Anda di halaman 1dari 9

KHUTBAH JUMAAT

“Menghidupkan Gagasan Hijrah Pada Diri”


(21 September 2018M/ 11 Muharam 1440H)
___________________________________________________________________________________________________________________________

ُ.‫قُ ْال َك ِري ُِْم‬


ُِ ‫ُ َوأَ َم َرنَاُ ِبالت َّ ْق َوىُ َو ْالخل‬،‫نُتَ ْق ِوي ٍْم‬ َ ‫يُأَ ْح‬
ُِ ‫س‬ ُْ ِ‫سانَُُف‬ َ ‫ِيُ َخلَقَُُاْ ِإل ْن‬ ُ ِ ُُِ‫اَ ْلـ َح ْمد‬
ُْ ‫ِلُِالَّذ‬
ُُ‫عبْده‬ َ ُ ‫س ِيدَنَا ُمـ َح َّمدًا‬ َ ُ‫ن‬َُّ َ‫ ُ َوأَ ْش َهدُ ُأ‬،‫ْك ُلَه‬ َُ ‫لَ ُش َِري‬ُ ُ ُ‫لَّ ُللاُ ُ َو ْحدَه‬ ُ ِ‫لَ ُإِلَ ٰـ ُهَ ُإ‬
ُ ُ‫ن‬ُْ َ‫َوأَ ْش َهدُ ُأ‬
ُ‫ُأَ َّما‬.َُ‫ص ْح ِب ُِهُأَ ْجـ َم ِعيْن‬َ ‫علَىُآ ِل ُِهُ َو‬ َ ‫س ِي ِدنَاُمـ َح َّم ٍُدُ َو‬َ ُ‫علَُٰـى‬ َ ُ‫س ِل ُْم‬
َ ‫لُ َو‬
ُِ ‫ص‬َ ُ‫ُاَللّٰه َُّم‬.ُ‫َو َرس ْوله‬
ُ .َُ‫لَُّ َوأ َ ْنت ُْمُم ْس ِلم ْون‬
ُ ِ‫نُإ‬َُّ ‫لَُتَـم ْوت‬ ُ ‫ُ َو‬،‫قُتقَاتِ ِه‬ ُ ُ‫ُاِتَّق ْوا‬،ِ‫ُفَيَاُ ِعبَا ُدَُللا‬،‫بَ ْعد‬
َُّ ‫للاَُ َح‬

ُِ ‫لُللاُُتَ َعالَىُفِيُ ِكتَا ِب ُِهُ ْالعَ ِزي‬


ُ ُ:ُ‫ْز‬ َُ ‫قَا‬

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah
subhanahu wata’ala dengan sebenar-benar takwa dengan
melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita sentiasa berada di dalam
rahmat serta mendapat perlindungan Allah subhanahu wata’ala
demi mencari keredhaan-Nya di dunia mahu pun di akhirat. Mimbar
pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk:
“Menghidupkan Gagasan Hijrah Pada Diri”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Kita baru sahaja melangkah masuk tahun baru hijrah 1440 beberapa
hari yang lalu. Permulaan tahun baru hijrah pada setiap tahun ini
merupakan detik terbaik untuk kita terus menggali ibrah daripada

1
peristiwa besar hijrah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan para
sahabat radhiallahu anhum. Mimbar ingin mengajak para jemaah
sekalian untuk sama-sama kita selami sejenak perasaan Baginda
sallallahu alaihi wasallam apabila Baginda terpaksa meninggalkan
Mekah, tanah air kelahiran yang sangat dicintainya. Perasaan sedih
dan kecewa tentunya memenuhi hati Baginda pada saat itu.
Bagaimana tidak saudara sekalian, kaum keluarganya sendiri telah
mengusir Baginda, hanya kerana dakwah yang dibawa Baginda
untuk menyelamatkan mereka dari kesesatan dan kemurkaan Allah
subhanahu wata’ala.

Imam at-Tirmizi dan Imam Ibnu Majah rahmatullahi alaihima pernah


meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Adi radhiallahu anhu bahawa
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pernah berdiri di satu tempat
bernama Hazwarah, sambil memandang jauh ke kota Mekah.
Baginda sallallahu alaihi wasallam lalu bersabda yang bermaksud :

((Demi Allah, sesungguhnya kamu adalah sebaik-baik bumi Allah,


dan bumi Allah yang paling dicintai oleh Allah. Andai kaumku tidak
mengeluarkanku darimu, nescaya aku tidak akan pernah keluar
darimu.))

Bayangkan, jika kita yang berada pada keadaan yang tersebut,


bagaimanakah agaknya perasaan kita? Diusir, dipersenda, diancam
kerana semata-mata mendidik ke arah perkara kebenaran! Pastinya
kesedihan menyelimuti hati Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam
pada saat itu. Namun ternyata perasaan tersebut tidak membuat
Baginda merasa lemah dan putus asa. Malahan ia semakin
2
memotivasikan diri Baginda, dengan berkat kegigihan perjuangan
Baginda yang tidak pernah mengenal erti kalah, maka sepuluh tahun
kemudian Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan kaum Muhajirin
berjaya kembali ke Mekah sebagai penguasa.

Kaum Quraisy yang sebelumnya tidak henti-henti menyakiti kaum


Muslimin terpaksa tunduk menyerah di hadapan kegagahan
pemuda-pemuda yang beriman. Bukan itu sahaja, kegigihan dan
sikap tidak putus asa Baginda ini juga akhirnya berhasil
melembutkan hati orang-orang Musyrikin Quraisy, yang mana
akhirnya mereka secara sukarela menganut agama Islam bersama
ribuan manusia lainnya. Peristiwa tersebut terakam dalam firman
Allah s.w.t. dalam surah Al-Nasr ayat 1-3 yang bermaksud :

“Apabila telah datang pertolongan dan kemenangan dari Allah, dan


kamu melihat manusia masuk ke agama Allah dengan berbondong-
bondong, maka (pada saat itu) bertasbihlah dengan memuji
Tuhanmu dan mohonlah ampun daripada-Nya. Sesungguhnya Dia
Maha Penerima Taubat”.

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,


Dalam hidup ini, kita kadangkala sesekali terpaksa melepaskan
sesuatu yang kita cintai. Terdapat masa-masa tertentu, demi kerana
perjuangan bagi menuntut ilmu atau mencari rezeki bagi keluarga,
kadangkala kita terpaksa berpisah dengan orang-orang yang kita
sayangi, dan tanahair tercinta buat satu jangkamasa yang lama atau
mungkin bertahun-tahun lama-lamanya. Malah, pada hari raya

3
Aidiladha yang lalu, terdapat dalam kalangan kita yang telah
berpisah dengan keluarga tercinta kerana menunaikan ibadah haji.
Sebagai insan biasa, kita pasti merasa sedih dan hiba kerana
terpaksa berpisah sementara. Ya, sebagai manusia kita tidak dapat
lari dari mainan emosi pada diri kita. Perasaan itu juga pernah
dirasakan oleh Baginda Nabi sallallahu alaihi wasallam dan kaum
Muhajirin apabila mereka melangkah keluar dari Mekah menuju kota
Madinah.

Namun, kekecewaan dan kesedihan tidak pernah melemahkan


Baginda sallallahu alaihi wasallam dan para sahabat, apatah lagi
menyebabkan mereka berpecah dan saling menyalahkan satu sama
lain. Malah sebaliknya, mereka menjadikan keperitan dan kesedihan
itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dan
memberikan yang terbaik bagi agama Allah. Semakin besar cabaran
yang menghadang, semakin rapat barisan mereka dalam
menghadapinya. Kalaupun mereka mesti berundur, maka itu bukan
karena kalah, akan tetapi strategi untuk meraih kemenangan!

Setiap kesusahan yang menimpa adalah kesempatan untuk


membuktikan keimanan kita kepada Allah. Firman Allah s.w.t. dalam

surah Muhammad ayat 31:

4
Maksudnya : “Dan sesungguhnya kami benar-benar akan menguji
kamu agar kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan
bersabar di antara kamu, dan agar kami menyatakan (yakni baik
buruknya) hal ehwalmu.”
Menjadi kelaziman seorang Mukmin sejati bagi menghadapi musibah
dengan penuh keberanian dan kesabaran. Mereka tidak pernah
panik apatah lagi menyalahkan sesiapa, malah melihatnya sebagai
satu kesempatan untuk menyumbang tenaga dan fikiran bagi
kebaikan umat Islam. Sikap panik dan menuding jari apabila tertimpa
kesusahan, sama sekali bukan merupakan sikap seorang Mukmin
yang meyakini hikmah dan kebijaksanaan Allah subhanahu wata’ala.

Pernah diriwayatkan pada suatu hari, Rasulullah sallallahu alaihi


wasallam melontarkan satu soalan kepada para sahabatnya.
Baginda bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya ada sebuah pokok yang tidak pernah gugur


daunnya, dan ia merupakan perumpamaan seorang Muslim.
Beritahulah aku, pokok apakah ia?” Sekalian sahabat Baginda pada
masa itu tidak mampu meneka dengan tepat. Mereka lalu berkata:
“Wahai Rasulullah, beritahukanlah kami, pokok apakah itu?” Baginda
menjawab: “Ia adalah pokok kurma.”
(Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

Menurut para ulama, perumpamaan Nabi sallallahu alaihi wasallam


terhadap seorang Mukmin dengan pohon kurma mengandungi
maksud yang sangat mendalam. Pohon kurma boleh terus hidup
meskipun dalam keadaan kering serta serba kekurangan air. Ia
5
menjadi tempat berteduh di saat panas terik mentari. Bukan itu
sahaja, buahnya juga lazat dan lembut, malah kesemua
bahagiannya boleh dimanfaatkan, hinggakan bijinya sekalipun
berguna untuk dijadikan makanan haiwan.
Begitulah juga seorang Mukmin sejati. Ia boleh bertahan hidup
bahkan menyumbang untuk masyarakat, meskipun berada dalam
medan dakwah yang berat dan persekitaran yang tidak menyokong.
Setiap saat ia memberikan perlindungan kerohanian bagi setiap
orang yang memerlukan. Hidupnya penuh dengan manfaat bagi
manusia, bahkan meninggalkan legasi dan warisan yang
berpanjangan hingga setelah kematiannya. Ini semua adalah kerana
seorang Mukmin mengikat pengharapan, permohonan dan doa
mereka kepada Allah subhanahu wata’ala, Zat yang Maha Kekal dan
Maha Agung.

Sifat-sifat inilah yang diharapkan terdapat dalam diri setiap individu


Muslim di negeri kita. Kita tidak boleh hanyut dengan keadaan, malah
kita mesti mampu menerajui perubahan dalam masyarakat agar
seiring dengan ajaran Islam. Di akhirat nanti kita tidak akan ditanya
tentang apa yang berlaku pada masyarakat di sekitar kita, akan tetapi
kita akan ditanya tentang sikap kita terhadap apa yang berlaku.
Sekecil manapun sumbangan kita kepada masyarakat, jika ia
dilakukan dengan hati yang ikhlas, maka nilainya akan sangat besar
di sisi Allah subhanahu wata’ala.

Semoga dengan usaha ini dan azam kita untuk menjadi masyarakat
yang terus memberi dan menyumbang kepada kebaikan, dan

6
sekalian dari kita tergolong dalam kalangan mereka yang diredhai
Allah di dunia dan akhirat. Amin.
ُ
ُ

ُ ‫الر ِجي ُِْم‬


َّ ُ‫ان‬ َ ‫ش ْي‬
ُِ ‫ط‬ ُ ‫أَع ْوذُُ ِبا‬
َّ ‫للُِ ِمنَُُال‬

Maksudnya: “Dan sesiapa yang berhijrah di jalan Allah (untuk


membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka
bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur;
dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah
kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan),
maka sesungguhnya telah tetap tetap pahala hijrahnya di sisi Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

ُ‫ت‬َِ ‫ُ َونَفَعَنِيُ َو ِإيَّا هكمَُ ِبـ َماُفِي َِهُ ِمنََُاآليَا‬،‫آنُال َع ِظي ِم‬ َِ ‫للاهُ ِليَُ َولَ هكمَُفِىُالقهر‬ َ ُ‫ك‬ ََ ‫ار‬
َ َ‫ب‬
ُ‫ل‬َ‫ ُأَقهو ه‬.‫س ِمي هَع ُالعَ ِلي هَم‬َّ ‫ل ُ ِمنِي ُ َو ِمن هكمَ ُتِالَ َوت َ َهه ُإِنَّ َهه ُ هه ََو ُال‬ ََ َّ‫ ُ َوتَقَب‬.‫َوالذِك َِر ُالـ َح ِكي َِم‬
ُ‫ت‬َِ ‫سا ِئ َِرُالـ همس ِل ِمينََُ َوالـ همس ِل َما‬ َ ‫ُ َو ِل‬،‫للاُالعَ ِظي ََمُ ِليَُ َولَ هكم‬ ََ ُ‫ُ َوأَستَغ ِف هَر‬،‫قَو ِليَُ َه ٰـ َذا‬
ُ‫ ُفَاستَغ ِف هروَهه ُ ِإنَّ َهه ُ هه ََو‬،ِ‫اء ُ ِمن ههمَ ُ َواألَم َوات‬ َِ َ‫ت ُاألَحي‬ َِ ‫َوالـ همؤ ِمنِيَنََ ُ َوالـ همؤ ِمنَا‬
َّ ُ‫الغَفهو هَر‬
.‫الر ِحي هَم‬

7
‫‪KHUTBAH JUMAAT KEDUA‬‬
‫_________________________________________________________________________________________________________________________‬

‫ْكُ‬
‫لُش َِري َُ‬ ‫لُللاُُ َو ْحدَهُُ َ ُ‬ ‫لُإِلَ ٰــ ُهَُإِ َّ ُ‬ ‫يراُ َك َماُأ َ َم َُر‪ُ.‬أ َ ْش َهدُُأَ ُْ‬
‫نُ َ ُ‬ ‫اَ ْلـ َح ْمدُُِللِ‪ُ،‬اَ ْلـ َح ْمدُُُِ ُ‬
‫للُِ َح ْمدًاُ َكثِ ً‬
‫س ِي ِدنَاُ‬
‫ىُ َ‬ ‫علَ ُٰ‬
‫كُ َ‬ ‫ار ُْ‬‫س ِل ُْم ُ َو َب ِ‬‫ل ُ َو َ‬ ‫عبْدهُ ُ َو َرس ْولهُ‪ُ .‬اَللّٰه َُّم ُ َ‬
‫ص ُِ‬ ‫س ِيدَنَا ُمـ َح َّمدًا ُ َ‬ ‫نُ َ‬ ‫لَه‪َ ُ ،‬وأ َ ْش َهدُ ُأَ َُّ‬
‫ص َحا ِب ُِه ُأَ ْج َم ِعيْنَُ‪ُ .‬أَ َّما ُ َب ْعد‪ُ ،‬فَ َيا ُ ِع َبا ُدَ ُللاِ‪ُ ،‬اِتَّقوا ُ ُ‬
‫للاَ ُ َح َُّ‬
‫ق ُتقَاتِ ُِهُ‬ ‫ى ُ ٰأ ِل ُِه ُ َوأ َ ْ‬ ‫علَ ُٰ‬
‫مـ َح َّم ٍُد ُ َو َ‬
‫ى‪ُ :‬‬‫لُللاُُتَ َعالَ ُٰ‬ ‫لَ َعلَّك ُْمُت ْف ِلح ْونَُ‪ُ.‬قَا َُ‬
‫ُ‬

‫س ِلمواُتَ ْس ِلي ًما ُ‬ ‫صلُّواُ َ‬


‫علَ ْي ُِهُ َو َ‬ ‫ي ُِ َياُأَيُّ َهاُالَّذِينَُُآ َمنواُ َ‬ ‫علَىُالنَّ ِب ُ‬ ‫صلُّونَُُ َ‬ ‫َل ِئ َكتَهُُي َ‬ ‫للاَُ َو َم َ ٓ‬
‫نُ ُ‬ ‫ِإ َُّ‬
‫ُ‬

‫سيِ ِدنَاُ‬ ‫ىُ َ‬ ‫علَ ُٰ‬ ‫ْت ُ َ‬‫صلَّي َُ‬ ‫س ِي ِدنَا ُمـ َح َّمدٍ‪َ ُ ،‬ك َما ُ َ‬ ‫لُ َ‬‫ى ُ ٰأ ُِ‬ ‫علَ ُٰ‬‫سيِ ِدنَا ُمـ َح َّم ٍُد ُ َو َ‬ ‫ىُ َ‬ ‫علَ ُٰ‬
‫لُ َ‬ ‫ص ُِ‬‫اَللّٰه َُّم ُ َ‬
‫س ِي ِدنَاُمـ َح َّمدٍ‪ُ،‬‬ ‫لُ َ‬ ‫ىُ ٰأ ُِ‬
‫علَ ُٰ‬
‫س ِي ِدنَاُمـ َح َّم ٍُدُ َو َ‬ ‫ىُ َ‬ ‫علَ ُٰ‬
‫كُ َ‬ ‫ار ُْ‬ ‫سيِ ِدنَاُ ِإب َْرا ِهي َْم‪َ ُ،‬وبَ ِ‬ ‫لُ َ‬ ‫ىُ ٰأ ُِ‬
‫علَ ُٰ‬
‫ِإب َْرا ِهي َُْمُ َو َ‬
‫كُ َح ِميْدُُ‬ ‫يُ ْالعَالَ ِـميْنَ ‪ُ،‬إِنَّ َُ‬ ‫سيِ ِدنَاُ ِإب َْرا ِهي َْم‪ُ،‬فِ ُْ‬ ‫لُ َ‬‫ىُ ٰأ ُِ‬ ‫علَ ُٰ‬
‫سيِ ِدنَاُ ِإب َْرا ِهي َُْمُ َو َ‬ ‫ىُ َ‬ ‫علَ ُٰ‬
‫تُ َ‬ ‫ار ْك َُ‬‫َك َماُبَ َ‬
‫ي ُبَ ْك ٍُر ُ َوع َم َُرُ‬ ‫سادَاتِنَا ُأَبِ ُْ‬ ‫الرا ِش ِديْنَُ ُ ْالـ َُم ْهدِيِيْنَ ‪َ ُ ،‬‬ ‫اء ُ َّ‬ ‫ن ُ ْالـخلَفَ ُِ‬ ‫ض ُاللّٰه َُّم ُ َ‬
‫ع ُِ‬ ‫ار َُ‬ ‫ـجيْدُ‪َ ُ .‬و ْ‬ ‫َم ِ‬
‫ْن‪ُ.‬اَللّٰه َُّمُا ْغ ِف ُْرُ‬ ‫الدي ُِ‬
‫ىُ َي ْو ُِمُ ِ‬‫انُ ِإلَ ُٰ‬‫س ٍُ‬ ‫ص َحا َب ُِةُ َوالتَّابِ ِعيْنَُُلَه ُْمُ ِبـإِ ْح َ‬ ‫نُال َّ‬ ‫ع ُِ‬‫ع ِليٍ‪َ ُ،‬و َ‬ ‫َوعثْ َمانَُُ َو َ‬
‫س ِميْعُُ‬ ‫كُ َ‬ ‫آءُ ِم ْنه ُْمُ َواْأل َ ْم َوا ُِ‬
‫ت‪ِ ُ.‬إنَّ َُ‬ ‫تُ َو ْالـمؤْ ِم ِنيْنَُُ َو ْالـمؤْ ِمنَا ُِ‬
‫تُاْأل َ ْحَُي ُِ‬ ‫ِل ْلم ْس ِل ِميْـنَُُ َو ْالـم ْس ِل َما ُِ‬
‫ت‪ُ .‬‬ ‫يُ ْال َحا َجا ُِ‬ ‫اض َُ‬ ‫تُ َو َياُقَ ِ‬ ‫ع َوا ُِ‬ ‫ـجيْبُُالدَّ َ‬ ‫قَ ِريْبُُم ِ‬
‫‪Ya Allah! Ampunkanlah dosa dan kesalahan kaum muslimin dan muslimat,‬‬
‫‪mukminin dan mukminat, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah‬‬
‫‪meninggal dunia. Ya Allah ! Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami,‬‬
‫‪ibubapa kami, ahli keluarga dan guru-guru kami. Limpahkanlah kesejahteraan,‬‬
‫‪kedamaian dan kebahagiaan kepada kami semua dalam kehidupan di dunia‬‬
‫‪ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak.‬‬

‫‪Ya Allah ! Ya Rahman ! Ya Rahim! Berikanlah taufiq dan hidayat-Mu kepada‬‬


‫‪kami semua dan juga kepada pemimpin-pemimpin Negara kami, khasnya‬‬
‫‪kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, dan juga‬‬

‫‪8‬‬
pemimpin-pemimpin negeri kami, khususnya Tuan Yang Terutama Yang di-
Pertua Negeri Sarawak.

Ya Allah, kami bersyukur ke hadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat


dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah
memperkukuhkan negara kami, khususnya Negeri Sarawak yang tercinta ini,
sebagai sebuah negeri yang maju dan sejahtera.

Justeru, kami pohon ke hadratMu ya Allah, buat kami semua dan generasi
muda dalam kalangan remaja dan belia generasi pelapis negara dan negeri
kami ini, kukuhkanlah iman kami, tingkatkanlah amal ibadah kami, suburkanlah
peribadi kami dengan budi pekerti dan akhlak yang mulia, eratkanlah
perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan keterampilan yang bermanfaat, bimbinglah kami
ke jalan yang Engkau redhai, hindarkanlah kami daripada terlibat dalam apa
jua unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah diri, keluarga, masyarakat
dan negara, lindungilah kami daripada ujianmu seperti banjir besar, kemarau
panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan kebuluran. Kami
berlindung dan bermohon denganMu Ya Allah, semoga negeri kami akan
sentiasa bertambah aman, makmur dan berkat.

ُ‫ب‬َُّ ‫ُ ٰأ ِميْنُيَاُ َر‬،‫ُ ٰأ ِميْن‬.‫ار‬ َُ َ‫عذ‬


ُِ َّ‫ابُالن‬ َ ُ‫سنَ ُةًُ َوقِنَا‬
َ ‫آلخ َرُةُِ َح‬ِ ْ‫ُ َوفِيُا‬،ً‫سنَة‬ َ ‫َربَّنَآُ ٰأتِنَاُفِيُالدُّ ْنيَاُ َح‬
ُ‫ن‬ُِ ‫ع‬َ ُ‫ى‬ُٰ ‫ُ َويَ ْن َه‬،‫آءُذِيُ ْالق ْربَ ٰى‬ ُِ َ‫ُ َو ِإيت‬،‫ان‬
ِ ‫س‬ َ ‫لُ َواْ ِإل ْح‬ُِ ‫للاَُيَأْمرُُ ِب ْال َع ْد‬ُ ُ‫ن‬ َُّ ‫ُ ِإ‬،ِ‫ُ ِعبَا ُدَُللا‬.َُ‫ْال َعالَ ِـميْن‬
ُ.‫للاَ ُ ْال َع ِظي َُْم ُيَ ْذك ْرك ُْم‬
ُ ُ ‫ ُفَا ْذكروا‬.َُ‫ ُيَ ِعظك ُْم ُلَعَلَّك ُْم ُتَذَ َّكر ْون‬.ِ ‫ي‬ ُ ‫َآء ُ َو ْالـم ْن َك ُِر ُ َو ْالبَ ْغ‬
ُِ ‫ْالفَ ْحش‬
ُُ‫ُ َوللاُُيَ ْعلَم‬.ُ‫للاُِأَ ْكبَر‬ُ ُُ‫ُ َولَ ِذ ْكر‬.‫ض ِل ُِهُي ْع ِطك ُْم‬
ْ َ‫نُف‬ ُْ ‫سأَل ْـوهُُ ِم‬ ُْ ‫ُ َوا‬.‫ىُنِ َع ِم ُِهُيَ ِز ْدك ُْم‬ ُٰ َ‫عل‬
َ ُُ‫َوا ْشكر ْوه‬
َُ‫صَل‬
ُ .َ ‫ة‬ َّ ‫ُأَقِيْمواُال‬.َُ‫صنَعون‬ ْ َ‫َماُت‬

Anda mungkin juga menyukai