tidak mahir atau tidak mampu membaca
dengan lancar dan murid keliru akan penggunaan huruf b dan d. perkara ini jelas kelihatan
apabila saya membuat semakan buku tulis dan terdapat banyak kesalahan menulis
perkataan yang mempunyai huruf d atau b.

Oleh itu, saya memfokuskan kajian ini kepada masalah kekeliruan murid dalam
membezakan huruf kecil b dengan d kerana kegagalan murid membezakan kedua-dua huruf
tersebut dengan betul akan menyukarkan mereka menulis perkataan yang mengandungi
huruf tersebut. Seterusnya masalah ini akan menjadi penghalang untuk murid menulis ayat
serta membaca perkataan dan ayat dengan betul.

Atas faktor-faktor di atas saya terpanggil untuk menjalankan kajian ini kerana ianya
adalah penting untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah tersebut. kajian ini
juga dijalankan bagi membimbing serta meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam
menulis dengan betul perkataan-perkataan yang mengandungi huruf b dan d. Justeru, jika
dibiarkan masalah ini akan berlanjutan dan murid-murid tersebut akan jauh ketinggalan
berbanding rakan-rakan mereka yang sudah menguasai kemahiran menulis kedua-dua
huruf tersebut. Oleh itu, fokus kajian ini adalah penting untuk diberi penekanan.

2.2 Tinjauan Awal

Kajian saya melibatkan sasaran 6 orang murid Tahun I Kreatif. Berdasarkan


pemerhatian awal terhadap masalah murid, telah mengklasifikasikan masalah-masalah
murid ini kepada beberapa kategori iaitu kategori 1,2 dan 3. Dalam kategori 1, murid
bermasalah ini berada pada tahap paling rendah. Ini adalah kerana mereka langsung tidak
dapat mengenal dan membezakan huruf b dan d dalam menulis perkataan.

Manakala kategori kedua pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai bermasalah


dari aspek fizikal seperti kesalahan cara memegang pensil, dan kedudukan badan sewaktu
menulis. Katogeri ketiga pula, murid-murid ini boleh diklasifikasikan dengan masalah
ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan dengan melakukan kesilapan
dalam penulisan huruf b dan d atau sebab kecuaian ketika menulis sesuatu perkataan
tersebut. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan negatif kepada prestasi mereka
kerana kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika tidak dibendung di
peringkat awal.

Berdasarkan tinjauan awal ini, saya mendapat gambaran yang jelas mengenai tahap
kelemahan murid dan masalah yang berkaitan dengan kekeliruan murid untuk mengenal
huruf b dan d dengan betul. Bertitik tolak daripada situasi tersebut saya berpendirian
masalah ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana akan memberi kesan yang negetif
terhadap pembelajaran mereka.

2.2.1 Analisis Tinjauan Awal

a. Analisis Dokumen

Saya telah menganalisis keputusan ujian pra yang dijalankan pada akhir bulan
Julai yang lalu. Dalam ujian tersebut saya telah memberi lembaran kerja kepada murid yang
mengandungi huruf b dan d. Saya mengarahkan murid mewarnakan huruf b sahaja untuk
mengetahui berapa orang yang benar-benar keliru dengan kedua-dua huruf tersebut.
Hasilnya sememangnya 6 orang murid tersebut menghadapi masalah kerana telah
mewarnakan kedua-dua huruf b dan d. Berdasarkan ujian tersebut juga, didapati murid-
murid perlu didedahkan dengan perbezaan bentuk dan sebutan huruf dengan lebih
tersusun.

Analisis Ujian Pra


Pencapaian Bilangan Peratus
(Gred) Sampel
A (80-100) 0 0
B ( 60-79) 0
C (40-59) 1 16.7
D (20-39) 3 49.7
E (0-19) 2 33.2
Jumlah 6 100
Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian
b. Pemerhatian

Saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap murid dengan cara meminta
mereka menunjukkan huruf kecil yang saya sebut dan dan menyebut huruf kecil secara
rawak. Saya memastikan soalan huruf b dan d itu saya tujukan kepada murid sasaran dan
membuat catatan nama mereka. Aktiviti ini saya jalankan secara kelas iaitu semasa murid
lain membuat latihan, saya telah memanggil 6 orang murid terlibat untuk diuji secara
individu. Pencapaian mereka telah saya rekodkan. Hasilnya, murid-murid tersebut dapat
mengenal dan menunjukkan huruf a, c, e dan f tetapi gagal menunjuk huruf b dan d dengan
betrul.

Menunjuk huruf kecil


Bil. Nama murid a b c d e f
1. Ammar Haris / X / X / /
2. Syamil Zain / X / X / /
3. Rafiq Yusri / X / X / /
4. Faten Amira / X / X / /
5. Aishah Fatihah / X / X / /
6. Nur Ismahani / X / X / /
Jadual 2.: Pemerhatian murid mengenal bentuk huruf

2.3 Tinjauan Literatur

Ramai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan. Seperti yang kita
maklum, bidang penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas. Pelbagai aspek
dapat dikaji melalui penulisan ini.

Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran membaca
dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam matapelajaran Bahasa
Malayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca
yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil
semasa mambaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat
menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak diketahui
makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan
pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan
tersebut. Selain itu, murid juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat
dalam gambar rajah atau bahan ransangan yang diberikan oleh guru.

Brena (1995), pula menyatakan kanak-kanak cenderung untuk memanipulasikan


pengetahuan yang mereka ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contohnya, seperti
ketika mereka berhadapan dengan masalah huruf terbalik, iaitu memberikan jawapan
altenatif b kepada d.

Menurut kajian Sasson (1993), pula mendapati guru kurang memberi penekatan
kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul,
menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan
ruang antara huruf dengan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan dengan kaedah
menulis dengan betul pada peringkat awal lagi supaya mereka minat untuk melahirkan idea
melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian.

Akhir sekali, kajian oleh Pop (1964), menunjukan bahawa satu analisis telah dibuat
untuk kanak-kanak tadika dan beliau melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran
memadankan bentuk huruf kecil seperti u, q, d, h, p, b, c, f, l, j dan k. Kajian ini menunjukan
kanak-kanak pra-sekolah juga mengalami kekeliruan abjad dalam usaha memadankan
bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d, p-q, b-q dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan
huruf (revesal of letters).

Merujuk pada pandangan tokoh di atas yang menjalankan kajian di atas, saya dapati
perkara yang dijelaskan mempunyai kaitan dengan pengalaman saya selama menjalani
kajian ini dan dapat melihat secara lebih dekat permasalahan tersebut.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

Objektif Am

Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah kekeliruan murid dalam membezakan
huruf kecil b dengan d ketika menulis perkataan.

Objektif Khusus

1. Murid dapat menguasai kemahiran menulis huruf b dan d dengan betul.


2. Meningkatkan penggunaan huruf b dan d ketika perkataan dalam kalangan murid
Tahun 1 Kreatif melalui kaedah Gerak Nyanyi.
3. Murid dapat menulis perkataan yang mengandungi huruf b dan d dengan betul.
4. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

4.0 SOALAN KAJIAN

1. Adakah guru dapat membantu murid-murid Tahun 1 Kreatif menangani masalah


kekeliruan menulis perkataan yang mengandungi huruf b dan d melalui kaedah G&N
ini?
2. Adakah kaedah ini dapat meningkatkan penggunaan huruf b dan d untuk menulis
perkataan dengan betul?

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ini melibatkan murid-murid Tahap 1 yang berada dalam
Tahun 1 Kreatif SK Gurun (Pusat). Seramai 6 orang murid Tahun Satu Kreatif yang terdiri
daripada 3 orang lelaki dan 3 orang murid perempuan yang mengalami masalah yang sama.
Kesemua murid tersebut berbangsa Melayu dan datang dari keluarga yang berpendapatan
sederhana dan rendah. Tahun 1 Kreatif merupakan kelas yang terdiri daripada murid yang
mempunyai tahap pencapaian yang rendah dimana enam orang murid tersebut merupakan
murid LINUS yang dikesan semasa Ujian Saringan 1 LINUS yang lalu. Walau
bagaimanapun murid-murid tersebut rajin hadir ke sekolah berdasarkan rekod kehadiran
harian dan mampu berkomunikasi dengan baik dengan guru-guru dan rakan-rakan di dalam
kelas.
6.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.1 Perancangan Tindakan

Dalam perancangan tindakan untuk penyelidikan ini, saya mengaplikasikan


modul penyelidikan tindakan (Model Kemmis dan Tanggart, 1992) seperti
gambarajah di bawah.

Aktiviti 1
 Murid diperkenalkan semula dengan huruf b dan d.
 Murid dibimbing menggunakan anggota badan mereka sebagai lambang
huruf b dan d. Tangan kanan digunakan membuat pergerakan bentuk
bulatan ke kanan sambil menyebut b. Tangan kiri membuat gerakan bentuk
bulatan ke kiri sambil menyebut d. Langkah dilaksanakan dengan mengikut
gerakan guru yang membelakang murid..
 Sambil menyanyi “Gerakkan tangan kanan, gerakkan tangan kiri
Buat bulatan b, buat bulatan d
Gerakan kaki kanan, gerakan kaki kiri
Buat bulatan b, buat bulatan d.
 Murid diberi penerangan bahawa b mempunyai tiang dan bulatan ke
kanan manakala d mempunyai tiang dan bulatan ke kiri mereka.
 Guru melukiskan kaki dan menerangkan huruf b dan d seperti lukisan
orang berdiri.

Aktiviti 2
 Murid dikehendaki angkat tangan kanan yang dinamakan tangan b
dan tangan kiri pula sebagai tangan d.
 Murid dikehendaki meletakkan tangan b atau d ke tempat yang disebut guru
~ Letakkan tangan b ke atas hidung.

Aktiviti 3
 Murid dikehendaki menyanyi lagu pada langkah 1 dan dibekalkan dengan
1 huruf.
 Murid yang memegang huruf b atau d diminta berdiri sambil menunjuk huruf.
 Murid yang memegang huruf b ke hadapan kelas dan huruf d ke belakang
kelas.

Aktiviti 4
 Menyanyi sambil membuat gerakan secara berulang.
 8 orang murid dibekalkan dengan huruf b dan 8 orang murid dengan huruf d.
 Mereka dikehendaki berkumpul secara berpasangan b dan d.

Aktiviti 5
 Murid mengulangi nyanyian di langkah 1.
 Pelajar diminta mencari berapa huruf b atau d yang dilekatkan pada papan
tulis
Aktiviti 6
 Murid diberi lembaran kerja mencari dan mewarnakan huruf b
( Lampiran 1)
 Murid diberi lembaran kerja mencari dan mewarnakan huruf d
(Lampiran 2 )

Sepanjang langkah 6 ini dijalankan saya dapati, 6 orang murid tersebut telah
dapat membezakan huruf b dengan d. Ketika membuat latihan di lembaran kerja,
saya dapat melihat mereka membuat gerakan tangan seperti dalam nyanyi untuk
mereka memastikan samada huruf itu b atau d. Saya berharap aktiviti ini dapat
memberi pengalaman yang boleh diingati oleh pelajar.

Aktiviti 7
 Murid diberi lembaran kerja menulis huruf awal bagi perkataan yang
mengandungi huruf b atau d berdasarkan gambar ( Lampiran 3).
 Murid menulis perkataan yang disebut oleh guru (mengambil imlak ) bagi
perkataan yang mengandungi huruf b dan d (Lampiran 4 ).

6.2 Refleksi
Teknik pengajaran amat mempengaruhi perkembangan murid-murid. Teknik
yang menarik dapat menghidupkan suasana pengajaran yang boleh memberi
pengalaman yang kekal dalam ingatan. Saya telah berusahan menjalankan aktiviti
mengenal huruf b dan d itu berulang supaya ianya menjadi ingatan kekal kepada
murid-murid yang terlibat dalam kajian ini.
Hasilnya saya dapat melihat perubahan ketara di mana murid-murid boleh
menguasai kemahiran menulis huruf b dan d dengan betul selain sudah dapat
membezakan kedua-dua bentuk huruf tersebut apabila diminta menunjukkan secara
spontan huruf b atau d pada kad huruf yang diberi. Murid-murid tersebut juga sudah
dapat menulis perkataan yang mengandungi huruf b dan d dengan betul.
Berdasarkan aktiviti yang dijalankan saya telah membuat satu rumusan
tentang proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid Tahun 1 Kreatif bagi
mengatasi masalah kekeliruan dalam membezakan huruf b dengan d ketika menulis
perkataan. Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini telah mempelajari sesuatu
yang menarik dan seronok berkaitan mengenal dan membezakan bentuk huruf b
dengan d. Perasaan positif yang ditunjukkan dapat meningkatkan minat mereka
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara tidak langsung.

7.0 Perancangan Kaedah Mengumpul Data


7.1 Perancangan Kaedah Mengumpul Data
Saya telah memilih tiga cara dan instrument pengumpulan data. Hasil
daripada data yang diperolehi ini saya perlu memilih kaedah yang paling sesuai
untuk menganalisisnya. Pengumpulan data yang yang akan saya gunakan iaitu
pemerhatian, ujian , penelitian dokumen dan perbincangan dengan guru lain.

7.2 Perancangan Kaedah Menganalisis Data


a) Pemerhatian (senarai semak)
Bagi menganalisis senarai semak, saya menggunakan jadual kekerapan
dengan merujuk kepada skala Likert untuk mengenal pasti keberkesanan kaedah
yang saya gunakan iaitu kaedah G&N dalam mengatasi masalah kekeliruan murid
membezakan antara huruf b dengan d ketika menulis perkataan. Saya juga telah
membuat perbandingan senarai semak membezakan bentuk huruf pada kitaran satu
dengan kitaran kedua.

b) Ujian Pra, Ujian Pencapaian dan Ujian pasca


Data yang terkumpul daripada ujian pra, ujian pencapaian dan ujian pasca
dianalisis berdasarkan skema pemarkahan analitik. Ini bersesuaian dengan fungsi
pemarkahan skema analitik untuk menentukan keberkesanan penggunaan sesuatu
kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran melalui peratusan.
Hasil dapatan tersebut digunakan untuk membuat perbandingan
pencapaian murid dan secara tidak langsung dapat menilai keberkesanan kaedah
G&N yang digunakan dalam kajian ini. Berikut merupakan pecahan skor
pemarkahan analitik yang digunakan dalam kajian ini.
Skor Pemarkahan Analitik

Gred Peratusan Markah ( % ) Tahap Keberkesanan


A 80 – 100 Cemerlang
B 60 -- 79 Sederhana
C 40 -- 59 Tidak Memuaskan
D 0 -- 39 Gagal
Jadual :3 Skor Pemarkahan Analitik

Perbandingan Prestasi Murid Dalam Ujian Pra dan Ujian Post

Pencapaian Ujian Pra Ujian Pos


Lulus 40 % 90 %
Gagal 60 % 10 %
Jumlah 100 % 100 %
Jadual 4 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Post

c) Penelitian Dokumen
Bagi instrument penelitian dokumen, data diambil melalui latihan-latihan
dan lembaran kerja yang diberikan bagi menyokong hasil dapatan penyelidik.
Melalui lembaran lembaran kerja yang diberikan dari masa ke semasa dapat dilihat
kemajuan dan peningkatan tahap murid menguasai kemahiran yang dipelajari.
Berdasarkan analisis dokumen selepas ujian menguji penguasaan murid
menunjukkan huruf yang disebut oleh guru ternyata semua murid yang terlibat dalam
kajian ini telah dapat membezakan huruf b dengan huruf d dengan betul.
Menunjuk huruf kecil
Bil. Nama murid a b c d e f
1. Ammar Haris / / / / / /
2. Syamil Zain / / / / / /
3. Rafiq Yusri / / / / / /
4. Faten Amira / / / / / /
5. Aishah Fatihah / / / / / /
6. Nur Ismahani / / / / / /
Jadual 5 : Pemerhatian Murid mengenal Bentuk Huruf

d) Perbincangan dengan guru


Perbincangan dengan guru-guru lain ialah bagi mengetahui kekuatan dan
kelemahan saya dalam menjalankan pengajaran di kelas tersebut. Tujuannya untuk
mendapat maklum balas segera dan penambahbaikan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran seterusnya. Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang telah
diambil sebagai sampel untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran
guru.

Skala 1 2 3 4 Jumlah
Sebab Sangat setuju Tidak Sangat
setuju setuju tidak
setuju
Pengajaran guru tidak 2 3
menarik 40% 60%
Guru tidak 1 4
menggunakan BBM 20% 80%
yang sesuai
Banyak buku yang 2 3
perlu dibaca 40% 60%
Masih keliru dengan 2 3
huruf b dengan d ketika 40% 60%
menulis perkataan.
Jadual 6 : Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar
7.3 Perancangan Jadual Pelaksanaan

Bil. Aktiviti Tempoh perlaksanaan Catatan


1. Mengenal pasti masalah 3 hari Mesyuarat J/K Pelaksana
KT
2. Menulis proposal awal tindakan 1 hari
3. Merancang tindakan 4 hari
4. Melaksana aktiviti 6 hari
5. Membincangkan masalah yang 2 hari
wujud dalam tindakan yang
dilaksanakan.
6. Ujian pencapaian 4 hari
7. Refleksi kajian 3 hari
8. Menulis proposal lengkap. 5 hari
9. Pembentangan dapatan di 1 hari
sekolah.
10. Menyerahkan proposal kajian 1 hari
tindakan kepada pensyarah.

7.4 Carta Gantt

Bil. Aktiviti Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4


1. Mengenal pasti masalah
2. Menulis proposal awal tindakan
3. Merancang tindakan
4. Melaksana aktiviti
5. Membincangkan masalah yang
wujud dalam tindakan yang
dilaksanakan.
6. Ujian pencapaian
7. Refleksi kajian
8. Menulis proposal lengkap.

9. Pembentangan dapatan di
sekolah.
10. Menyerahkan proposal kajian
tindakan kepada pensyarah.
7.3 Kos Kajian

Bil Item / Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah


1. Kertas A4 2 RM 8.90 RM 17.80
2. Dakwat Printer 1 RM 80.00 RM 80.00
3. Buku Rujukan 2 RM 20.00 RM 40.00
4. Kad Imbasan 1 set RM 18.00 RM 18.00
5. Marker Pen 2 RM 5.00 RM 10.00
Jumlah Keseluruhan RM 165.80
RUJUKAN

Abdul Rashid Jamian. (2008). Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis

Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal

Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur, Malaysia.

Abdul Rashid Jamian & Zulkifli Abu Zarin. (2008).Keupayaan Kemahiran Membaca

Dan Menulis Bahasa Melayu Murid Sekolah rendah Kebangsaan Luar

Bandar. Kertas Kerja Di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008. Universiti

Pendidikan Sultan Idris, 2-4 Jun 2008. Tanjung Malim, Perak, Malaysia.

Jauharah Hj.Tak & Saliha Hj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa (Sekolah

Rendah dan Menengah). Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Noraini Ombi. (2009 : 215-227). Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid

Tahun 2 Dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas

Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL.

Pasukan Penyelidik. (2013). Penyelidikan Tindakan, Panduan Penulisan Laporan.


Kuala Lumpur : Freemind Harizons Sdn. Bhd.

Popp. (1964). Masalah Kanak-Kanak Mengenal Abjad. Melalui Jurnal Fakulti

Pendidikan Universiti Pendidikan Universiti Malaya, Jilid 11, (1984/85).


RUJUKAN INTERNET

Sasson,R. (1993). The Art And Science Of Handwriting. Diakses daripada

http://mariasalamperpaduan.blogspot.com/.../

Pada 25 Julai 2014

RH Blog.Contoh Kajian Tindakan B.Melayu. Diakses daripada

http://rostamhamzah68.blogspot.com/.../contoh/kajian/tindakan

Pada 25 Julai 2014

Proposal Kajian Tindakan Bahasa Melayu – Slideshare. Diakses daripada

http://www.slideshare.net/.../proposal-kajian-bahasa-malaysia

Pada 30 Julai 2014

[PDF] Program Kajian Tindakan Pemulihan 3M Bahasa Melayu. Diakses daripada

http://www.spe.dbp.gov.my/.../Program%20Kajian%

Pada 30 Julai 2014

.
LAMPIRAN
BORANG MAKLUMAT MURID

Tandakan ( / ) pada maklumat di bawah.

1. Maklumat Murid

Nama Murid : _______________________________

Kelas : _______________________________

a. Gred Bahasa Melayu Ujian 1 : __________________


b. Gred Bahasa Melayu Ujian 2 : __________________

c. Jantina :

Lelaki
Perempuan

d. Bilangan Adik Beradik : __________________

e. Pekerjaan Ibu Bapa :

Sendiri
Profesional
Swasta
Kerajaan
Lain-lain

2. Sosio-ekonomi Keluarga :

RM 499 – ke bawah
RM 500 – RM 999
RM 1000 – RM 1999
RM 2000 – RM 2499
RM 3000 – ke atas

Semua maklumat adalah sulit dan dirahsiakan.


BORANG KAJI SELIDIK

Bil Deskriptor Tidak setuju Amat setuju


setuju
1 Suka belajar /
2 Suka pada Guru Bahasa /
Melayu
3 Rasa diri pandai /
4 Suka datang ke sekolah /
5 Bercita-cita tinggi untuk /
berjaya
6 Mesra dengan rakan /
7 Merasa malu kerana /
tidak tahu membaca
8 Mahu berubah untuk /
pandai menulis huruf
dan perkataan.
Mahu ke kelas /
9 pemulihan
LEMBARAN KERJA

Arahan : Warnakan huruf b sahaja.

d b d b
d b a d
b d d a
d b a d
LEMBARAN KERJA

Arahan : Warnakan huruf d sahaja.

d b d b
d b a d
b d d a
d b a d
LEMBARAN KERJA

Arahan : Lengkapkan perkataan berdasarkan gambar