Anda di halaman 1dari 11

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

SK KUALA TELANG

BIL 1/2018

Tarikh : 9 Januari 2018 (Selasa)

Masa : 2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

KEHADIRAN

En Ahmad Azman bin Johari Guru Besar / Pengerusi

Pn Siti Fatmawati bt Abdul Ghani Guru Penolong Kanan


Pentadbiran /Guru Matematik
Tahun 1 dan 4

Pn Nurul Hudaa bt Abdullah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal


Murid

En. Norlizam bin Mohmad Guru Penolong Kanan Kokurikulum


/ Guru Matematik Tahun 2 dan 3

Pn Rosnani bt Abd Aziz Ketua Panitia Matematik / Guru


Matematik Tahun 6

En. Mohd Hazrul bin Mohd Hazeli Penyelaras Linus

Pn. Puteri Rozita Bt Abdul Rahman Guru Prasekolah

Tidak hadir : -
1.0 Aluan Pengerusi

- Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Ucapan
Selamat Datang kepada semua guru ke mesyuarat kali pertama. Pengerusi
mengucapkan tahniah atas keputusan peperiksaan UPSR 2017. Walaupun tidak
mendapat lulus 100% kerana MBK tetapi 2 orang murid berjaya mendapat A.

2.0 Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

Cadangan disahkan : Pn. Rosnani bt Abd Aziz

Disokong oleh : Pn. Siti Fatmawati bt Abdul Ghani

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

4.0 Agenda

4.1 Perancangan dan persediaan awal tahun persekolahan.


4.1.1 Dasar-dasar KPM

Pelantikan Jawatankuasa Panitia Matematik bagi tahun 2018 ialah


sebagaimana berikut :-

Pengerusi : En. Ahmad Azman bin Johari.


Naib Pengerusi 1 : Pn. Siti Fatmawati bt Abdul Ghani
Naib Pengerusi 2 : Pn. Nurul Hudaa bt Abdullah
Naib Pengerusi 3 : En. Norlizam bin Mohmad
Ketua Panitia : Pn. Rosnani bt Abd Aziz
Setiausaha : Pn. Siti Fatmawati bt Abdul Ghani
AJK : Pn. Puteri Rozita bt Abd Rahman
En. Mohd Hazrul bin Mohamad Hazeli

Tahniah dan terima kasih kepada semua Jawatan kuasa Panitia


Matematik 2018.
Sebagaimana yang telah dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum
bilangan 1/2018 dan Buku Perancangan Sekolah dan Takwim 2018,
Mesyuarat Panitia perlu dilaksanakan empat kali setahun mengikut
keperluan. Mesyuarat panitia dipengerusikan oleh Guru Besar dan dihadiri
oleh Pengurusan Tertinggi Sekolah. Minit mesyuarat disediakan mengikut
format yang diberikan PPD dan disemak oleh pengerusi mesyuarat. Minit
mesyuarat perlu disiapkan dalam tempoh 7 hari selepas mesyuarat
dijalankan. Agenda mesyuarat sebagaimana lampiran A.

Tindakan : Pn Rosnani bt Abd Aziz

Pengerusi bersetuju untuk meneruskan format penyediaan dan


mengemaskini fail panitia seperti yang telah dimaklumkan oleh PPD iaitu
satu Fail Induk dan sembilan Dokumen Sokongan. Rujuk Lampiran B.
Dokumen Sokongan pula boleh digabungkan mengikut kesesuaian.
Lokasi penyimpanan fail dan dokumen mestilah mudah diakses dan
selamat.
Tindakan : Pn. Rosnani bt Abd Aziz

Pengerusi juga meminta dokumen semakan KSSR bagi Tahun 2 bagi


tahun 2018 dimasukkan dalam dokumen sokongan dan pastikan semua
guru yang terlibat mempunyai salinan masing-masing. Selain itu, DSKP
dan RPT terkini perlu dicetak dan dibawa masuk setiap PdPc.

Tindakan : Pn. Rosnani bt Abd Aziz dan semua guru.

4.1.2 Misi, Visi, Matlamat dan pelan Strategik / Taktikal.

Perancangan Strategik, Taktikal dan Operasi masih menggunapakai edisi


2016-2019 dan perlu ditambahnaik dari semasa ke semasa. Guru-guru
perlu menyebarkan misi dan visi serta matlamat masing-masing kepada
murid dan juga ibu bapa.

Tindakan : Semua guru


4.1.3 Bilik-bilik khas, makmal, bengkel.

Pengerusi menegur ruangan khas untuk menyimpan BBM Matematik perlu


sentiasa dikemaskini. Pengerusi memohon semua ahli bekerjasama dan
tidak mengharapkan Ketua Panitia membuat semua tugasan panitia..
Selain itu, Buku Rekod Pengambilan dan Pemulangan Alatan perlu
dilengkapkan oleh guru.
Tindakan : Semua guru.

4.1.4 Perkhidmatan PSS, ICT dan Kaunseling.

Berhubung PAK21, Pengerusi bersetuju untuk meneruskan ketetapan yang


telah dibuat pada sebelum ini iaitu penggunaan Peta Pemikiran (i-THINK)
sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam aktiviti dalam kelas.

Pengerusi juga bersetuju dengan cadangan sebelum ini iaitu murid-murid


dilibatkan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun semasa untuk
bengkel/ projek di luar kelas.

Guru-guru juga diingatkan agar bijak dalam menggunakan peluang


murid yang sedikit untuk menggunakan perkhidmatan secara optimum.
Penggunaan ICT boleh digalakkan penggunaan semasa waktu Rehat.
Selain itu, Zoom A untuk Tahap 2 perlu segera didaftarkan agar dapat
membantu murid-murid.

Tindakan :Semua guru

4.2 Buku Rancangan Pengajaran Guru


4.2.1 Sukatan pelajaran, HSP, format RPT, format RPH

RPT yang dirancang perlulah mengikut minggu persekolahan yang telah


ditetapkan oleh KPM iaitu 43 minggu dan wajib disahkan oleh Guru Besar
dan perlu disimpan dalam fail panitia dan fail kurikulum.
RPT perlu dicetak dan ditampal/ diselitkan dalam buku Rekod Mengajar
(BRM) atau disimpan dalam fail berasingan tetapi perlu dikepilkan pada
BRM apabila dihantar untuk pemeriksaan pentadbir atau semasa
penyeliaan PdPc atau oleh pegawai yang diberi kuasa menyemaknya
pada bila-bila masa.

Pengerusi bersetuju kekalkan Penulisan RPH iaitu mesti mengandungi


sekurang-kurangnya perkara berikut:

 Kelas, masa dan mata pelajaran.


 Tajuk/ tema
 Objektif pembelajaran
 Aktiviti (KBAT/ Peta i-THINK/ PAK21)
 Bahan Bantu Belajar
 Refleksi
 Penilaian
 EMK

Pengerusi menjelaskan bahawa RPH diberi kebebasan sama ada ditulis


tangan dalam BRM atau guru menggunakan fail untuk
mendokumentasikan dan dihantar untuk pemeriksaan oleh pentadbir
atau semasa penyediaan PdP atau oleh pegawai yang diberi kuasa
menyemak pada bila-bila masa.

Pengerusi juga mengingatkan bahawa objektif pelajaran mestilah


dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh mengukur dan sesuai dengan
keupayaan murid.

Tindakan : Semua guru

4.2.2 Semakan Buku Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Guru.

BRM hendaklah dihantar untuk disemak oleh Guru Besar atau GPK
Pentadbiran pada hari Jumaat atau selewat-lewatnya pada pagi Isnin
setiap minggu. Refleksi juga perlu dlengkapkan sebelum semakan.
Pengerusi memaklumkan Mesyuarat Pengurusan di PPD telah bersetuju
untuk semua sekolah menyediakan rekod penghantaran dan semakan
BRM/ Fail Rancangan Mengajar ke PPD pada setiap hujung bulan .
Manakala, Guru Besar pula perlu menghantar BRM setiap suku tahunan
untuk disemak oleh PPD.

Pengerusi memohon semua guru melengkapkan maklumat dan akujanji


didalam BRM. Bagi yang mengunakan fail, perlulah menyediakan semua
helaian sebagaimana BRM yang dibekalkan.

Tindakan : Semua guru

4.2.3 SPI dan pekeliling berkaitan.

Berikut adalah SPI yang masih digunapakai.

SPI Bil 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran


SPI Bil 3/1999 : Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
SPI Bil 4/1986 : Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
SPI Bil 8/2016 : Pelaksanaan KSSR (Semakan 2017) secara berperingkat-
peringkat mulai tahun 2017.
Tindakan : Semua guru

4.3 Anggaran Perbelanjaan

4.3.1 Baki tahun sebelum


Baki terakhir pada 31.12.2016 ialah RM0.30.

4.3.2 Perancangan perbelanjaan tahun semasa.


Peruntukan Panitia Matematik bagi tahun 2017 ialah RM244.80. Jumlah
terkini ialah RM245.10

Pengerusi menasihatkan agar peruntukkan kewangan mata pelajaran


digunakan secara optimum untuk sumber pendidikan (60%) dan
peruntukan untuk program peningkatan pembelajaran (30%).
Pengerusi juga bersetuju untuk memperuntukkan 10% daripada
peruntukan tahun ini kepada Kelas Pemulihan.
Tindakan : Semua guru
4.3.3 Prosedur perbelanjaan
Pengerusi meningatkan bahawa Pentadbir perlu memantau status
perbelanjaan untuk memastikan peruntukan diurus dengan berkesan dan
maklumat status dibawa dalam mesyuarat kewangan/ mesyuarat
kurikulum mengikut takwim sekolah.

Pengerusi juga menegaskan sumber/ program mesti mematuhi prosedur


kewangan yang telah ditetapkan. Penggunaan nota minta adalah
diwajibkan. Kegagalan mematuhi prosedur akan menyebabkan
permohonan tidak akan diluluskan oleh Guru Besar.

Tindakan : Pn. Siti Fatmawati

4.4 Laporan status peperiksaan awam

UPSR 2017
Gred Purata Sekolah : 2.94
Peratus lulus Sekolah : 62.50%
Gred Purata Mata Pelajaran Matematik: 3.00
Peratus lulus Matematik : 75% (2 orang Murid Berkeperluan Khas)

Keputusan
Bil Nama
Matematik
1 HAJARUL ASWAD BIN MUHAMMAD KAMIL E

2 MOHAMAD SYAWAL MOHAMAD KAMARUL AZLI C


MUHAMMAD AQMAR AQLAN BIN AHMAD
3 C
NAZREE
4 MUHAMMAD RADHI BIN MOHD RIADH A

5 NURUL FATIN FATIHAH BINTI LOKMAN D

6 SAZLI HAIKAL BIN ABDULLAH A

7 SYAWAL ASIRAH BINTI HARUN B


WAN KHAIRUNNISA AFRINA BINTI WAN KHAIRUL
8 E
ANUAR

Tindakan : Makluman
4.5 Agihan tugas panitia

Pengerusi memaklumkan Jadual Waktu Peribadi Guru telah diedarkan sebelum


sesi persekolahan bermula.

Agihan Kelas Mengajar adalah seperti berikut

Tahun 1 – Pn Siti Fatmawati Abdul Ghani


Tahun 2 – En. Norlizam Mohmad
Tahun 3 – En. Norlizam bin Mohmad
Tahun 4 – Pn Siti Fatmawati Abdul Ghani
Tahun 5 - En. Norlizam Mohmad
Tahun 6 – Pn. Rosnani bt Abd Aziz

Walau bagaimanapun, agihan ini akan berubah apabila Pn. Rosnani bt Abd
Aziz mula Cuti Bersalin. Dijangkakan pada awal bulan Februari.

Tindakan : Semua guru

4.6 Penyeliaan PdPc

Jadual Pencerapan PdPc bagi Tahun 2018 telah diedarkan dalam Buku
Perancangan Sekolah dan Takwim 2018. Semua guru boleh merujuk kepada
Standard 4 PdPc SKPMg2 sebagai panduan untuk pencerapan.

Selain itu, Pengerusi meningatkan semua guru untuk menghantar buku


latihan/buku kerja murid-murid kepadanya atau GPK Pentadbiran untuk
semakan. Guru-guru perlu memastikan semua buku murid disemak dan
diberikan kata-kata nasihat dan motivasi. Semua borang penyemakan buku
latihan hendaklah disimpan dalam fail Semakan Latihan Murid, fail Panitia dan
satu salinan kepada guru subjek berkenaan.
Jadual Penghantaran buku latihan murid untuk semakan pentadbir telah
disertakan dalam Buku Perancangan dan Takwim 2018.

Bilangan latihan / tugasan


Bil Kelas
minimum mingguan

1 Tahun 1 12 soalan

2 Tahun 2 15 soalan

3 Tahun 3 18 soalan

4 Tahun 4 24 soalan

5 Tahun 5 32 soalan

6 Tahun 6 50 soalan

Pengerusi juga mengaskan latihat berfokuskan kepada KBAT turut diberikan kpd
murid-murid. Penggunaan Peta i-Think amat membantu murid. Maka, guru-guru
perlu melakukan banyak rujukan untuk membimbing murid-murid menggunakan
Peta i-Think.
Tindakan : Semua guru

4.7 Perkembangan staf

Tahniah diucapkan kepada semua guru Matematik yang telah melengkapkan


kursus 7hari setahun pada 2018. Terima Kasih juga diucapkan kepada guru-guru
yang komited untuk menghadiri kursus di peringkat PPD Lipis.

Bagi tahun 2018, pengerusi meminta semua guru untuk mencari peluang
menghadiri kursus sebanyak mungkin di awal tahun. Guru-guru boleh mencari
kursus atas talian dan menjalani kursus tersebut.

Tindakan : Semua guru


4.8 Penilaian dan peperiksaan.

Pengerusi memaklumkan terdapat perubahan nama dalam penilaian pada


tahun ini. PPSR akan digunapakai yang bermaksud Pelaporan Pentaksiran
Sekolah Rendah.

4 komponen utama dalam PPSR ialah


 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
 Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
 Pentaksiran Psikometrik
 Pentaksiran Pusat (UPSR)

Pengerusi juga membentangkan kaedah pelaksanaan PBD secara Sumatif.


Pengerusi menegaskan semua guru perlu menguasai dan mahir berkaitan
dengan SK, SP dan SPi subjek dan kelas masing-masing. Seterusnya guru perlu
membina item pentaksiran. Pentaksiran sumatif boleh dijalankan pada akhir unit
pembelajaran, penggal atau tahun yang telah ditentukan. Kemudian, guru
perlu memeriksa respon murid dan membuat analisis data. Pengerusi juga
meningatkan agar semua guru membuat laporan murid.
Tindakan : Semua guru

4.9 Pemantauan / Kawalan standard akademik

Pengerusi mencadangkan agar murid-murid Linus 2017 dan berpotensi menjadi


murid Linus (Tahun 1) untuk diberikan program khusus di luar masa PdPc.

Pengerusi meminta cadangan program panitia bagi tahun 2018.

Antara cadangan ialah Kem Sains dan Matematik, Bengkel pengukuran, Geng
Bijak Sifir, Wake Up, Bengkel Abakus dan lain-lain program yang akan dirancang
dari semasa ke semasa. Selain itu, khas untuk murid Tahun 6 ialah Bengkel
Menjawab Soalan bersama SK Padang Tengku. Kelas Tambahan juga akan
dijalankan walaupun hanya ada 2 orang calon UPSR 2018.

Pengerusi mengingatkan semua guru untuk sedia mmeberi komitmen dan


membantu antara satu sama lain agar panitia Matematik dapat menghasilkan
murid-murid yang berpemikiran ingin tahu, kritis dan kreatif serta dapat
mengukuhkan pengetahuan murid.

Tindakan : Semua guru


5.0 Lain-lain hal
5.1 Tahun 1 – semua guru yang mengajar Tahun 1 diminta untuk memberikan
lebih perhatian kepada 3 orang murid yang lemah iaitu Irfan, Haikal, Ryan
Iskandar.
Tahun 2 – murid yang agak lemah ialah Nayli Nabihah.
Tahun 3 – murid yang agak lemah ialah Nur Atikah Najwa iaittu murid
baru daftar di SK Kuala Telang.

Diharap semua guru dapat membantu murid-murid ini pada program


atau sebarang aktiviti di luar kelas.

6.0 Ucapan Penangguhan

Pengerusi berharap semua program yang telah dirancang dapat


dijalankan dengan baik dan sempurna. Kerjasama daripada smeua ahli
panitia adalah sangat penting.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

(PN. ROSNANI BT ABD AZIZ ) (EN. AHMAD AZMAN BIN JOHARI)


Ketua Panitia Guru Besar
Panitia Matematik SK Kuala Telang
SK Kuala Telang

Anda mungkin juga menyukai