Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN MENGINAP DI HOMESTAY MAK SITI

ASSALAMUALAIKUM

KEPADA PELANGGAN BUDIMAN , TERIMA KASIH KERANA MEMILIH HOMESTAY MAK SITI SEBAGAI TEMPAT PENGINAPAN
ANDA. KAMI MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ANDA.

1. SEMUA PERALATAN YANG DISEDIAKAN DIDALAM HOMESTAY INI  BOLEH DIGUNAKAN OLEH PENYEWA. PERALATAN TERSEBUT
HENDAKLAH DIGUNAKAN DENGAN SECARA BERHEMAT DAN CERMAT. JIKA TERDAPAT KEROSAKAN SEBELUM DIGUNAKAN, SILA
LAPORKAN KEPADA PEMILIK HOMESTAY DENGAN KADAR SEGERA.

2. TIDAK DIBENARKAN  MENGALIHKAN KEDUDUKAN PERALATAN DIDALAM HOMESTAY INI. JIKA PENYEWA MENGALIHKAN
KEDUDUKAN PERALATAN TERSEBUT, PENYEWA HENDAKLAH MELETAKKAN KEMBALI  PERALATAN TERSEBUT KEPADA
KEDUDUKAN ASAL SEBELUM CHECK OUT DARI HOMESTAY INI.

3. PASTIKAN SEMUA PERALATAN DAPUR YANG DIGUNAKAN OLEH PENYEWA DICUCI SEBELUM CHECK OUT DARI HOMESTAY INI.

4. PENYEWA MESTILAH MEMASTIKAN SEMUA SUIS PERALATAN ELETRIK SPT AIRCOND (JIKA ADA) DAN KIPAS (KECUALI  PETI AIS)
DIMATIKAN JIKA MENINGGALKAN HOMESTAY UNTUK J/MASA YANG LAMA  BAGI MENGELAKKAN PEMBAZIRAN ELETRIK.

5. PENYEWA DILARANG MEMBIARKAN AIRCOND TERUS  TERPASANG SELAMA BEBERAPA HARI TERUTAMA  SEMASA PENYEWA
TIADA DIRUMAH KERANA INI MENYEBABKAN KEROSAKAN KEPADA AIRCOND TERSEBUT AKIBAT DARIPADA KECUAIAN
TERSEBUT.

6. KEROSAKAN ALATAN KERANA  KECUAIAN PENGGUNA MESTILAH DITANGGUNG OLEH PENYEWA. PEMILIK HOMESTAY BOLEH 
MEMBUAT TUNTUTAN GANTI RUGI DI ATAS KEROSAKAN TERSEBUT. KERJASAMA PENYEWA AMAT DIHARGAI.

7. PENYEWA BOLEH MEMOHON  PERALATAN TAMBAHAN DARIPADA PEMILIK HOMESTAY TETAPI BERGANTUNG KEPADA
PEMILIK HOMESTAY SAMA ADA MEMENUHI PERMINTAAN TERSEBUT ATAU SEBALIKNYA DENGAN MENGENAKAN CHARGE
(BAYARAN TAMBAHAN) ATAU SEBALIKNYA.

8. DILARANG SAMA SEKALI MENJADIKAN CADAR ATAU COMFORTER SEBAGAI  ALAS STERIKA SUPAYA CADAR ATAU COMFORTER
TIDAK HANGUS ATAU KOTOR.

9. ATAS KESELESAAN PARA PENYEWA, PELARASAN WAKTU CHECK-IN DAN CHECK OUT ADALAH SEPERTI BERIKUT :

1. CHECK-IN JAM 2.00 PETANG DAN WAKTU CHECK-OUT SEBELUM JAM 12.00 T/HARI

2. CHECK-IN JAM 4.00 PETANG DAN WAKTU CHECK-OUT SEBELUM JAM 4.00 PETANG  

10. PENYEWA YANG INGIN CHECK-IN AWAL ATAU CHECK-OUT LEWAT BOLEHLAH MINTA KEBENARAN TERLEBIH DAHULU
DARIPADA PEMILIK HOMESTAY. PEMILIK HOMESTAY BOLEH MENGENAKAN CAJ TAMBAHAN RM10.00/JAM JIKA PENYEWA
CHECK-OUT LEWAT DARIPADA MASA YANG SEPATUTNYA.

11. BAGI PENYEWA YANG INGIN CHECK-OUT AWAL DARIPADA TARIKH YANG SEPATUTNYA, MESTILAH MEMBERITAHU DENGAN
KADAR SEGERA KEPADA PEMILIK HOMESTAY UNTUK BERUNDING TENTANG MASALAH TERSEBUT. PEMILIK HOMESTAY BERHAK
UNTUK TIDAK MEMULANGKAN BAYARAN BAGI HARI YANG TELAH DIBATALKAN KERANA TIDAK MENEPATI  JANJI SEMASA
MEMBUAT TEMPAHAN.

12. DITEGAH SAMA SEKALI MEMBAWA MASUK MAKANAN YANG TIDAK HALAL KE DALAM HOMESTAY. 

13. DIHARAP PERATURAN INI AKAN DIPATUHI OLEH SEMUA PENYEWA SEPANJANG MENGINAP DI HOMESTAY MAK SITI.

“ KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARI IMAN”

“ PEMBAZIRAN ADALAH AMALAN YANG DIKUTUK  ALLAH S.W.T ”


WAKTU
PENGIN
CHECK IN
APAN
2.00 PETANG
CHECK OUT
12.00 TENGAHARI

CHECK IN
4.00 PETANG
CHECK OUT
4.00 PETANG
*PEMILIK HOMESTAY BOLEH MENGENAKAN CAJ TAMBAHAN RM10.00/JAM JIKA PENYEWA CHECK-OUT LEWAT DARIPADA MASA
YANG SEPATUTNYA.

*SEGALA KEPUTUSAN ADALAH ATAS BUDI BICARA PEMILIK HOMESTAY