Anda di halaman 1dari 11

2.

0 SINOPSIS “SUARA HANTU”


Cerpen “Suara Hantu” oleh Nassury Ibrahim mengisahkan tentang reaksi
masyarakat terhadap kehadiran makhluk halus yang diwakili oleh hantu. Penulis
meletakkan keadaan Kampung Che Lijah yang terletak di kawasan yang terpencil
dan tidak dikenali oleh orang tiba-tiba menjadi tumpuan orang ramai dan menjadi
terkenal. Kampung Che Lijah mula dikunjungi oleh orang ramai yang datangnya dari
pelbagai tempat tanpa mengira jarak jauh ataupun dekat dengan pelbagai cara
sama ada berjalan kaki, mahupun yang menaiki kenderaan. Hal ini terjadi kerana
mereka mahu mahu mendengar suara hantu yang sering kedengaran di belakang
rumah salah seorang penduduk kampung tersebut.
Cerita mengenai suara hantu ini bermula sewaktu Kak Kiah berada di telaga
kerana hendak mandi. Kak Kiah menjadi orang pertama yang mendengar suara
hantu itu. Pada mulanya, Kak Kiah terdengar suara seperti orang mengerang datang
daru arah hutan di belakang rumahnya. Pada mulanya, Kak Kiah hanya
menganggap bahawa itu adalah hanya suaminya yang cuba untuk mempermain-
mainkan beliau. Akan tetapi, suara misteri itu mula menjadi semakin kuat dan
semakin perlahan dan lama kelamaan bertukar pula menjadi suara mengilai yang
kuat.
Masuk malam keempat suara mengerang,mengilai-ilai, ketawa dan meminta
tolong itu kedengaran. Penulis menggambarkan keadaan Kak Kiah yang mula
berubah akibat dirasuk oleh suara misteri tersebut. Kelakuan beliau mula manjadi
pelik dan beliau juga mula berjalan separti robot menuju ke arah datangnya suara
tersebut. Apabila ditanya kemana belaiu hendak pergi, Kak Kiah menjawab dengan
suara yang parau bahawa dia mahu ke bukit. Beliau mengatakan bahawa ada orang
sedang memanggil beliau. Suaminya, Abang Sudin cepat-cepat memegang Kak
Kiah dengan bantuan Pak Mat, Pak Usop, dan Salleh Ayam. Kak Kiah meronta-ronta
meminta dilepaskan dan akhirnya beliau pengsan.
Kehadiran suara hantu itu mula membuatkan penduduk Kampung Che Lijah
hidup dalam keadaan yang tidak tenteram. Ada penduduk kampung yang kehilangan
harta benda, hasil tanaman, dan ada juga yang mendapati banyak kesan tapak kaki
berselerakkan di sebelah bilik anak mereka. Kejadian-kejadian ini juga mula terjadi
sejak kedatangan orang luar yang datang untuk mendengar sendiri suara hantu
tersebut. Dengan bantuan Tuk Penggawa, seorang Pawang telah dibawa untuk
menghalau hantu di Kampung Che Lijah. Orang luar dan orang kampung juga telah
dilarang untuk berada di kawasan rumah Kak Kiah.
Tuk Pawang yang dibawa oleh Tuk Penggawa telah berjaya berkomunikasi
dengan pemilik suara hantu itu. Lantas, Tuk Penggawa dan penduduk kampung
dapat mengetahui syaitan manakah yang menajdi pemilik suara hantu itu.
Berdasarkan apa yang diaktakan oleh Tuk Pawang, suara hantu itu milik syaitan
yang bernama Tsabar yang berasal dari Hutan Kubang. Tsabar berpindah ke Tasik
Jaya yang didiami syaitan bernama Dasim dan keluarganya. Pada mulanya, kedua-
dua syaitan tersebut dapat bekerjasama dengan baik. Walaubagaimanapun,
kehadiran syaitan yang bernama Maswath yang suka berbohong telah
menyebabkan Tsabar dan Dasim bergaduh. Akhirnya, Tsabar berpindah ke
Kampung Che Lijah yang disangkanya penduduk di situ hidup dalam keadaan yang
tenteram.
Tuk Pawang akhirnya berjaya memujuk Tsabar untuk berpindah dari
kampung tersebut. Tsabar juga telah berjanji utnuk berpindah dari Kampung Che
Lijah dalam masa dua hari lagi.Tuk Pawang juga berjaya meyakinkan Tuk
Penggawa yang tidak yakin pada janji yang dibuat oleh syaitan tersebut dengan
mengatakan yang beliau akan mencari jalan lain jika Tsabar memungkiri janjinya.
Akhir sekali, penulis menamatkan cerpen Suara Hantu ini dengan watak
Abang Sudin yang datang termengah-mengah membawa senaskah akhbar yang
membuktikan bahawa Tsabar telah pindah dari Kampung Che Lijah.
3.0 GAYA BAHASA
Gaya bahasa memainkan peranan yang sangat penting dalam setiap
karya penulisan samada puisi, cerpen mahupun novel.
Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan kata-kata dalam
menyampaikan fikiran dan perasaan mereka terhadap sesuatu perkara dengan lebih
berkesan.

3.1 Metafora
Metafora ialah gaya bahasa kiasan langsung atau perbandingan yang
menyebut dua hal tanpa menggunakan kata-kata perbandingan (Adenan
Ayob, 2009).
Antara unsur metafora yang boleh dikesan dalam cerpen ini ialah:

1. Kak Kiah berjalan robot ke arah datang suara itu. (Halaman 80)
2. Suaranya parau,tidak seperti biasa. (Halaman 80)
3. Habis lenyap dilanda tsunami. (Halaman 81)

3.2 Simile
Simile merupakan gaya bahasa yang menyamakan sesuatu objek,
perkara, hal , atau situasi dengan objek atau perkara, hal atau situasi yang
lain denagan menggunakan kata-kata perbandingan (Adenan Ayob,
2009).
Antara unsur simile yang boleh dikesan dalam cerpen ini ialah:

1. Dia seakan-akan tidak kenal jiran tetangga lagi. (Halaman 80)


2. ...ada wajah seakan-akan manusia... (Halaman 82)
3. Dari mulut kelihatan warna putih panjang
terjulur seperti taring (Halaman 82)
3.3 Hiperbola
Hiperbola menggambarkan atau menyatakan sesuatu dengan cara
yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan daripada keadaan yang
sebenarnya (Adenan Ayob, 2009).
Antara unsur hiperbola yang boleh dikesan dalam cerpen ini ialah:

1. Melihatnya, secepat kilat Abang Sudin bangun. (Halaman 80)


2. Seludang pinang menjelma rupa amat buruk dan
menghodohkan. (Halaman 82)

3.4 Personifikasi
Personifikasi ialah gaya kiasan yang menggambarkan benda-benda
mati atau barang-barang yang tidak bernyawa, seolah-olah memiliki sifat
kemanusiaan( Adenan Ayob,2009).
Antara unsur personifikasi yang boleh dikesan dalam cerpen ini ialah:

1. Bisik hati Ayah Su (Halaman 79)


2. Terpelanting timba di tangan (Halaman 79)
3. “Eee...naik seram bulu roma” (Halaman 80)

3.5 Pengulangan
Pengulangan sesuatu perkataan berulangpada sesuatu baris boleh
menimbulkan kesan keindahan bahasa(AB.Rahman, AB.Rashid & Fatt
Y.K, 1999)
Antara unsur pengulangan yang boleh dikesan dalam cerpen ini ialah:

1. Ada yang berjalan kaki...


Ada yang berbasikal...
Ada yang bermotosikal... (Halaman 79)
2. Suara mengerang itu semakin kuat dan
kemudian perlahan dan kemudian kuat pula dan
kemudian perlahan pula. (Halaman 79)
4.0 KESANTUNAN BAHASA
Kesantunan berbahasa merupakan antara aspek yang penting dan perlu
ada dalam sesebuah karya. Kesantunan berbahasa bermaksud cara
penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab. Kesantunan berbahasa
merupakan cara terbaik untuk menunjukkan budi bahasa seseorang dan tingkah
laku bertatasusila. Menurut Brown dan Levinson (1987),
Kesantunan bahasa dapat dibahagikan secara verbal dan non verbal.
Kesantunan bahasa di dalam cerpen amatlah penting kerana kesantunan bahasa
yang terdapat di dalam cerpen mampu memberikan impak mendalam kepada
para pembaca.

4.1 Kesantunan Bahasa Verbal


Kesantunan bahasa verbal ialah bahasa yang melibatkan pertuturan sama
ada perbualan antara dua orang individu ataupun semasa memberikan ucapan
di hadapan khalayak ramai. Apabila bercakap dengan orang lain, ianya amat
penting bagi kita untuk menggunakan kata sapaan yang betul. Oleh itu,
seseorang itu perlu faham akan situasi dan keadaan apabila bersosial dengan
orang lain. Sebagai contoh, apabila seorang pekerja bercakap dengan
majikannya, dia haruslah menggunakan panggilan yang sesuai seperti tuan,
puan, encik, dan cik.
Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa kesantunan bahasa verbal yang
ingin saya nyatakan. Antaranya ialah:

1. ”Aduh!”
2. ”Kenapa, Kiah?”
3. ”Eh, mana kain kau Kiah?” (Halaman 80)
4. ”Maswath cucuk jarum pembohongan kepada kami berdua,”
5. ”Hingga kami bertengkar dan bergaduh.” (Halaman 81)
6. “Bolehkah kita percaya kepada syaitan?”
7. ”Kita tengoklah. Kalau dia tidak pindah, akan kita usahakan cara
lain,”
8. ”Kita akan tangkap dan pasung dia” (Halaman 82)
4.2 Kesantunan Bahasa Non Verbal
Kesantunan bahasa non-verbal merupakan aktiviti yang tidak melibatkan
pertuturan, perbualan, atau percakapan tetapi melibatkan pergerakan tubuh
badan yang mempunyai maknanya yang tersendiri. Kesantunan bahasa secara
non verbal sangat penting semasa berkomunikasi. Ini kerana apabila kita
bercakap dengan seseorang pergerakan tubuh kita boleh memberi makna yang
berbeza daripada apa yang kita tuturkan. Sebagai contoh, kita boleh dianggap
tidak menghormati seseorang itu apabila kita tidak memandang muka mereka
apabila bercakap.
Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa kesantunan bahasa non verbal
yang ingin saya nyatakan. Antaranya ialah:

1. Kak Kiah mengangguk-angguk tanpa suara (Halaman 80)


2. Abang Sudin yang sedang berlunjur rehat menonton
Televisyen (Halaman 80)
3. Kak Kiah yang terkejut dengan jeritan Abang Sudin itu, sekali
lagi terlompat...Abang Sudin terkanjal ke belakang. (Halaman 80)
4. Kak Kiah menonyoh-nonyohkan kepalanya tidak ketentuan ke
dada Abang Sudin. (Halaman 80)
5. Dari jauh, kelihatan Abang Sudin berlari-lari anak sambil
melambai-lambai, memanggil nama Tuk Penggawa. (Halaman 82)
5.1 SISTEM SAPAAN
Sistem sapaan amat penting dalam mewujudkan suasana yang harmoni.
Sistem sapaan termasuklah kata ganti diri dan bahasa sapaan yang digunakan
ketika berhubung dengan orang lain. Bahasa sapaan dan kata ganti diri tersebut
biasanya berbeza mengikut hubungan antara kedua-dua pihak, contohnya orang
kenamaan, keluarga, kawan-kawan dan masyarakat setempat.

Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa laras sistem sapaan yang berbeza.
Penulis menggunakan kata ganti nama seperti ’aku’, ‘kau’, ‘kami’, dan ‘dia’ dalam
kebanyakkan perbualan.

1.“Eh, mana kain kau Kiah?” (Halaman 80)


2.“Aku mahu ke bukit,” (Halaman 80)
3.“Hingga kami bertengkar dan bergaduh.” (Halaman 81)
4.“Kita tengoklah. Kalau dia tidak pindah, akan kita
usahakan cara lain,” ` (Halaman 82)
5.”Eh, mana kau tahu, Sudin? Biar betul!” (Halaman 82)
6.0 KEPENTINGAN GAYA BAHASA, KESANTUNAN BAHASA DAN SISTEM
SAPAAN DALAM MASYARAKAT MALAYSIA
Pengunaan gaya bahasa memainkan peranan penting sebagai saluran untuk
memindahkan pengalaman jiwa, iaitu pemikiran serta perasaan ke dalam penulisan.
Ini adalah kerana, penulis dapat memberi nasihat kepada para pembaca dengan
menerapkan unsur-unsur bahasa yang mempunyai kebaikan dan pengajaran dalam
karya mereka. Selain itu, dengan adanya penggunaan gaya bahasa di dalam
sesebuah karya, karya itu akan lebih memberi impak kepada pembaca.

Kesantunan bahasa juga amat penting dalam kehidupan seharian seseorang


individu tidak kira dimana seseorang mereka berada. Kesantunan dalam berbahasa
penting kerana ia mencerminkan budaya sesuatu masyarakat. Selain itu,
kesantunan dalam berbahasa juga penting kerana faktor hierarki sosial yang wujud
dalam sesuatu masyarakat (Indirawati Zahid, 2005). Sebagai contoh, kesantunan
berbahasa amat penting untuk menunjukkan sikap hormat kepada orang yang lebih
tua atau pun pihak atasan dalam sesebuah organisasi.

Di samping itu, penggunaan sistem sapaan juga amat penting dalam karya
yang dihasilkan oleh para penulis dan juga dalam kehidupan seharian. Ini kerana,
mereka boleh menerapkan penggunaan kata sapaan yang sopan dalam karya-karya
yang mereka hasilkan. Sebagai contoh, ’mak cik’. Pengunaan kata sapaan mak cik
ini menunjukkan rasa hormat apabila kita menyapa orang yang lebih tua. Ia juga
secara tidak langsung mengajar dan mendidik para pembaca akan bagaimana cara-
cara berkomunikasi dan sapaan yang betul apabila berhadapan dengan orang yang
lebih tua atau orang yang lebih berkedudukan.

Kesimpulannya, tiga elemen utama dalam mewujudkan karya yang berkualiti


dapat membantu mendidik rakyat Malaysia untuk lebih bersopan-santun dalam
komunikasi seharian. Oleh itu, para penulis haruslah meneruskan penghasilan karya
yang diterapkan dengan tiga elemen tersebut.
1.0 PENGENALAN
Cerpen ialah sebuah karya kreatif yang singkat. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka, cerpen merupakan singkatan daripada cerita pendek.
Ciri-ciri utama yang perlu ada pada sebuah cerpen ialah pendek dan padat.
Sebuah cerpen yang baik juga boleh menarik perhatian pembaca untuk
membaca dan secara tidak langsung memberi kesan dalam pemikiran pembaca
yang membaca cerpen tersebut. Selain itu, cerpen juga haruslah mempunyai
penyelesaian yang benar-benar boleh meyakinkan pembaca bahawa cerita
tersebut benar-benar telah tamat.
7.0 FENOMENA KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN
GENERASI MUDA

Dewasa ini, fenomena kesantunan berbahasa yang dapat dilihat dalam kalangan
generasi muda masa kini ialah kelunturan kesantunan bahasa di dalam diri mereka.
Perkara ini banyak boleh dilihat daripada cara mereka bercakap dengan orang yang
lebih tua. Di mana, mereka kurang menggunakan kata sapaan yang betul. Selain itu,
bahasa yang mereka gunakan juga banyak bercampur-baur dengan bahasa-bahasa
asing yang lain (Bahasa Rojak).

Banyak faktor yang boleh dilihat sebagai pengaruh yang menjadikan kesantunan
berbahasa generasi muda masa kini semakin luntur. Faktor yang pertama ialah ibu
bapa. Ibu bapa pada masa kini lebih mementingkan kerjaya dan keputusan
cemerlang anak-anak mereka dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Kehadiran ibu bapa dalam hidup anak-anak amatlah penting bagi memastikan
mereka dapat belajar kesantunan bahasa yang betul sejak dari zaman kanak-kanak
mereka lagi. Peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan anak-anak
mereka tidak hilang aspek kesantunan berbahasa di dalam diri mereka. Oleh itu, ibu
bapa haruslah memainkan peranan mereka dalam menerapkan nilai kesantunan
berbahasa dalam diri anak-anak mereka.
Selain itu, faktor media massa juga menyebabkan kesantunan berbahasa
semakin berkurangan dalam kalangan generasi muda pada masa kini. Cerita-cerita
dan lagu-lagu yang kebanyakannya berasal dari negara barat tersebar ke negara
kita melalui media massa. Cerita-cerita dan lagu-lagu dari negara Barat inilah yang
kebanyakkannya mengandungi perkataan-perkataan yang tidak bermoral, kasar,
dan kesat. Hal yang demikian menyebabkan kesantunan bahasa semakin terhakis
dalam diri generasi muda pada masa kini.
Faktor yang terakhir ialah pengaruh rakan sebaya. Peranan rakan sebaya
pada masa kini boleh dilihat mengatasi peranan ibu bapa. Ini kerana generasi muda
pada masa kini lebih selesa menghabiskan masa bersama rakan sebaya berbanding
dengan ibu bapa. Kesantunan berbahasa semakin luntur di dalam diri generasi
muda masa kini akibat dari pergaulan dengan rakan-rakan yang tidak baik. Sebagai
contoh, apabila rakan sebaya yang tidak baik ini menggunakan kata-kata yang
kesat, rakan-rakan yang lain juga akan turut terikut-ikut dengan percakapan rakan
tersebut. Oleh itu, generasi muda pada masa kini adalah dinasihatkan untuk memilih
rakan sebaya yang boleh memberi impak positif di dalam diri mereka.

8.1 PENUTUP
Secara keseluruhannya, cerpen ‘Suara Hantu’ ini mempunyai banyak aspek
gaya bahasa, kesantunan bahasa, dan sistem sapaan yang boleh dikaji. Cerita yang
terdapat di dalam cerpen ini mampu menarik perhatin pembaca untuk membaca.
Malah daripada tajuknya sahaja sudah mampu menarik perhatian orang. Hasil
daripada analisis, cerpen ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan kerana
laras bahasa yang digunakan penuh dengan siratan dan alunan rasa imaginatif.

Anda mungkin juga menyukai