Anda di halaman 1dari 5

Bagaimana untuk anda mengira Digit anda?

contoh : 24 04 1979
langkah satu > 2+4+4+1+9+7+9 =36
langkah dua > 3+6 = 9
Maka Digit 9 adalah nombor anda
[sila rujuk nombor di bawah]

Nombor Satu(1)
bermaksud melambangkan inisiatif sendirian.
Sifat-sifat :
- berani, ada sifat kepimpinan atau ketua, seorang yg boleh berdiri dgn sendirinya, tegas,
mempunyai cita-cita tinggi, individualis dlm pemikiran dan tindakan, inginkan kesetiaan yg tiada
tolak bandingnya, keyakinan diri yg tinggi, suka bebas, punya peribadi & perwatakan yg kuat,
Unsur semulajadi dlm diri anda adalah Logam.
Warna yg sesuai dlm diri anda adalah Kelabu, Putih, Emas, & Perak.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;


-Firma Guaman, Bank, Institusi kewangan, Pajak Gadai, Ofis kerajaan, Pemburu, Alatan
Senaman, pengedar barangan Automotif, Kedai Aplikasi Elektrik, Pekerja Industri Kewangan,
Agensi Pasaran Saham, Polis, Penguatkuasa, Kerjaya Perundangan, Pusat kajian dan sains, alatan
mesin-mesin, Jaga Keselamatan, Pengankutan, Kejuruteraan, Lombong, barang kemas, bermain
pedang.

Nombor Dua(2)
bermaksud Komunikasi / Vokal.
Sifat-sifat:
- bijak dgn idea yg bernas, ttp tidak dpt mempercayai kebolehan diri sendiri maka ia harus
dipecahkan, berfikir dahulu sebelum berkata-kata. percakapan, pertuturan.ucapan akan dtg
kemudian, penyayang, amat lembut hati antara pasangan, seorang yang patuh, suka mengikut
gerak hati, tidak suka bersendirian tp sanggup untuk bersendirian sekiranya hubungan yg terjalin
tidak serasi, suka menolong & suka membuat sesuatu kerja untuk org lain, selalu memikirkan &
peka terhadap keperluan dan perasaan org lain tanpa mengambil kira dirinya sendiri,seorang yg
baik, lemah lembut, suka melayan org lain, kadangkala tidak tahu mengatakan "tidak" kpd org
lain, bersifat pendamai & pengaman (sesuai jd tentera), kadangkala tidak dpt memilih yg mana
satu utk dipilih jdkan pasangan,

Unsur semula jadi dlm diri anda adalah AIR.


Warna yang sesuai dalam diri anda adalah Biru Tua & Hitam

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;


- Perniagaan perkhidmatan, Minuman, Buruh, Agensi Pembantu rumah, Makanan Laut,
Perkapalan, Penanaman air berkuasa, rumah air, Pakaian Renang, Perlancongan, Agensi
Insurans, Agensi tukaran Wang Asing, penjual Perdagangan (Trading), Pertunjukan budaya,
Pegerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silap mata, Stesen TV, Stesen Radio, Penyampai Berita,
Posman,Pemandu,Nelayan,Ahli Matematik, Diplomat,Wartawan,Penterjemahan Bebas,
penceramah, pemidato, pensyarah, penyanyi, pedebat.
Nombor TIGA(3)
bermakna Tindakan Proaktif, Agresif.
- lbh kepada kerohanian dan kuat pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau
agamanya. Tindakan Seba boleh. Boleh dilihat sebagai aggresif,.sifat aggresif ini tidak boleh lari
dari sifat baran dan kurang kesabaran atau yg sekutu denganya. Juga dikaitkan dengan kreatif,
suka bersosial, mudah mesra pandai berjenaka, ceria serta mudah bergaul. Mempunyai
kebolehan yang baik jika berkaitan dengan fikiran. Juga fokus demi mencapai kejayaan yang
tinggi. Punyai kelebihan lisan dan perkataan yg boleh diguna pakai dalam bidang penulisan,
percakapan, lakonan dan yg sekutu dengannya. Suka membuat sesuatu tetapi jarang dapat
menghabiskan atau menyudahkannya, suka melihat orang lain gembira dan akan melakukan apa
sahaja untuk mencapainya. Unsur semulajadi anda adalah API. Warna dalam diri anda adalah
Merah, Oren & Unggu. Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ; -
Makanan, Restoran, akhbar, Majalah, Kapal udara, Telekomunikasi, Minyak & gas, Jana kuasa
Kabel, Janakuasa tanaman, Minyak, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan awam, Pengiklanan,
Tenaga Pekerja, Kantin, Fesyen, Pengcahayaan, bahagian stor, Pakaian, Makanan ringan,
aksesori, persenjataan, minuman panas, penulis, pereka, pakaian, pembuat filem, jururawat,
Psikologi & penyambut tetamu.

Nombor Empat(4)
bermakna Dengan ilmu maka cahaya menyinar.
No 4 ini adalah nombor asas, penubuhan dan sistem undang-undang yg mengikut aturan.
Nombor 4 ini menggambarkan atau malakarkan Perancangan. nombor 4 ini juga adalah nombor
perisikan,cerdas dan kebiasaannya nombor perisikan atau kecerdasan ini akan dituruti atau
dijelmai dengan kearifan,kebijaksanaan atau kewajaran.

Sifat-sifat:
- Agak degil, suka mengikut caranya yang tersendiri, mampu bersabar, tekun bekerja, suka kerja
keras, kadang kala sanggup melakukan sesuatu tugas secara sendirian, sangat peka dan
tradisional, mempunyai cita-cita tinggi, suka seseuatu yang rutin. mudah tertarik dengan aktiviti
luaran dan merasai atau menikmati pertalian dengan alam sekitar, juga keras hati, fikiran dan
kehendaknya kadang kala tidak dapat di ubah, kebiasaannya konservatif, dan bersifat
pengorganisasian.

Unsur semula jadi dalam diri anda adalah KAYU.


Warna yang sesuai dalam diri anda adalah hijau dan coklat.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;


- Perabot, kertas, buku, pembelajaran, penulis, perpustakaan, hortikultur, reka bentuk kayu,
pakaian, budaya manusia, rekacipta studio, fabrik, penanaman, perladangan, perkebunan taman,
kilang papan, perhutanan, perubatan cina, perubatan herba, hospital, artis, keagamaan, doktor,
farmasi, guru, penerbit, profesor, pegawai awam, tabib, pentadbir ofis.

Nombor LIMA(5)
bermakna Halatuju dan Yang terselamat.
Nombor 5 ini mewakili Tanah (Bumi). nota yg paling menarik sekali ialah semasa kita mati
maka kita akan dikebumikan di dalam tanah, semenjak kita di bawa, maka dari tanah kita dicipta
dan kepada tanah juga kita kembali. Oleh yang demikian maka nombor 5 adalah kelakuan yang
negatif, degil, keras kepala, beremosi, pemarah adalah disekeliling nombor ini tetapi jika kamu
pandai menggunakan kenegatifan disekelilingnya dan menukarkannya kepada positif adalah
amat baik sekali. Kamu harus melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat keputusan atau kesimpulan. Apa yang perlu dielakkan oleh kamu
adalah perasaan yang tidak tenteram, tidak puas hati serta inginkan perubahan yang berterusan.

Unsur semulajadi dalam diri kamu bertiga adalah TANAH(BUMI)


Warna dalam diri kamu adalah Perang & Kuning.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;


- hartanah, Kedai antik, Consultansi, Perakaunan, Pengkebumian, Batu-batu permata, pertaruhan,
Batu pakir, Perunding feng Shui, Tukang Tilik, Kontraktor, Lombong, Kebajikan, Pembangunan,
Saham dan broker sekuriti, Arkitek, Pekebun dan Peladang.

Nombor ENAM(6)
bermakna Keajaiban dan Kekayaan..

Sifat-sifat:
- Paling produktif sekali yg boleh dikaitkan atau dalam perkahwinan. Juga berorentasikan
keluarga dan keluarga yg hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik beradik, saudara-
mara. nombor 6 juga mewakili kesenangan dan kekayaan. 'Loke Fook" yang bermakna atau
membawa erti "6 kegembiraan" ia adalah apa yg diertikan oleh orang-orang Cina iaitu lebih
kepada mencari "angin". Inginkan ketepatan, displin dan segalanya teratur, tersusun, dan
mengikut urutan. tidak mengganggu yg lain kerana lebih menumpukan perhatian kepada
kesempurnaan diri sendiri. Tidak suka kepada sambil lewa dan kemalasan. Juga idealistik dan
memerlukan sesuatu 'meterial' atas sebab untuk merasa gembira. Juga cekap dan mempunyai
cara yang tersendiri, teman yang setia kepada sesiapa yang menjalinkan persahabatan secara
serius.
Juga degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan membuat sesuatu yang sukar diterima
akal. Ia juga seorang yang idealis dan mampu untuk membuat kebajikan yang banyak untuk
manusia. Juga suka kepada persekitaran yang artistik dan mewujudkan keharmonian dalam
rumah tangga. Hubungan kekeluargaan yang sangat kuat penting buat anda. Gemar meletakkan
idea orang dan ideanya ke atas orang lain bagi melengkapkan sesuatu kehendak. Amat gemar
untuk membantu dan menjaga orang-orang atau seseorang. Kebiasaannya anda adalah seorang
yang romantik.

Unsur semulajadi dalam diri anda adalah LOGAM.


Warna dalam diri anda adalah Kelabu, Putih, Emas & Perak.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;


- Firma guaman, Bank, Institusi Kewangan, Pajak gadai, Ofis Kerajaan, pemburu, alatan
senaman, pengedar barangan automotif, kedai aplikasi elektrik, pekerja industri kewangan,
agensi pasaran saham, polis, penguatkuasaan, kerjaya perundangan, pusat kajian dan sains, alatan
mesin-mesin, jaga keselamatan, pengankutan, kejuruteraan,lombong, barang kemas & bermain
pedang..

Nombor TUJUH(7)
bermakna Jaringan dan belitan. 7 adalah satu bentuk kebijaksanaan yang tinggi. Ia juga nombor
yang mewakili '7' petala langit dan '7' petala bumi. Ia adalah nombor untuk alam semesta. Ada 7
peringkat umur bagi lelaki. 7 keajaiban dunia. 7 lapisan sinaran dalam matahari dan 7 merupakan
pemikir, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya menerima sesuatu jika dikaitkan
dengan fakta. nombor 7 ini penuh dengan belas kasihan dan penuh dengan sifat membantu.
Punyai minda yang baik dan mampu mengumpulkan pengatahuan dari pelbagai bidang. Mampu
menumpukan masa untuk membuat kajian berseorangan, beribadat dan bermunajat. Oleh yang
demikian nombor 7 menarik perhatian pengikutnya. Tergolong dalam golongan PENCARI, suka
kepada menyelesaikan sesuatu perkara yang tersembunyi dan kadang kala tergolong juga dalam
golongan yang suka berahsia. Menarik Perhatian pengikutnya, dengan mempunyai pengikut
bermakna seseorang itu sungguh bertuah. Dengan jelas menggariskan pengikutnya dan nasib
yang bertuah. Suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling atau dipersekitarannya tetapi tidak
suka pula apabila dipersoal atau diajukan pelbagai soalan kepadanya. Juga gemar menunjukkan
contoh teladan agar menjadi ikutan. Juga sangat berpengetahuan dan kadang kala bersendirian.
gemar kepada perkara berteknikal dan berkebolehan menjadi penyelidik yang baik dalam
menyelesaikan sesuatu perkara.

Unsur semulajadi dalam diir kamu berdua adalah AIR.


Warna yang sesuai dalam diri kamu berduda adalah Biru Tua & Hitam.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;


- Perniagaan perkhidmatan, Minuman, Buruh, Agensi Pembantu rumah, Makanan Laut,
Perkapalan, Penanaman air berkuasa, rumah air, Pakaian Renang, Perlancongan, Agensi
Insurans, Agensi tukaran Wang Asing, penjual Perdagangan (Trading), Pertunjukan budaya,
Pegerai, Penapis Air, Internet, Ahli Silap mata, Stesen TV, Stesen Radio, Penyampai Berita,
Posman,Pemandu,Nelayan,Ahli Matematik, Diplomat,Wartawan,Penterjemahan Bebas,
penceramah, pemidato, pensyarah, penyanyi, pedebat.

Nombor LAPAN(8)
bermaksud Nafsu dan Kemurahan Hidup atau Kaya.
- Orang no.8 ini mempunyai bakat dalam 'Pengurusan dan Penyelesaian". Nombor ini juga gemar
melihat manusia sebagai objektif yang kadangkala memberinya idea dan suka mengandalikan
manusia, juga dipandang sebagai ketua samaada dalam perniagaannya sendiri atau dari kaca
mata orang-orang di sekeliling dan persekitarannya. Dalam nota lain pula, tiada benda yang
dalam perjalanan garisan lapan itu akan berakhir kembali kepada permulaannya. Ini
menunjukkan yang ia sungguh bertanggungjawab.

Unsur semula jadi dalam diri anda adalah API.


Warna yang sesuai dalam diri anda adalah Merah, Oren, Unggu.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;


- Makanan, Restoran, Akhbar, Majalah, Kapal Udara, Telekomunikasi, Minyak & Gas,
Janakuasa Kabel, Janakuasa Tanaman, Minyak, Kosmetik, Penjenamaan, Perhubungan Awam,
Pengiklanan, Tenaga Pekerja, Kantin, Fesyen, Pengcahayaan, Bahagian Stor, Pakaian, Makanan
Ringan, Pengcahayaan, Aksesori, Persenjataan, Minuman Panas, Penulis, Pereka Pakaian,
Pembuat Filem, Jururawat, Psikologi, Pemyambut Tetamu.

Nombor Sembilan(9)
bermakna Kreatif dan menonjol, Kelakian.
Berkait rapat, paduan atau gabungan untuk semua 3x3. Ia boleh dikatakan lengkap dan yang
pengakhiran bererti kejayaan. Yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk
menolong orang lain dan lebih memberi tumpuan terhadap pihak orang ramai. Bersifat gagah,
boleh dipercayai dan diharap serta menanggung beban tanpa sungutan. Juga tekun dalam
membuat sesuatu serta berusaha walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan kekecewaan.
Mempunyai kebolehan dalam menghiburkan orang lain, suka bekerja lebih dan
menyembunyikan sesuatu dari diketahui orang lain. Orang yang berjaya ini atau yang suka akan
kejayaan ini kebiasaannya akan merasa tidak pernah cukup dan ia juga boleh menjerumus
kepada ketamakan. Gemar mengharapkan ganjaran dari usahanya dan kurang bersimpati, tiada
tolak ansur serta tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. mempunyai imiginasi yang baik
serta boleh berjaya dalam pelbagai bidang.. Juga mempunyai persenoliti yang pelbagai sehingga
sehingga sukar untuk orang lain memahaminya dan kadangkala terpedaya denganya. mampu
berubah atau bertukar dalam pelbagai cara mengikut kesesuaian persekitaran. Untuk berjaya
perlu membina landasan kasih sayang serta tidak bergantung nasib dan perasaan(mood). Juga
boleh ditafsirkan atau dikategorikan "keseluruhan" dan boleh juga sebagai "penghibur".

Unsur semulajadi dalam diri anda adalah KAYU.


Warna dalam diri anda adalah Hijau & Coklat.

Analisis Tentang kerjaya dan perniagaan yg sesuai untuk anda ;


- Perabot, Kertas, Buku, Pembelajaran, Penulisan, Perpustakaan, Hortikultur, Reka bentuk kayu,
Pakaian, Budaya manusia, Rekacipta studio, Fabrik, penanaman, Perladangan, Perkebunan
Taman, Kilang papan, Perhutanan, Perubatan cina, perubatan herba, Hospital, Artis, Keagamaan,
Doktor, Farmasi, Guru, Penerbit, Profesor, Pegawai Awam, Tabib, Pentadbir opis.