Anda di halaman 1dari 4

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yang rendah.
Aktiviti ini memerlukan daya ketahanan otot tangan dan kaki yang kuat untuk membuat
aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi. Aktiviti ini juga
dapat mendisiplinkan seseorang individu untuk yakin terhadap diri sendiri dan bersedia
menghadapi saat-saat kecemasan ketika berada di tempat tinggi.

Terdapat beberapa langkah keselamatan bagi melaksanakan aktiviti abseiling


termasuklah memastikan peralatan abseiling mencukupi. Ia amat penting bagi urus setia
untuk memastikan peralatan abseiling adalah lengkap dan mencukupi bagi mengelakkan
kemalangan atau kejadian tidak diingini berlaku.

Peralatan-peralatan abseiling yang diperlukan adalah seperti berikut:

1.1 TALI

1. Tali carmantle dinamik


2. Harness
3. Sling
4. Carabiner
5. Figure of eight
6. Helmet
7. Glove

1.2 LANGKAH KESELAMATAN

SEBELUM TURUN DENGAN TALI

1. Memastikan semua peralatan yang digunakan berada dalam keadaan kemas dan
lengkap.
2. Memastikan semua peralatan yang dipakai dan dipasang adalah sempurna dan
berfungsi dengan baik.
3. Memastikan setiap guru pelatih melapor kepada pegawai di atas sebelum keluar ke
platform.

SEMASA TURUN DENGAN TALI

1. Memastikan belaying berada dalam keadaan sedia.


2. Keluar ke platform dengan perlahan-lahan dan tangan berada dalam kedudukan
brek.
3. Apabila mendapat arahan daripada pegawai barulah guru pelatih mula bergerak
turun.
4. Apabila selamat sampai di bawah, guru pelatih perlu melaporkan diri kepada pegawai
bertugas.
5. Maklumkan kepada pegawai jika sebarang kecemasan berlaku seperti kerosakan tali,
pening, terseliuh dan sebagainya.

SISTEM BELAY

1. Bertugas menjaga keselamatan guru pelatih ketika turun.


2. Tali akan ditarik untuk menghentikan guru pelatih dan mengendurkan tali untuk guru
pelatih bergerak semula.
3. Tangan atas bertugas sebagai penegang.
4. Tangan bawah bertugas sebagai pengimbang dan brek.
5. Petugas harus menumpukan perhatian kepada guru pelatih.

ARAHAN ABSEILING

1. On belay, on belay!
Bermaksud adakah belay sudah bersedia?
2. Up rope!
Bermaksud menegangkan tali serta-merta jika terdapat kenduran.
3. Slack!
Bermaksud kendurkan tali sedikit untuk turun.

4. Tension!

Kukuhkan sedikit tali dengan menegangkan tali untuk mengelakkan guru pelatih jatuh.

5. Falling.

Bermaksud kedudukan kukuh dan bersedia untuk jatuhkan tali dengan ditegangkan.

6. Off Belay!

Bermaksud selamat mendarat.


1.3 LANGKAH PENCEGAHAN

Kemalangan atau kejadian berbahaya ketika aktiviti abseiling boleh berpunca


daripada kerosakan tali.

PUNCA KEROSAKAN TALI

1.3.1 Geseran

 Tali mungkin melalui bucu yang tajam yang menyebabkan tali menjadi tegang atau
ditarik pada permukaan yang kasar sehingga menghauskan lembar tali.

1.3.2 Cuaca terlalu panas

 Tali akan mengecut apabila terkena haba yang tinggi

1.3.3 Asid atau alkali

 Tali yang terkena asid atau pelarut yang kuat akan merosakkan tali
 Sebagai langkah pencegahan, semua tali yang terkena bahan kimia hendaklah
dilupuskan.

1.3.4 Terkena serangan cendawan atau kulat

 Semua tali yang basah atau lembap hendaklah dikeringkan tanpa menggunakan
haba jika tidak digunakan.

PENJAGAAN TALI

1. Elakkan daripada memotong tali.


2. Elakkan daripada membuat simpulan tetap.
3. Elakkan daripada tersentap tali semasa menggunakannya.
4. Simpan tali di tempat yang kering dan tinggi.
5. Tali disimpan di dalam bekas atau beg kanvas.
6. Disimpan di tempat yang kering, berudara dan jauh daripada minyak serta bahan
kimia.

CARA MEMBERSIHKAN TALI

1. Bersihkan tali menggunakan air suam.


2. Tali dijemur di bawah bangunan beratap dan mempunyai sistem pengudaraan yang
baik.
STANDARD PROSEDUR OPERASI

Standard prosedur operasi atau standard operating procedure (SOP) merupakan


garis panduan tentang cara suatu proses harus dilaksanakan. SOP bertujuan untuk
mengendalikan penyertaan guru pelatih sebelum, semasa dan selepas aktiviti abseiling serta
langkah-langkah keselamatan diri dan sekitar. Standard prosedur operasi adalah seperti
berikut:

Sebelum aktiviti

 Memeriksa kawasan aktiviti abseiling selamat.


 Menyemak peralatan abseiling cukup.
 Memastikan keperluan lojistik mencukupi dan dalam keadaan sedia digunakan.
 Memastikan kehadiran atau penyertaan guru pelatih adalah seperti yang tertera
dalam kertas kerja dengan membuat head count.

Semasa aktiviti

 Memastikan keselamatan peserta dan jurulatih diberikan keutamaan sepanjang


perkhemahan dilaksanakan.
 Menentukan semua peserta mengambil bahagian di dalam aktiviti yang telah
dirancang.
 Membuat pemantauan supaya aktiviti dilaksanakan mengkut jadual yang telah
ditetapkan.

Selepas aktiviti

 Mengemas peralatan yang digunakan


 Memulangkan semua peralatan dan lojistik yang dipinjam.
 Meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih.
 Memastikan kehadiran guru pelatih adalah seperti ketika sebelum memulakan aktiviti
dengan membuat head count.