Anda di halaman 1dari 6

KHUTBAH KHAS SEMPENA PEMASYHURAN SULTAN PAHANG KEENAM

18 JANUARI 2019 / 12 JAMADIL AWWAL 1440


‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﮇﮈ ﮉ ﮊﮋﮌ ﮍﮎﮏﮐﮑﮒﮓﮔﮕ‬


‫ﮖ ﮗ ﮘﮙ ﮚ ﮛﮜ ﮝ ﮞ ﮟ ﮠ ﮡ ﮢ‬

Marilah kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah Subhanahu wa-


Ta’ala dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita diberkati Allah Subhanahu wa-Ta’ala di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa-Ta’ala,

Marilah kita bersama-sama bersyukur dan mengagungkan Allah Subhanahu wa-


Ta’ala, kerana sentiasa melimpahkan kasih sayang-Nya kepada rakyat negeri Pahang Darul
Makmur, dengan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran. Alhamdulillah bersyukur ke-
hadrat Allah Subhanahu wa-Taala kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan
Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in
Billah telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Raja Pemerintah Yang Keenam bagi negeri
Pahang Darul Makmur dan jajahan takluknya. Dirgahayu dan Daulat Tuanku. Allahu Akbar.
Allahu Akbar. Allahu Akbar.

Sesungguhnya, rakyat negeri ini amat gembira dan bertuah, kerana Allah Subhanahu
wa-Taala telah mentakdirkan Tuanku Sultan yang kita sayangi selama ini dipilih menjadi
Raja Pemerintah bagi negeri Pahang Darul Makmur.

Marilah kita menadah tangan memohon dengan penuh harapan mudah-mudahan


Tuanku Sultan diberkati sepanjang pemerintahannya. Dikurniakan taufik, hidayah, ri’ayah
dan ‘inayah. Semoga Tuanku sihat walafiat dilanjutkan usia dan sentiasa dalam rahmat
pemeliharaan-Nya, kekal qarar bersemayam di atas singgahsana tahta kerajaan negeri Pahang
Darul Makmur.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa-Ta’ala,

Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam Surah al-Nisa’ ayat 59:

Yang bermaksud:Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu
kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (Raja Pemerintah) dari kalangan kamu.

Berdasarkan ayat ini, Allah Subhanahu wa-Taala mewajibkan kepada umat Islam
supaya mentaati pihak berkuasa iaitu Raja Pemerintah selepas taat kepada Allah dan Rasul.
Kewajipan mentaati ini tidak akan berlaku melainkan setelah Raja Pemerintah dipilih dan
dimasyhurkan. Pelantikan pemerintah dalam sesebuah negara hukumnya adalah wajib
sebagaimana ayat yang dibacakan tadi. Sekiranya sesebuah negara itu tiada Raja yang
memerintah maka berdosalah penduduknya. Ini ditegaskan melalui sabda Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam hadis riwayat Imam Ahmad:
Yang bermaksud: Tidak halal (berdosa) bagi tiga orang yang berada di satu tempat di bumi
ini melainkan melantik salah seorang daripada mereka sebagai ketua.

Alhamdulillah syukur kepada Allah Subhanahu wa-Taala kerana Tuanku Sultan telah
dilantik sebagai Raja Pemerintah di negeri ini setelah sekian lama menjadi Waris Ganti dan
Pemangku Raja Pahang. Pelantikan Tuanku ini adalah penentuan dan keputusan daripada
Jumaah Pangkuan Diraja Pahang. Keputusan Jumaah Pangkuan Diraja ini adalah merupakan
keputusan mengikut hukum syarak yang diputuskan oleh (Ahlil Halli Wal ‘Aqdi).

Imam al-Ghazali juga menjelaskan tentang peranan Raja Pemerintah dalam


mendaulatkan agama dengan menyatakan:

Raja dan agama ibarat saudara kembar. Agama merupakan dasar, sementara sultan
pula adalah penjaganya. Barang yang tiada dasar akan binasa. Barang yang tiada penjaga,
akan hilang. Tidaklah lengkap kekuasaan dan pengawalan, melainkan dengan sultan. Dan
cara untuk membuat kawalan dalam penentuan hukum hakam, adalah dengan fiqh.

Dalam Bab 4 Undang-undang Tubuh Negeri Pahang, dinyatakan dengan jelas bahawa
agama negeri hendaklah agama Islam, sementara Raja Pemerintah pula bertindak sebagai
ketua agama negeri, dan menubuhkan Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu bagi
menolong dan menasihatkan baginda dalam semua perkara mengenai agama negeri dan adat
resam Melayu. Maka sebagai rakyat negeri Pahang yang beragama Islam, marilah kita
bersama-sama memelihara kemakmuran negeri ini dengan sentiasa taat dan patuh kepada
pemerintah.

Sesungguhnya, pelantikan seseorang pemimpin itu adalah suratan yang telah tertulis
di Lauh Mahfuz lagi. Allah Maha Berkuasa untuk memberikan kuasa kepada sesiapa yang
dikehendaki. Pemilihan seorang Raja Pemerintah perlulah berlandaskan syara’. Dalam
sejarah al-Khulafa’ al-Rashidun, terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk melantik
khalifah. Walaupun caranya berbeza, tetapi ulama’ bersepakat terhadap syarat-syarat asas
pemilihan pemimpin, seperti beragama Islam, berperibadi mulia, berkemampuan rohani dan
jasmani untuk memerintah dengan baik. Maka bersyukurlah kita apabila kuasa pemerintahan
itu diberi kepada orang yang beriman dan beramal soleh.
Firman Allah Subhanahu wa-Ta’ala dalam Surah al-Nur ayat 55:

‫ﭬﭭﭮ ﭯﭰ ﭱ ﭲﭳﭴﭵ ﭶﭷ‬

‫ﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅﮆ‬

‫ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋﮌ ﮍ ﮎ ﮏ ﮐ ﮑ ﮒ ﮓ ﮔ‬

Yang bermaksud: Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan
kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah
yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang
yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan
mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka; dan
Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan
(dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan
sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka
mereka itulah orang yang derhaka.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa-Ta’ala,

Sebagai umat Islam di negeri ini, marilah kita menjunjung kasih kepada Paduka
Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah al-Musta’in Billah, kerana dengan kebijaksanaan
baginda, telah memimpin negeri ini selama 45 tahun, membawa kemakmuran yang tidak
bertepi, selain mendidik anakanda-anakanda baginda menjadi ahli kerabat yang mulia. Semua
ini merupakan kesinambungan salasilah Kesultanan Melayu Pahang yang dihormati, bermula
dengan pemerintahan Sultan Muhammad Shah sekitar tahun 1470, iaitu putera kepada Sultan
Mansur Shah dari Melaka, hingga ke pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Mohayuddin Syah
yang menjadikan syariat Islam sebagai undang-undang tertinggi menerusi Hukum Kanun
Pahang. Selepas beberapa ketika, amanah pemerintahan di negeri ini mula digalas oleh Sultan
Ahmad al-Mu’adzam Shah pada tahun 1882, dengan gelaran Sultan Pahang yang pertama.

Dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam juga telah bersabda:
Yang bermaksud: "Antara perbuatan yang mengagungkan Allah, adalah memuliakan
seorang muslim yang telah beruban, para pembaca Al-Qur'an yang tidak bersikap
berlebihan di dalamnya dan tidak pula menjauhinya, serta sultan yang adil."

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Subhanahu wa-Ta’ala,

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah Subhanahu wa-Taala semoga rakyat
di negeri ini sentiasa bersatu padu, saling hormat menghormati antara mereka di bawah
pemerintahan Tuanku Sultan serta baginda dikasihi dan dihormati oleh rakyat jelata dengan
mendapat kebahagiaan dan keberkatan bersama keluarga dan kaum kerabat baginda. Ya
Allah, selamatkanlah baginda Tuanku Sultan daripada pelbagai fitnah serta perkara yang
boleh menghalang baginda daripada melaksanakan urusan pemerintahan di negeri ini.
Permudahkanlah segala urusan pemerintahan baginda dengan jayanya. Semoga negeri
Pahang maju jaya dan makmur serta dijauhi daripada segala bala bencana, wabak penyakit
dan huru-hara.

‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬

‫ﮄﮅ ﮆﮇﮈﮉﮊ ﮋﮌﮍﮎ‬

‫ﮏ ﮐ ﮑﮒ ﮓ ﮔ ﮕ ﮖ‬
Yang bermaksud: Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan
mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara
yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

Anda mungkin juga menyukai