Anda di halaman 1dari 6

ANEMIA SEMASA HAMIL

PENGENALAN
Bila seorang wanita mengandung, beliau mungkin mengidapi anemia. Dalam keadaan ini, beliau
mungkin merasa penat dan anak dalam kandungan mungkin akan jadi kecil dan dilahirkan sebelum
waktunya. Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi.
Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung
tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup,
penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan. Bila jangkamasa kandungan
semakin meningkat isipadu darah makin bertambah dan ini menyebabkan pencairan darah berlaku.
Walaupun sel darah merah makin bertambah, namun penghasilan plasma darah lagi bertambah dan
menyebabkan keadaan yang kita panggil anemia relative atau fisiologi.Di kalangan populasi yang
cukup zat besi, seseorang itu dikatakan mengidapi anemia bila tahap hemoglobin kurang dari 11
g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester
ketiga.

DEFINISI
Anemia boleh didefinasikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu
jumlah hemoglobin (hb) di dalam darah berkurangan. Jumlah haemoglobin normal bagi lelaki ialah
13.5 – 18.0 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram /dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah
haemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah haemoglobin sebelum hamil
dan semasa hamil akan berubah. Namun bergitu, jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada
10, ibu hamil akan sangat berisiko menghidapi anemia semasa mengandung. Anemia atau
kekurangan darah ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras
hemoglobin(darah merah) yang rendah semasa mengandung kurang daripada 11 gram/dL.
KAJIAN LITERATURE

 Menurut takrifan World Health Organization terhadap anemia semasa mengandung, hampir
50% daripada wanita yang mengandung akan mengidapi Anemia sekiranya mereka tidak
mengambil ubat hematinik (Oxford handbook of clinical specialties) .

 Kajian menunjukkan bagi wanita mengandung yang mempunyai masalah Anemia


kekurangan iron ,pengambilan iron tambahan dalam seharian boleh mengelakkan daripada
melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pengambilan iron tambahan boleh juga
mengurangkan kadar bayi dilahirkan sebelum tempoh matang iaitu ‘preterm labour’ (artikel
“Impact of Anemia prophylaxis in pregnancy on maternal and fetus”/Medline).

 Menurut buku (Oxford handbook of clinical specialties) bahagian obstetrics, seorang


wanita yang mengandung akan mula mengalami keadaan anemia bermula minggu ke 20
dia mengandung .

PENEMUAN
Pada tarikh 9 JUN 2015, saya dan rakan saya bertugas di Klinik ibu dan anak di Simpang Kuala ,
Kedah. Kami setiap orang bergilir-gilir bertugas di bahagian yang berlainan. Pada hari tersebut,
saya bertugas di bahagian pemeriksaan bilik no 1 ( kawasan sg. Korok ) yang melakukan
pemeriksaan kandungan, memeriksa denyutan jantung janin, memberi pendidikan kesihatan dan
memberi ubat hematinik. Seorang wanita mengandung yang berketurunan Melayu dari kawasan
taman saga. Dia berusia 26 tahun dan didapati menghidapi ‘Iron deficiency Anemia’, selepas
menjalani ujian ‘Full blood count’ dan ujian serum ferritin yang diarahkan oleh doktor. Pesakit
yang sedang mengandung kandungan yang berusia 22 minggu dengan bacaan hemoglobin 9.1g/dL
dan bacaan tekanan darah ialah 120/84 mmHg. Ini merupakan kali pertama pesakit mengandung
dan dia mengatakan dia tidak pernah mengidap masalah Anemia atau sebarang penyakit sebelum
ini.
MANIFESTASI KLINIKAL

1.Pucat
2. Selalu letih lesu dan tidak bermaya
3. Kerap pening
4. Mudah pitam
5. Mudah kepenatan
6. Degupan jantung cepat
7. Sesak nafas/ kesukaran bernafas

GOLONGAN BERISIKO:
-menurut kajian , berikut adalah golongan yang berisiko menghidapi anemia
- wanita hamil kembar atau lebih
-jarak kehamilan yang terlalu rapat
- muntah yang terlalu kerap disebabkan morning sickness
- wanita yang hamil pada usia muda
- tidak makan makanan yang mengandungi sumber zat besi
- menghadapi masalah haid yang terlalu banyak ( sebelum mengandung )

RAWATAN ANEMIA SEMASA HAMIL

Rawatan zat besi secara rutin adalah disarankan dalam program penjagaan ibu mengandung.
1. Feruse fumarate
2. Folic acid
3. Vit.B complax
Sekiranya, ibu-ibu mengandung tidak dapat mengambil zat besi dengan cara biasa, maka
disarankan pengambilan suntikan zat besi yang akan dilakukan di klinik atau hospital. Ada
beberapa jenis penyediaan suntikan zat besi yang pihak doktor akan berbincang dengan pesakit
sebelum terapi dijalankan. Ada lagi cara lain yang kita boleh lakukan untuk meningkat paras
haemoglobin iaitu dengan pemindahan darah.
RISIKO KEPADA IBU :
- mengalami keguguran
- kelahiran pra-matang
- kematian janin dalam kandungan
- tumpah darah selepas bersalin
RISIKO KEPADA ANAK :
- bayi kurang berat ( < 2.5 kg )
- lahir tidak cukup bulan
- lemas semasa lahir
- terbantut tumbesaran dan perkembangannya

PENYELESAIAN

Di dalam kes anemia, rawatan yang selalu diberi adalah tambahan asid folik dan ferum. Ferum
tambahan perlu diambil 1 jam sebelum makan atau waktu di antara 2 waktu makan utama untuk
penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap
mengambil ferum boleh menyebabkan sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil
lebih banyak serat dan lebihkan meminum cecair.

Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid folik dan juga
vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah sejenis vitamin yang boleh didapati di
dalam banyak jenis makanan dan multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk
mengelak kejadian anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik
termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga kekacang. Pengambilan
multivitamin tambahan juga adalah perlu.
RUMUSAN

Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis untuk pesakit dan
anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain keselamatan pesakit dan janin adalah
terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan
akan mendapat bekalan ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan
untuk bayi sentiasa ada.

Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik tambahan yang
cukup. Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidak dirawat, kesan buruk akan timbul pada
ibu dan juga bayi dalam kandungan dan juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

Demi kesihatan ibu mengandung dan fetus dalam kandungan, ibu mengandung harus mengambil
penyakit ini sebagai suatu perkara yang penting dan berusaha untuk mengubatinya dengan
mematuhi arahan doktor seperti menjaga pemakanan. Bagi melahirkan bayi yang sihat dan
sempurna, pengamal perubatan dan ibu harus saling bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini
.
TAHUN 2 SEMESTER 1

KLINIK KESIHATAN SIMPANG KUALA ,

CASE STUDY TOPIC : ANEMIA SEMASA HAMIL

NAMA : AZMIR AZHAR BIN ABDULLAH


NO MATRIK : BPP2014 – 1896
COUSES : PELATIH PEMBANTU PERUBATAN K34
LETURER : CIKGU HAIZAD

Anda mungkin juga menyukai