Anda di halaman 1dari 2

UNIT PPDa

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHII TIMUR


26600 CHINI

MINIT MESYUARAT UNIT PPDA


KALI 1/2018

Tarikh : 6 Februari 2018


Hari : Selasa
Masa : 3.00 – 5.00 ptg.
Tempat : Bilik Gerakan SMK Chini Timur

Agenda:
1. Ucapan Pengerusi Majlis
2. Aktiviti Tahunan PPDa
3. Minggu Anti Dadah
4. Hal-hal lain

Kehadiran :

1. En. Azmi Bin Abdul Rasyid


2. Tn. Rahim Bin Tn.Ismail
3. En. Omar Bin Salleh
4. Pn. Maisarah Bt Mohd Salleh
5. En. Mohd Sharif Bin Mohd Badar
6. Cik. Rohani Bt Ibrahim
7. En. Mustakin Bin Ali

1. Ucapan Pengerusi Majlis


1.1 pengetua sekolah SMK Chini Timur selaku Pengerusi mengucapkan terima
kasih kepada semua AJK kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri
mesyuarat pada kali ini.
1.2 pengerisu juga berharap program PPDa kali ini berjalan dengan lancar dan
mengikut perancangan. Beliau juga berharap agar murid di sekolah ini tidak
terlibat dengan kegiatan dadah.

2. Aktiviti Tahunan PPDa 2012


2.1 En. Mustakin selaku penyelaras unit PPDa mengedarkan takwin unit PPDa
SMKCT dan menerangkan aktiviti yang dirancang pada tahun ini ialah:
a. Minggu PPDa
b. Ceramah dan Pameran PPDa
c. Karnival PPDa
d. Program 5 minit

2.2 Beliau berharap semua program yang dirancang memberi menafaat kepada
semua murid dan mendapat kerjasama daripada semua guru.

Tindakan : AJK PPDa


3. Minggu Antidadah
3.1 Penyelaras PPDa juga memaklumkan bahawa Minggu Antidadah akan
diadakan pada bulan April tahun ini dan beberapa pertandingan akan diadakan
seperti tahun-tahun sebelum serta wajib disertai oleh semua murid-murid.

3.2 Jawatankuasa akan ditubuhkan dan mohon bantuan semua guru-guru kelas dan
guru matapelajaran tertentu.

4. Hal-hal lain
4.1 Cik. Rohani meminta guru-guru untuk bekerjasama memperindahkan sudut
PPDa sekolah.
4.2 Pn. Maisarah berharap semua guru bekerjasama untuk menjadikan sekolah
bebas Dadah dan program yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh,

…………………………………………………
(EN. MUSTAKIN BIN ALI)
Setiausaha PPDa
Sekolah Menengah Kebangsaan Chini timur

Anda mungkin juga menyukai