Anda di halaman 1dari 9

Makanan Tradisi Kaum Cina

Posted on February 9, 2012 by totallydelicious

Ini adalah kumpulan etnik kedua terbesar, yang mana kaum Cina
merangkumi 25 peratus populasi. Kebanyakan keturunan kaum Cina hari ini
berasal daripada pendatang ke negara ini pada kurun ke-19. Mereka terkenal
kerana kuat bekerja dan pandai berniaga.Tiga kumpulan kecil kaum ini yang
berbicara dialek Cina berbeza adalah Hokkien yang tinggal di utara Pulau
Pinang, Kantonis yang tinggal di Kuala Lumpur dan juga kumpulan bertutur
bahasa Mandarin yang tinggal di kawasan selatan tanahair di Johor.

BAK KUT THE

Bak Kut The (肉骨茶) secara harfiah bermaksud “Daging Bone Teh”. Ini
masakan yang unik popular di Malaysia. Ini sup herba China direbus dengan
rusuk cadang dan bahan tambahan lain seperti cendawan, jeroan, goreng
tahu puff. Esensi dari hidangan ini terletak pada harum sup siap dengan
bermacam-macam jamu.Ini biasanya dimakan dengan nasi putih, ditemani
secangkir teh China.
LOK-LOK

Lok lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi
kegemaran kaum Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan
makanan ringan dari sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan
sahaja dipelopori oleh kaum Cina tetapi diminati oleh semua rakyat
Malaysia.

CHAR KWAY TEOW

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia


diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di
atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan
kucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan
lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak
menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini
sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng
biasa, char kway teow agak basah.

KUIH BAKUL

Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan
Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.
Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling
laris dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul
dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian
gao” (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud ‘kuih’ dalam nama
kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo) bermaksud ‘tinggi’
melambangkan erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián
gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi
kemajuan”.

Sungguhpun pelbagai jenisnya, namun semuanya berkongsi ramuan pulut


sama yang dihancurkan atau dikisar menjadi adunan, dan, bergantung
kepada jenis itu, boleh diacu begitu sahaja atau dimasak semula untuk
mengukuhkan ramuannya. Kuih bakul berbagai-bagai jenisnya termasuklah
jenis-jenis yang didapati dalam masakan Shanghai, dan masakan Kantonis
dari Guangdong.

JIAOZI

Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China,
khususnya orang China utara. Sejak lebih 1800 tahun dahulu, orang China
sudah mula memakan Jiaozi. Ia merupakan makanan tradisional masyarakat
China. Di negeri China, ada satu ungkapan yang terkenal, iaitu “Jiaozi ialah
makanan paling sedap”. Pada pandangan orang China, Jiaozi mempunyai
kaitan yang erat dengan perkumpulan. Pada masa dahulu, apabila orang
China berkumpul, mereka akan makan, dan Jiaozi merupakan makanan
utama. Lebih-lebih lagi ketika merayakan Tahun Baru China, setiap keluarga
akan makan Jiaozi. Pada tengah malam sebelum masuknya Tahun Baru
mengikut kalendar China, memakan Jiaozi menandakan satu tahun sudah
pun berlalu dan tahun baru menjelang tiba. Oleh sebab bentuknya seperti
“Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka
memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”. Satu sebab yang lain
memakannya ialah Jiaozi mempunyai inti. Maka orang China suka mengisi
pelbagai jenis inti ke dalam Jiaozi dengan harapan semoga semuanya
bertuah pada tahun baru yang akan tiba itu.Pada masa dahulu, taraf hidup
rakyat masih kurang tinggi. Maka, memakan Jiaozi amat membahagiakan
mereka. Sekarang, dengan meningkatnya taraf hidup rakyat, Jiaozi telah
menjadi makanan biasa sahaja. Buatan Jiaozi terdiri daripada kulitnya yang
diperbuat daripada tepung gandum dan intinya daripada pelbagai jenis bahan,
termasuk daging, sayur-sayuran, hasil laut dan lain-lain. Oleh sebab Jiaozi
mempunyai kulit, ketika direbus, wangi intinya tidak akan hilang. Suhu air
untuk merebus Jiaozi juga lebih rendah daripada suhu untuk memasak lauk
lain. Oleh itu, pelbagai rasa yang terdapat dalam inti Jiaozi tidak akan
berkurang. Jadi, Jiaozi memang sangat sedap dimakan.Memasak Jiaozi ada
pelbagai cara. Jiaozi boleh dikukus, atau digoreng, manakala direbus
merupakan cara yang paling popular.Membuat Jiaozi tidak sukar. Biasanya
dua orang mampu membuat Jiaozi untuk menjamu 3 hingga 5 orang, dalam
masa lebih kurang sejam sahaja. Di pasar raya juga terdapat Jiaozi yang
dibuat menggunakan mesin. Namun, Jiaozi yang disejuk beku dengan cepat.
Ini rasanya kurang sedap dan segar berbanding Jiaozi buatan tangan kerana
kulitnya lebih tebal.Orang China suka makan Jiaozi yang dicelup sedikit
cuka atau kicap yang dicampur dengan sedikit minyak bijan. Rasanya
menjadi lebih sedap. Ada juga yang mencampurkan sedikit cili atau gula ke
dalam sos tersebut, bergantung kepada selera masing-masing.untuk
membawa kegembiraan kepada orang ramai, Jiaozi telah menjadi sebahagian
yang penting dalam budaya makanan China.

KUIH BULAN

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan
Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan
sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak
Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang
tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu
pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina
dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu
malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang
berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan
pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan
Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan
pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali
sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada
adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah
atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang
menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur.
Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran
buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih
Bulan yang manis itu.

CHOU ZHI TOU

Kuih Bulan adalah sejenis kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan
Pertengahan Musim Luruh. Menurut hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan
sebuah kisah yang berlaku di Negara Cina semasa pemerintahan puak
Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan kejam. Undang- undang yang
tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat cina supaya tiada satu
pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini, rakyat cina
dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu
malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang
berbentuk bulat beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan
pesanan yang menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan
Kerajaan Mongol berjaya digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan
pada setiap tahun oleh Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali
sebagai Perayaan Pertengahan Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada
adunan yang manis dan memiliki inti biji buah teratai atau kacang merah
atau dengan kuning telur masin di tengahanya. Terdapat juga tradisi yang
menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur.
Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran
buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih
Bulan yang manis itu.

PENG BING

Ia merupakan kuih tradisional bagi masyarakat lama dahulu. Big Thumb


bakery telah memperbaharui dan mengubah bentuk dan rasanya seperti yang
kita lihat di atas. Rupanya yang berlainan tapi rasa tetap yang sama. Peng
Bing diperbaharui tetapi masih menggunakan tepung yang sama cuma
intinya lebih sedap lagi.
GUANG BING

Di ambil sempena hero Ji Guang yang diperbuat daripada makanan kering


untuk askarnya yang dibawa bersama-sama semasa peperangan
Anti-Japanese di negara China. Rasanya seperti French Bread tetapi ianya
terdapat bijan. Sekarang Guang Bing adalah salah satu makanan yang
popular bagi masyarakat Foochow (Cina). Kadang-kadang, roti ini di
letakkan inti untuk menambahkan perasanya. Ia boleh dimakan begitu saja
dan dimasak sup bersama dengan rebusan atau sup daging yang beserta
dengan herba .

GAN PAN MIAN

Nama lainnya ialah Kampua. Ia adalah sejenis mee bagi masyarakat


Foochow yang mana ianya sedap, murah dan di sukai oleh masyarakat
tempatan. Harga sepinggan Gan Pan Mian adalah sekitar RM1.50
sahaja. Bahan-bahan nya terdiri daripada mee, minyak khinzir, daun
bawang, bawang goreng dan bak kut teh.
DING BIAN HU

Ia merupakan sejenis makanan orang Foochow yang biasanya dimakan


semasa sarapan pagi atau lewat malam. Masyarakat Cina menjadikannya
sebagai ganti bubur nasi dan ia dikenali “bubur kulat”. Masyarakat Cina
percaya bahawa bubur ini sangat berkhasiat untuk membuang panas yang
ada di dalam badan dan ia juga berkhasiat khususnya untuk orang yang
lemah tenaga.

Advertisements

Anda mungkin juga menyukai