Anda di halaman 1dari 28

NORASIAH BINTI ABDULLAH

_____________________________________________________________________________________

Model ASSURE
Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan
pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran,
media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup
untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru
semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai
dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan
pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina
bahan instruksional. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE yang digubal oleh Heinich dan
rakan-rakannya (1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran
yang memerlukan penggunaan media. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu:
A- Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur,
tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum
sesuatu media dipilih dan digunakan.
S- Menyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif prestasi dalam merancang
sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan multimedia yang ingin digunakan iaitu
mengenalpasti kebolehan atau prestasi yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas
mengikuti pelajaran.
S- Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and Materials) : Memilih bahan
sama ada menepati kehendak dan keperluan objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar
menepati objektif, ciri-ciri pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang
mungkin dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.
U- Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru harus terlebih dahulu
mengadakan pratonton media tersebut sama ada manual penggunaanya, laporan, lampiran atau
melihat sendiri sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya
supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.
R- Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media pengajaran yang
baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan
serta mendapatkan maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau
berkumpulan.
E- Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu dibuat secara berterusana
dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana
keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau
hasil pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982)

1
_______________________________________________________________________________________

Mata pelajaran : Sains


Tajuk : Mengelakkan Tabiat Buruk
Analisis Pelajar
Ciri-ciri umum
Aspek ini merupakan deskripi umum tentang maklumat pelajar. Dengan mengetahui ciri-ciri ini,
guru dapat menjadikannya sebagai asas dalam pemilihan media dan bahan yang sesuai untuk
pelajar. Ciri-ciri umum yang boleh dianalisis bagi tajuk “Mengelakkan Tabiat Buruk” ialah jantina,
taraf social ekonomi, dan penempatan / daerah / kawasan. Kelas ini terdiri daripada 23 orang
murid, di mana 11 orang daripadanya ialah murid lelaki dan 12 orang lagi murid perempuan.
Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya iaitu 21 orang murid Cina, 1 orang murid
Melayu dan 1 orang murid India. Mereka merupakan murid-murid yang sederhana cerdas daripada
segi mental dan sosial serta tiada kecacatan fizikal. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa orang
murid yang berpotensi untuk menonjol sekiranya diberi galakan berterusan. Mereka juga berasal
daripada keluarga yang mempunyai taraf ekonomi yang sederhana dan berada. Kebanyakkan
mereka tinggal di kawasan bandar. Secara umumnya, murid-murid kelas ini tidak menghadapi
masalah dalam menyediakan kelengkapan untuk belajar

Kompetensi khusus peringkat masuk


Aspek ini berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar tentang tajuk dan
kandungan pelajaran, iaitu tabiat buruk. Ini amat penting untuk membantu kesediaan pelajar semasa
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid saya merupakan murid yang
sederhana cerdas daripada segi mental dan sosial. Mata pelajaran yang diajar ialah Sains.
Berdasarkan tajuk yang dipilih, mereka pernah melihat poster-poster seperti anti dadah dan kesan
merokok yang dipaparkan di tempat awam atau suratkhabar. Pengetahuan ini adalah berasaskan
pengalaman sebenar murid.Melalui sesi soal jawab, bertanya dan berbincang dengan murid
mengenai tajuk Mengelakkan Tabiat Buruk dapat memanggil semula ingatan murid terhadap tajuk
tersebut.

Stail pembelajaran
Dalam analisis murid ini juga, guru dapat mengenal pasti stail pembelajaran murid sama ada dari
ketegori murid visual, auditori atau kinestik. Kebanyakan murid tahun 4 Merah belajar secara gaya
pembelajaran visual. Gaya pembelajaran murid ini tentang tajuk Mengelakkan Tabiat Buruk
melalui penggunaan gambar-gambar seperti gambar kanser paru-paru, murid-murid akan dapat
menanggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi apabila melihat gambar tersebut.

2
Contohnya, dapat melihat murid-murid akan menanggap bahawa kanser paru-paru disebabkan
merokok. Mereka juga akan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka mengenai gambar tersebut
selain menunjukkan reaksi muka dan emosi yang takut akibat melihat penyakit disebabkan tabiat
buruk itu. Selain itu, perisian pembelajaran yang mengandungi animasi, grafik dan video juga
memberi satu keseronokan kepada murid visual yang perlu melihat apa yang sedang dipelajari
untuk memahaminya. Murid-murid yang bergaya belajar kinestetik pula lebih suka “hands-
on”(membuat aktiviti). Mereka sesuai dengan cara pembelajaran “experiential” seperti menjalankan
eksperimen “Keburukan kesan merokok kepada paru-paru” Murid-murid yang bergaya belajar
kinestetik ini cenderung mudah menyerap dan mengolah informasi melalui sentuhan dan gerakan
tubuh.

Objektif
Objektif yang dibuat perlulah dinyatakan secara khusus yang menepati kehendak siapa yang hendak
capai, apa yang hendak capai, bagaimana hendak capai dan ukuran tahap minimum yang hendak
dicapai. Bagi tajuk “Mengelakkan Tabiat Buruk”, objektif pembelajaran boleh dibahagikan kepada
objektif kognitif dan objektif afektif .
Objektif kognitif :
1.Murid-murid dapat menyatakan sekurang-kurangnya tiga contoh tabiat yang membawa keburukan
kepada kehidupan manusia dengan betul.
2. Murid-murid dapat mempraktikkan cara hidup yang sihat secara berterusan.
3. Murid-murid dapat menyenaraikan tiga kesan merokok terhadap paru-paru dengan jelas.
Objektif afektif :
4.Murid-murid dapat melibatkan diri dengan menjawab soalan secara sukarela.

Pemilihan Kaedah , Media dan Bahan


Kaedah
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bertajuk Mengelakkan Tabiat Buruk, saya
telah menggunakan kaedah demonstrasi, inkuiri dan perbincangan. Bagi kaedah demonstrasi, ia
adalah satu jenis pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan guru memperjelaskan,
memperlihatkan atau mempertontonkan suatu demonstrasi bagaimana cara melakukan sesuatu
aktiviti di hadapan murid. Kaedah ini adalah untuk melatih murid memerhati sesuatu aktiviti
mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Murid-murid dapat melihat sendiri bagaimana
langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dan mereka boleh mengikuti contoh yang
diperhatikan selepas di tunjukkan cara. Sebelum menjalankan kaedah ini dalam pengajaran
_____________________________________________________________________________________

3
langkah ketiga, saya perlu menentukan topik, objektif & kandungan demonstrasi yang mengenai
kesan rokok terhadap paru-paru. Selain itu, alatan dan radas seperti rokok, botol plastik, penyala
dan kapas disedia serta disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan. Selain itu,
saya perlulah memastikan setiap murid tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara
tersebut.
Semasa melaksanakan demonstrasi, saya akan memberi penerangan . Kemudian perlu
memastikan setiap murid memusatkan sepenuh perhatian mereka terhadap apa yang saya
perkatakan dan langkah-langkah yang ditunjukkan. Saya juga menyoal murid untuk menarik
perhatian mereka. Dengan ini, murid akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana
mereka bukan hanya mendengar sebaliknya mereka melihat sendiri apa yang berlaku seiring dengan
yang mereka dengar. Jika murid-murid masih kurang faham dengan cara melaksanakan kerja
pratik, saya boleh menerangkan sekali lagi. Selepas menyiapkan eksperimen, murid-murid
hendaklah menerangkan eksperimen yang telah selasai dan meminta beberapa orang murid untuk
menunjukkan semula cara yang sudah saya lakukan tadi supaya mereka betul-betul memahami apa
yang dibuat. Demonstrasi ini membolehkan murid-murid memerhati benda-benda maujud dan
bagaimana mereka berfungsi seperti dalam menjalankan eksperimen kesan buruk merokok. Ia juga
dapat merangsang minat murid serta memberi peluang kepada murid-murid untuk benar-benar
memahami apa kesan merokok yang akan membawa kepada manusia setelah melalui prosedur
yang ditunjukkan dan seterusnya dapat mencapai objektif pengajaran. Selain itu, melalui kaedah ini
dapat meningkatkan ingatan murid terhadap langkah-langkah pelaksanaan eksperimen tersebut.
Bagi matapelajaran Sains pula, kaedah inkuiri juga adalah sangat sesuai. Ia merangkumi
segala proses mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada masalah yang
dikemukakan. Pengajaran secara inkuiri menjadikan sains sebagai satu matapelajaran yang
menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian
maklumat. Melalui aktiviti tersebut, murid-murid akan terlibat di dalam pemprosesan maklumat
mental untuk mendapatkan kefahaman yang bermakna, dan melibatkan diri secara aktif di dalam
pembelajaran mereka. Dalam pengajaran langkah ketiga, sebaik sahaja eksperimen selesai
dijalankan oleh murid-murid, perbincangan dengan murid diadakan. Saya mengajukan
permasalahan berupa pertanyaan atau hipotesis . Murid-murid akan mengumpulkan data dan
pendekatan dalam menyelesaikan masalah. Contohnya,selepas menjalankan eksperimen kesan
merokok terhadap paru-paru dalam pengajaran langkah ketiga, murid-murid dikehendaki menjawab
soalan-soalan tentang eksperimen yang dilakukan. Dalam sesi perbincangan pula, saya mendengar
keputusan dan kajian murid di samping bertukar-tukar pendapat, pandangan . Murid-murid diberi
kebebasan dalam setiap jawapan atau kesimpulan yang mereka berikan. Kaedah inkuiri ini dapat
memberi peluang kepada murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran secara bebas. Saya akan
menggunakan soalan untuk memandu dan merangsang mutu pemikiran murid, di samping untuk
memastikan murid dapat mengingat dan memahami apa-apa yang dibaca atau dilihat mereka

4
tentang kasan-kesan merokok. Contohnya, bagaimana eksperimen ini menunjukkan kesan merokok
terhadap paru-paru? Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi murid-murid akan kekal lama
kerana aktiviti inkuiri ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk
hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan kajian siasat dan membuat rumusan atau
mendapatkan jawapan. Murid-murid dapat menghasilkan pemahaman yang lebih mendalam
terhadap rumusan atau generalisasi yang dibuat. Hal ini akan menggalakkan pemikiran kreatif dan
kritis murid di samping memperolehi kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembelajaran
kendiri.
Bagi kaedah perbincangan pula, murid-murid berpeluang mengemukakan isu-isu ,
pendapat dan idea-idea tentang tajuk Mengelakkan Tabiat Buruk dan guru bersama murid-murid
membuat rumusan pada akhir sesi perbincangan. Perbincangan boleh merangsang pemikiran
kritikal dan menggalak murid- murid yang berkebolehan sederhana dan kurang berupaya
melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Ia boleh digunakan untuk mencapai objektif-objektif
kognitif dan afektif.
Dalam domain kognitf, perbincangan boleh menggalakkan murid-murid menganalisis idea-
idea dan fakta-fakta dari pelajaran baru dan mengaitkannya dengan pelajaran yang lampau. Dari
sudut afektif, perbincangan menggalakkan murid-murid meninjau pendapat-pendapat mereka,
berinteraksi dan menilai idea-idea murid-murid lain serta mengembangkan kemahiran mendengar
dengan baik. Walau apa pun objektifnya, perbincangan mesti dirancang dengan baik dan soalan-
soalan penting dibentuk sebelum pengajaran dijalankan. Oleh itu, kemahiran penyoalan adalah
sangat penting dalam kaedah perbincangan. Ia berupaya mendapatkan maklumat dengan cara
mencungkil pengetahuan murid, menolong mengulang kaji pelajaran yang lepas dan mengukuhkan
pelajaran yang sedang disampaikan. Ia juga dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis,
dan mendapat maklum balas yang logik dan tepat. Soalan menarik perhatian dan bermotivasi boleh
digunakan untuk memulakan pembelajaran seperti : Apakah yang ditemui oleh polis dalam beg
pelajar itu? Apakah hukuman yang akan dikenakan jika didapati pelajar itu bersalah? Apabila
murid-murid menunjukkan respons yang positif terhadap pengajaran maka akan mendorong mereka
untuk meneruskan pembelajaran dan akan mendorong kepada pencapaian mereka .
Sebelum perbincangan kelas, adalah penting untuk memastikan murid-murid mempunyai
pengetahuan asas tentang aspek yang dibincangkan. Seperti dalam tajuk Mengelakkan Tabiat Buruk
,murid-murid pernah melihat poster-poster yang dipaparkan di tempat awam atau suratkhabar.
Dalam perbincangan, murid akan memberikan reaksi atau tindak balas tentang topik atau masalah
dan perbincangan dilaksanakan di bawah kawaan guru. Murid-murid juga dapat dilatih untuk
membiasakan diri bercakap dalam situasi formal, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk
menyuarakan pendapat serta membina keyakinan diri dan konsep kendiri murid. Saya juga
mengemukakan soalan yang berkaitan dengan bahan seperti teks berita, gambar-gambar slaid yang
digunakan kepada murid-murid supaya mereka dapat memahami tabiat yang membawa keburukan

5
kepada kehidupan manusia. Ini merangsangkan murid untuk terus berminat dalam pelajaran
mereka.

Media
Bagi menjayakan pengajaran tajuk Mengelakkan Tabiat Buruk, alat bantuan mengajar yang
digunakan terdiri daripada buku teks Sains Tahun 4,sukatan pelajaran Sains tahun 4, komputer,
paparan slaid power point, video, dan lembaran kerja, rokok, botol plastik, penyala, kapas dan teks
berita. Bahan-bahan ini bersesuian dengan tajuk yang diajar dan dapat membantu serta sesuai
dengan objektif dan tajuk bagi minat murid untuk belajar dan menguasai pelajaran dengan
sepenuhnya.
Set induksi adalah suatu proses untuk mendapatkan perhatian atau penggerak daripada
murid supaya bersedia untuk belajar. Ia juga merupakan satu set untuk membina aliran fikiran.
Pengguanaan Media Cetak iaitu teks berita sebagai set induksi dalam tajuk ini bertujuan untuk
menimbulkan rasa ingin tahu, meningkatkan motivasi serta meningkatkan tumpuan murid. Saya
akan memilih tiga orang murid untuk membaca teks cerita itu dan menanyakan soalan-soalan yang
berkaitan dengan tabiat buruk. Menggunakan teks berita sebagai medium pengajaran secara tidak
langsung murid memperolehi gambaran awal mengenali bentuk konsep “Tabiat Buruk”. Proses
membuka minda murid ini disusuli dengan teknik soal jawab untuk menguji kesediaan murid untuk
mengikuti pelajaran yang akan disampaikan.
Bahan yang menarik minat dan dapat mencetuskan motivasi murid di mana ia memudahkan
mereka menjalankan kegiatan yang berbentuk kajian, menyelesaikan masalah, dan membuat
kesimpulan dari apa yang dilihat. Penggunaan Media Tayang Kaku dan Media Audio sebagai
pesembahan slaid sama ada menggunakan Microsoft PowerPoint telah digunakan dalam
menyampaikan maklumat tentang tabiat yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia.
Melalui kaedah perbincangan penggunaan perisian pembelajaran “Mengelakkan Tabiat
Buruk” yang mengandungi slaid gambar-gambar menunjukkan perkaitan komponen jenis-jenis
tabiat buruk serta kesan merokok dalam langkah pengajaran pertama dan kedua dapat menyediakan
pengalaman yang sebenarnya serta memberi gambaran kepada murid dalam memahami perkaitan
kesan merokok terhadap paru-paru. Saya juga menarik perhatian murid dengan mempersembahkan
sesuatu yang baru atau yang mengejutkan, menanyakan soalan atau mempersembahkan fakta-fakta
yang menarik. Ini bukan sahaja dapat membantu penyampaian isi pelajaran, malah bertujuan
menarik minat dan tumpuan murid serta menjadikan pengajaran tidak membosankan.
Selain penggunaan perisian pembelajaran , saya juga boleh menggunakan peta minda yang
sesuai melalui slaid-slaid untuk membina pemahaman murid menguasai isi pelajaran. Dalam
langkah pengajaran pertama saya menggunakan peta minda untuk memudahkan murid membina
konsep tabiat buruk manusia .

6
Selain itu, penggunaan Media Tayang Bergerak iaitu video juga digunakan sebagai
bahagian penutup.Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan
juga realistik berbanding elemen-elemen yang lain. Oleh yang demikian, penggunaan video dalam
proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivisi murid terhadap proses
penerimaan maklumat. Selain daripada itu,video yang ditayangkan tentang seorang remaja yang
merokok dan kesan yang dihadapinya membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada
murid-murid. Selepas menghayati video, saya meminta murid buat kesimpulan dan
memperingatkan murid-murid supaya tidap menghisap rokok dan melibatkan diri dalam aktiviti-
aktiviti yang berfaedah. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi murid-
murid dengan lebih nyata. Klip video yang dipaparkan mempunyai unsur suara dan bunyi serta
pergerakan memberi peluang kepada murid mengenali kesan-kesan tabiat buruk tersebut dengan
lebih dekat lagi.

Bahan
Bahan pengajaran yang bersesuaian dengan stail pembelajaran murid dapat membantu
mereka mencapai objektif pembelajaran. Menggunakan teks berita sebagai medium pengajaran
dalam set induksi secara tidak langsung murid memperolehi gambaran awal mengenali bentuk
konsep “Tabiat Buruk”. Dalam pelajaran ini, slaid-slaid, video dan teks berita amat sesuai bagi
murid yang belajar secara gaya pembelajaran visual. Peta minda yang sesuai melalui slaid-slaid
digunakan bagi membina pemahaman murid untuk menguasai isi pelajaran. Oleh itu, dalam langkah
pengajaran pertama saya menggunakan peta minda untuk memudahkan murid membina konsep
tabiat buruk manusia .
Bagi tajuk Mengelakkan Tabiat buruk, maklumat dalam bahan pengajaran yang dipilih
mestilah tepat terkini dan sesuai dengan murid. Penggunaan slaid gambar-gambar yang terdapat
dalam perisian pembelajaran seperti dalam langkah pertama dan langkah kedua dapat memberikan
gambaran kepada murid dalam memahami perkaitan jenis-jenis tabiat buruk dan kesan merokok
terhadap paru-paru. Selain daripada itu,video yang ditayangkan tentang seorang remaja yang
merokok dan kesan yang dihadapinya membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada
murid-murid. Video ini dapat memperingatkan murid-murid supaya tidak menghisap rokok dan
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Bahan sumber yang dapat digunakan dalam
pengajaran adalah bahan maujud seperti rokok, botol plastik, kapas dan penyala. Bahan-bahan
sumber ini boleh digunakan semasa sesi demonstrasi dan menjalankan eksperimen . Penggunaan
bahan maujud ini melalui demonstrasi, murid-murid yang bergaya belajar kinestetik dapat
mengetahui bagaimana rokok membawa kesan buruk kepada manusia. Seterusnya, saya memberi
borang catatan eksperimen kepada murid .Dalam langkah keempat, lembaran kerja juga diberi
kepada murid-murid sebagai latihan pengukuhan .

7
Menggunakan Media dan Bahan
Sebelum penggunaan bahan yang dipilih atau dibina, saya terlebih dahulu mengadakan
pratonton media tersebut sama ada manual penggunaannya, laporan, lampiran atau melihat sendiri
sama ada melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya supaya sesuai
dengan objektif pembelajaran dan ciri-ciri serta tahap kebolehan murid-murid. Bahan-bahan
tersebut perlu dikendalikan dengan baik pada setiap tahap penyampaian isi pelajaran kerana ia akan
memberi kesan yang positif atau sebaliknya kepada pembelajaran.
Pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan media pengajaran adalah sangat penting.
Sebagai contoh, penggunaan komputer, LCD, slaid-slaid dan klip video tentang tabiat-tabiat buruk
dan kesan-kesan merokok dalam pengajaran langkah pertama, kedua dan penutup mesti dikendali
dengan baik supaya murid-murid dapat memahami konsep sehingga boleh menyatakan beberapa
contoh .kesan merokok. Perkara ini perlu dilaksanakan terutamanya jika bahan yang dipilih
melibatkan dengan teknologi-teknologi terkini yang memerlukan latihan untuk mengendalikannya.
Selain daripada itu, saya perlulah berlatih melakukan demonstrasi terlebih dahulu. Ini
membolehkan saya mengenal pasti masalah-masalah yang mungkin timbul dan mengawal masa
secara berkesan. Persekitaran di mana bahan sumber tersebut digunakan juga disediakan dengan
baik daripada segi ergonomiknya iaitu tempat duduk selesa, pencahayaan mencukupi, perudaraan
yang baik serta memastikan peralatan dapat berfungsi.
Setelah persiapan dilaksanakan barulah bahan tadi digunakan dalam pengajaran yang telah
dirancangkan. Semasa bahan sedang digunakan bagi mencapai objektif matapelajaran Sains, dalam
langkah pertama dan langkah kedua ,saya perlu memastikan murid menumpukan perhatian
sepenuhnya kepada perisian pembelajaran yang dipaparkan melalui komputer yang dipancarkan ke
layar melalui LCD kerana kandungannya merupakan isi pelajaran mengenai tabiat buruk.
Pembelajaran sains yang berbantukan komputer seperti ini menambah minat murid untuk meneroka
isi pelajaran yang akan disampaikan.

Dorongan Penglibatan Aktif Pelajar


Libatkan murid-murid dalam pembelajaran melalui aktiviti berpusatkan murid berasaskan
bahan dapat memotivasikan dan mengekalkan perubahan tingkah laku murid. Penglibatan murid
boleh berlaku secara individu atau berkumpulan menggunakan berbagai-bagai teknik pengajaran.
Aktiviti-aktiviti yang boleh mengekalkan penglibatan aktif daripada murid dalam tajuk
Mengelakkan Tabiat Buruk adalah seperti eksperimen ,perbincangan, demonstrasi, membuat latihan
dan lain-lain. Kaedah inkuiri, demonstrasi dan perbincangan digunakan untuk melibatkan murid
dalam proses pembelajaran sepenuhnya.
Kaedah perbincangan digunakan untuk melibatkan murid-murid dalam proses pengajaran
seperti dalam set induksi. Seterusnya sehingga langkah kedua dan ketiga.Guru yang berkesan
adalah guru yang mengetahui bagaimana menyesuaikan bahan yang digunakan dengan objektif

8
pengajaran seterusnya dengan perbincangan yang sedang berjalan. Dalam set induksi,misalnya
selepas murid membaca teks berita, mereka diajak berbincang dengan dorongan saya untuk
menyatakan tabiat-tabiat buruk yang melalui soalan-soalan yang diajukan kepada mereka. Melalui
langkah kedua pula,selepas meneliti slaid-slaid, saya berbincang dengan murid-murid mengenai
jenis-jenis tabiat rokok.
Selain itu, penglibatan murid dalam pembelajaran melalui bahan-bahan yang digunakan juga
dibuat melalui demonstrasi dan inkuiri.Kedua-dua kaedah ini dapat dilihat melalui langkah ketiga.
Dalam langkah ini, murid memerhati guru menjalankan eksperimen tentang kesan buruk rokok lalu
menjalankan eksperimen secara berkumpulan. Selepas itu, murid-murid akan menjalankan
eksperimen dalam kumpulan masing-masing serta mencatatkan hasil daripada eksperimen itu.
Selepas itu. berbincang dengan guru dan rakan sekelas tentang kesan merokok terhadap
paru-paru .Dalam sesi perbincangan, tiada sesiapa dibenarkan mengkritik atau mentertawakan idea
yang diberikan oleh rakan mereka. Ini adalah untuk menggalakkan penglibatan murid dalam proses
perbincangan dan menyelesaikan masalah dari lembaran kerja yang diberikan seperti mana dalam
langkah pengajaran keempat. Guru boleh memberi peneguhan kepada murid yang memberikan
jawapan yang betul. Ini adalah menggalakkan penglibatan murid dalam memberi idea.Dalam
kaedah ini perancangan adalah perlu untuk memastikan perbincangan dibawa kepada halatuju yang
dikehendaki.
Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai seperti tayangan video sebenarnya dapat
membantu dan mengekalkan penglibatan murid dalam proses belajar. Media pengajaran yang baik
membolehkan penyertaan respon murid-murid dalam berinteraksi dengan bahan yang disediakan
serta mendapatkan maklumbalas. Persembahan slaid berkenaan tabiat-tabiat buruk dan kesan
merokok pula juga sesuai digunakan semasa proses P&P. Sesi pemerhatian slaid berkenaan kesan
merokok serta sesi perbincangan selepas selesai proses pengajaran dan pembelajaran juga diadakan.
Untuk memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sesuai,
menarik serta efektif, aktiviti yang melibatkan murid perlulah bersifat baru, menarik serta
melibatkan semua murid.Perlu dipastikan bahawa isi yang disampaikan adalah ringkas tetapi
padat .Jangan biarkan isi yang ingin disampaikan adalah meleret kerana hal ini akan membuat
murid-murid berasa bosan.

Penilaian dan Semakan


Sebelum
Pra-penilaian adalah penting untuk menentukan murid bersedia untuk meneruskan dengan
topic yang akan dipelajari. Dengan ini saya dapat menentukan apa yang murid ketahui tentang topik
sebelum diajarkan. Ia adalah kaedah yang digunakan untuk menentukan kadar pengetahuan murid,
kemahiran murid , kemampuan dan minat murid .Saya boleh menggunakan maklumat yang
diperolehi dalam pra-penilaian untuk menentukan tahap seseorang murid. Langkah ini dapat

9
membantu saya mengatur persekitaran pembelajaran yang kondusif dan dapat memulakan
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan mengikut gaya belajar murid.
Sebelum memulakan pelajaran yang baru, saya akan menjalankan penilaian secara
pemerhatian .Saya memberitahu murid tajuk topik yang baru iaitu Mengelakkan Tabiat Buruk dan
meminta mereka berfikir apa yang terlintas dalam fikirkan mereka tentang topik tersebut.
Contohnya, apakah tabiat buruk yang kamu ketahui? Kemudian,murid-murid dikehendaki
menjawab soalan yang telah diberikan. Selepas itu, saya akan berbincang dengan murid-murid
tentang jawapan yang diberikan. Dengan ini, saya boleh mengukur sejauh mana murid ketahui
tentang tajuk ini. Maklumbalas penilaian dapat membantu saya merancang pengajaran.

Semasa
Dalam rancangan pelajaran di atas, beberapa soalan diajukan kepada murid-murid bagi
mengetahui apa yang telah dipelajari oleh mereka daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang
telah dijalankan. Contohnya soalan dalam pengajaran langkah kedua: Apakah kesan daripada tabiat
merokok terhadap manusia? Murid-murid juga dikehendaki menjawab soalan pada borang catatan
eksperimen dalam masa yang ditetapkan dengan bimbingan guru. Dalam borang tersebut terdapat
soalan yang perlu diselesaikan oleh murid mengenai kesan merokok terhadap paru-paru.

Setelah
Penilaian yang dijalankan selepas pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mengukur
hasil pencapaian murid dan juga menilai keberkesanan penggunaan bahan sumber. Berdasarkan
penilaian, saya dapat membuat semakan semula yang bertujuan untuk memperbaiki pengajaran
yang akan datang. Lembaran kerja yang perlu deselesaikan oleh murid sebagai pengukuhan
mengandungi intipati pelajaran yang telah disampaikan mengenai tabiat-tabiat buruk dan kesan-
kesan merokok terhadap manusia. Melalui penelitian saya terhadap keupayaan murid menjawab
soalan, saya dapat menilai pencapaian murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang
terkandung dalam objektif pengajaran. Dengan itu, saya juga dapat menilai keberkesanan kaedah,
media dan bahan yang digunakan dalam pengajaran seterusnya merancang strategi pengajaran yang
akan datang. Selepas tamat sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Sains yang bertajuk
Mengelakkan Tabiat Buruk, melakukan sesi refleksi bersama dengan murid-murid juga adalah
sangat penting. Saya meminta murid membuat kesimpulan bagi mengetahui apa yang telah
diperolehi oleh mereka daripada sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan. Sesi refleksi ini
juga dapat membantu saya untuk menilai kelemahan yang terdapat dalam pengajaran.

Penilaian dan Semakan (Perancangan Guru)


Penilaian perlu dibuat secara berterusan dan bersepadu serta menyeluruh disemua peringkat
untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan kaedah, media dan bahan yang dipilih

10
terhadap prestasi murid serta bertepatan dengan objektif atau hasil pembelajaran yang dikehendaki.
Terdapat lima aspek yang perlu saya menilai dan menyemak semula iaitu:
1. Adakah persembahan itu berkesan ?
2. Adakah kaedah yang digunakan setara dengan umur murid dan dapat mencetus minat mereka?
3. Adakah media yang digunakan membantu murid mencapai objektif?
4. Adakah bahan yang digunakan sesuai untuk murid?
5. Adakah murid melibatkan diri secara aktif?

Pengajaran ini direka khas untuk murid-murid yang berumur 10 tahun yang tinggal di
kawasan bandar. Murid-murid ini juga kebanyakannya berasal dari keluarga berstatus sederhana
dan berada. Mereka dalam peringkat umur 10 tahun, cenderung untuk menguasai sesuatu yang baru
melalui penglihatan, pendengaran dan penglibatan.

Objektif pengajaran ini berdasarkan kurikulum dan bersesuaian dengan tahap umur dan
kemahiran murid yang berumur 10 tahun. Kaedah, media dan bahan yang digunakan bersesuaian
dengan kecenderungan murid-murid ini.

1. Persembahan yang mempunyai susunan isi yang kemas dan menarik, penggunaan warna, grafik
dan animasi serta kesan bunyi yang berfaedah dapat memberikan kelebihan menarik minat murid
dan dapat memberikan pencapaian ingatan dan pemahaman yang maksima. Langkah-langkah
penyampaikan telah disusun dari mudah kepada yang kompleks serta sesuai dengan tahap
pengetahuan sedia ada murid saya. Dalam bilik darjah, persembahan visual merangkumi
penggunaan video dan slaid-slaid menggalakkan murid melibatkan diri secara aktif dalam proses
pembelajaran. Media yang digunakan sebagai alat persembahan untuk mempersembahkan
maklumat dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki serta
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

2. Saya telah menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran murid dengan lebih
menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan apresiasi sesuatu
matapelajaran dalam kehidupan murid. Murid-murid pada peringkat umur 10 tahun ini memang
suka aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan, menjalankan eksperimen,contohnya eksperimen
kesan buruk terhadap paru-paru.
Kaedah demonstrasi membolehkan murid-murid memerhati benda-bemda maujud dan
bagaimana mereka berfungsi. Ia boleh digunakan unruk mengilustrasikan hujah-hujah atau prosedur
secara berkesan, merangsang minat dalam sesuatu topik,memberi model kemahiran mengajar dan
menunjukkan kadar perubahan. Kaedah ini boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja
kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh

11
perasaan pelajar. Dengan cara ini murid akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati
pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama.
Kaedah Inkuiri pula merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan yang berorientasikan masalah. Kaedah ini merupakan satu kaedah pengajaran bahasa
yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan murid kerana murid sering
mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih murid mengemukakan pelbagai
soalan. Kaedah inkuiri menggalakkan murid-murid melibatkan diri dalam proses menemui jawapan
atau rumusan melalui pengumpulan data dan pengujian hipotesis.
Kaedah perbincangan yang saya gunakan melibatkan interaksi sesama murid di dalam
kumpulan dalam membincangkan masalah atau isu. Murid berpeluang mengemukakan isu-isu,
pendapat, idea mengenai topik. Ini dapat melatih murid membiasakan diri bercakap dalam situasi
formal. Selain itu, mereka dapat membina keyakinan diri serta konsep
kendiri murid. Kaedah ini juga dapat memupuk unsur-unsur bekerjasama, menghormati,
menghargai dan mendengar pendapat orang lain. Dalam perbincangan, murid akan memberikan
reaksi atau tindak balas tentang topik atau masalah dan perbincangan dilaksanakan di bawah
kawaan saya. Topik perbincangan tersebut juga sesuai dengan objektif dan minat murid- murid.

3. Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran, media digunakan sebagai satu wahana untuk
mengoptimumkan hasil pembelajaran. Antara contoh media teknologi yang saya gunakan ialah
berita teks, slaid-slaid, video dan perisian komputer. Ia dapat membantu murid mancapai objektif
pembelajaran kerana pelbagai fungsi boleh dimainkan oleh media pengajaran.
Dalam menyampaikan isi pelajaran berkaitan tabiat-tabiat buruk kepada murid,
pengguanaan teks berita dapat menimbulkan rasa ingin ntahu dan meningkatkan motivasi murid.
Murid-murid akan memperolehi gambaran awal mengenai konsep tabiat buruk. Selain itu, melalui
gambar-gambar slaid, murid-murid dapat menerima pembelajaran dengan cepat dan membantu
tanggapan (konsep) yang tepat.
Media yang sesuai seperti tayangan video juga dapat membantu murid mencapai objektik
kerana ia lebih menarik dan mampu memberi gambaran yang jelas tentang kesan merokok terhadap
manusia. Tayangan peristiwa dan pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu
tentang peristiwa-peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.

4. Bahan terlebih dahulu disediakan sebelum mengajar. Saya akan menyediakan slaid-slaid
,gambar-gambar tabiat buruk dan kesan merokok. Selain itu, bahan sumber yang digunakan dalam
eksperimen seperti rokok, botol plastik, kapas dan penyala juga disediakan dengan baik.
Penggunaan bahan tersebut terutamanya yang boleh dilihat, dirasa dan disentuh oleh murid
membolehkan murid-murid mengalami sendiri apa yang disampaikan oleh guru serta lebih
berminat belajar tentang tajuk. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang difahami itu

12
pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.Melalui sumber-sumber tersebut, murid akan
memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti eksperimen melibatkan
penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman
yang baru. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.
Dalam rancangan pengajaran dan pembelajaran ini telah disediakan lembaran kerja untuk
menilai hasil pembelajaran murid-murid di akhir proses pengajaran. Walaubagaimanapun saya
boleh menilai hasil pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Pembelajaran aktif menggalakkan murid mempelajari daripada guru dan murid lain dibandingkan
dengan cara tradisional yang melibatkan murid itu sendiri sahaja. Murid bekerja dalam kumpulan

seperti menjalankan eksperimen juga membenarkan setiap ahli kumpulan bersuara, berkongsi
pendapat dan mengembangkan kemahiran untuk bekerjasama dengan orang lain untuk menyiapkan
sesuatu tugasan. Melalui perbincangan pula, murid berpeluang mengemukakan pandangannya
tentang sesuatu konsep. Aktiviti soal-jawab juga tidak dikecualikan. Soalan yang dikemukakan
boleh merangsangkan murid mencari jawapan dan secara tidak langsung dapat menggalakkan murid
melibatkan diri secara aktif
_______________________________________________________________________________________

Rancangan Pengajaran Harian

Tarikh : 8 Mei 2011


Masa : 10.20 – 11.20 pagi ( 60 minit )
Tahun : Tahun 4 Merah
Bilangan murid : 23 orang
Mata pelajaran : Sains
Tajuk Pengajaran : Menyiasat Alam Kehidupan

Pengetahuan Sedia : Murid-murid pernah melihat poster-poster seperti anti dadah dan
Ada kesan merokok yang dipapar di tempat awam atau suratkhabar.

Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


a.Memberi secara lisan sekurang-kurangnya tiga contoh tabiat
yang membawa keburukan kepada kehidupan manusia dengan
betul.
b.Menyatakan tiga kesan merokok terhadap paru-paru dengan
jelas.
c. Melibatkan diri dengan menjawab soalan secara sukarela .
d. Mempraktikkan cara hidup yang sihat secara berterusan .
13
Isi Pelajaran : Mengelakkan Tabiat Buruk
Nilai Murni : Peka terhadap isu-isu semasa , berfikir secara rasional ,
bertanggungjawab terhadap keselamatan diri, rakan dan alam
sekeliling

Alat Bantu : komputer , projektor LCD , video , teks berita , slide gambar-
Mengajar gambar , botol plastik , kapas , rokok , penyala , lembaran kerja ,
borang eksperimen
Bahan Rujukan : Buku Teks , Huraian Sukatan Pelajaran
Langkah : Periksa semua alat bantu mengajar sebelum proses pengajaran
Keselamatan dan pembelajaran.
Murid-murid tidak dibenarkan menghampiri LCD dan komputer
serta belajar dalam keadaan kelas terkawal.
Menggunakan alat-alat dan bahan-bahan dengan berhati-hati
semasa menjalankan eksperimen.

Set Induksi : Guru menyediakan beberapa keratan akhbar mengenai tabiat buruk manusia.
(5 minit) Kemudian, memilih 3 orang murid untuk membaca berita(Skrip berita)( Lampiram 1)
yang disediakan dan mengarahkan murid membaca berita seperti pembaca berita
di televisyen. Guru bertanya soalan-soalan berkaitan.
Contoh : Soalan 1 : Mengapakah pelajar perempuan itu ditahan?
Soalan 2 : Apakah yang ditemui oleh polis dalam beg pelajar itu?
Soalan 3 : Apakah hukuman yang akan dikenakan jika pelajar itu didapati
bersalah?
Seterunya, guru menerapkan nilai murni iaitu peka terhadap isu-isu semasa dan
menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari .

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian


Langkah 1 Contoh tabiat 1. Guru menayangkan gambar-gambar orang merokok, minum
(10 minit) yang arak dan jenis- jenis dadah.
membawa 2. Murid-murid diminta untuk melihat paparan power point dan
keburukan menghayatinya.
kepada 3. Guru menyoal murid:
kehidupan a) Berdasarkan berita-berita yang dibacakan dan gambar-
manusia. gambar yang dilihat, adakah tabiat-tabiat tersebut baik atau
(Lampiran 2) buruk?
Jawapan : Ya , buruk
b) Apakah tabiat buruk yang kamu lihat dalam gambar-gambar
tersebut?

14
Jawapan : merokok, minum arak, menagih dadah.
4. Guru manayangkan peta minda dan menerangkan tentang
tabiat-tabiat buruk yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Tabiat-tabiat buruk

Minum arak
Merokok
Mengambil
dadah
5. Guru mengingatkan murid-murid berfikir secara rasional
sebelum melakukan sesuatu.
Langkah 2 Menyatakan 1. Guru menayangkan gambar-gambar dalam format power
( 10 minit) keburukan point( slaid ).
kesan 2. Guru menyoal murid :
merokok (a) Apakah itu rokok?
kepada paru- Jawapan: silinder dari kertas yang berisi daun-daun
paru tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah
(Lampiran 2 ) satu ujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya
dapat dihirup lewat mulut pada ujung lain.
(b) Adakah merokok merupakan suatu perbuatan yang
“ hebat”( cool ) ?
Jawapan: bukan
(c)Apakah perbezaan antara paru-paru yang ditunjukkan?
Jawapan: Paru-paru elok dan rosak
(d) Apakah kesan daripada tabiat merokok terhadap manusia?
Jawapan : Kanser paru-paru

Langkah 3 Menyatakan Jenis aktiviti : ‘hands-on’ aktiviti


(20 minit) keburukan 1. Guru menerangkan dan menunjukkan langkah-langkah
kesan eksperimen.
merokok
a. Memasukkan kapas kedalam botol air mineral.
kepada paru-
b. Menutup tutup botol dengan plastisin
paru.
c.Tebuk lubang pada plastisin dengan menggunakan pensil.

d.Masukkan rokok ke dalam lubang yang disediakan.

e.Nyalakan rokok tersebut.

f. Memicit botol plastik menggambarkan manusia bernafas

15
g.Keluarkan plastisin dan rokok .

h.Buat pemerhatian terhadap kapas.

2. Bentuk 4 kumpulan.

3. Setiap kumpulan telah diberikan borang catatan eksperimen


dan menjalankan eksperimen di bawah bimbingan guru.
4. Guru meminta murid merekodkan dapatan eksperimen.
5. Guru berbincang soalan-soalan penilaian dengan murid.
6. Guru memilih murid-murid secara rawak menjawab.

Borang
Catatan
Eksperimen
(Lampiran 3)
Langkah 4 Latihan 1. Guru memberi latihan pengukuhan ( lembaran kerja ).
(10 minit) Pengukuhan 2. Murid-murid diberi masa 5minit untuk menyiapkan lembaran
Lampiran 4 kerja tersebut.
Jawapan :
Merokok membahayakan kesihatan
Merosakkan gigi
Bau nafas dan badan
Mencemarkan udara
Menjejaskan kesihatan orang sekeliling
3.Guru berbincang dengan murid-murid.

Penutup Refleksi 1. Guru menyiarkan video yang ringkas tentang seorang remaja
( 5 minit ) yang merokok dan kesan yang dihadapinya.
2. Guru meminta murid membuat kesimpulan.
3. Guru sekali lagi meperingatkan murid- murid supaya jangan
menghisap rokok dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
yang berfaedah.
4. Guru menekankan nilai murni iaitu bertanggungjawab terhadap
keselamatan diri, rakan dan alam sekeliling.

Kesimpulan: Guru memastikan murid-murid berjaya mencapai objektif dan mengingat apa yang
telah dipelajari.

16
Penilaian : Setelah P&P, akan dijangka murid-murid dapat mencapai objektif .
Pencapaian objektif A dapat dinilai melalui pemerhatian yang dijalankan dalam
langkah pertama.
Pencapaian objektif B dapat dinilai berdasarkan aktiviti langkah kedua.
Pencapaian objektif C dapat dinilai berdasarkan pembentangkan hasil dalam
kumpulan seperti dalam langkah ketiga.
Pencapaian objektif D dapat dinilai melalui sesi refleksi.
Tugasan : Memberi lembaran kerja mengenai tabiat yang membawa keburukan kepada manusia
dan kesan-kesan merokok.
Ulasan diri : Setelah P&P, saya akan menilai sendiri dari aspek cara penyampaian dan kemahiran
menyoal.
_______________________________________________________________________________________

Kesimpulan:

Selepas menyiapkan tugasan kerja kursus Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran,
saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan mengenai kebaikan model reka bentuk pengajaran
ASSURE. Model ASSURE merupakan sebuah model rancangan pengajaran yang berasaskan bilik
darjah. Saya memilih model reka bentuk pengajaran ASSURE kerana model tersebut sesuai untuk
digunakan dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran.
Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat
mencapai kompetensi dalam pengajaran. Hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan
membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping
mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu
membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik.
Sebelum memulakan sesuatu sesi pengajaran, saya terlebih dahulu menganalisis murid-
murid saya. Perkara inilah yang sering terlupa atau terabaikan oleh guru-guru disekolah pada masa
sekarang. Langkah menganalisis murid adalah sangat penting kerana dari situ seseorang guru dapat
mengetahui tahap keupayaan seseorang muridnya serta ciri-ciri yang terdapat pada dirinya. Hal ini
seterusnya dapat membantu guru merancang cara-cara atau strategi-strategi pengajaran yang lebih
berkesan kepada murid-muridnya agar tiada seorang pun daripada murid-muridnya yang tercicir
daripada beroleh ilmu.
Selain daripada itu, saya juga beroleh pengetahuan mengenai kepentingan penggunaan
bahan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajran. Bahan sumber dapat menjadikan proses
pengajaran guru menjadi lebih menarik, berkesan dan memberi kelainan agar murid-murid tidak
berasa bosan. Oleh itu, Model reka bentuk pengajran ASSURE amat menekankan penggunaan
bahan sumber dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

17
Sesungguhnya, keenam-enam langkah yang terdapat dalam model ASSURE adalah sangat
penting dalam pengajaran harian di dalam kelas. Diharapkan setiap guru dapat mempraktikkan
penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE di sekolah apabila mengajar di kelas. Bagi
saya, penggunaan model reka bentuk pengajaran ASSURE adalah lebih baik berbanding model-
model yang lain kerana ianya lebih lengkap dan bersistematik.
_______________________________________________________________________________________

BIBLIOGRAFI

Buku :
Smaldino, S.E. & Russell, J.D., Heinich, R. & Molenda, M. Instructional Technology and
Media for Learning, edisi ke-8., Pearson Prentice Hall, New Jersey, 2005.

Internet :
http://ppdhl.net/v2/eduwebtv/Dokumen/guru.pdf
http://www.slideshare.net/daniadarweesy/penggunaan-teknologi-pendidikan-dalam-pengajaran-dan-
pembelajaran

18
GOH SER MIAN
_______________________________________________________________________________________

Lampiran 1

19
GOH SER MIAN
_______________________________________________________________________________________

Lampiran 2

20
GOH SER MIAN
_______________________________________________________________________________________

21
GOH SER MIAN
_______________________________________________________________________________________

Lampiran 3

22
GOH SER MIAN
_______________________________________________________________________________________

23
GOH SER MIAN
_______________________________________________________________________________________

24
GOH SER MIAN
_______________________________________________________________________________________

25
GOH SER MIAN
_______________________________________________________________________________________

Lampiran 4

Catatan eksperimen

Warna kapas sebelum eksperimen Warna kapas selepas eksperimen

a) Apakah organ pernafasan yang diwakili oleh kapas ?

………………………………………………………………………………………

b) Kenapakah kapas itu bertukar warna?

………………………………………………………………………………………

c) Bagaimana eksperimen ini menunjukkan kesan merokok terhadap paru-paru?

26
………………………………………………………………………………………

GOH SER MIAN


_______________________________________________________________________________________

Lampiran 5

Latihan Pengukuhan

A.Tulis tiga tabiat yang membawa keburukan kepada manusia :

1.

2.

3.

B. Tulis lima kesan merokok :

1.

2.

3.

4.

5.

27
28

Anda mungkin juga menyukai