Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN HARI ORIENTASI TAHUN 1 sksb

Para hadirin dipersila duduk. Kata aluan


Bismillahirrahmanirrahim .

Dari karak hendak ke Pekan,


     Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan ;
    Buat bingkisan salam pertemuan.
 
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh

1. Yang Berusaha Puan Narina Jan binti mustafa kaml, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan sk sungai bagng.
2. Yang Dihormati pn norfidah binti mohammad, guru penolong kanan
pentadbiran
3. Pn. Ghuzni binti hashim, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
4. Encik zainol ari bin mat husin,Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

barisan para guru, ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kersyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi
menjayakan Hari pendaftaran murid tahun 1 bagi sesi 2019 , Sekolah Kebangsaan
sungai baging.

Hadirin yang dihormati,

Seluruh warga kerja sekolah ini dan juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1 seramai 33orang
yang telah diterima masuk ke SK sungai baging. Selamat datang ke SK sungai baging
dan sekali gus menjadi warga sekolah ini. Diharapkan anak-anak murid yang
diterima dapat belajar membina kecemerlangan mereka dari segi sahsiah dan
akedamik di peringkat rendah.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada
hari pendaftaran anak tuan/puan pada hari ini. Untuk makluman hadirin, objektif
hari pendaftaran ini untuk memberi pendedahan kepada murid baru tentang alam
persekolahan dan mempastikan para murid baru dapat menyesuaikan diri dengan
sistem pembelajaran dan persekiran sekolah serta melatih pelajar untuk
bermotivasi ke sekolah.

Orang Jawa berdagang ke kota, Bacaan doa


            Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan dirafak, restu dipinta;
            Doa diamin moga selamat.

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh ustaz
mohamad rozaimi bin mahmood.. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
mohammad rozaimi atas bacaan doa itu tadi.

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru penolong kanan pn Ucapan Guru Besar
norfidah binti mohamad. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Pn norfidah binti mohamad untuk menyampaikan
ucapan. Dipersilakan

************(Ucapan kak fidah)


Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang berusaha pn norfidah binti
mohammad atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan taklimat Pengurusan Hal Ehwal Murid oleh Guru
Penolong Kanan HEM, Puan ghuzni binti hashim. Majlis dengan ini mempersilakan.
**********(taklimat)
Terima kasih diucapkan kepada Puan ghuzni di atas penerangan sebentar tadi.
PENGUMUMAN

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan, diharap kepada para ibu bapa yang Penutup
mempunyai sebarang masalah, anda boleh berjumpa dengan pihak pentadbir sekolah
ataupun guru-guru yang terlibat. Untuk murid-murid baru, SK sungai baging amat berbesar
hati dan gembira menerima kehadiran murid-murid semua dan berharap anda dapat
menyesuaikan diri dengan baik sepanjang berada di sekolah ini. Akhir kata, terimalah
serangkap Pantun dari saya,
Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan Berjaya
Sekian,…Wabillahi Taufiq Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warah Matullahi
Wabarakaatuh.

Anda mungkin juga menyukai