Anda di halaman 1dari 1

PENJAGAAN ALAM SEKITAR KESEJAHTERAAN NEGARA

Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan
negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan
laut. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang
tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan
kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.Persekitaran yang bersih penting untuk mewujudkan
kehidupan yang sihat dan sejahtera.

Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan
oleh kenaikan suhu dapat orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang
boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan dalam
keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Pencemaran alam sekitar yang dilakukan akan menyebabkan kemusnahan habitat haiwan dan akan
menyebabkan sumber makanan manusia akan berkurang, sebagai contoh hidupan laut seperti udang,
ikan dan seumpamanya mengandungi protein yang dapat menstabilkan kesihatan manusia. Pencemaran
laut seperti pembuangan sisa toksik ke dalam laut menyebabkan kepupusan hidupan laut berlaku.
Manakala, tumbuh-tumbuhan pula menjadi sumber kepada perubatan seperti herba untuk pesakit.
Alam sekitar yang tidak tercemar membolehkan habitat hidupan darat dan air terpelihara.

Di samping itu, keindahan alam sekitar juga akan menarik pelancong untuk mengunjungi negara kita.
Persekitaran yang cantik dan bersih dapat menarik ramai pelancongan dari luar negara atau orang
tempatan untuk melancong ke negara kita. Melalui aktiviti pelancongan, kita dapat meningkatkan
pendapatan negara melalui pertukaran wang asing. Dalam jangka panjang, pertumbuahan ekonomi juga
akan meningkat. Usaha memajukan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk merupakan
tanggungjawab masyarakat.

Kesimpulannya, kita mesti sedar akan kepentingan memelihara alam semulajadi yang masih ada pada
hari ini. Usaha-usaha memupuk kesedaran masyarakat terhadap kepentingan alam sekitar terus
dilakukanoleh pelbagai pihak di negara ini seperti kempen kebersihan, perkhemahan alam sekitar bagi
belia, seminar, bengkel, pameran, promo media dan penerbitan bahan-bahan cetak. Semuanya adalah
bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan penyertaan orang ramai bagi memelihara alam sekitar.
Pemuliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. Setiap generasi perlu turut serta supaya
pembangunan lestari dikekalkan supaya dapat dinikmati sehingga generasi akan datang

Anda mungkin juga menyukai