Anda di halaman 1dari 2

Tutorial

Secara kumpulan bertiga anda dikehendaki :-

1. Berikan justifikasi anda mengapakah falsafah amat penting dalam pembinaan sistem
pendidikan negara kita.

2. Pada pendapat anda apakah implikasi kepada negara jika sekiranya sistem pendidikan
negara kita tidak bersandarkan kepada falsafah.

3. Merujuk kepada bahan bacaan yang sesuai, bincangkan bagaimanakah sesuatu falsafah
pendidikan itu dibentuk.

4. Bagaimanakah Falsafah Pendidikan Negara dapat membentuk warganegaranya


mempunyai jati diri dan sentiasa bertanggungjawab terhadap negaranya.

5. Jelaskan konsep-konsep yang terkandung dalam FPN dan peranannya dalam


menghasilkan warganegara yang berketrampilan dan berwibawa.

6. Banding bezakan kekuatan dan kelemahan antara Falsafah Pendidikan Barat


Tradisional ,Falsafah Pendidikan Barat Moden dengan Falsafah Pendidikan Malaysia .

7. Sejauhmanakah Falsafah Pendidikan Islam dapat diterapkan dalam usaha melahirkan


insan yang holistik dalam konteks pendidikan di Malaysia.

8. Buat banding beza teori pembinaan kurikulum antara model objektif dengan model
proses

9. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan kurikulum khusus dalam konteks


negara ini
10. Peranan guru bukan sahaja sebagai pelaksana kurikulum tetapi juga sebagai pentafsir
dan perancang.Bincangkan

11. Dalam konteks pembinaan kurikulum pendidikan di Malaysia, apakah yang perlu dititik
beratkan oleh para penggubal dalam usaha melahirkan modal insan yang menyeluruh
dan berketrampilan.

12. Bincangkan secara kritis apakah bentuk sumbangan teori Hilda Taba dalam pembinaan
kurikulum pendidikan di Malaysia.

13. Terangkan prinsip-prinsip pembinaan kurikulum mengikut perspektif Islam

14. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dikatakan lebih baik daripada Kurikulum
Bersepadu sekolah Rendah (KBSR). Buktikan sejauh mana kebenarannya.

15. Jelaskan cara bagaimana guru dapat merealisasikan konsep pembelajaran sepanjang
hayat dan kepentingannya dalam meningkatkan daya keprofesionalan kendir i.

Anda mungkin juga menyukai