Anda di halaman 1dari 11

Kesediaan membaca

Kesediaan membaca boleh didefinisikan sebagai satu tahap kemampuan


berkaitan pengajaran yang dijalankan berteraskan kepada aspek ketahanan
mental,emosi,fizikal dan keadaan persekitaran. Ini kerana kelima-lima aspek tersebut
berkait rapat untuk menerima pengajaran bacaan asas. Kesediaan membaca
merupakan kaedah yang dilakukan sebelum kanak-kanak memulakan kaedah bacaan.

Dalam peringkat kesediaan membaca,kanak-kanak didedahkan dengan lebih


mendalam dalam aspek melihat dan memanipulasi sesuatu objek atau bentuk di mana
dengan cara ini kanak-kanak dapat didedahkan dengan kefahaman yang terperinci
berkaitan nama sesuatu objek atau sebagainya apabila mereka perhatikan. Antara
aktiviti lain yang berasaskan kesediaan membaca ialah guru-guru menyediakan bahan
bantu mengajar berbentuk turutan abjad,memperdengarkan sesuatu bunyi dan yang
paling baik supaya kaedah kesediaan akan berjalan dengan lebih berkesan ialah
dengan cara memberi kebebasan dan kelonggaran untuk kanak-kanak merasai
persekitaraan yang sebenar dalam sesuatu tempat.

Dengan cara ini,kanak-kanak akan merasai kehidupan yang sebenar dan yang
paling penting kanak-kanak dapat menjalinkan persahabatan dengan kanak-kanak
sebaya dan lebih tua daripadanya. Dengan pendedahan dan kelonggaran kepada
kanak-kanak, sedikit sebanyak akan mengembangkan lagi minat kanak-kanak untuk
berfikir dan menyelesaikan sesuatu perkara dengan lebih baik.

Pentingnya kesediaan membqcq ditegaskan oleh Syed Abu bakar (1994)


sebagaimana kenyataan di bawah.

“jika rahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajarkan
kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan kesan yang amat
buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa, dan guru” .

Beliau juga memberi pendedahan awal berkaitan dengan proses perkembangan


dan pertumbuhan setiap kanak-kanak di mana setiap perkembangan dan pertumbuhan
yang berlaku adalah berperingkat-peringkat. Contohnya,seseorang kanak-kanak yang
baru sahaja dapat berjalan perlulah melalui beberapa peringkat iaitu meniarap,
merangkak dan berdiri terlebih dahulu (pecahan kemahiran membaca).

Daripada perkembangan yang berlaku kepada kanak-kanak dapatlah kita


padankan dengan tahap atau peringkat-peringkat bacaan mereka.amtara peringkat-
peringkst yang dilaksanakan ialahperingkat prabacaan,peringkat melatih membaca dan
memahami, peringkat membaca untuk hiburan dan mencari pengetahuan, dan
peringkat membina sikap gemar membaca.

Peringkat pertama yang dikeutamakan adalah peringkat membina asas bacaan.


Ketika peringkat ini dijalankan, kanak-kanak tidak seharusnya didedahkan dengan
perkataan dan ayat yang saintifik atau suka. Kanak-kanak pada peringkat ini perlu
ditonjolkan dengan kaedah mengemukan dan mendedahkan mereka dengan ayat-ayat
ringkat dan mudah difahami. Antaranya ialah penyediaan persekitaran tempat kanak-
kanak mendapatkan ilmu contohnya bilik prasekolah di mana selain Selain daripada
papan tulis dan kapur putih, guru juga mestilah menyediakan kapur berwarna, papan
magnet, kad-kad imbasan yang telah sedia bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan
ayat serta gambar-gambar berwarna untuk menarik hati dan minat mereka.

Kanak-kanak pada peringkat ini akan lebih memahami sesuatu pengajaran yang
berunsur kepelbagaian warna. ini kerana perkembangan pemikiran kanak-kanak pada
peringkat ini adalah lemah dan tidak dapat membezakan kebaikan dan keburukan.
Dengan warna yang ditonjolkan dalan bahan bantu mengajar akan memberi
keselesaan dan mudah untuk difahami.

Peringkat kedua pula menghuraikan secara mendalam mengenai peringkat


untuk melatih membaca dan memahami. Padsa peringkat ini perlulah diutamakan
aspek pemilihan bahan bacaan d nisi bacaan di mana hendaklah selaras dengan
peringkat umur dan kecenderungan kanak-kanak. Dalam aspek ini juga perlu kita
tekankan membuat pengukuhan terhadap kanak-kanak mengenai penyediaan soalan-
soalan sebagai sumber kefahaman dan tidak menitik terlalu keterlaluan dalam
pengajaran berteraskan sebutan dan kelancaran setiap daripada mereka.
Antara kaedah yang dikatakan amat berkesan pada peringkat ini ialah kaedah
bacaan senyap di mana aktiviti bacaan seperti itu dapat melatih diri sendiri untuk
menangkap maksud isi pelajaran yang dibaca.

rajah 1: Kaedah mengajar bacaan


Kaedah
mengajar bacaan

Kaedah Kaedah Kaedah


mengeja bunyi pandang
sebut

Kaedah untuk mengajar bacaan pada peringkat kanak-kanak prabacaan


dibahagikan kepada 3 jenis kaedah iaitu kaedah mengeja, kaedah bunyi dan kaedah
ketiga ialah kaedah pandang sebut. Bagi kaedah mengeja dilakukan dengan dengan
mengemukakan suku kata terlebih dahulu atau perkataan yang mudah bagi kanak-
kanak peringkat prabacaan.

Contohnya,suku kata b,a yang bermakna ba manakala t,u adalah tu. Pada
peringkat permulaan kaedah ini hendaklah ditumpukan kepada satu suku kata dan
apabila kanak-kanak dapat memahami dengan lebih baik melalui baaan dan
kelancaran, barulah guru-guru memperkenalkan kanak-kanak kepada dua suku kata
dan lebih contohnya gabungan antara b,a,t,u yang memberi makna batu.
Manakala kaedah bunyi pula adalah kaedah membunyikan suku kata dan
menyambungkan dengan suku kata yang lain misalnya ba,tang iaitu membawa makna
batang. Kaedah bunyi banyak menggunakan peringkat demi peringkat supaya kanak-
kanak yang menggunakan kaedah ini akan dapat memahami sesuatu perkara dengan
lebih berkesan apabila disebut atau didengar . antara peringkat awal yang diamalkan
adalah kanak-kanak membunyikan huruf-huruf yang diajar atau ditunjukkan selepas itu
barulah melalui huruf-huruf yang dibunyikan membentuk suku kata dan akhirnya
perkataan.

B (beh), a (ah) = ba

T (teh), u (uh) = tu

Ba + tu = batu

Manakala kaedah pandang sebut pula mementingkan dua aspek iaitu


membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar
serta membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.
Pendekatan mengajar bacaan

pendekatan
pendekatan
membina
(sintesis) cerakinan
(analisis)

Pendekatan

Mengajar
bacaan

pendekatan
eklektik

Pendekatan membina ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau
membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi
satu benda yang besar. Misalnya dalam mengajarkan ayat ; 'nina ada baju merah'.

i. Memperkenalkan huruf – a, b, d, i, j, h, r, u, m, n.
ii. Memperkenalkan perkataan – ba, ni, na, ju, rah, me, da.
iii. Merpekenalkan rangkai kata – baju, nina, ada, merah.
iv. Memperkenalkan ayat – baju merah, nina ada, nina ada baju merah

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan
kaedah suku kata. Pendekatan yang kedua ialah pendekatan cerakinan di mana satu
cara yang berlainan atau berlawan prinsipnya dengan cara sintesis. Cara ini
berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-
ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil.
Manakala pendekatan eklektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan
kaedah campuran daripada dua cara yang terbesar iaitu mengajar bacaan dengan
menggunakan cara membina dan cara cerakinan.

Pengesahan setelah
Mengenali Nama dapat giliran
Dengan Abjad

Kad-kad Abjad

Aktiviti-aktiviti
Membaca Buku Abjad
prabacaan

Peti Surat Peribadi

Buku Besar
Permainan Abjad

Komputar
Pratulisan

Ketika mencapai tahap pratulisan, terdapat tiga peringkat diperkenalkan iaitu

peringkat pramenulis (persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat mekanis) dan

peringkat untuk pelahiran. Apa yang kita sedia maklum ,kebolehan menulis memerlukan

kematangan urat saraf dan urat daging ang mengawal jari dan tangan. Menurut

pengkaji terkemuka , kemahiran menulis bagi kanak-kanak prasekolah adalah meliputi

kebolehan kanak-kanak menggunakan alat-alat tulis seperti pen, pensil, krayon, marker

dan berus cat untuk membuat sebarang bentuk contengan (scribble) di mana

contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak meliputi percubaan kanak-kanak

menggunakan lakaran gambar untuk membuat ilustrasi cerita.

(Allyn dan Bacon (1997))

Dalam aspek penyampaian , guru perlu menekankan kepada kanak-kanak

supaya mengenai lambang-lambang huruf dengan menggunakan gambar. Sebelum

dilatih menulis terlebih dahulu guru-guru memberi peluang kepada kanak-kanak supaya

melakukan latihan bebas di mana berfungsi membetulkan dan melonggarkan urat-urat

dan otot jari dan tangan . kanak-kaak pada peringkat awal juga perlu diberikan kertas

kosong atau tidak bergaris supaya kanak-kanak tidak mudah terikat dengan sebarang

halangan ketika menulis dengan lebih baik dan tersusun.


Terdapat banyak aktiviti yang dapat kita jadikan permainan antaranya

melengkapi bilik prasekolah dengan persekitaran tulisan. Dengan penyediaan yang di

buat sedikit sebanyak akan membantu kanak-kanak memahami dan mengenal huruf

dengan lebih cepat. Tambahan lagi, setiap penulisan hendaklah berunsurkan aspek

kepelbagaian warna dan ditempatkan diseluruh tempat atau tempat yang sentiasa

menjadi laluan alternatif kepada kanak-kanak setiap hari.

Selain daripada itu, guru-guru boleh menyediakan sudut bacaan di mana

Bahan-bahan seperti buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku

besar ditempatkan di sudut ini.

Aktiviti seterusnya yang dapat kita lakukan ialah memberi galakan supaya kanak-

kanak menulis pesanan, latihan menggerakkan kaki,latihan memegang alat tulis

dengan betul,latihan menggerakkan mata ke kiri dan ke kanan dikordinasikan dengan

gerakan jari dan tangan. Contohnya permainan menyambung titik dan mencari arah

yang ditunjukkan dan ditentukan oleh guru atau pengurus sekolah.


Pemulihan

Dalam aspek pemulihan , terdapat beberapa kenyataan yang telah dikeluarkan


antaranya kenyataan daripada Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka:111; 1967 di mana
memerihalkan mengenai definisi pulih dengan lebih terperinci. Pulih bermaksud
kembali seperti biasa (keadaan semula ). Merujuk kepada kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan
dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetulkan sesuatu.
Sebagai contoh,kanak-kanak yang baru pandai menulis akan mengubah corak
tulisannya dari semasa ke semasa sehingga mencapai satu tulisan yang jelas dan
boleh difahami.

(KAMUS DEWAN: EDISI 111: 1967)

Menurut Blair pada tahun 1956 pula memberi penekanan dan huraian mengenai
program khas di mana katanya program khas adalah berbentuk tambahan bagi
memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar
ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Ia tertumpu kepada penguasaan
kemahiran.

(BLAIR: 1956)

Menurut penganalisis lain di mana telah membuat kenyataan bertulis mengenai


tindakan khas. Tindakan khas merupakan tindakan khususu yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid-murid yang mengalami kesulitan dari segi
pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri
oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan biasa dan dalam darjah untuk
pengajaran.

(O. C SIMPSON: 1975)


Syarifah Alawiyah Alsagof pula telah menyatakan mengenai keperluan pendidikan
murid-murid di mana mengasingkan kanak-kanak yang mempunyai tahap pembelajaran
yang berbeza supaya proses pembelajaran yang di ajar akan menepati dan selaras
dengan kemampuan kanak-kanak.

(SYARIFAH ALAWIAH ALSAGOF: 1898)

Pentafsir yang disegani seperti Ishak Harun dan Koh Boh Boon juga menekankan
kepada aspek perkhidmatan khas supaya kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran di sekolah rendah dapat dikesan dan diatur ke tahap yang sama supaya
kanak-kanak dapat mengatasi masalah pembelajaran.

(ISHAK HARUN & KOH BOH BOON: 1983)

Program pemulihan telah dilakukan sebagai usaha menangani masalah


pembelajaran kanak-kanak dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik
sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti. Murid yang menghadapi
masalah pembelajaran dan memerlukan pemulihan ialah mereka yang memperoleh
pencapaian di bawah paras yang sepatutnya. Murid-murid ini boleh ditemui di semua
peringkat persekolahan, sama ada di luar bandar mahupun di bandar. Program khas
merupakan program yang bersifat sementara. Ini kerana apabila kanak-kanak telah
dapat mengatasi masalah pembelajaran dan selaras dengan tahap pemikiran dalam
kelas biasa, secara terus akan dipindahkan semula ke kelas asal.program khas
merupakan program yang membantu kanak-kanak dalam menghadapi masalah
pembelajaran dan bukannya bersifat mengasingkan kanak-kanak lemah dengan yang
normal.

Dalam mewujudkan strategi pengajaran pemulihan, kaedah secara berkumpulan


perlu dititikberatkan kepada kanak-kanak. ini kerana mereka akan dapat membantu
satu sama lain dan bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.