Anda di halaman 1dari 4

Skrip pentomin

Tajuk: Ulek Dayang

Babak 1

Pada masa dahulu, ada sang nelayan bernama Ali yang tinggal di sebuah
perkampungan nelayan bernama Kampung Dayang. Dia merupakan seorang yang
tinggi, berkulit sawo matang dan semestinya kacak. Dia juga menjadi pujaan ramai
di kampungnya kerana sifatnya yang berbudi pekerti. Sifatnya yang rajin juga
menjadi contoh terbaik bagi seluruh penduduk kampungnya. Pada suatu hari, dia
berhajat meredah lautan untuk mencari ikan bersama temannya. Persiapan dibuat
dengan membawa segala peralatan untuk menangkap ikan seperti jala,umpan dan
lain-lain lagi.

Babak 2

Tatkala sampai mereka di tengah lautan, sampan yang dinaikinya dipukul


ombak yang semakin lama semakin kuat. Dengan tidak semena-mena ribut yang
kuat datang melanda. Dia merasa sampan yang dinaiki mula terhuyung hayang yang
menyebabkan dia merasa tidak stabil. Risau akan situasi tersebut, dia dengan
cemasnya membuat keputusan untuk pulang ke daratan dengan segera. Namun
demikian, datang ombak menggunung yang merempuh sampannya. Maka
terjatuhlah nelayan itu dipukul ombak yang ganas.

Babak 3

Ali tidak sedarkan diri dan perlahan lahan dia hanyut di lautan yang tiada
dasarnya. Tiba-tiba, muncul seorang puteri yang cantik menawan yang mengambil
keputusan untuk menghampiri Ali. Ali kemudiannya menyedarkan diri dan membuka
mata setelah didekati oleh puteri tersebut. Ali, yang tidak pernah terpukau oleh
kecantikan gadis-gadis di kampungnya, terpesona dengan kecantikan puteri tersebut
dengan mudahnya. Namun demikian, puteri itu seolah-olah mengenakan mantera ke
atas Ali untuk mengumpan Ali datang kepadanya.
Babak 4

Ternyata itu semua hanyalah ilusi dan Ali tidak sedarkan diri. Dia ditemui
terdampar di persisiran pantai oleh penduduk kampung. Lalu, mereka mengambil
keputusan untuk membawa Ali pergi berjumpa dengan seorang bomoh. Maka Tok
Awang bomoh tersohor di perkampungan mereka memulai upacara pengucapan
semangat. Berkumat-kamit mulut Tok Awang membacakan mantera ke atas Ali.
Pada mulanya, Tok Awang menghadapi kesukaran semasa mengubati Ali kerana
mantera yang dikenakan terhadap Ali sangat pelik dan luar biasa malah belum
pernah ditemuinya lagi.

Babak 5

Tiba-tiba Tok Awang dapat merasakan kehadiran semangat baru di dalam


dirinya lalu ia segera mencelikkan matanya. Muncullah Puteri Dayang Sari berada
tepat di hadapannya dengan berpakaian busana indah yang memikat hati. Puteri
Dayang Sari kemudiannya cuba untuk menggoda Tok Awang dengan tarian ulek
mayang dan menjelma pula 6 orang puteri yang sungguh indah paras rupanya. Akan
tetapi, Tok Awang tidak tertewas dengan permainan Dayang Sari. Maka, berlakulah
satu pertempuran yang hebat di antara Tok Awang dengan Puteri Dayang Sari.

Babak 6

Lalu, menjelmalah puteri yang ketujuh memerintahkan setiap orang dengan


ayat ‘Yang mereka yang dari laut ke laut, dan yang dari tanah ke tanah”. Puteri
tersebut merupakan puteri yang sangat baik malah tidak suka apabila Puteri Dayang
Sari mengenakan mantera ke atas manusia. Perbuatan tersebut adalah dilarang
sama sekali dalam kalangan puteri dan kerajaan mereka.

Babak 7

Oleh itu, sebagai tanda terima kasih Tok Awang dengan Ali
mempersembahkan sembahan beras warna kepada puteri-puteri laut. Begitulah al
kisah Ulek Dayang yang menjadi lagenda dan disampaikan dari generasi ke
generasi turun temurun dalam kalangan masyarakat Terengganu sebelum
kedatangan Islam hasil daripada adaptasi kumpulan kami.
Lampiran
Rujukan

Charles Aubert. (2005). The art of pantomime. New York: Henry Holt and Company.

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1998). Drama dalam pengajaran
bahasa. Selangor: Kumpulan Budiman.

W. (2012, January 16). The Legend of Ulek Mayang 2012 - Film & Animation class.
Retrieved July 01, 2017, from
https://www.youtube.com/watch?v=MhZhezlx8ZU&t=1s