Anda di halaman 1dari 9

Pendidikan Khas DP. Jilid 8, Bil.

2/2008

Strategi untuk Mengembangkan Kemahiran Berkomunikasi


Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Mohd Zuri Ghani


Aznan Che Ahmad

Pendahuluan

Murid dengan keperluan khas berbeza daripada murid normal dari segi kebolehan mental,
keupayaan fizikal, deria, tingkah laku sosial, keupayaan emosi, dan keupa~aan berkomunikasi.
Ketidakupayaan berkomunikasi secara tidak langsung menghalang kejayaan pembelajaran dan
sosialisasi. Justeru, domain yang sangat penting kepada kanak-kanak adalah komunikasi dan
bahasa kerana dengan komunikasi setiap individu dapat menjalinkan persefahaman,
keseronokan, perubahan sikap, perhubungan baik dan tindakan dengan orang lain. Secara tidak
langsung, komunikasi dapat meningkatkan konsep kendiri kanak-kanak itu. Makalah ini
membincangkan jenis-jenis komunikasi, halangan dan gangguan dalam komunikasi, masalah
perkembangan dalam komunikasi, cara untuk memperkembang komunikasi dan strategi untuk
mengembangkan kemahiran berkomunikasi.

Definisi

Komunikasi ialah suatu proses yang membabitkan penyampai dan penerima maklumat dan
menghasilkan kesan. Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2002), berkomunikasi ialah
proses guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya.
Komunikasi dapat dirumuskan sebagai pertukaran maklumat dan idea antara penyampai
dengan penerima. Komunikasi berkesan dapat merangsang satu tindak balas dan pad a masa
yang sarna mampu menghasilkan perubahan tindak balas yang diharapkan. Berikut adalah
proses komunikasi berkesan yang dapat digambarkan dalam bentuk rajah.

Penghantaran mesej Menyatakan mesej Penerima mesej


(enkod) (express message) (dekod-menterjemah)

Rajah I: Proses Komunikasi Berkesan

5
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008 Pendidikan Khas

Jenis-Jenis Komunikasi

Terdapat dua jenis komunikasi yang digunakan, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan
lisan.

J. Komunikasi Lisan

Komunikasi lisan ialah proses mendengar mesej yang disampaikan oleh orang lain
secara lisan. Komunikasi ini melibatkan dua individu atau lebih secara bersemuka
dikenali sebagai komunikasi dua hala, iaitu proses menyampai dan menerima
maklumat.

2. Komunikasi bukan lisan

Komunikasi bukan lisan ialah isyarat tanpa lisan dengan menggunakan nada suara,
mimik muka, gerak badan, hubungan mata, gerak tangan dan sebagainya.
Komunikasi ini boleh digunakan sebagai:

a. pelengkap kepada komunikasi lisan atau tulisan.

b. isyarat tanpa lisan seperti air muka, nada suara lebih menggambarkan emosi
individu dan lazirnnya menunjukkan perasaan yang sebenar.

c. komunikasi lisan lebih berkesan jika diiringini oleh komunikasi tanpa lisan.

Gangguan dalam Komunikasi

Dalam perkembangan komunikasi terdapat beberapa gangguan yang menghalang terjadinya


komunikasi yang berkesan. Gangguan-gangguan yang dimaksudkan ialah:

J. Kebisingan
Kelas yang bising secara tidak langsung akan mengganggu komunikasi yang berkesan.
Akibatnya, murid-murid mungkin sukar mengikuti proses pengajaran dengan berkesan
dan seterusnya memahami kemah iran yang disampaikan oleh guru.

2. Anggapan umum terhadap guru


Sekiranya murid-murid berpendapat bahawa seseorang guru itu adalah baru atau kurang
berpengalaman, maka mereka mungkin tidak akan memberikan tumpuan yang teliti. Oleh
hal yang demikian, komunikasi berkesan tidak mungkin berlaku.

3. Emosi guru atau murid


Emosi guru atau murid yang kurang stabil akan menjejaskan penumpuan. Tumpuan yang
kurang teliti akan menjejaskan komunikasi antara guru dengan murid.

4. Kekurangan tumpuan
Sekiranya murid-murid kurang memberikan perhatian terhadap penerangan guru maka
komunikasi berkesan tetap akan terjejas,

6
Pendidikan Khas DP. Jilid 8, Bil. 2/2008

5. Pemikiran tertutup
Guru dan murid yang mempunyai pemikiran tertutup akan menjejaskan komunikasi.
Sebagai contoh, murid-murid yang tidak gemar akan sesuatu topik mungkin enggan
mendengar penjelasan guru. Sebaliknya guru yang tidak bersedia menerima pendapat
murid sebenamya tidak menggalakkan komunikasi terbuka.

6. Melabel murid
Melabel murid dengan pelbagai nama seperti 'si malas', 'bodoh', 'kaki ponteng' dan
sebagainya memang menimbulkan satu halangan kepada komunikasi. Murid-rnurid akan
berasa lebih selamatjika mereka tidak bercakap.

7. Ancaman
Guru yang mengancam murid-rnurid dengan memberikan berbagai-bagai amaran jika
satu-satu tugasan tidak disiapkan. Ancaman seperti ini tidak menggalakkan komunikasi
terbuka.

8. Mimik muka
Mimik muka yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan murid-rnurid untuk
menyoal atau memberikan jawapan. Oleh hal yang demikian, guru yang sentiasa
berrnasam muka tidak boleh mengharapkan penyertaan kelas yang baik.

9. Penyampaian
Guru yang hanya menyampaikan maklumat dan tidak gemar jika murid-rnurid
mengemukakan soalan merupakan komunikasi sehala. Komunikasi jenis ini akan
menghalang interaksi antara guru dengan murid. Penggunaan bahasa yang sukar difahami
oleh rnurid-murid serta contoh-contoh yang hanya dipetik daripada buku teks adakalanya
kurang sesuai. Guru yang bertutur dengan kadar yang laju juga akan menyebabkan murid-
muridnya sukar mengikuti pengajaran.

Masalah Perkembangan Komunikasi

Kanak-kanak berrnasalah pembelajaran biasanya menghadapi empat masalah yang besar


dalam komunikasi iaitu input, integrasi, mengingat dan output. Mereka yang menghadapi
masalah input tergolong dalam kalangan kanak-kanak yang menghadapi aphasia iaitu sukar
memahami bahasa, kesukaran mendiskriminasikan pendengaran atau sukar membezakan
bunyi yang sarna ataupun berbeza, disleksia atau kesukaran membaca. Kanak-kanak ini
nampak huruf dan nombor dalam keadaan terbalik dan diskalkulia iaitu kesukaran
memperoleh konsep matematik. Masalah integrasi pula digolongkan bagi kanak-kanak
dyssemia iaitu kesukaran menterjemah lawak, suara, gerak badan yang dilihat, masalah
penaakulan atau kesukaran dalam berfikir secara logik, turutan dan berfikir secara kritikal dan
masalah ruang iaitu kesukaran melihat dan memahami dimensi.

7
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008 Pendidikan Khas

Masalah mengingat pula digolongkan kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah


kesukaran mengingat jangka masa pendek dan panjang. Mereka menghadapi kesukaran
mengingat maklumat dan menghafal, manakala kanak-kanak apraxia iaitu kesukaran
mengingat pergerakan otot. Masalah output pula ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah
dysgraphia iaitu kesukaran menulis dan dysnomia atau kesukaran mengeluarkan pendapat.
Kesemua masalah di atas menjurus kepada masalah komunikasi.

Strategi komunikasi berkesan murid-rnurid memerlukan bentuk komunikasi yang baik dan
jelas bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Ketidaktentuan sewaktu
berkomunikasi sekali gus mewujudkan ketidakberkesanan dalam hubungan sosial. Guru perlu
mengambil kira dalam komunikasi, setiap mesej yang hendak disampaikan memerlukan
tindakan yang sesuai dengan kehendak murid.

Corak Komunikasi yang Berkesan

Bagi mempertingkatkan perkembangan komunikasi kanak-kanak berkeperluan khas,


komunikasi corak berikut dapat diwujudkan di dalam kelas bermasalah pembelajaran:

I. Komunikasi antara perseorangan


Komunikasi an tara perseorangan melibatkan dua orang yang berinteraksi secara
bersemuka seperti guru dengan murid. Keunikan komunikasi ini terletak pada tahap
kemesraan yang wujud dan penglibatan bermakna antara dua pihak yang berinteraksi.
Antara ciri-ciri komunikasi jenis ini ialah kedua-dua pihak berinteraksi secara dekat,
kedua-dua pihak memberikan maklumat dan menerima maklumat dalam bentuk lisan dan
bukan lisan.

2. Komunikasi dalam kumpulan kecil


Komunikasi kumpulan kecil bermaksud himpunan individu yang berinteraksi antara satu
dengan yang lain secara langsung ataupun tidak langsung. Komunikasi kumpulan kecil
melibatkan tiga ataupun lebih anggota sesuatu kumpulan bertukar-tukar pendapat di
dalam kelas.

3. Komunikasi umum
Komunikasi umum melibatkan kumpulan besar terutama dalam satu-satu perhimpunan
kecil di dalam kelas ataupun kumpulan besar. Guru perlu berkemampuan menarik
perhatian pelajar dengan nada suara yang menarik, bijak menyusun kata, tegas dan
mempengaruhi.

4. Komunikasi massa
Komunikasi massa ban yak melibatkan penggunaan alat-alat komunikasi seperti
televisyen, radio, internet, akhbar, majalah dan lain-lain di dalam bilik darjah.

8
Pendidikan Khas DP. )i/id 8, Bil. 2/2008

5. Komunikasi bercirikan kekeluargaan


Komunikasi bercirikan kekeluargaan juga dapat dilakukan di dalam bilik darjah, Satu
model dikenal pasti dalam struktur komunikasi jenis ini iaitu:

a. Corak sosio
Dalam struktur ini murid-murid digalakkan beralah dalam sesuatu pertikaian,
menjauhi sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi, menahan rasa marah dan
menjauhkan diri mereka daripada sesuatu yang dapat menimbulkan kesusahan.
Semuanya adalah untuk mewujudkan hubungan yang harrnoni.

b. Corak konseptual
Struktur ini menggalakkan murid-murid melahirkan idea mereka dan mencabar
pendapat orang lain. Mereka didedahkan kepada isu-isu yang kontroversi dan
melibatkan diri dalam membincangkan isu seumpama itu dengan guru. Dalam
konteks ini, guru bebas menggunakan bentuk-bentuk komunikasi yang diperlukan.
Para guru perlu meletakkan diri sebagai penghibur dan penyampai. Diperrnudah,
sekiranya guru itu pandai bersajak, mereka mesti bersajak, guru yang pandai bersyair,
mereka mesti bersyair, guru yang pandai bercerita, mereka mesti bercerita dan guru
yang pandai berjenaka, mereka mesti berjenaka.

6. Teknik komunikasi di dalam bilik darjah

a. Bilik darjah jenis acuh tak acuh


Komunikasi berlaku secara be bas dan tidak menekankan mana-mana corak ataupun
jenis hubungan. Murid dilarang daripada mencabar pendapat guru dan tidak
didedahkan kepada maklumat-maklumat berkaitan dengan penyataan idea-idea secara
bebas.

b. Bilik darjah jenis perlindungan


Mengutamakan komunikasi bercorak sosio iaitu dengan menggalakkan murid-murid
menyesuaikan diri dan berkawan baik dengan orang lain serta menjauhkan diri
daripada sebarang idea yang kontroversi dan bercanggah.

c. Bilik darjah kepelbagaian


Murid-murid digalakkan mencari idea-idea baru dan kerap didedahkan kepada bahan-
bahan yang kontroversi. Hal ini membantu murid membuat keputusan sendiri tanpa
bimbang berlakunya sebarang percanggahan pendapat.

d. Bilik darjah jenis kesetujuan


Menekankan kedua-dua corak komunikasi (kepelbagaian & perlindungan). Ketika
murid-murid terdedah kepada isu-isu kontroversi, mereka dikehendaki membentuk

9
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008 Pendidikan Khas

konsep yang dipadu dengan bentuk komunikasi sosio tetapi dilarang melawan
pendapat guru supaya tidak menjejaskan hubungan guru-murid.
Strategi untuk Memperkembang Kemahiran Komunikasi

Komunikasi yang berkualiti ialah hasil daripada interaksi yang berkesan antara guru dengan
murid. Komunikasi yang baik dapat mendorong ke arah kecemerlangan dalam proses
pembelajaran. Antara strategi yang boleh diaplikasikan oleh guru bagi meningkatkan
perkembangan komunikasi murid adalah seperti yang berikut:

I. Penggunaan bahasa yang baik dan mudah difahami


Anak-anak yang baru lahir memang lumrahnya mula melihat sekelilingnya dengan penuh
minat. Antara perkara utama yang dipelajarinya ialah bahasa dan ucapan orang-orang di
sekelilingnya. Oleh itu ibu bapa haruslah bercakap dengan anak-anak mereka. Kanak-
kanak yang lewat bercakap berkemungkinan berpunca daripada kurangnya komunikasi di
antara ibu bapa dengan mereka pada usia keci!. Akibatnya, kanak-kanak ini akan belajar
berbahasa dengan rakan mereka atau bahasa yang dipertontonkan melalui program-
program TV. Bahasa rojak ini tidak membantu membina kemah iran berbahasa malah
akan menyebabkan berlakunya kurang keyakinan diri apabila berbahasa atau apabila
belajar membaca nanti. Penggunaan bahasa yang mudah difahami perlu diberi penekanan
bagi menjamin kejayaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan apabila guru menggunakan
bahasa yang mudah difahami oleh murid.

2. Menggalakkan pelajar memberikan idea atau pandangan


Pelajar perlu diberi peluang mengemukakan idea mereka ketika proses pembelajaran.
Idea atau pandangan murid yang diterima oleh guru memberikan kepuasan dan perasaan
ingin terus mencuba dalam kalangan murid. Hal ini, secara tidak langsung akan berjaya
memupuk sikap berani untuk berkomunikasi dan meningkatkan kebolehan murid untuk
berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru. Guru juga tidak digalakkan untuk membuat
penilaian terlalu awal sebelum mendengar dan meneliti pendapat atau idea pelajar.
Tunjukkan penghorrnatan dan kasih sayang dengan bercakap secara lemah lembut,
memberi jawapan apabila ditanya.

3. Arahan yangjelas danjitu


Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan efektif apabila
sesuatu arahan yang diberikan jelas dan jitu, supaya pelajar dapat memahami dan
melakukan aktiviti yang dikehendaki dengan tepat dan berkesan. Penyampaian arahan
hendaklah secara khusus dan teguran diberi serta merta.

4. Memberikan rangsangan yang sesuai

a. Berrnain perrnainan yang mendidik

10
Pendidikan Khas OP. Jilid 8, Bil. 2/2008

Ibu bapa yang penyayang sering membelikan pelbagai jenis permainan kepada anak-
anak mereka. Walau bagaimanapun, tidak ramai yang membelikan anak-anak mereka
permainan-permainan yang sesuai dan membina kematangan berfikir dan psikomotor
mereka. Biasanya, pistol dan senapang dibeli kepada anak lelaki, manakala anak
patung dihadiahkan kepada anak perempuan. Jarang sekali ibu bapa membeli
permainan yang merangsang minda atau permainan yang melatih koordinasi mata
dan tangan anak-anak mereka. Kemahiran koordinasi mata-tangan dan memberi
tumpuan, sangat berguna untuk membantu kanak-kanak belajar membaca.

b. Mewujudkan budaya membaca di rumah


Budaya membaca di rumah dapat merangsang minat membaca dalam kalangan anak-
anak. Pastikan setiap ahli keluarga mempunyai masa untuk membaca bersama, selain
membaca al-Quran. Idea mewujudkan perpustakaan mini di rumah adalah satu idea
yang amat baik. Selain membaca surat khabar, majalah dan buku-buku, ibu bapa
haruslah bercerita dan berbual mengenai perkara-perkara yang menarik. Hal ini akan
menarik minat anak-anak untuk mengetahui perkara yang berlaku dan secara tidak
langsung dapat membantu menimbulkan perasaan ingin membaca mengenai gambar
atau tajuk berita.

5. Suasana dan iklim bilik darjah


Guru menjadi penganjur dan pelopor kepada murid-murid dalam meningkatkan strategi
komunikasi yang berkesan. Bilik darjah yang diuruskan dengan cekap akan menyediakan
peluang maksimun untuk proses pengajaran dan komunikasi. Antara modifikasi fizikal
yang boleh dilakukan dalam meningkatkan komunikasi ialah dengan melakukan
pengubahsuaian seperti penyusunan meja dan kerusi secara berkumpulan untuk
memupuk kemahiran berkomunikasi antara rakan-rakan.

Teknik Komunikasi Berkesan

1. Bercerita
Mendengar cerita adalah antara aktiviti di rumah yang dapat menanam minat membaca.
Kanak-kanak seawal usia 12 tahun, apabila mereka mula memahami bahasa dan dapat
bercakap, mula meminati aktiviti bercerita. Aktiviti bercerita hendaklah dimulakan
dengan bercerita menggunakan buku-buku cerita yang cantik dan menarik grafiknya.
Sambil bercerita, pastikan jari menunjuk kepada tulisan yang dibaca. Melalui aktiviti
bercerita, minat untuk membaca akan dapat dipupuk. Oleh hal demikian, tidak hairanlah
kanak-kanak yang dirangsang minat membacanya dengan baik mempunyai minat untuk
belajar membaca seawal usia tiga tahun.

2. Melukis sebagai medium komunikasi

11
DP. Jilid 8, Bil. 2/2008 Pendidikan Khas

Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya


untuk bertutur. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan pendapat
mereka. Guru juga boleh meminta murid bercerita berdasarkan lukisan telah mereka
hasilkan. Cara ini juga dapat meningkatkan keyakinan murid itu untuk meluahkan
perasaan.

3. Main peranan
Main peranan bermaksud melakonkan situasi atau penstrwa yang dianggap penting.
Murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu
situasi yang disediakan.. Melalui main peranan, murid dapat meningkatkan lagi
kemahiran komunikasi mereka.

4. Terapi
Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4 (2007), terapi bermaksud rawatan sesuatu penyakit
fizikal atau mental secara proses pemulihan tanpa penggunaan ubat dan pembedahan.
Terapi boleh digunakan bagi meningkatkan perkembangan komunikasi kanak-kanak.
Sebagai contoh, terapi muzik. Muzik merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh
kanak-kanak. Justeru, melalui muzik dan nyanyian, kanak-kanak mampu membentuk
komunikasi. Di samping itu juga terapi pertuturan juga boleh digunakan dalam
meningkatkan kemah iran berkomunikasi kanak-kanak itu.

5. Penggunaan teknologi acr,


Sofwer permainan seperti Main Leader dan Predictive, Adaptive and Lexicon (PAL)
mampu membantu kanak-kanak bermasalah komunikasi. Sofwer-sofwer permainan ini
dapat membaiki tahap bacaan dan penulisan kanak-kanak. Kemudahan spell checker
yang ada boleh membantu kanak-kanak bermasalah komunikasi untuk menulis dengan
cara betul manakala kuiz dan ujian silang kata boleh mengayakan perbendaharaan kata
kanak-kanak berkenaan.

Cadangan untuk Membantu Anak Bercakap

Terdapat beberapa cadangan untuk ibu bapa, penjaga serta guru untuk membantu kanak-kanak
bercakap.
1. Ibu bapa perlu selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak dari usia
mereka masih bayi atau ketika mereka masih belum lagi pandai bercakap.

2. Apabila bercakap dengan anak-anak, gunakan ayat yang pendek dan mudah. Pastikan
ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda mendapat peluang
untuk memberi maklum atau tindak balas.

3. Gunakan mimik muka yang bersesuaian untuk menyampaikan sesuatu maksud perkataan
atau ayat.

4. Selalu bacakan buku atau bercerita kepada anak.

12
Pendidikan Khas DP. Jilid 8, Bil. 2/2008

5. Dedahkan anak kepada interaksi so sial sebanyak mungkin.

6. Banyakkan aktiviti seharian seperti mengemukakan soalan, memberi arahan,


memperkenalkan perkataan-perkataan baru dan berbual.

7. Ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta
mendengar dan cuba memahami apa yang cuba disampaikan oleh anak mereka .. Jika
perkara yang diucapkannya tidak jelas bantu mereka dengan menyebut beberapa
perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebut anak

8. Wujudkan aktiviti menyanyi bersama anak.

Kesimpulan

Untuk mengelakkan berlakunya masalah pertuturan dalam kalangan kanak-kanak, ibu bapa
perlu memastikan tahap pertuturan yang digunakan oleh mereka adalah bersesuaian dengan
umur anak mereka. Peluang untuk mereka mendengar bahasa dan menggunakannya perlulah
mencakupi persekitaran mereka. Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat,
menggunakan perkataan yang tidak seimbang dengan kebolehan kanak-kanak, mereka akan
memberikan kesan yang negatif kepada pertuturan kanak-kanak berkenaan. Penggunaan
bahasa adalah untuk keperluan intelek setiap kanak-kanak. Perkembangan intelek dipengaruhi
oleh tahap penggunaan bahasa. Seandainya kanak-kanak lambat bercakap, pembelajaran
mereka pada mas a depan juga akan akan terjejas. Persekitaran yang penuh dengan stimulasi
perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa mereka yang
optimum.

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2002). Kemahiran interpersonal untuk guru. Pahang:
PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Safani Bari, Mohd Mokhtar Tahar, & Adullah Yusof. (2006). Pengenalan Pendidikan Khas.
Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

13

Anda mungkin juga menyukai