Anda di halaman 1dari 51

Dalam pemilihan bidang kerjaya, minat menjadi faktor utama. Bincangkan.

Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita
telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor
pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa selama
enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini,
pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?” Semasa dalam
tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan
minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah
hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya
telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka
ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang- layang yang terputus tali dan tidak
menyesal dengan keputusan yang diambil. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor,
juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
dalam pemilihan sesuatu bidang kerjaya? Hakikatnya, minat merupakan salah satu faktor
dominan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
bersama.

Kita dapat menyaksikan betapa minat merupakan faktor paling dominan yang
mempengaruhi seseorang dalam pemilihan kerjaya mereka. Dalam konteks ini, minat juga
akan menyebabkan seseorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita
mereka. Bertitik tolak daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan
yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mahupun STPM. Pelajar haruslah memberikan
tumpuan semasa guru mengajar di dalam kelas. Kesannya, pelajar akan lebih mudah
memahami sesuatu pelajaran dan menjawab soalan peperiksaan dengan senang. Sikap
kesungguhan ini dapat digambarkan melalui peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Tegasnya, seseorang yang mempunyai minat akan berusaha bersungguh-sungguh untuk
memastikan kerjaya yang diidam-idamkannya menjadi kenyataan.

Umum mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar harus


memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh mereka.
Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih mahir dalam
menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan
membuat persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum hujan.
Dengan perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang
berkaitan dengan cita-cita masing-masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia. Dalam zaman yang serba canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat
oleh majikan tetapi keputusan yang cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian
dengan kerjaya turut diberi keutamaan. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah jika seseorang ingin menjadi seorang jurutera, subjek yang mesti dipilih
ialah Lukisan kejuruteraan. Sebagai langkah untuk merealisasikan kerjaya idaman dan cita-cita
yang menggunung tinggi ini, pelajar haruslah memilih subjek yang seiring dengan kursus yang
dipilih
mereka.Sesungguhnya, seseorang pelajar sudah pasti mempunyai idolayang ingin dicontohi seb
elum mereka menentukan kerjaya masadepan. Biasanya, idola yang dipilih memang dikagumi
danmenepati dengan kerjaya yang dipilih. žSebagai contoh,seseorang yang ingin menjadi seora
ng arkitek, mereka bolehmenjadikan arkitek negara yang terkenal dan gah namanya dipersada
dunia iaitu Hijjas Kasturi sebagai idolanya. Bukan itusahaja, malah segala ketekunan, kegigihan
dan kekreatifanbeliau akan dijadikan sebagai teladan dalam menggapai kerjayaidaman merek
a. Impaknya, seseorang yang dijadikan idolaseharusnya mampu mempengaruhi pemikiran, tind
ak tandukdalam membuat keputusan serta kesungguhan seseorang untukmemastikan kerjaya
yang dihasratkan dapatdirealisasikan. Sememangnya, idola dapat mempengaruhi seseorang d
alam membinasemangat dan motivasi ke arah menjadikan kerjaya sebagai kenyataan bukanny
aomong-omong kosong sahaja.

Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa,
sudah tentulah punah harapan mereka. Hal ini bermakna, seseorang yang hanya mempunyai
minat tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang pemilihan
kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di peringkat awal lagi. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-anak walaupun pemilihan kerjaya
mereka bertentangan dengan harapan kedua-dua ibu bapa. Bagi menyokong pemilihan
kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak
dalam memenuhi kriteria yang diperlukan. Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan
dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama ada dalam bentuk material
mahupun spiritual. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan menyokong minat anak-anak
mereka dalam merealisasikan kerjaya masa depan anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat


menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian
kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada
dari aspek mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan
spiritual ialah ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan dari
aspek fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti buku
rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan maka
tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya kerana mereka
menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang mempunyai minat dan
hala tuju yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara, terasa panas
dilepaskan dan tidak ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah
pasti segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur umpama kubur
tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan
secara efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya
pemilihan bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.

PERANAN KELUARGA MENANGANI MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA - PENULISAN


SPM

Dasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir masyarakat Malaysia isu kebejatan moral dan
keruntuhan akhlak para remaja harapan bangsa yang semakin meruncing. Sering terpampang
di dada akhbar, berita-berita yang menguris hati melibatkan remaja seperti pergaulan bebas,
merokok, melepak dan membuang anak. Masyarakat menuding jari sesama sendiri
menyalahkan orang lain. Masakan pokok bergoyang, oleh itu pasti terdapat faktor-faktor yang
menyebabkan hal ini terus membarah dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Namun, ibarat
meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri apabila ada yang ingin menyalahkan remaja
yang baru berumur setahun jagung setampuk pinang. Setiap penyakit ada penawarnya, setiap
masalah ada jalan penyelesaiannya. Maka, jawapan yang dicari-cari untuk permasalahan ini
ialah keluarga memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah yang semakin
hari semakin parah ini.

Antara peranan keluarga dalam menangani polemik ini termasuklah memperkukuh institusi
keluarga. Institusi keluarga sebagai institusi tertua di dunia seyogianya mempraktikkan nilai-
nilai murni dalam kehidupan seharian. Hal ini berlaku demikian kerana nilai-nilai murni
adalah vital kepada seseorang agar tidak terjebak dengan perkara atau unsur-unsur yang
negatifnya. Misalnya , seorang remaja yang berbudi bahasa dan jujur pasti tidak akan merokok
kerana kejujurannya dan janjinya terhadap ibu bapa. Dengan sifat amanah, remaja itu pasti
tidak akan terikut-ikut dengan anasir negatif kerana berpegang pada amanatnya kepada nusa
dan bangsa untuk menjadi pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja yang
mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan pasti menyedari tanggungjawabnya dalam
mendukung dan seterusnya melestarikan Wawasan 2020. Tokoh ilmuwan, Hamka pernah
mengatakan bahawa, kekayaan seseorang itu terletak pada tingginya akhlak dan budi
bahasanya bukan pada harta dan pakaiannya. Oleh itu, dapatlah disimpulkan di sini bahawa
nilai-nilai murni merupakan elemen penting dalam diri setiap insan yang wajar dipupuk dari
kecil oleh institusi keluarga kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nilai-nilai murni
dapat menjadi benteng ampuh dan utuh sekukuhTembok Besar China daripada sebarang
anasir-anasir luar yang menerjah.

Selain itu, ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan menunjukkan contoh dan
teladan yang baik. Hal ini demikian kerana, ibu bapa seyogianya membetulkan kekhilafan diri
sebelum membetulkan anak-anak agar tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan
lurus sedangkan dirinya berjalan senget. Bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah
kuihnya dan jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih. Hal ini secara eksplisitnya
menunjukkan bahawa jika ibu bapanya baik maka anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek
anak rintik. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain wajar menunjukkan contoh dan
teladan yang wajar diikuti dan mampu dibanggakan. Selain itu, seorang ayah tidak wajar
menegur anaknya yang merokok jika mereka sendiri yang menunjukkan contoh sedemikian.
Masakan anaknya mendengar nasihat yang boleh ditujukan semula kepada bapanya. Namun,
itulah realitinya, ayah dan anak sama-sama pula merokok di luar rumah. Oleh hal demikian, ibu
bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri teladan yang unggul dengan
menunjukkan contoh yang berhemah dan berwibawa .

Kasih sayang daripada ibu bapa

Seterusnya, peranan keluarga bagi menangani masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
remaja yang kian membarah dalam masyarakat ialah memberikan kasih sayang yang
secukupnya. Dalam era globalisasi ini, ibu bapa berlumba-lumba mencari kekayaan duniawi
sehingga mengabaikan tugasnya sebagai pendidik kepada anak-anak mereka yang belum
mengenal yang mana intan, yang mana kaca. Selain itu, mereka menyangka dapat membeli
kasih sayang anak-anak dengan material yang mewah seperti Ipad, Iphone, computer riba dan
telefon mudah alih yang tidak tergambar kecanggihannya. Anak-anak yang hidup dalam
bayang-bayang arus pemodenan yang rancak berlari berasa terabai dan tidak disayangi, lalu
mencari alternatif lain yang boleh mengundang bahaya dan derita. Sebagai tamsilan, membuli
orang untuk melepaskan geram dan mencari perhatian, rentetan kurangnya kasih sayang yang
diperlukan untuk mengharungi hidup yang penuh mencabar pada era langit terbuka ini.
Dengan kasih sayang ibu bapa yang bagaikanmenatang minyak yang penuh, hidup remaja
akan lebih ceria tanpa mencari alternatif yang lain bagi merawat dan menampal lubang-lubang
kosong di hati anak-anak. Oleh hal demikian, kasih sayang merupakan eleman yang penting
dalam diri anak-anak agar tidak berasa diabaikan dan tidak disayangi, sesungguhnya,
anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya dan menentukan sama ada ingin
menjadikan anak-anak mereka Majusi, Nasrani mahupun Yahudi. Ibu bapa tidak sewajarnya
membiarkan anak-anak mereka seperti layang-layang terputus talinya. Berdampinglah dan
lakukan perubahan bersama-sama dengan memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada
anak-anak yang sentiasa dahagakan perhatian daripada orang tua mereka.

Dalam pada itu, ibu bapa juga berperanan mengawal perilaku anak-anak di samping
mengetahui pergaulan anak bersama-sama rakannya. Hal ini demikian kerana rakan
merupakan orang yang sangat berpengaruh dalam diri remaja. Setiap kata rakan-rakannya
menjadi ubat yang mujarab serta azimat penting. Begitulah yang dapat digambarkan betapa
besarnya pengaruh insan yang bernama rakan. Pepatah Arab ada mengatakan jika berkawan
dengan si pembuat besi, maka kita akan terasa bahang api kepanasannya manakala jika
berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan melekat bau kewangiannya kepada diri
kita secara tidak langsung. Eksplisitnya, hal ini menunjukkan bahawa jika kita berkawan
dengan rakan yang baik akhlaknya, dia juga akan turut bersahsiah baik tetapi sebaliknya jika
tersalah pilih rakan maka akan terjebaklah ia ke kancah yang hina. Gurindam Melayu ada
menyebut, carilah olehmu akan sahabat, yang boleh dijadikan ubat, cari olehmu kawan, pilih
segala orang setia kawan. Oleh itu, jelaslah bahawa ibu bapa memainkan peranan yang
signifikan dalam mengawal pergaulan anak-anak dengan rakannya kerana menurut seorang
cendekiawan, pengaruh rakan sebaya dalam hidup seseorang remaja ialah 90 peratus, suatu
angka yang besar dan dominan. Cegahlah sebelum terlambat kerana mencegah lebih baik
daripada merawat kerana mantan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir pernah
mengatakan bahawabahayanya dadah bukan kepada penagihnya, tetapi kepada orang di
sekitarnya.

Didikan agama yang secukupnya


Selain itu, ahli keluarga perlu memberikan didikan agama yang cukup untuk menangani
masalah kebejatan moral dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku demikian kerana agama
merupakan benteng yang ampuh dan jitu dan nescaya dapat menghalang kemasukan anasir-
anasir jahat. Selain itu, agama adalah perisai yang kuat agar remaja tidak terdengarkan bisikan
syaitan durjana. Sesungguhnya, dengan agama akan melahirkan jati diri yang kukuh dan
akhlak yang mulia jauh daripada perlakuan negatif dan tidak bermoral. Sebagai contoh,
seorang remaja yang mempunyai moral yang tinggi tidak akan tergengaruh dengan panggilan-
panggilan ke arah kejahatan kerana keyakinannya yang tinggi terhadap balasan perbuatan
yang jahat dan balasan bagi yang berbuat kebaikan. Sesungguhnya, dengan iman yang tinggi
dapat dijadikan benteng landaan ombak besar pengaruh Barat yang banyak membawa unsur
negatif seperti keganasan, pergaulan bebas, minum arak dan lain-lain. Oleh itu, ibu bapa
seyogianya memberikan didikan agama yang sempurna sama ada secara formal ataupun tidak
formal seperti menghantar anak mereka ke kelas agama agar tidak terjebak ke dalam kancah
yang penuh kemaksiatan.

Peranan keluarga dalam menangani masalah ini juga ialah dari aspek penyediaan persekitaran
yang harmonis. Hal ini demikian kerana tokoh dari China, Mao Tzu pernah mengatakan
bahawa kejadian asal seseorang itu ialah baik dan suci dan akan berubah disebabkan
persekitarannya. Dapatlah diambil iktibar di sini, persekitaran yang selamat atau tidak selamat
memberikan impak kepada anak-anak. Ibu bapa seyogianya memilih kawasan perumahan yang
selamat daripada masyarakat yang mengambil enteng isu negatif seperti pergaulan bebas.
Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya memilih persekitarannya yang kondusif untuk
kepentingan seluruh ahli keluarga.

Natijahnya, semua pihak terutama keluarga memainkan peranan yang signifikan


dalam mendepani masalah dalam dunia yang mencabar ini. Semua pihak harus bersatu padu
bagai aur dengan tebing agar tidak terhantuk baru tengadahkerana sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada gunanya. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum harapan menjadi kabur,
semua pihak harus menyedari dan membuat anjakan paradigma untuk melahirkan remaja
pascamerdeka yang berkualiti ke arah Wawasan 2020. Sasterawan Negara Dato' Dr Usman
Awang ada menyebut, kalau ingin hidup merdeka, tidak tercapai dengan hanya berkata-kata
tetapi ke hadapan maju sekata, maju bersama. Marilah bersama-sama bergabung tenaga
melahirkan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara yang disegani dan bersahsiah
tinggi.

Huraikan peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan
masyarakat Malaysia.

Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas, ini adalah peribahasa yang perlu kita jadikan
pegangan dan panduan dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk satu tempoh
tertentu. Sejak dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa permainan tradisional semakin
ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan masa kini. Pada masa yang sama, permainan
elektronik semakin diagung-agungkan dalam kalangan masyarakat masa kini. Dalam konteks
ini, permainan tradisional semakin dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh
permainan elektronik yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat seantero dunia.
Persoalannya kini, adakah kita bersedia untuk melihat satu-satunya warisan daripada nenek
moyang kita hilang begitu sahaja secara perlahan-lahan tanpa kita sedari, ibarat daun kering
yang terbang ditiup angin? Adakah kita sanggup melihat masyarakat sekarang semakin jatuh
jauh ke dalam kancah permainan elektronik yang sebenarnya tanpa kita sedar atau tidak
banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan bagi seseorang itu sendiri. Persoalan
yang sering menerjah dan menerawang di gawang minda fikiran kita ialah apakah peranan
pelbagai pihak untuk memartabatkan lagi permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia? Antara peranan pelbagai pihak yang boleh dilakukan ialah menganjurkan kelab
permainan tradisional dan mengadakan kempen untuk mengangkat martabat permainan
tradisional ke satu tahap yang lebih tinggi. Oleh hal yang demikian, pelbagai prakarsa yang
konkrit, sistematik lagi pragmatik akan dikupas serta dibugar dengan lebih terperinci demi
kemaslahatan semua pihak yang masih tercari-cari tongkat mereka untuk dijadikan panduan.

Suatu hakikat yang tidak boleh dipertikaikan ialah ibu bapa memainkan peranan yang
signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda
khususnya anak-anak. Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa sering menjadi suri teladan
untuk anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa. Hal ini adalah kerana, setiap
perbuatan ibu bapa akan dicontohi anak-anak seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah
kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membelikan anak-anak permainan tradisional
sebagai hadiah atau buah tangan sekiranya ibu bapa pulang dari bekerja di luar daerah seperti
congkak dan gasing. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh menurunkan ilmu yang dipelajarinya
satu ketika dahulu kepada anak-anak mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh
membawa anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain dengan permainan tradisional.
Peribahasa yang berkaitan dengan hal ini ialah melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Secara
langsung, anak-anak dapat mewarisi permainan tradisional daripada ibu bapa mereka tentang
teknik dan cara- cara bermain. Sekiranya, ibu bapa memainkan peranan mereka maka,
permainan tradisional ini akan kekal sepanjang zaman walaupun sudah berdekad lamanya.
Tegasnya, peranan ibu bapa amat signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan
tradisional yang semakin ditelan zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi ke generasi.
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peranan pihak sekolah juga merupakan salah satu
usaha yang penting untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan remaja di
Malaysia. Dalam konteks ini, pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah supaya
pelajar lebih mengenali dan meminati permainan tradisional kerana tak kenal maka tak cinta.
Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan kelab permainan tradisional sejak dari
awal lagi supaya usaha-usaha lain dapat dilakukan melalui kelab tersebut. Dalam hal ini, untuk
menarik minat pelajar menyertai program-program yang dianjurkan, pihak persatuan boleh
menjemput tetamu dari luar yang mahir dalam permainan tradisional untuk membimbing
mereka tentang cara dan teknik bermain permainan tradisional yang betul. Secara langsung,
para pelajar dapat mendominasi permainan tradisional dengan lebih baik lagi kerana jauhari
juga yang mengenal manikam. Tambahan pula, pihak sekolah boleh mengadakan acara dan
pertandingan yang menarik yang boleh disertai oleh para pelajar dan guru. Bertitik tolak
daripada itu, pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak alatan permainan tradisional yang
boleh digunakan di sekolah bagi memudahkan para pelajar untuk menggunakan alatan
permainan tradisional. Secara tidak langsung, para pelajar akan lebih mendekatkan diri dengan
permainan tradisional dan mengekalkan warisan bangsa dalam diri setiap pelajar. Begitu juga
halnya dengan pengekalan permainan tradisional yang perlu ditekankan oleh setiap pihak agar
warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Izharlah bahawa, pihak sekolah mestilah
memainkan peranan untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan remaja di
Malaysia.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas ialah media massa perlu
memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam usaha untuk memartabatkan
permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia. Umum mengetahui bahawa,
media massa merupakan satu medium yang sentiasa menguar-uarkan sesuatu berita dengan
cepat, tepat dan sahih. Bertitik tolak daripada itu, pihak media massa boleh menghebahkan
tentang permainan tradisional melalui surat khabar, majalah,radio,internet dan televisyen.
Tambahan pula, media massa boleh menganjurkan pertandingan melalui program seperti jom
heboh dengan tawaran hadiah yang lumayan. Yang paling nyata ialah apabila media massa
memaparkan iklan-iklan yang menarik mengenai permainan tradisional kita maka, masyarakat
dari negara luar akan tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang permainan
tradisional ini. Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa media massa mampu
mendominasi seluruh masyarakat di setiap ceruk rantau dunia. Bagi membuktikan perkara ini,
contoh yang boleh diketengahkan ialah sukan sepak takraw yang kini telah diangkat sebagai
salah satu acara sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa iaitu piala dunia.
Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa negara luar seperti Thailand kini telah menguasai sukan
sepak takraw dan mampu menandingi Malaysia. Impaknya, media massa yang memaparkan
sukan ini dapat mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat seantero
dunia tanpa mengira perbezaan latar belakang, agama, bangsa dan negara. Jelaslah bahawa,
media massa perlu bergerak dengan lebih giat lagi dalam usaha untuk memartabatkan
permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia agar
diangkat lebih tinggi hingga ke peringkat antarabangsa dan membuka mata dunia tentang
keistimewaan negara yang bernama Malaysia.
Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan merupakan peranan yg penting dalam
mengekalkan permainan tradisional. Beritik tolak daripada itu, pihak kerajaan seperti
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dapat mengekalkan permainan tradisional
dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan. Sebagai
analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang
permainan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran zaman. Pada masa yang sama,
pihak kerajaan boleh memperluaskan permainan tradisional negara Malaysia sehingga ke
peringkat antarabangsa. Melalui cara ini, rakyat dapat membuka mata bahawa permainan
tradisional juga dapat dibawa ke peringkat antarabangsa dan mendapat perhatian di mata
dunia. Sebagai contohnya, permainan wau dan layang-layang. Tambahan pula, ramai
pelancong asing melawat ke Malaysia untuk melihat pertandingan layang-layang yang
dianjurkan oleh kerajaan Malaysia pada saban tahun. Secara eksplisitnya, rakyat Malaysia
tidak mudah untuk melupakan permainan tradisional yang semakin pudar di mata rakyat.
Dalam konteks ini, pihak kerajaan boleh memperkenalkan program Cintai Permainan
Tradisional agar rakyat mampu menyelami dan mempelajari permainan tradisional dengan
lebih mendalam. Dengan cara ini, permainan tradisional tidak akan mudah terhakis pada
zaman akan datang. Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan permainan
tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia hingga ke tahap
antarabangsa.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirul kalam seluruh
masyarakat Malaysia tidak seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti
permainan tradisional ini lenyap terus daripada muka bumi ini. Jika semua pihak berganding
bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni, isu ini akan dapat ditangani oleh
masyarakat Malaysia dan warisan paling berharga ini akan tetap diamalkan dari generasi ke
generasi akan datang. Tambahan pula, kita sebagai pewaris khazanah negara tidak mungkin
akan membiarkan permainan tradisional ini terus menjadi sejarah yang hanya diketahui
namanya sahaja dan tiada siapa pun yang dapat mewarisi kemahiran atau teknik bermain
permainan tradisional untuk diturunkan kepada generasi pada masa akan datang. Bertitik tolak
daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu mengambil inisiatif yang
pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat memanifestasikan generasi pewaris negara
yang tidak akan melupakan warisan mereka seperti kacang lupakan kulit. Dalam konteks ini,
generasi sekarang perlulah memupuk rasa cinta akan warisan negara agar dapat menyanjungi
dan menghargai warisan negara sejak dari rebungnya lagi. Pada masa yang sama, masyarakat
Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam memastikan warisan negara ini sentiasa
terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman serta terus hidup subur dihati, fikiran dan diri
masyarakat itu sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang padu daripada
semua pihak dan bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan
batuk di tangga sahaja. Kendatipun demikian, kita masih perlu menjangkau sehabis tangan
bagi mempertahankan khazanah warisan tinggalan nenek moyang kita yang ulung ini agar
tidak dilupakan terus oleh masyarakat. Marilah kita sama-sama menjangkau sehabis tangan
untuk mencorakkan masa depan negara dengan warna seindah pelangi dalam merealisasikan
misi dan visi kudsi Wawasan 2020.
FAEDAH MEMPUNYAI HOBI

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, hobi dapat didefinisikan sebagai aktiviti
kegemaran yang dilakukan pada waktu senggang dan bukan merupakan pekerjaan utama.
Peribahasa rambut sama hitam tapi hati lain-lain menunjukkan bahawa setiap individu
mempunyai hobi yang berbeza-beza dan tersendiri. Sebagai analoginya, ada yang suka
bersukan, ada yang minat mengumpul setem, ada juga yang gemar mendaki gunung dan
pelbagai hobi yang lain. Persoalannya, mengapakah setiap insan di dunia ini perlu mempunyai
hobi? Sesungguhnya semua orang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan mereka
melakukan hobi yang digemari itu. Menurut pandangan saya, hobi memang sewajarnya
dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan keturunan. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa aktiviti positif seumpama ini banyak memberikan maslahat dalam kehidupan
setiap insan. Tidak terkecuali saya, yang turut memperoleh kebaikan daripada hobi yang saya
lakukan. Oleh hal yang demikian, faedah-faedah hobi yang mewarnai fokus perbincangan akan
dikupas dengan lebih terperinci.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, saya menjadikan hobi saya untuk
mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Bertitik tolak daripada itu, masa
senggang saya digunakan untuk bermain bola sepak, berjoging dan membaca buku. Hal ini
secara tidak langsung menghindarkan diri saya daripada aktiviti kurang sihat dan bergaul
dengan rakan yang mempunyai masalah sosial. Contoh yang boleh diketengahkan ialah remaja
yang sedang mencari identiti diri dan mengalami kecelaruan jiwa akan mudah terlibat dalam
aktiviti merempit, melepak dan pergaulan bebas kerana mereka tidak mempunyai matlamat
hidup seperti layang-layang yang terputus talinya. Dalam konteks ini, dengan adanya hobi,
masa saya tidak disia-siakan dan tidak terbiar begitu sahaja kerana masa itu emas yang perlu
diisi dengan aktiviti yang berfaedah. Bukan itu sahaja, dengan mempunyai hobi dapat
mengelakkan diri saya daripada berasa bosan dalam mengharungi kehidupan seharian di alam
fana ini. Konklusinya, hobi dapat memenuhi masa lapang saya dengan pelbagai aktiviti yang
bermanfaat.
Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa hobi juga dapat menambahkan ilmu
pengetahuan saya yang sedia ada. Sebagaimana yang kita ketahui, hobi seperti membaca,
melayari internet dan menonton televisyen dapat membantu meningkatkan pengetahuan am
seseorang. Selain itu, saya juga dapat menguasai kemahiran dalam melakukan aktiviti harian
seperti memasak dan melukis. Sebagai contoh, aktiviti mengait yang telah saya praktikkan dari
hari ke hari dapat meningkatkan kemahiran saya lagi dan akhirnya dapat menghasilkan
sesuatu karya kreatif yang menarik seperti peribahasa sehari selembar benang, lama-lama
menjadi kain. Bukan itu sahaja, saya juga dapat menambakan ilmu pengetahuan apabila
menonton rancangan dokumentari di televisyen seperti Majalah 3 dan ‘Insect War’. Bahkan,
dalam zaman yang serba canggih ini, saya juga boleh mendapatkan informasi yang saya
perlukan dengan mudah melalui internet. Maka, jelaslah bahawa dengan mempunyai hobi
yang tertentu dapat membantu saya dalam menambahkan ilmu pengetahuan dan
meningkatkan penguasaan serta kemahiran diri dalam pelbagai bidang karya kreatif.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan adalah apabila saya mempunyai hobi, saya
dapat mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Hobi yang sering saya lakukan untuk
mengekalkan kesihatan fizikal dan mental adalah dengan mendaki gunung, berjoging dan
berenang. Dengan melaksanakan hobi ini, daya tahan kardiovaskular dapat ditingkatkan. Hal
ini secara tidak langsung, dapat meningkatkan imuniti badan saya daripada sebarang jangkitan
penyakit seperti demam, selesema dan batuk. Hal ini seterusnya dapat membantu saya
melaksanakan aktiviti harian secara efektif kerana badan cergas, otak cerdas. Lanjutan
daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, apabila saya memanfaatkan masa saya
dengan hobi yang saya gemari secara tidak langsung dapat mengurangkan stres. Hal ini adalah
kerana, apabila saya melakukan hobi, saya akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap
aktiviti tersebut dan bukannya memikirkan masalah kehidupan yang kadang kala
membebankan minda saya. Bagi membuktikan perkara ini, apabila saya membaca novel, saya
akan leka dengan mesej yang ingin disampaikan oleh novelis, sehingga melupakan masalah
yang membelenggu sukma buat seketika. Tegasnya, dengan mempunyai hobi saya dapat
kepuasan diri kerana melakukan sesuatu aktiviti yang digemari dan membebaskan diri
daripada sebarang masalah yang menghimpit kalbu.
Dalam menelusuri ranjau yang penuh onak dan duri, hobi juga dapat menjana pendapatan
saya. Umum mengatahui, kadar pengangguran di Malaysia semakin meningkat dari hari ke
hari. Oleh hal yang demikian, saya harus merebut peluang keemasan yang ada untuk menjana
pendapatan saya. Sebagai analoginya, hobi yang dapat menjana pendapatan ialah hobi
memasak dan menggubah bunga. Apabila saya mempunyai kemahiran memasak, saya dapat
menjual hasil air tangan saya di kedai-kedai atau di koperasi sekolah. Dalam konteks ini, hasil
jualan tersebut dapat saya gunakan sebagai wang saku. Sekali gus, aktiviti ini juga dapat
mengurangkan beban kewangan keluarga saya. Selain itu, saya dapat memanfaatkan wang
tersebut untuk membeli bahan-bahan rujukan sebagai usaha untuk meningkatkan prestasi
akademik saya. Tidak kurang penting juga, sebahagian daripada wang itu dapat saya simpan di
dalam bank untuk kegunaan masa depan bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan.
Tegasnya, hobi yang kreatif lagi inovatif sebenarnya dapat menjana pendapatan sekiranya
saya memanfaatkan seoptimumnya kelebihan yang ada dalam diri ini.

Ramai yang mulai sedar bahawa hobi juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
sesama insan. Hobi bukan sekadar dalam lingkungan dunia individu sahaja malah dapat
dilakukan secara berkumpulan. Sebagai contoh, hobi yang boleh dilakukan secara berkumpulan
seperti mengulang kaji pelajaran, bermain boling dan melancong bersama dengan keluarga.
Melalui komunikasi dua hala, secara tidak langsung bukan sahaja dapat merapatkan hubungan
silaturahim malahan juga dapat mewujudkan kemesraan lantas memupuk kerjasama antara
satu sama lain. Dalam hal ini, nilai saling membantu dan bekerjasama yang termaktub sebagai
nilai yang ke-35 dalam Pendidikan Moral dapat dipraktikkan. Perpaduan juga turut dapat
dilahirkan apabila masyarakat yang terdiri daripada multietnik terlibat dalam hobi yang sama,
visi kudsi Wawasan 2020 sudah pasti dapat direalisasikan. Deduksinya, hobi mendatangkan
faedah yang amat bermakna dalam mengaribkan perhubungan antara sesama insan.
Lontaran idea yang seterusnya, sejak kecil lagi saya suka menyanyi. Ibu bapa telah dapat
mengesan bakat yang ada pada diri saya lalu mereka menghantar saya untuk menghadiri kelas
muzik. Hinggalah ke hari ini, saya masih suka menyanyi dan tidak dapat dipisahkan dengan
aktiviti yang berkaitan dengan muzik bak kata P.Ramlee, lagu dan irama tidak dapat
dipisahkan. Sambil menyelam minum air, hobi yang saya pilih sebenarnya dapat
mengembangkan dan mengasah bakat saya dalam bidang muzik. Saya juga akan
menggunakan masa terluang untuk bermain alat muzik seperti piano. Sesungguhnya, hobi ini
telah mengembangkan potensi diri saya yang telah sedia ada. Dengan menyertai sesuatu
pertandingan nyanyian, saya akan memperoleh pengalaman baru. Saya juga berlatih menyanyi
dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya saya dapat memenangi sesuatu pertandingan
kerana saya tahu jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Meraih tempat
pertama dalam pertandingan yang saya sertai bagaikan orang haus diberi air, orang lapar
diberi nasi. Ibu bapa dan pihak sekolah turut berbangga dengan kejayaan saya. Kejayaan
dalam pertandingan yang disertai dan pengalaman baharu yang ditimba ini telah
memantapkan , meningkatkan kemahiran serta memberikan keyakinan dalam diri saya untuk
mencari nafas baru dalam kehidupan melalui hobi yang diminati.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam hobi banyak
mendatangkan faedah kepada segenap strata masyarakat. Oleh itu, saya akan berhati-hati
seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak dengan
menguruskan masa untuk hobi dan pelajaran saya dengan bijaksana. Selanjutnya, saya juga
akan mengelakkan diri daripada melayari laman sesawang yang berunsur negatif agar mental
dan jiwa saya tidak goyah dek nafsu yang bermaharajalela . Pada pendapat saya, ibu bapa
hendaklah menggalakkan anak-anak mempunyai hobi sejak kecil lagi kerana melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Hal ini demikian kerana anak-anak umpama sebutir batu permata yang
belum digilap, ibu bapalah yang bertanggungjawab menggilapnya sehingga menjadi berlian
yang indah nan berkilau. Remaja yang berkembang baik dari psikologi dan fisiologi akan
menjadi tulang belakang dalam memacu kegemilangan negara kelak. Marilah kita memikul
tanggungjawab bersama-sama untuk merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 supaya negara
kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Pendermaan Organ : Anugerah hidup

Dalam meniti ranjau kehidupan yang penuh pancaroba ini, isu pendermaan organ sering
dipolemikkan sama ada di warung-warung kopi mahupun dibahaskan di parlimen.Pada era
globalisasi dunia tanpa sempadan ini,pendermaan organ amat penting dalam kehidupan
masyarakat hari ini. Pendermaan organ merupakan satu proses mendermakan bahagian tubuh
badan seseorang sama ada organ atau tisu untuk tujuan transplantasi. Transplantasi
merupakan suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami
kegagalan fungsinya dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah
meninggal dunia. Dengan cara ini, organ yang diderma dapat digunakan sebagai organ ganti
untuk menyelamatkan pesakit. Ini dapat mengubahkan kehidupan beberapa orang yang
mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat
menyelamatkan nyawa mereka dari maut. Antara organ dan tisu yang boleh didermakan ialah
buah pinggang, jantung, paru-paru, mata dan sebagainya.Pada zaman dahulu ,pendermaan
organ merupakan isu yang kurang dipentingkan oleh masyarakat.Namun begitu,dalam dunia
yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini,isu pendermaan organ amat dipentingkan oleh
masyarakat kerana hal ini dapat membantu ramai orang yang menghadapi masalah.Menurut
kajian yang boleh dipercayai, bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin
meningkat dari tahun ke tahun, namun bilangan pengikrar yang ingin menderma setelah
kematian masih rendah.Persoalannya kini ,apakah pendermaan organ merupakan anugerah
kehidupan ?Persoalan inilah yang perlulah kita renungkan dan bincangkan bersama-sama.Oleh
hal yang demikian ,pendermaan organ merupakan anugerah kehidupan yang mewarnai focus
perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.

Pada realitinya ,memang tidak dapat dinafikan bahawa pendermaan organ bukanlah
suatu yang baru di Malaysia kerana ia adalah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai
di Negara kita. Negara kita atas dasar keperluan, Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam
Penderma Organ telah ditubuhkan bagi menggalakkan rakyat di Negara kita mendaftarkan diri
sebagai pengikrar penderma organ sejak tahun 1999. Dengan pertubuhan ini, rakyat kita
dilihat semakin optimis memberi respons terhadap pendermaan organ yang sebelum ini
seringkali menimbulkan ketakutan dan stigma negatif. Perkembangan positif ini dibuktikan
menerusi peningkatan jumlah individu yang membuat ikrar atau mendaftar untuk menderma
organ. Berdasarkan laporan data dari Pusat Sumber Transplan Nasional, seramai 205,478
daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini, iaitu 28.3 juta mendaftar sebagai pengikrar
penderma organ kardeverik. Peningkatan ini sebagai satu kerjayaan yang kecil kerana
menghampiri sasaran kerajaan untuk mencapai jumlah penderma seramai 287,000, iaitu satu
peratus dari bilangan penduduk Negara kita.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, Pusat Sumber Transplan
Nasional diwujudkan bukan sahaja untuk menambah bilangan pengikrar penderma organ,
malah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat secara tidak langsung memberikan
maklumat dan tentang kepentingan pendermaan organ.Hal ini lantaran masih terdapat
segelintir bilangan rakyat yang mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu pendermaan
organ dalam masyarakat kita. Jadi, pengetahuan tentang isu ini perlu disebarkan supaya rakyat
kita dapat mengetahui kepentingannya sekali gus mengubah tanggapan mereka yang masih
berada di takuk lama. Tambahan pula, Semua agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian,
Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang
mulia. Ringkasnya , rakyat kita hendaklah berjasa kepada masyarakat kita dengan
menghulurkan bantuan terhadap pesakit dengan menjadi pengikrar penderma organ.

Sebagaimana yang kita ketahui , penderma dibahagi kepada dua jenis iaitu penderma
hidup dan penderma kadaverik. Penderma hidup hanya boleh mendermakan satu buah
pinggang atau sebahagian hati, dan tulang sahaja. Pendermaan semasa hidup terbahagi
kepada dua jenis iaitu Pendermaan ada pertalian saudara dan Pendermaan tiada talian
saudara. Pendermaan semasa hidup mempunyai pelbagai risiko walaupun risikonya rendah.
Pendermaan ini terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang
mempunyai hubungan emosi seperti suami isteri sahaja. Hal ini demikian kerana hendak
mengelakkan kegiatan jual beli organ berlaku. Sesiapa pun boleh mendaftar sebagai penderma
organ. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun haruslah mendapat kebernaran ibu
bapa atau penjaga.

Selain itu, sebagaimana yang kita maklumi, penderma Kadeverik adalah penderma
yang telah meninggal dunia. Pendermaan ini amat digalakkan dan diutamakan di negara kita
dan tidak memberikan risiko kepada penderma. Penderma kadaverik juga terbahagi kepada
dua jenis iaitu Kematian Otak dan Kematian Jantung Berhenti Berdegup. Mati otak ialah satu
keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyebabkan keseluruhan
otak yang mengawal aktiviti penghidupan seperti pernafasan dan dengupan jantung mati. Ini
boleh terjadi akibat kecederaan otak yang menyebabkan bengkak otak ataupun pendarahan
dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah yang tidak
normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak dan sebagainya. Untuk
pendermaan organ, seseorang yang kematian otak tidak akan mempunyai tindak balas dan
tidak bernafas. Dengan bantuan mesin , jantung akan berfungsi seketika. Namun organ-organ
lain akan mengalami kerosakan dan akhirnya degupan jantung akan berhenti dengan sendiri
walaupun dengan sokongan mesin. Pengesahan kematian akan dilakukan oleh dua orang
doktor pakar yang bertauliah melalui dua ujian yang berasingan. Doktor-doktor tersebut tiada
kaitan dengan tugasan pengambilan atau transplantasi organ. Ujian pengesahan yang
dijalankan adalah mengikut protokol yang diterima pakai di merata dunia. Setelah disahkan
mati otak, sijil pengesahan akan dikeluarkan dan mesin bantuan pernafasan akan
diberhentikan. Sekiranya untuk pendermaan organ, mesin akan diberhentikan di dewan bedah
sebelum organ diperolehi. Penderma yang meninggal dunia secara jantung terhenti boleh
mendermakan semua jenis tisu jika meninggal dunia di hospital. Bagi mereka yang meninggal
di rumah hanya boleh mendermakan mata. Pihak keluarga perlu menghubungi hospital
kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan tisu tersebut di rumah.

Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketangahkan ialah Tee Hui Yee
yang berumur 14 telah mendapatkan jantung baru bagi menggantikan jantung mekanikal yang
telah digunakan sejak setahun lalu. Penderma yang berumur 15 tahun yang maut dalam
kemalangan jalan raya bukan sahaja mendermakan jantungnya, tetapi juga menderma paru-
paru, hati dan buah pinggang yang dipersetujui oleh anggota keluarga dan warisnya. Dengan
baik hatinya, Tee Hui Yee dapat hidup sebagai remaja normal dan juga boleh kembali ke
sekolah. Penderma itu telah memberikan kehidupan yang baru teerhadap orang yang
memerlukan bantuan. Namun begitu, Tee Hui Yee telah meninggal dunia .

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan,pensermaan organ banyak


mendatangkan faedak kepada kita. Kehidupan yang bermakna adalah kehidupan harmoni yang
dapat dikongsikan bersama-sama orang lain. Kita mempunyai hak untuk membuat keputusan
ke atas badan sendiri. Ramai pesakit di Malaysia masih menunggu untuk mendapatkan
pemindahan organ. Dengan adanya ikrar daripada penderma organ, kita dapat mengubah
kehidupan seseorang yang mempunyai kegagalan fungsi organ. Pada pendapat saya , kita
sepatutnya bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan
ibarat hulurkan bantuan, ringankan beban.Dengan ini ,negara kita dapat berdiri sama tinggi ,
duduk sama rendah dengan negara gergasi yang lain. Diharapkan kita dapat merealisasikan
visi kudsi Wawasan 2020. Marilah kita memikul tanggungjawab bersama-sama untuk
kepentingan semua pihak.

Kempen-kempen untuk memberikan kesedaran kepada rakyat tentang kebaikan membaca


perlu diteruskan dan dipelbagaikan kerana banyak kebaikannya. Bincangkan kebaikan
membaca kepada semua lapisan masyarakat terutamanya golongan remaja.

Pada era globalisasi ini, pendidikan dalam semua lapisan masyarakat semakin penting
dan diutamakan. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berkuasa dalam
memupuk amalan membaca namun, budaya membaca dalam masyarakat masih rendah lagi.
Melalui pembacaan, seseorang dapat memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan yang secara
tidak langsung dapat membantu memajukan negara. Dengan ini, isu budaya membaca dalam
kalangan masyarakat tidak boleh dipandang ringan. Jika budaya tersebut dibiarkan begitu
sahaja hasrat masyarakat untuk menjadikan negara kita negara maju pasti akan terganggu.
Pengamalan budaya membaca dalam kalangan masyarakat akan mendatangkan pelbagai
faedah terhadap diri kita. Oleh itu, semua lapisan masyarakat haruslah berusaha
mengamalkan budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dengan


membaca, seseorang akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini kerana terdapat
berbagai-bagai maklumat termasuk isu semasa dan pengetahuan tentang kehidupan harian
yang terdapat di dalam buku, majalah dan surat khabar. Terdapat banyak bahan bacaan telah
dipasarkan di pasaran. Ibu bapa haruslah sanggup membelikan bahan bacaan yang sesuai
untuk anak-anak dan diri sendiri. Dengan membaca, seseorang dapat meneroka pelbagai ilmu
yang dapat dimanfaatkan untuk mencapai kejayaan kerana Bangsa Membaca Bangsa Berjaya.
Sewajarnya masyarakat rajin berusaha dalam memupuk amalan membaca dan seterusnya
menjayakan kempen-kempen yang telah dianjurkan oleh kerajaan tentang amalan membaca.
Pembacaan yang luas juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seseorang. Oleh itu,
masyarakat hendaklah rajin membaca supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Selain itu, membaca akan membantu menambahkan perbendaharaan kata yang kita miliki. Hal
ini kerana dengan membaca kita akan menemukan pelbagai jenis perkataan baharu. Jika kita
membaca bahan bacaan yang berkaitan dengan bidang Sains kita akan mengenali lebih banyak
istilah atau kosa kata baharu dalam bidang berkenaan seperti Anemia dan X-ray. Malah,
apabila seseorang telah mengenali banyak perbendaharaan kata, mereka akan dapat bertutur
dengan lancar dalam bahasa berkenaan. Individu itu juga akan dapat menguasai sesuatu
bahasa dengan mudah. Penguasaan perbendaharaan kata sangat berguna dalam menongkah
arus globalisasi kini. Persaingan antara masyarakat dalam pelbagai disiplin ilmu juga akan
menjadi lebih mudah. Dengan ini, kita haruslah rajin membaca supaya dapat menambahkan
perbendaharan kata dalam minda kita.

Tambahan pula, budaya membaca dapat membantu pelajar lulus dengan keputusan yang
cemerlang. Hal ini demikian kerana pembacaan bahan bacaan yang banyak dapat
menambahkan pengetahuan tentang sesuatu mata pelajaran. Terdapat juga mata pelajaran
tertentu yang memerlukan pembacaan yang banyak. Sebagai contoh, Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Sejarah. Mata pelajaran tersebut memerlukan pembacaan yang luas kerana kita
akan dapat maklumat atau isu semasa yang amat berguna dalam penulisan esei. Pembacaan
boleh dilakukan di perpustakaan mahupun di rumah. Dengan ini, perpustakaan hendaklah
dinaik taraf dengan kemudahan yang lebih selesa seperti meja, kerusi, penghawa dingin dan
kemudahan ICT supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan pembacaan mereka dalam keadaan
yang kondusif. Secara eksplisit, pelajar akan mengingati lebih banyak ilmu pengetahuan
daripada bahan bacaan tersebut. Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang rajin membaca.
Oleh itu, semua pelajar hendaklah menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian agar
mendapat keputusan yang cemerlang.

Membaca juga dapat memenuhi masa lapang kita. Masa lapang ialah masa senggang antara
dua pekerjaan. Masa lapang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah. Kita boleh menjadikan
amalan membaca sebagai hobi kita. Selain membaca, kita boleh menjadikan perkara lain
sebagai hobi sekiranya perkara itu berfaedah. Terdapat 24 jam diperuntukkan kepada
seseorang, namun masa yang singkat itu sememangnya tidak cukup untuk kita melaksanakan
pelbagai aktiviti. Dengan ini, kita haruslah menggunakan masa lapang dengan efisien kerana
masa itu emas. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai masa untuk membaca, mereka boleh
membaca ketika menunggu bas. Oleh itu, sebagai insan yang begitu mengutamakan masa
mereka seharusnya mengisi masa dengan amalan membaca.
Di samping itu, budaya membaca dapat membantu memajukan negara. Hal ini demikian
kerana tokoh-tokoh yang pakar dalam bidang tertentu dapat membantu meningkatkan
ekonomi negara kita. Lanjutan itu, negara kita dapat membangun dengan pesat. Kemajuan
dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan banyak ciptaan baharu direka. Sebagai
contoh, Negara Jepun yang maju dalam bidang sains dan teknologi telah mencipta pelbagai
jenis barangan yang berfungsi secara automatik. Membaca akan menambahkan ilmu
pengetahuan kita dan ilmu-ilmu yang diperoleh ini bolehlah digunakan dalam memajukan
sektor-sektor tertentu seperti sektor pelancongan. Apabila sektor-sektor dibangunkan, ekonomi
negara kita akan pesat membangun seperti Cendawan Tumbuh Selepas Hujan. Secara
umumnya, negara kita akan layak bersaing dengan negara maju yang lain. Kemajuan negara
pula perlu disusuli dengan budaya menulis buku. Oleh itu, kita hendaklah rajin membaca
supaya tanah air kita dapat dibangunkan dan dimajukan. Malah, kita dapat hidup dalam
keadaan yang lebih baik.

Kesimpulannya, budaya membaca banyak mempunyai faedah kepada individu mahupun


negara. Melalui membaca kita akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu
pengetahuan yang diperoleh itu bukan sahaja dapat membantu seseorang mendapat
keputusan yang cemerlang malah dapat memajukan negara. Walaupun pada hari ini pelbagai
prakarsa telah dilaksanakan untuk memupuk amalan membaca namun, usaha tersebut
diumpamakan hujan jatuh ke pasir. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
memupuk budaya membaca. Hal ini disebabkan budaya membaca perlu dipupuk sejak anak-
anak kecil lagi kerana Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya. Ibu bapa juga
bertanggungjawab menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan banyak membaca buku.
Selain itu, pihak kerajaan perlu menyediakan pelbagai kemudahan seperti perpustakaan
supaya kita dapat membaca dengan selesa. Kempen-kempen membaca juga perlu dipergiat.
Jika usaha-usaha memupuk budaya membaca giat dijalankan, negara Malaysia pasti akan
menjadi negara yang maju. Oleh itu, semua orang wajiblah membaca dan berusaha
meningkatkan budaya membaca agar masyarakat yang celik ilmu dapat dilahirkan.

Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Karangan Lengkap

Gunakanlah masa yang ada

Dengan sebaiknya

Kuatkanlah tekad di hati

Memajukan diri

Tiada kejayaan yang datang

Tanpa usaha yang gigih

Bersusah-susahlah dahulu

Bersenang kemudian

Jadilah warga yang berguna

Pada keluarga, masyarakat jua negara

Berikut adalah sebahagian daripada lirik lagu Remajapersembahan kumpulan nasyid


Unic yang menggambarkan signifikannya peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik
semangat ini menyeru para remaja agar menggunakan masa dengan sebaik-baiknyanya dan
mempunyai iltizam yang kuat demi memajukan diri masing-masing. Melalui usaha yang gigih
dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang
terpuji, remaja akan menjadi anak watan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan
nusa. Remaja kini begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi
pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa dan
masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat
liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku
sedikit banyak mempengaruhi akidah remaja kita. Remaja yang rata-ratanya mempunyai
semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta gelodak keinginan untuk mencuba
sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai
ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu
bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal
memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara
yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati
diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian,
amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa
mendukung panji, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini dikaitkan dengan isu
keruntuhan akhlak. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat
yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada
generasi akan datang bak kata pepatah, Air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu
hampir dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja justeru
saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri
remaja cemerlang dambaan negara.

Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan
mendalami ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan
diri seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah s.w.t. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan
ilmu agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh
dibuktikan melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu
Albert Einstein yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama
adalah lumpuh. Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang
sangat akrab. Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan
agama tidak akan merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Saya akan
mendalami ilmu agama dengan membaca dan memahami Al-quran, mengkaji hadis-hadis dan
menyelami sirah nabi serta para sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang
terkandung dalam Al-quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi
membina pemahaman yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang
terpuji. Pembelajaran melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu
memberi input yang berguna seperti memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan
sehari-hari. Nilai-nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan
bertanggungjawab semuanya memandu diri saya membina peribadi mulia. Pengajaran
daripada Al-quran dan hadis mampu memberikan anjakan paradigma kepada saya dalam
melahirkan segala tindak tanduk berpaksikan tuntutan agama. Jikalau saya tidak memahami
kandungan Al-quran ataupun hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang
mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan dengan agama yang kudsi ini. Saya akan
meluangkan masa untuk pergi ke perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di
perpustakaan, suasananya yang hening mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa.
Dengan mendalami ilmu agama, saya yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji
kerana saya akan memperlihatkan kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan
kemampuan memberikan buah fikiran dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak
Nabi Muhammad s.a.w. Jelasnya, saya tidak akan terjebak dalam isu keruntuhan akhlak remaja
malah menjadi penyumbang kepada generasi masa hadapan yang memiliki sahsiah terpuji.

Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan
menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan
yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini,
saya Ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa
terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama
sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari
nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh
ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup seperti Si Tanggang atau
Si Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu
bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan
yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan
memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan
berbincang dengan cara yang paling berhemah atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala
permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa, Buang yang keruh ambil yang jernih.
Allah telah memberikan kedudukan yang tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak
berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-
Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan
bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan
yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh
menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan yang wajib
ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah
kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa
membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesiapa yang ingin
dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu
bapanya dan menyambung tali silaturahim." Tegasnya, mentaati ibu bapa mampu menjadikan
diri saya sebagai individu yang mempunyai sahsiah diri terpuji dan terhalang daripada
melakukan perkara-perkara yang merosakkan akhlak.

Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah
dengan menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi
bergelar pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada
mereka kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan
berpijak di bumi yang nyata dengan menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah
banyak berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka
mengajar kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan
kesalahan yang saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati
mutiara kata cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat
buruknya tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan
nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai pendorong dan motivasi untuk saya
berjaya menjadi modal insan kelas pertama yang mampu mendaki ke puncak menara gading.
Guru bukan sahaja sebagai ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan
pembimbing malahan guru adalah segala-galanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan
yang ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai
kerana tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak
berguna di dunia dan di akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia
di sisi Allah s.w.t. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan
tercapai kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap
penyampai ilmu tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru,
saya mencetuskan rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan
taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama-
sama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana
selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah
perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan dengan itu, saya akan menjaga atau
memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan
agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan
menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa
13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum.
Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia
merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam
kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama
dalam semua bidang kerana Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita
digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata-kata
pujangga, Berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari. Saya akan menjadi
seseorang yang dapat memberi manfaat dari aspek dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya
kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya
sekiranya saya tidak bersikap bagai Buntal kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik
dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus hidup saya sejajar
dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.

Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk


mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak
bermoral. Seseorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan
perkara negatif yang mampu meruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri,
keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang
membisikkan madah berhelah kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa
berwaspada dengan ajakan syaitan yang telah berjanji akan menyesatkan umat manusia dek
sebab Allah s.w.t. telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada
Nabi Adam. Kesombongan yang merajai di hati syaitan adalah kerana dia diciptakan daripada
api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga
pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan hinggakan nilai-nilai
murni dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba menyesakkan
nafas dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang muslim yang cemerlang dan
memiliki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chee pernah
menyuarakan pendapat bahawa, para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan
penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja dan
pada bila-bila masa. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan
bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan
baik sesama individu di sekeliling kita. Tanggapan pertama orang lain terhadap kita amat
penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar.
Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan
meningkatkan mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas
ini tidak dapat dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan
mempunyai kualiti kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya
pegang di atas, dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan
sahsiah diri ini saya yakin akan membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa,
mempunyai iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai nilai kerohanian yang amat tinggi
serta mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah s.a.w. Mutiara kata ulamak tersohor
Hamka akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Menurut beliau, “Aku hairan
melihat orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya,
memperkemas dadanya, tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak
akalnya.” Tidak akan saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada
landasan sebenar sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan akidah akan terus
menjadi pegangan perjalanan hidup saya. Semoga isu keruntuhan akhlak remaja akan lenyap
agar tidak lagi menebarkan budaya negatif kepada generasi yang akan datang bak kata
peribahasa, Sebab nila setitik rosak susu sebelanga. Ayuh remaja, bertindaklah segera dalam
memainkan peranan anda dalam mengekang isu keruntuhan akhlak yang sangat sinonim
dengan golongan remaja!

faktor-faktor kemerosotan mutu sukan negara.

PENDAHULUAN

Sejak peristiwa kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada
Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan
Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia
semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki,
olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika
bertanding sama ada pada peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan
pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet
kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran “jaguh
kampung?” Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat
antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan
menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat “duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi” dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.
Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara dalam sukan permainan dan juga olahraga. Hal
ini dapat dilihat apabila pasukan bola sepak Malaysia kecundang dalam pusingan kelayakan
Olimpik baru-baru ini. Pihak yang berkenaan haruslah mengambil inisiatif yang berkesan bagi
meningkatkan mutu sukan negara dan seterusnya memartabatkan nama Malaysia di pentas
dunia.
FAKTOR-FAKTOR

Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik dalam sukan bola sepak, hoki dan
badminton. Situasi ini menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka tentang
kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan mutu sukan negara kita
terus merosot. Alasan utama yang menyebabkan mutu sukan negara kita merosot ialah para
pemain kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika bermain, ahli sukan negara tidak
bermain dengan bersungguh-sungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum
ini. Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa patriotik dalam jiwa pemain
negara.

Tambahan pula, kebanyakan ahli sukan negara menganggap bidang sukan yang mereka ceburi
itu sebagai kerjaya sampingan sahaja. Persepsi sebegini menyebabkan mereka tidak
memberikan tumpuan penuh ketika menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti
permainan mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan menjejaskan minat
seseorang untuk meninggikan mutu permainan mereka. Bukan sahaja ketiadaan semangat
cinta akan negara dan menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu sukan
negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-
sekolah sukan menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat baru atau
mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu menjejaskan kualiti mutu sukan pada
jangka masa panjang pula. Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki
sekolah-sekolah sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding dengan negara-negara yang
maju industri sukannya. Kita tidak membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis,
badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh digunakan untuk
menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga. Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan
menyebabkan rakyat negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu
pula.Untuk rekod, Malaysia pernah mengecapi kejayaan yang membanggakan pada era
keemasan 1960-an dan 70-an dan ramai daripada jaguh yang pernah mengharumkan nama
negara suatu ketika dulu kini masih memegang jawatan penting dalam pentadbiran sukan di
Malaysia.

Dalam bidang olahraga, peserta Olimpik sebanyak tiga kali, Datuk Dr Mani Jegathesan (Rome
1960, Tokyo 1964 dan Mexico 1968), yang juga dikenali sebagai "Flying Doctor", dan atlet
lompat pagar Istiaq Mubarak (Mexico 1968, Munich 1972, Montreal 1976), terus menjadi
penanda aras bagi kebanyakan atlet muda yang bercita-cita mahu mencatat kehebatan dalam
acara trek dan padang.Dua jaguh tersebut masing-masing telah mengambil bahagian dalam
tiga sukan Olimpik berturut-turut, manakala kehebatan Dr Jega diingati hingga ke hari ini
kerana kejayaannya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 200m (di Tokyo dan
Mexico). Beliau juga masih memegang rekod kebangsaan bagi acara itu (20.92 saat yang
dicatatnya di Mexico pada 1968).
Dalam acara bola sepak, Malaysia pernah digeruni di rantau Asia dengan kehadiran Arthur
Koh, Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari, Ghani Minhat, V. Arumugam dan
M.Chandran.Bagaimanapun hari ini, kita bukan saja tidak diendahkan oleh Myanmar, Vietnam
atau Laos, malah gagal memenangi pingat emas pada Sukan SEA sejak 1989 apabila Kuala
Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan.

Pasukan hoki Malaysia yang pernah menduduki tangga keempat pada kejohanan Piala Dunia
1975, dengan barisan nama-nama hebat seperti Sri Shanmuganathan, Ho Koh Chye dan M.
Mahendran, kini hampir luput daripada sebutan peminat sukan itu. Kita gagal melayakkan diri
bagi menyertai kejohanan Piala Dunia tahun ini setelah menduduki tangga kesembilan dalam
pusingan kelayakan di Changzhou, China dan yang menyedihkan ialah Malaysia menduduki
tempat tercorot daripada lapan pasukan yang menyertai kejohanan bagi merebut Trofi Sultan
Azlan Shah baru-baru ini.Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa berbilion ringgit
yang dibelanjakan bagi memajukan bidang sukan selama ini hanya merupakan pembaziran
semata-mata. Satu-satunya peningkatan yang dapat dilihat ialah jumlah pegawai yang dibayar
gaji kerana terlibat dalam bidang sukan.

Ketika pencapaian negara dalam bidang sukan semakin merosot, rakyat Malaysia menyaksikan
kemunculan infrastruktur dan kemudahan sukan bertaraf dunia di merata-rata tempat serta
pengaliran dana yang tidak putus-putus dalam sektor itu selain penubuhan jawatankuasa
Kabinet mengenai Sukan yang membuktikan kesunguhan kerajaan dalam memajukan bidang
berkenaan.Di samping itu, lapan sukan teras dikenal pasti - hoki, bola sepak, olahraga, skuasy,
gimnastik, akuatik, badminton dan boling - yang menerima peruntukan berjumlah RM193 juta
daripada kerajaan bagi meningkatkan pencapaian pesertanya.

Dalam keghairahan melaksanakan usaha itu, beberapa masalah lama mungkin terlepas
pandang, antaranya kekurangan padang permainan atau kemudahan untuk orang ramai
bersukan, ketiadaan program pembangunan di peringkat akar umbi, set minda yang tidak
betul, tiada kekuatan mental dan sebagainya. Contohnya, satu dekad lepas, terdapat kira-kira
10 padang permainan di sekitar Bangsar yang menjadi tempat bagi anak muda dan orang lama
bermain bola sepak dan permainan lain.

Padang Timur di Petaling Jaya pula pernah menjadi tumpuan bagi pelbagai jenis sukan
termasuk bola sepak, bola jaring, tenis dan olahraga. Tetapi, hari ini, ia sepi daripada kegiatan
sukan kerana dikawal ketat oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Padang Pejabat Pos di Jalan
Imbi sudah tiada, begitu juga padang Kelab Rekreasi China Selangor yang dulunya terletak
bersebelahan terminal bas Puduraya. Dua padang di bekas tapak Kelab KTM di Brickfields juga
telah dikorek untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Ketiadaan pertandingan
sukan di peringkat daerah dan antara daerah bagi sekolah dan orang ramai seperti yang wujud
suatu ketika dulu bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan, turut menyumbang kepada
kemerosotan pencapaian negara dalam bidang berkenaan hari ini.
Sepatutnya, apa yang disuarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
semasa menghadiri majlis penyampaian Anugerah Olahragawan dan Olaharagawati Malaysia
anjuran Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada 26 Jun lepas perlu dijadikan ingatan
oleh semua pihak di negara ini. Kata beliau: "Bagi membolehkan sukan di Malaysia kembali
maju, perubahan set minda perlu dilakukan." Beliau berkata tanggungjawab melahirkan ahli
sukan yang berkualiti tidak terletak di bahu persatuan, Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian
Belia dan Sukan atau Majlis Sukan Kebangsaan sahaja."Kanak-kanak mesti digalakkan
menyertai bidang sukan oleh ibu bapa atau guru mereka sejak kecil lagi," katanya.Najib yang
mengetuai jawatankuasa Kabinet mengenai Sukan turut membuat perbandingan tentang
pencapaian Malaysia dan Ghana, yang turut mengecapi kemerdekaan pada 1957. "Kita jauh
lebih maju daripada Ghana dalam setiap aspek pembangunan, kecuali sukan, kerana Ghana
telah melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia," kata Najib. Untuk berlaku adil kepada
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), punca kemerosotan pencapaian negara dalam sukan itu
tidak sepatutnya diletakkan pada bahunya semata-mata kerana jentera yang diberi
tanggungjawab bagi melahirkan pemain berkaliber telah berhenti daripada beroperasi.

Ketiadaan proses untuk mengenal pasti pemain berkebolehan melalui pertandingan di


peringkat daerah dan negeri serta penutupan beberapa akademi bola sepak yang diusahakan
oleh negeri, banyak menyumbang kepada kekurangan pemain handalan yang dapat mewakili
negeri masing-masing atau mengambil alih tempat yang dikosongkan oleh pemain kebangsaan
pada masa akan datang. Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pernah
mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya menubuhkan bank tanah bagi membina
sekolah baru yang lengkap dengan padang permainan memandangkan ada sekolah yang tidak
lagi mempunyai padang. Bekas setiausaha agung NUTP Datuk N. Siva Subramaniam berkata
padang permainan di sekolah, terutama di bandar raya, semakin lenyap akibat pembangunan,
yang sekaligus menyebabkan kanak-kanak tidak dapat melakukan aktiviti kokurikulum di luar
bilik darjah. Beliau berkata banyak aduan diterima daripada ibu bapa dan guru bahawa anak
mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah termasuk menyertai
acara sukan sepanjang tahun. Menurutnya Kementerian Pelajaran wajar membeli tanah
semasa pasaran hartanah murah dan menyimpannya untuk pembangunan sekolah pada masa
akan datang. Beliau berkata sekolah tidak wajar "menguburkan" aktiviti sukan dan kesatuan
itu memandang serius mengenai kurangnya sokongan guru besar dan pengetua sekolah dalam
menggalakkan para pelajar menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. "Ada sekolah yang
menumpukan aktiviti kokurikulum hanya untuk tempoh tiga bulan pertama persekolahan bagi
memberi tumpuan pada persediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan manakala ada guru
besar dan pengetua yang "membunuh" aktiviti sukan dengan menggantikan waktu mata
pelajar pendidikan jasmani dengan mata pelajaran lain.

PENUTUP

Konklusinya, semua factor yang dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti sukan negara ini
terus tidak konsisten. Semua pihak terutama kerajaan perlulah memberikan kerjasama yang
jitu untuk mengatasi kelemahan dalam program sukan negara itu. Sesungguhnya kemerosotan
mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak
berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan
negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan
pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan
negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri
dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga
bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-
anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi
kenyataan. Bak kata pepatah “pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan”,
terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. “Majulah sukan
untuk negara!”

PERANAN PELBAGAI PIHAK MEMBANTU OKU

Sebagai warganegara Malaysia, rakyat dikehendaki menghayati dan mempraktikkan prinsip-


prinsip Rukun Negara untuk memupuk semangat perpaduan. Rukun Negara diperkenalkan
untuk menyatupadukan rakyat Malaysia supaya mereka saling menghormati, membantu,
memahami dan bekerjasama. Dengan ini, sebuah masyarakat penyayang dapat diwujudkan.
Walau bagaimanapun, masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan sekiranya masyarakat
yang bersifat individualistik dan materialistik masih wujud dalam jiwa mereka. Mereka tidak
sanggup menghulurkan bantuan kepada golongan yang lemah dan bersikap mementingkan diri
sendiri seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Hal ini jelas
diperlihatkan dalam isu Orang Kelainan Upaya (OKU) di negara ini. Terdapat sebahagian
masyarakat memandang rendah golongan OKU dan menganggap mereka tidak mampu
memberikan jasa, sumbangan dan perkhidmatan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Sebenarnya, golongan OKU ini hanya mempunyai kecacatan dari segi fizikal, akal mereka masih
sempurna dan dapat berfikir dengan matang. Mereka masih berupaya dan berkemampuan
menyumbang jasa dalam pembangunan negara. Namun, kemampuan mereka telah dinafikan
oleh masyarakat. Mereka tidak mempunyai peluang untuk membuktikan keupayaan mereka.
Persoalannya, mengapakah langkah-langkah yang diambil untuk menjaga kebajikan serta
kedudukan sosial OKU dalam masyarakat cuma bagai mencurahkan air ke daun keladi atau
menampal kersik ke buluh? Walaupun kempen demi kempen terus dianjurkan namun,
kebajikan golongan OKU tetap diabaikan. Dalam hal ini, siapakah yang harus dipersalahkan?
Sikap menuding jari tidak akan menguntungkan sesiapa melainkan menambahburukkan situasi
yang semakin parah. Oleh sebab itu, setiap pihak harus memainkan peranan masing-masing
dan menjangkau sehabis tangan dalam melaksanakan prakarsa-prakarsa yang pragmatik lagi
efektif bagi membantu golongan OKU.

Sebagai mukadimah perbincangan, saya akan memfokuskan perbincangan saya secara


mendalam dan menyeluruh lagi objektif dengan menyelami, membedah siasat dan
mendiagnosis cara-cara yang dapat dilaksanakan untuk membantu golongan OKU dari
perspektif peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Umum mengetahui bahawa setiap ibu bapa
berharap anak-anak mereka sihat supaya kehidupan mereka lebih sempurna dan gembira.
Namun, hakikatnya adalah berlawanan daripada apa-apa yang diharapkan kerana terdapat
ibu bapa yang mendapat anak yang cacat dari segi fizikal. Dalam kalangan ibu bapa ini,
terdapat segelintir ibu bapa sampai hati untuk meninggalkan anak kandung mereka di rumah
anak yatim ataupun di rumah kebajikan. Malahan, terdapat ibu bapa yang mengurungkan
anak mereka di dalam bilik kerana malu memiliki anak yang cacat. Mereka juga tidak
menghantar anak mereka ke sekolah kerana menganggap anak mereka tidak mampu
menerima pelajaran di sekolah. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa anak-anak merupakan
anugerah yang terbaik dikurniakan oleh Tuhan kepada ibu bapa. Jadi, di bahu ibu bapa tergalas
amanah yang sangat besar untuk memastikan anak-anak mempunyai kehidupan yang bahagia
tanpa mengira anak itu cacat atau sempurna. Sebagai ibu bapa, mereka patut melindungi anak
yang kurang upaya dan menghantar mereka ke sekolah untuk melengkapkan diri dengan ilmu
pengetahuan supaya mereka boleh berdikari dan menyara kehidupan pada masa akan datang.
Selain itu, ibu bapa juga patut menghantar anak-anak kurang upaya ke sekolah atau kolej yang
menawarkan kursus kemahiran agar mereka mempunyai kemahiran untuk kerjaya masa depan
mereka. Bagi ibu bapa yang memiliki anak yang sihat, mereka tidak boleh bersifat berpeluk
tubuh malah seharusnya menghulurkan bantuan kepada OKU. Peribahasa Melayu ada
mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu mendidik anak
mereka supaya bersimpati akan nasib malang yang menimpa OKU. Ibu bapa sepatutnya
bersedia membantu golongan OKU tanpa mengira warna kulit dan agama seseorang.
Sekiranya ibu bapa terjumpa orang buta melintas jalan raya, ibu bapa hendaklah membantu
mereka agar mereka dapat melintas jalan raya dengan selamat. Daripada peristiwa itu, ibu
bapa telah menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Bak kata peribahasa, bagaimana
acuan begitulah kuihnya. Anak-anak umpama sebutir permata yang belum digilap, ibu bapa
yang akan menggilap dan mencanainya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilat.
Pada masa lapang, ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi ke pusat kebajikan untuk
melakukan kerja amal bagi membantu OKU. Dengan melakukan kerja-kerja amal, ibu bapa dan
anak-anak dapat membantu OKU di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara
keluarga persis peribahasa sambil menyelam minum air.

Jika kita bersedia memerah otak dan berikhtiar berhempas pulas, jalan penyelesaian yang
berkesan tentu ada dan tentu bukan satu sahaja kerana di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Pihak kerajaan harus melakukan sesuatu untuk membantu OKU. Statistik yang sahih lagi
tepat telah dikeluarkan oleh Pusat Kebajikan Masyarakat pada tahun 2009 menunjukkan
bahawa kadar kemiskinan semakin meningkat disebabkan tiang keluarga tidak dapat bekerja
dan mencari rezeki akibat cacat. Oleh hal yang demikian, kerajaan bukan sahaja perlu
menyediakan tabung bagi membantu keluarga yang miskin malahan perlu menyediakan
tabung untuk keluarga yang mempunyai ahli yang cacat supaya dapat meningkatkan kualiti
kehidupan mereka. Tidak dapat menafikan bahawa pertambahan rumah setinggan di negara
kita disebabkan oleh cara penyelesaian yang tidak sempurna.Ada angin ada pokoknya,
kebanyakan golongan OKU tidak mendapat peluang pekerjaan dan menganggur dalam jangka
masa yang panjang malah mereka juga tidak mampu membiayai perbelanjaan perubatan yang
besar. Segelintir daripada mereka tidak mempunyai tempat perlindungan. Dalam konteks ini,
pihak kerajaan sepatutnya mewujudkan khidmat perubatan kepada OKU supaya mereka
mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan atau di pusat kesihatan kerajaan. Pihak
hospital swasta juga harus bertimbang rasa dengan memberikan keistimewaan kepada
golongan OKU melalui pemberian diskaun. Perkhidmatan Kebajikan Am dan Jabatan Kesihatan
Negeri harus melipatgandakan usaha mendaftarkan OKU melalui bantuan alat-alat pemulihan
seperti kerusi roda dan menyediakan latihan perusahaan dan vokasional. Kerajaan harus
memperbanyakkan rumah murah dan memberikan keutamaan kepada mereka supaya mereka
dapat membeli rumah dengan kos yang rendah. Pihak kerajaan harus mengalakkan golongan
OKU belajar di sekolah teknik yang boleh membekalkan mereka ilmu kemahiran seperti
kemahiran menghasilkan kraf tangan. Secara tidak langsung, pengusaha kraf tangan tidak
perlu bimbang lagi bahawa tiada generasi muda yang ingin mewarisi malah kemahiran ini akan
diwarisi serta dipelajari oleh generasi akan datang. Pihak kerajaan patut menganugerahkan
penghargaan seperti pingat dan sijil kepada golongan OKU yang berjaya dan berjasa dalam
sesuatu bidang. Agensi-agensi Bukan Kerajaan (NGO) secara sukarela hendaklah menyediakan
beberapa kemudahan bagi OKU seperti penubuhan Persatuan Kusta dan Rumah Amal Cheshire
yang sejajar dengan cogan kata ‘’Kebajikan Adalah Tanggungjawab Bersama’’. Pihak kerajaan
tidak harus mengamalkan sikap memekakkan telinga yang tajam, menutup mata yang
celik dan membutakan hati yang insaf dalam peranan membantu OKU.

Sebagaimana kita maklum, media massa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam
membantu golongan OKU. Media massa merupakan wahana yang dominan dalam
mempengaruhi minda seseorang dengan cepat dan berkesan. Generasi kini terutamanya
golongan remaja tidak dapat menjauhkan diri daripada pengaruh media massa. Media massa
telah berkembang dengan pesat dan bilangannya tumbuh dengan begitu cepat bagaicendawan
tumbuh selepas hujan. Media massa terbahagikan kepada dua iaitu media cetak dan media
elektronik. Media massa merupakan pihak yang dapat memberikan maklumat lanjut tentang
golongan OKU dan cara untuk membantu mereka. Media cetak merupakan media yang
menggunakan kaedah tulisan seperti surat khabar, majalah dan buku. Media elektronik pula
merupakan media yang menggunakan teknologi terkini yang menggunakan kaedah elektronik
dan elektrik seperti radio, televisyen dan internet. Media massa harus menekankan
keprihatinan masyarakat terhadap golongan OKU dan menghormati mereka sebagai insan
ciptaan Tuhan. Iklan yang berkaitan dengan sumbangan yang perlu diberikan oleh golongan
OKU harus diuar-uarkan supaya semua masyarakat mengetahui dan menyalurkan sumbangan
kepada yang memerlukan. Media massa juga boleh bertindak dengan menyeru masyarakat
memberikan sumbangan kepada golongan OKU yang memerlukan bantuan dari segi
kewangan. Masyarakat harus diberitahu bahawa golongan OKU berhak mendapat peluang
pendidikan dan juga bersosial dengan masyarakat serta tidak dipisahkan daripada aktiviti
kemasyarakatan. Masyarakat harus memberikan layanan yang saksama kepada golongan
OKU. Artis-artis tempatan yang terkenal sepatutnya memberikan sokongan sepenuhnya kepada
golongan OKU dengan menyeru masyarakat memberikan perhatian dan sokongan kepada OKU
dengan menggunakan pengaruh mereka yang kuat terhadap masyarakat. Media massa harus
bekerjasama bagai aur dengan tebing bersama-sama artis-artis tempatan menekankan
bahawa kecacatan bukan penghalang dalam memberikan sumbangan yang bermakna kepada
produktiviti dan kemajuan negara. Banyak individu cemerlang telah berjaya meningkatkan
nama baik negara dalam aspek sukan, pertandingan dan juga keputusan yang baik walaupun
mereka mempunyai kecacatan dari aspek fizikal.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa remaja sekarang tidak mempunyai pegangan agama
dan didikan moral yang kuat. Hal ini menyebabkan mereka memandang rendah terdapat
sesiapa yang lemah daripada mereka terutamanya golongan kurang upaya yang cacat dari segi
fizikal. Didikan agama dan moral mampu membentuk jati diri remaja. Dalam hal ini, pihak
sekolah yang bertanggungjawab mendedahkan nilai murni kepada pelajar. Dengan mempunyai
nilai murni yang baik, remaja generasi kini akan mempunyai kesedaran untuk menghormati hak
golongan OKU. Remaja haruslah dididik oleh pihak sekolah tentang kesusahan yang dialami
oleh OKU dan mereka sepatutnya menghulurkan bantuan dan tidak harus menghina mereka
lagi. Hal ini adalah kerana golongan OKU juga merupakan makhluk yang diberi peluang untuk
menjalani kehidupan biasa seperti manusia normal. Didikan agama juga sering mengajar
manusia agar berbuat baik kepada semua orang tanpa mengira paras rupa, bentuk badan
mereka sama ada mereka normal atau sebaliknya. Setiap individu memerlukan pengiktirafan
daripada masyarakat bahawa mereka masih diterima oleh semua orang. Guru sendiri harus
memainkan peranan yang penting dengan menjadi teladan baik kepada pelajar seperti
membantu pelajar yang cacat dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada mereka. Pelajar
digalakkan membantu rakan mereka yang cacat semasa mereka dalam kesusahan supaya
mereka tidak berasa tersisih. Guru harus memberikan layanan yang adil dan saksama kepada
semua pelajar. Pihak sekolah sepatutnya menyediakan kemudahan khas untuk pelajar kurang
upaya seperti tandas khas. Perlindungan juga harus diberi dalam bentuk biasiswa dan bantuan
kewangan kepada pelajar kurang upaya. Tindakan sedemikian adalah untuk menggalakkan
mereka terus berusaha dan bersemangat gigih serta memastikan mereka dapat melanjutkan
pelajaran pada masa akan datang. Melalui sekolah yang merupakan rumah kedua pelajar,
pelajar akan menghormati golongan OKU dengan sepenuh hati. Hari Orang-orang Cacat
Sedunia boleh dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mengiktirafkan sumbangan mereka dalam
pembangunan masyarakat dan negara. Pelajar harus diberi kesedaran tentang pentingnya
menghormati hak-hak golongan OKU.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pelbagai pihak harus bekerjasama untuk memberikan
kesedaran kepada semua masyarakat tentang golongan OKU dan cara untuk membantu
mereka. Golongan OKU harus dihormati dan dipandang tinggi kerana mereka mampu
mencapai kecemerlangan yang tinggi walaupun cacat. Sejarah telah membuktikan bahawa
kecacatan bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup dan menyumbang bakti kepada
pembangunan masyarakat dan negara. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh
diketengahkan ialah Beethoven yang merupakan seorang pemuzik terkenal yang cacat
pendengaran serta Professor Ismail bin Mohd.Salleh yang cacat penglihatan tetapi mendapat
kejayaan dalam bidang akademik . Masyarakat dan pihak lain harus memberi galakan kepada
golongan OKU supaya mereka akan terus berusaha dalam bidang yang diminati sehingga
mencapai kejayaan kerana kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. PBB juga
telah mengisytiharkan sumbangan golongan OKU yang termaktub dalam Hak Orang Kurang
Upaya 1975. Mereka mendapat hak serasi dengan semua manusia. Masyarakat harus
menghargai golongan OKU dengan memahami mereka kerana kelahiran, keturunan,
kemalangan atau penyakit menyebabkan kita lebih faham dan berasa bersyukur kepada Tuhan
tentang diri sendiri. Golongan OKU harus diberi penghargaan dan diumumkan kejayaan oleh
pihak kerajaan sebagai satu simbol kejayaan dan semangat dedikasi mereka dalam
pembangunan negara. Janganlah menghina golongan OKU ini memandangkan mereka juga
mempunyai ciri-ciri keperibadian yang istimewa. Marilah kita bersama-sama membantu
golongan OKU dan bersama-sama menyahut seruan kerajaan dengan mencapai Wawasan
2020 yang bertujuan untuk mewujudkan kelompok masyarakat yang sama taraf dan bantu-
membantu.

KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Malaysia sebelum berdiri teguh sebagai negara membangun telah melalui pengalaman pahit.
Bermula penjajahan Portugis, kemudian Inggeris, Belanda, Jepun, kemudian Inggeris lagi,
pengalaman tersebut tidak mahu diulangi lagi. Teriakan keramat ‘Merdeka’ pada 31 Ogos
1957, tidak semudah dilalui dan memaknakan kemerdekaan tersebut. Perpaduan kaum amat
penting untuk memastikan negara tidak diganggu gugat oleh negara asing. Kita tiada Dol Said
untuk menentang kemaraan penjajah pada tahun 1826 di Naning, atau Rentap menentang
kubu Raja Brooke di Nanga Skrang pada tahun 1983, Dato’ Maharajalela membunuh J.W.W
Birch 1875 di Pasir Salak, atau Mat Salleh yang gagah mengetuai gerakan menentang Inggeris
pada tahun 1884 hingga 1900 di Sabah. Yang kita ada ialah barisan pemimpin negara yang
diketuai oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Tanpa kegagahan seperti
tokoh silam, yang perlu hanyalah kita bersatu padu tanpa mengira kaum dan agama
berlandaskan semangat Malaysia, bak kata peribahasa bersatu teguh, bercerai roboh.

Semangat nasionalisme ialah perasaan cinta akan negara dan perasaan ingin membebaskan
tanah air daripada belenggu penjajahan. Oleh itu, perpaduan kaum telah dapat memupuk
semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira
bangsa, agama dan warna kulit. Berdasarkan senario hari ini, rakyat Malaysia haruslah
bertanggungjawab menerima segala adat resam dan budaya yang berlainan agama dengan
fikiran yang terbuka agar dapat membendung penindasan seperti di negara-negara Thailand,
Afrika dan Indonesia. Kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnyaperlulah
dipraktikkan dalam membentuk dan menanam semangat ini kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Sebagai contoh, nyanyian lagu kebangsaan dan menghayati Rukun Negara di sekolah sebagai
ikrar untuk mendisiplinkan diri. Maka dengan itu, mereka akan sedar tentang kepentingan
bersatu padu dan hormat-menghormati. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu dan bukannya
bersifat berat tulang dalam membajai semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat
terutamanya anak-anak yang masih berada di bangku sekolah.

Selain itu, semangat perpaduan juga telah dapat menarik pelancong asing untuk melawat
negara kita. Dengan keunikan masyarakat majmuk yang hidup dalam keadaan harmoni, para
pelancong akan tertarik untuk mempelajari budaya rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana,
mereka akan lebih selamat dan selesa apabila berada di negara ini walaupun Malaysia turut
tergugat dengan kemunculan wabak influenza H1N1 yang menjadi perbualan hangat negara-
negara di dunia ini, namun industri pelancongan tetap maju dan berkembang dari tahun ke
tahun kerana adanya perpaduan kaum. Timbalan Menteri Pelancongan ada menyatakan
bahawa dengan adanya layanan mesra yang diberikan oleh rakyat Malaysia kepada pelancong
asing, industri pelancongan akan terus mendapat tempat yang tertinggi walaupun agak
berkurangan dengan masalah penularan wabak H1N1. Tidak dapat dinafikan bahawa, rakyat
Malaysia dapat berinteraksi dengan baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan
bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum
dapat belajar dalam satu sekolah yang sama. Seperti peribahasa Melayu ada menyatakan
bahawa muafakat membawa berkat. Oleh itu, jelaslah perpaduan kaum bukan sahaja dapat
memupuk semangat patriotik malah dapat menarik lebih ramai pelancong asing ke negara
kita.

Seterusnya, sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan golongan majoriti di negara ini
tidak terlepas daripada masalah pergaduhan dan penindasan yang pernah berlaku di negara
kita. Pastinya sudah ada tertanam dalam pemikiran kita tentang rusuhan kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969 yang berlaku di negara kita. Pada masa itu, semua pemimpin dan rakyat
telah berusaha untuk menamatkan masalah tersebut. Lantasan itu, semua penduduk di negara
ini harus mengamalkan konsep perpaduan kaum dan bukan bersikap seperti enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing untuk mengelakkan perpecahan kaum. Bahkan
dengan perpaduan kaum juga dapat menjamin keamanan negara. Hal ini demikian kerana,
masyarakat yang bersatu padu dapat hidup berbaik-baik dan menghormati kaum lain sejajar
dengan dasar luar Malaysia yang digubal selepas Perang Dunia Kedua, hal ini sekali gus dapat
menjamin keamaan setempat. Peribahasa ada menyatakan bersatu kita teguh, bercerai kita
roboh. Perealiasasian pepatah ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang erat antara kaum.
Sebagai contoh, kaum Cina menghormati adat dan budaya kaum Melayu dan India. Memang
tidak dapat dinafikan, walaupun negara sudah mengamalkan konsep perpaduan, masih ada
lagi rusuhan-rusuhan kecil yang berlaku di negara ini seperti demontrasi jalanan yang berkaitan
dengan Akta ISA. Maka jelaslah bukan sahaja perpaduan kaum menjadi kunci kepada
keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat bahkan minda dan pemikiran juga
haruslah diisi dengan nilai-nilai yang positif agar tidak berlaku permusuhan.

Dasawarsa ini, pendidikan menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan
bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan
dan pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Sememangnya telah
dicatatkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bahawa ‘Pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi pontensi individu secara menyeluruh dan
bersatu padu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kapada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkemampuan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’ Secara tidak
langsung, dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan
berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui penggunaan dan
penghayatan kurikulum yang bersepadu, penggunaan bahasa dan sistem peperiksaan yang
sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dirancang dan
dilaksanakan sepanjang sesi persekolahan pelajar. Izharlah bahawa perpaduan kaum penting
dalam menjana masyarakat Malaysia yang mengutamakan semangat bersatu padu dalam
memenuhi konsep 1Malaysia seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.
Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan
dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum
ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata
pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam
sifat-sifat mulia seperti tolong-menolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk
tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat
negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara
kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua
memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan
kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara
yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini
berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan
sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Intihanya, sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat
perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh.

Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada
kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada
musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan
kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik
tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita
bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendahdengan
negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong, di samping ekonomi
negara yang semakin meningkat dengan drastiknya. Tidak mahukah kita mengecapi kejayan
tersebut? Mengapa semua rakyat Malaysia masa kini bersikapmembutakan mata dan
memekakkan telinga masing-masing dalam menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan
negara agar nama Malaysia gah di seantero dunia? Sudah pastinya terdapat jawapan bagi
kesemua persoalan tersebut walaupun jawapannya berbeza-beza. Konklusinya, imej negara
dapat ditingkatkan jika seluruh rakyat bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam
melaksanakan dan menjayakan rancangan kerajaan yang telah bertungkus lumus untuk
menyediakan perancangan kerajaan yang efektif seterusnya membawa imej negara terkenal di
seluruh dunia.

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita.
Usaha Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya
berbaloi dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang
lagikan bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada
kepada masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang
bakal berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh
itu, kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang
menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa
Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen
bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina
impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua rakyat perlulah
mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat
menyambut gamitan negara impian.

PERANAN IBU BAPA DALAM MENGGALAKKAN ANAK-ANAK MEMBELI BARANGAN BUATAN


MALAYSIA

Sebagai sebuah negara membangun yang akan menuju ke arah negara maju menjelang 2020,
Malaysia sebenarnya telah banyak menghasilkan dan mengeluarkan berbagai-bagai barangan
dan produk sendiri. Pada masa silam, negara kita tidak begitu maju menyebabkan barangan
dan produk yang dihasilkan oleh negara kita tidak dapat bersaing dengan barangan import.
Oleh sebab itu, rakyat kita mengagung-agungkan barangan luar negara khususnya generasi
muda begitu gila mengejar fatamorgana seperti produk elektronik yang canggih yang diimport
dari luar negara. Namun begitu, kini kita berada dalam zaman ledakan maklumat, barangan
keluaran tempatan sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan
sesetengah produk keluaran negara kita lebih berkualiti daripada barangan import. Menurut
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, masih ramai lagi yang tidak mengetahui atau
menyedari kebaikan dan kualiti sebenar barangan buatan negara kita. Persoalannya kini,
apakah peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan
Malaysia? Oleh hal yang demikian, peranan ibu bapa yang mewarnai fokus perbincangan akan
dikupas secara terperinci.

Lontaran idea yang pertama, ibu bapa sewajarnya menerangkan kelebihan pembelian
barangan buatan negara kepada anak-anak mereka supaya mereka dapat memahami
manfaat-manfaatnya dan membeli barangan buatan Malaysia. Hal ini disebabkan generasi
muda menganggap kualiti produk negara kita tidak setanding dengan produk-produk yang
diimport dari luar negara. Dengan menjelaskan kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia
kepada anak-anak, sikap prejudis dan prasangka serta memandang rendah terhadap barangan
tempatan dari sudut pemikiran anak-anak akan dilontar jauh-jauh oleh ibu bapa. Contoh yang
paling ketara dengan kita ialah ibu bapa menunjukkan sokongan terhadap kempen-kempen
yang telah dianjurkan oleh pihak-pihak berkenaan seperti Kempen Beli Barangan Buatan
Malaysia kepada anak-anak mereka untuk memastikan anak-anak mengetahui secara
mendalam tentang produk-produk Malaysia agar mereka menyokong produk negara kita.
Selain itu, ibu bapa juga boleh membawa anak-anak mereka menghadiri ceramah tentang
kepentingan pembelian barangan buatan Malaysia supaya anak-anak sedar akan manfaat
yang diperoleh negara kita sekiranya mereka membeli dan menggunakan produk Malaysia.
Tegasnya, kebaikan pembelian barangan buatan Malaysia sepatutnya diterangkan oleh ibu
bapa kepada anak-anaknya agar mereka bijak memilih barangan yang lebih berkualiti dengan
harga yang lebih rendah.

Suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah ibu bapa seyogianya membawa anak-
anak mereka ke pameran barangan ciptaan Malaysia. Hal ini akan memberikan pendedahan
kepada anak- anak tentang pelbagai barangan tempatan yang terdiri daripada berbagai-bagai
bentuk dan keunikannya yang tersendiri jika ibu bapa membawa anak-anak mereka ke
pameran tersebut. Biar kita ambil contoh, ibu bapa boleh membawa anak-anak berkunjung ke
Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia
yang melibatkan premis perniagaan di seluruh negara. Impaknya, karnival sebegini akan
mencelikkan minda anak-anak agar mereka mengetahui kualiti dan kelebihan produk Malaysia
sehingga berminat untuk membeli barangan buatan Malaysia dan menggunakannya. Hal inilah
yang dikatakan tak kenal maka tak cinta. Sekiranya ibu bapa tidak membawa anak-anak ke
pameran barangan ciptaan anak watan Malaysia, anak-anak akan terus menganggap
barangan buatan Malaysia tidak berkualiti dan enggan menggunakan barangan Malaysia.
Jelaslah bahawa ibu bapa perlulah membawa anak-anak mengujungi pameran ini untuk
menyedarkan anak-anak tentang barangan buatan Malaysia dan ibu bapa berpeluang untuk
membeli barangan Malaysia yang menawarkan potongan harga yang berpatutan. Hal ini
bersesuaian dengan peribahasa sambil menyelam minum air.

Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa perlu menjadi role model kepada anak-anak
disebabkan anak-anak akan sentiasa mengikuti jejak langkah kedua-dua orang tua mereka
kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Ibu bapa perlu berbuat demikian kerana mereka
merupakan guru pertama kepada anak-anak. Anak-anak diibaratkan seperti sebutir permata
yang belum digilap, ibu bapa yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian
yang indah dan bersinar. Dalam konteks ini, anak-anak yang meniru perbuatan ibu bapa akan
menjadikan barangan buatan Malaysia sebagai pilihan utama ketika membeli-belah di
kompleks beli belah kerana ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Sebagai analoginya, ibu
bapa haruslah membeli barangan elektrik buatan Malaysia seperti Philips dan Panasonic,
kereta buatan Malaysia seperti kereta seperti Myvi, Preve dan Viva serta barangan buatan
Malaysia di kedai Satu Malaysia. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sepatutnya menunjukkan
suri teladan yang baik kepada anak-anak mereka dengan menyokong produk Malaysia yang
berkualiti ini dan ibu bapa jangan bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, ibu bapa selayaknya memupuk
perasaan cinta akan negara kepada anak-anak mereka sejak di bangku sekolah kerana
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini berlaku kerana semangat patriotik perlu
diterapkan ke dalam sanubari anak-anak agar mereka terpanggil untuk membeli barangan
buatan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
menyuburkan minat anak-anak terhadap barangan buatan Malaysia melalui mata pelajaran
Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Bahasa Malaysia. Secara tidak
langsung, anak-anak yang disuntik dengan nilai cinta akan negara, sanggup berkorban untuk
negara dan taat setia kepada raja dan negara akan membeli serta menggunakan barangan
buatan Malaysia dengan perasaan bangga. Izharlah bahawa semangat patriotik seyogianya
diterapkan ke dalam jiwa anak-anak oleh ibu bapa supaya produk Malaysia laris di pasaran
antarabangsa dan ekonomi negara kita dapat dimajukan serta dapat menjadi negara kita
duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain.

Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan, ibu bapa memainkan peranan yang
sangat signifikan dalam menggalakkan anak-anak mereka membeli barangan buatan Malaysia
kerana ibu bapa merupakan insan yang terdekat dengan anak-anak mereka. Jika ibu bapa
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna, sudah tentu generasi muda akan
berminat untuk membeli dan menggunakan produk Malaysia. Oleh itu, usaha-usaha yang
efektif lagi pragmatik ini perlu dijalankan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak
mereka membeli barangan buatan Malaysia supaya dapat membantu pembangunan ekonomi
negara kita. Persis kata orang tua-tua dahulu, yang bulat tidak akan datang bergolek, yang
pipih tidak akan datang melayang. Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita
bersama-sama bersinergi dalam menjadikan impian ini bukan sekadar omong-omong kosong
malah sebagai rakyat yang mempunyai jati diri yang utuh mengutamakan pembelian barangan
buatan Malaysia sebagai suatu kemestian yang perlu dilaksanakan.
Siapalah kita tanpa ibu? Siapalah yang menjaga kita sejak kita belum lagi dilahirkan jikalau
bukan ibu? Siapalah yang sanggup mencuci najis kita kala kita masih kecil sekiranya bukan ibu?
Ibu, satu perkataan yang cukup ringkas tetapi amat bermakna buat semua individu. Ibu
merupakan insan yang paling banyak berjasa dalam hidup setiap orang. Sejak daripada hari ibu
mengetahui tentang kandungannya itu, sejak itulah dia menjaga kita bagai menatang minyak
yang penuh. Walaupun belum pernah bersua muka, namun ibu menjaga kita seperti dia
mengandungkan sebakul berlian. Ketika kita di dalam perut ibu, ibu mengambil pemakanan
yang seimbang untuk memastikan janinnya berada dalam keadaan yang sihat dan tidak
terdedah kepada penyakit. Begitulah sayangnya seorang ibu kepada anaknya. Namun,
terdapat juga sesetengah manusia yang tidak tahu menghargai pengorbanan seorang ibu yang
sungguh besar untuk bertarung nyawa demi melahirkan mereka. Sesungguhnya, seorang ibu
itu perlulah dihargai hingga ke akhir hayat mereka.

PERANAN ANAK-ANAK KEPADA IBUBAPA


Kita perlulah menghargai ibu kita sejak kecil lagi kerana ibulah yang sentiasa memberikan
semangat kepada kita unutk meneruskan kehidupan. Kita hendaklah mematuhi segala kata ibu
dan sebagai seorang anak, kita tidak seharusnya melawan atau membantah arahan mereka.
Sekiranya mereka memarahi kita, kita tidak sepatutnya menarik muka atau menyimpan
dendam kerana setiap kali seseorang ibu itu marah, itu menunjukkan bahawa dia sayang
kepada kita dan dia tidak mahu kita melakukan kesilapan yang sama berulang kali. Kita juga
mestilah bercakap dengan sopan dan lemah lembut kepada mereka kerana hati seorang ibu itu
sungguh sensitif dan sesungguhnya kita akan mendapat dosa setiap kali hati ibu terguris
disebabkan oleh perbuatan atau percakapan kita.

Selain itu, jika sudah bersekolah, kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh dan tekun
untuk mencapai kejayaan dengan cemerlang. Hal ini disebabkan oleh kejayaan anak
merupakan kebanggaan ibunya. Kejayaan yang kita kecapi dapat menggembirakan hati ibu
sekali gus menunjukkan rasa sayang dan cinta kita kepada ibu kita. Kajayaan-kejayaan di
sekolah seperti mendapat tempat pertama dalam peperiksaan mahupun mendapat markah
tertinggi dalam sesuatu subjek merupakan detik-detik indah bagi seorang ibu kerana perkara
ini menunjukkan bahawa dia telah membimbing dan mendidik anaknya dengan baik. Kita juga
perlulah menuntut ilmu dengan sebaik-baiknya untuk melanjutkan pelajaran ke institusi
pengajian tinggi dengan memperoleh keputusan yang cemerlang agar ibu kita dapat
berbangga dengan kejayaan yang kita kecapi. Di samping itu, kita haruslah menjaga kelakuan
dan percakapan kita di sekolah dan mengingati pesan ibu untuk menjaga nama baik keluarga.
Hal ini dapat mengelakkan daripada ibu untuk datang ke sekolah berjumpa dengan guru dan
berasa malu atas sikap buruk kita di sekolah. Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengingati
pesan ibu dan belajar dengan bersungguh-sungguh agar dapat menyejukkan hati mereka.

Seterusnya, kita juga boleh menunjukkan penghargaan atas jasa dan pengorbanan ibu
melalui sambutan hari istimewa seperti hari lahir dan Hari Ibu. Hari-hari istimewa hanya
datang sekali dalam setahun, oleh itu, kita hendaklah menggembirakan hati ibu serta
menghiburkannya pada hari yang cukup bermakna itu. Kita boleh memberikan hadiah yang
isitimewa kepada ibu sebagai simbol penghargaan kita kepadanya seperti bunga, rantai
ataupun barang-barang yang disukai olehnya. Hadiah-hadiah akan disimpan oleh ibu dan
semestinya akan membuatkan anaknya berasa dihargai. Kita juga boleh membeli kek berperisa
kegemaran ibu pada hari lahirnya dan menyanyikan lagu selamat hari lahir untuknya
seterusnya menikmati kek itu bersama-sama keluarga tercinta. Perkara-perkara kecil seperti
ini sememangnya dilihatkan seperti upacara biasa tetapi besar maknanya bagi seorang ibu.

Di samping itu, kita mestilah menjaga ibu kita dan membalas jasa mereka sehingga kita
dewasa. Walaupun sudah mempunyai kerjaya dan sibuk menguruskan hal duniawi, kita tidak
patut mengabaikan ibu kita. Kita hendaklah sentiasa menghormati ibu kita dan bercakap
dengan sopan terhadapnya walaupun dia sudah tua dan tidak bermaya lagi. Kita sepatutnya
menjaga ibu kita dengan penuh kasih sayang seperti mereka menjaga kita ketika kecil dengan
berbakul-bakul rasa cinta. Perbuatan menempatkan ibu sendiri di rumah orang tua dengan
alasan sibuk bekerja adalah tidak patut sama sekali. Ibu juga sibuk bekerja ketika kita masih
kecil tetapi masih ada masa untuk menjaga dan melayan karenah kita, mengapa pula kita tidak
begitu? Tanggungjawab anak tetap ada untuk menghargai jasa ibu selagi hayat dikandung
badan. Tiada alasan sibuk bekerja patut diberikan dalam menjaga ibu kita sendiri. Konklusinya,
kita tidak seharusnya mengabaikan ibu kita walau betapa padatnya jadual harian kerana itu
merupakan satu amanah sebagai seorang anak.

Akhir sekali, kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Tuhan agar kesihatan ibu terjamin serta
kehidupannya lebih sejahtera. Penghargaan kepada jasa dan pengorbanan seorang ibu tidak
semestinya ditunjukkan secara terang-terangan, berdoa untuknya juga merupakan tanda
menghargai jasa ibu kita. Kita hendaklah berdoa dengan ikhlas agar doa itu dapat
dimakbulkan. Kita juga boleh menghargai jasa ibu setelah dia meninggal dunia. Sebagai
contoh, sebagai umat Islam, kita hendaklah menyedekahkan surah Yasin dan surah Al-Fatihah
kepada arwah ibu kita agar jasadnya berada dalam keadaan yang aman. Kita juga boleh
menggunakan wang peninggalan ibu untuk bersedekah kepada anak yatim dan fakir miskin
serta mendoakan kesejahteraan ibu di alam akhirat supaya rohnya tenang dan aman.

Tuntasnya, pengorbanan dan jasa seorang ibu amat besar dalam kehidupan kita. Tanpa ibu,
kita tidak akan berada seperti kita sekarang. Sesungguhnya, jasa ibu itu wajib dikenang dan
dihargai selagi kita masih bernyawa. Pengabaian dan penderhakaan terhadap ibu hanya
menyumbangkan dosa besar kepada kita. Oleh hal yang demikian, kita perlulah sentiasa
menjaga dan menyayangi ibu kita dengan sepenuh hati selama kita masih dikandung hayat
agar ibu kita rasa dihargai atas pengorbanannya dalam menahan sakit ketika mengandungkan
kita, bertarung nyawa demi melahirkan kita serta berkorban masa, tenaga dan wang untuk
membesarkan kita. Maka, ternyatalah bahawa jasa seorang ibu itu amatlah besar dan
benarlah peribahasa yang mengatakan bahawa, Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Huraikan peranan anda sebagai seorang remaja dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Berikut adalah sebahagian daripada lirik lagu Remajapersembahan kumpulan nasyid Unic
yang menggambarkan signifikannya peranan remaja pada masa ini. Lagu yang menyuntik
semangat ini menyeru para remaja agar menggunakan masa dengan sebaik-baiknyanya dan
mempunyai iltizam yang kuat demi memajukan diri masing-masing. Melalui usaha yang gigih
dan tabah tanpa mengenal jemu dalam bidang yang diceburi serta memiliki sahsiah yang
terpuji, remaja akan menjadi anak watan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan
nusa. Remaja kini begitu terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi
pengaruh media massa, pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa dan
masyarakat ataupun konflik pergolakan antarabangsa yang semakin hari semakin mendapat
liputan meluas di dada-dada akhbar seluruh negara. Pergolakan antarabangsa yang berlaku
sedikit banyak mempengaruhi akidah remaja kita. Remaja yang rata-ratanya mempunyai
semangat inkuiri atau ingin tahu yang tinggi berserta gelodak keinginan untuk mencuba
sedaya upaya sehingga berjaya bak kata pepatah, Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai
ke pangkal lengan, perlu dipandu dan ditarbiah ke jalan yang benar baik melalui diri sendiri, ibu
bapa, guru-guru, masyarakat mahupun kerajaan memandangkan remajalah yang bakal
memegang tampuk pemerintahan negara ini lantas mencorakkannya menjadi sebuah negara
yang unggul dan terbilang. Negara memerlukan remaja yang mempunyai nilai mandiri dan jati
diri yang utuh di samping berdaya saing serta berfikiran kreatif dan inovatif. Namun demikian,
amatlah malang kepada negara kita jika remaja yang diharap-harapkan akan sentiasa
mendukung panji, Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara kini dikaitkan dengan isu
keruntuhan akhlak. Perbuatan yang melanggar norma, aturan atau hukum dalam masyarakat
yang dilakukan pada usia remaja ini dikatakan membawa petanda yang tidak baik kepada
generasi akan datang bak kata pepatah, Air perabung mengalir ke cucur atap. Isu ini begitu
hampir dengan saya memandangkan saya juga seorang insan yang bergelar remaja justeru
saya mempunyai peranan dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji agar memiliki ciri-ciri
remaja cemerlang dambaan negara.

Sebagai seorang remaja, dalam membentuk sahsiah diri yang terpuji, saya akan mendalami
ilmu agama dan mencintai Allah. Ilmu agama merupakan ilmu yang mendekatkan diri
seseorang kepada Maha Pencipta iaitu Allah s.w.t. Tiada ilmu yang lebih mulia melainkan ilmu
agama di dunia ini iaitu ilmu dan pengetahuan Islam yang syumul. Perkara ini boleh dibuktikan
melalui pernyataan rasa yang disuarakan oleh ilmuan sains yang terkenal iaitu Albert Einstein
yang menyatakan bahawa agama tanpa ilmu adalah buta, ilmu tanpa agama adalah lumpuh.
Jelas dapat dilihat bahawa ilmu dan agama mempunyai hubung kait yang sangat akrab.
Seseorang yang mendalami ilmu tetapi tidak berlandaskan atau berpaksikan agama tidak akan
merasai nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. Saya akan mendalami ilmu agama
dengan membaca dan memahami Al-quran, mengkaji hadis-hadis dan menyelami sirah nabi
serta para sahabat. Akhlak Rasulullah yang terpuji dan sempurna yang terkandung dalam Al-
quran dan hadis itu pastinya akan menjadi sumber primer saya bagi membina pemahaman
yang kukuh tentang kemuliaan dan kehebatan memiliki sahsiah yang terpuji. Pembelajaran
melalui pembacaan dan penelaahan yang mendalam sebegini mampu memberi input yang
berguna seperti memahami nilai yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-hari. Nilai-
nilai seperti ketakwaan, kesabaran, kegigihan, keikhlasan dan bertanggungjawab semuanya
memandu diri saya membina peribadi mulia. Pengajaran daripada Al-quran dan hadis mampu
memberikan anjakan paradigma kepada saya dalam melahirkan segala tindak tanduk
berpaksikan tuntutan agama. Jikalau saya tidak memahami kandungan Al-quran ataupun
hadis, saya akan berjumpa dengan ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan yang
luas berkaitan dengan agama yang kudsi ini. Saya akan meluangkan masa untuk pergi ke
perpustakaan bagi mendalami ilmu agama kerana di perpustakaan, suasananya yang hening
mampu menenangkan fikiran dan mendamaikan jiwa. Dengan mendalami ilmu agama, saya
yakin saya mampu membentuk sahsiah diri yang terpuji kerana saya akan memperlihatkan
kesopanan berbudi bahasa, kemanisan berkata-kata dan kemampuan memberikan buah fikiran
dengan penuh tertib serta matang berlandaskan akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Jelasnya, saya
tidak akan terjebak dalam isu keruntuhan akhlak remaja malah menjadi penyumbang kepada
generasi masa hadapan yang memiliki sahsiah terpuji.

Selain itu, satu lagi modus operandi yang sepatutnya saya lakukan adalah dengan
menumpahkan ketaatan sepenuhnya kepada ibu bapa saya. Ibu bapa merupakan dua insan
yang paling dekat dengan diri saya kerana sesudah saya dilahirkan di muka bumi ini,
saya Ditatang bagai minyak yang penuh oleh mereka. Begitu besar pengorbanan ibu bapa
terhadap saya bermula dengan ibu yang mengandungkan saya dengan jerih payahnya selama
sembilan bulan sepuluh hari ditambah pula dengan jasa bapa yang bertungkus lumus mencari
nafkah bagi menyara keluarga. Walaupun cuma untuk sesuap nasi tetapi itulah titik peluh
ikhlas yang dilakukan oleh bapa kepada saya. Saya tidak ingin hidup seperti Si Tanggang atau
Si Malim Kundang yang merupakan anak derhaka terhadap ibunya. Saya akan taat kepada ibu
bapa dengan cara mendengar dan menerima nasihat yang diberikan mereka dengan tangan
yang terbuka dan hati yang lapang. Jika saya tidak bersetuju sekalipun, saya tidak akan
memberontak dan meninggikan suara ketika memberikan pendapat malah saya akan
berbincang dengan cara yang paling berhemah atau bertatasusila bagi menyelesaikan segala
permasalahan yang berlaku sesuai dengan peribahasa, Buang yang keruh ambil yang jernih.
Allah telah memberikan kedudukan yang tinggi kepada ibu bapa dan menyuruh setiap anak
berbuat baik kepada mereka. Perkara ini jelas diterangkan melalui firman Allah dalam Surah Al-
Israk ayat 23 yang menyuruh kita berbakti kepada ibu bapa. Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam satu wawancara menyatakan
bahawa remaja boleh membina peribadi mulia dengan mentaati ibu bapa melalui perbuatan
yang baik, melaksanakan hak-hak mereka dan menjauhkan diri daripada perilaku yang boleh
menyakiti hati dan kehidupan mereka. Taat kepada ibu bapa adalah amalan yang wajib
ditunaikan setiap anak. Ketaatan adalah cara paling baik mendekatkan diri kepada Allah
kerana taat kepada ibu bapa bererti mentaati perintah-Nya juga. Berbakti kepada ibu bapa
membawa berkat. Terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Sesiapa yang ingin
dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada ibu
bapanya dan menyambung tali silaturahim." Tegasnya, mentaati ibu bapa mampu menjadikan
diri saya sebagai individu yang mempunyai sahsiah diri terpuji dan terhalang daripada
melakukan perkara-perkara yang merosakkan akhlak.

Di samping itu, prakarsa ataupun peranan lain yang dapat saya laksanakan adalah dengan
menghormati guru-guru. Sepanjang pembelajaran saya hatta sekalipun saya tidak lagi bergelar
pelajar, saya akan menghormati guru-guru saya sebagai tanda terima kasih kepada mereka
kerana mereka telah bersungguh-sungguh mengajar sehingga saya mampu berdiri dan berpijak
di bumi yang nyata dengan menjadi insan yang sebaiknya dan berguna. Guru telah banyak
berkorban demi memartabatkan ilmu dan banyak berjasa bermula daripada mereka mengajar
kita membaca, menulis dan mengira. Mereka tidak pernah mentertawakan kesalahan yang
saya lakukan malah membetulkan setiap satu daripadanya lantas menepati mutiara kata
cendekiawan Wellington iaitu, ‘Usah merendahkan diri seseorang kerana tabiat buruknya
tetapi bimbinglah ia ke jalan yang lebih baik”. Saya akan menerima dan menjadikan nasihat,
bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sebagai pendorong dan motivasi untuk saya berjaya
menjadi modal insan kelas pertama yang mampu mendaki ke puncak menara gading. Guru
bukan sahaja sebagai ibu, bapa, pengajar, pendidik, pengasuh, penasihat dan pembimbing
malahan guru adalah segala-galanya bagi seorang pelajar. Segala kesusahan yang
ditempuhinya dalam mendidik anak-anak muridnya sepatutnya dikenang dan dihargai kerana
tanpa jerih payah seorang guru itu, pelajarnya akan menjadi manusia yang tidak berguna di
dunia dan di akhirat. Dengan ilmulah manusia diangkat menjadi makhluk termulia di sisi Allah
s.w.t. sehingga dijadikan sebagai khalifah-Nya di muka bumi. Semua ini tidak akan tercapai
kecuali dengan kita menjaga peradaban dan rasa hormat yang ikhlas terhadap penyampai ilmu
tersebut iaitu guru, pewaris para nabi. Justeru dengan menghormati guru, saya mencetuskan
rasa insaf dalam diri dan bertatih membentuk sahsiah diri yang terpuji.

Dalam pada itu, saya akan menjalinkan hubungan yang baik dengan rakan-rakan dan
taulan. Secara perbandingannya, seorang remaja akan meluangkan masa yang lebih bersama-
sama rakan-rakannya berbanding dengan ibu bapa atau saudaranya. Hal ini demikian kerana
selain keluarga tercinta yang dekat di hati, rakan merupakan tempat mengadu, mencurah
perasaan dan berkongsi masalah. Sehubungan dengan itu, saya akan menjaga atau
memelihara hubungan yang baik dengan rakan tidak kira sama ada rakan saya berlainan
agama, kaum mahupun warna kulit. Seseorang yang mempunyai sahsiah diri yang terpuji harus
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Saya juga sedaya upaya tidak akan
menimbulkan isu sensitif terutama isu agama. Saya akan mengambil iktibar daripada peristiwa
13 Mei 1969 yang telah mengorbankan banyak nyawa yang berpunca daripada rusuhan kaum.
Saya akan memberikan pertolongan kepada rakan yang memerlukan bantuan kerana dia
merupakan rakan yang baik dan telah membantu ketika saya dalam kesusahan. Dalam
kehidupan yang singkat ini, saya perlu berbaik-baik dengan semua orang dan bekerjasama
dalam semua bidang kerana Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Kita
digalakkan mencari teman yang baik dan meramaikannya seperti kata-kata
pujangga, Berkawan biar seribu tetapi musuh jangan sesekali dicari. Saya akan menjadi
seseorang yang dapat memberi manfaat dari aspek dorongan, nasihat, ilmu dan sebagainya
kepada orang lain. Rakan-rakan juga tidak akan berasa kekok apabila berkawan dengan saya
sekiranya saya tidak bersikap bagai Buntal kembung. Apabila saya menjalinkan hubungan baik
dengan rakan-rakan, masalah kebejatan moral tidak akan ada dalam kamus hidup saya sejajar
dengan visi saya untuk menjadi remaja yang mempunyai sahsiah terpuji.
Peranan saya yang terakhir adalah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak
bermoral. Seseorang yang ingin mempunyai sahsiah diri yang terpuji tidak bisa melakukan
perkara negatif yang mampu meruntuhan akhlak lantas menjatuhkan imej diri sendiri,
keluarga, bangsa dan negara. Saya tidak akan mudah terpedaya dengan hasutan syaitan yang
membisikkan madah berhelah kepada anak Adam agar melakukan dosa. Saya sentiasa
berwaspada dengan ajakan syaitan yang telah berjanji akan menyesatkan umat manusia dek
sebab Allah s.w.t. telah mencampakkannya keluar dari syurga kerana tidak mahu sujud kepada
Nabi Adam. Kesombongan yang merajai di hati syaitan adalah kerana dia diciptakan daripada
api manakala Adam daripada tanah. Kedegilan syaitan kian hari kian diwarisi manusia hingga
pelbagai kebejatan moral dan perlakuan hedonisme mewarnai kehidupan hinggakan nilai-nilai
murni dikesampingkan. Saya tidak mahu terjebak dalam kancah yang serba menyesakkan
nafas dan boleh memusnahkan visi dan misi saya sebagai seorang muslim yang cemerlang dan
memiliki sahsiah yang terpuji. Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Chee pernah
menyuarakan pendapat bahawa, para belia harus diasuh dan dididik agar memainkan peranan
penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej di mana-mana sahaja dan
pada bila-bila masa. Akhlak yang baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan
bebas, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga batas-batas aurat dan menjaga hubungan
baik sesama individu di sekeliling kita. Tanggapan pertama orang lain terhadap kita amat
penting kerana dari situlah orang lain akan dapat menilai diri kita yang sebenar.

Kesimpulannya, gagasan dan tugas untuk memupuk, membangunkan dan meningkatkan


mutu akhlak dalam kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Tugas ini tidak dapat
dilakukan dengan jayanya kecuali oleh manusia yang berjiwa besar dan mempunyai kualiti
kemanusiaan yang tinggi. Saya yakin berlandaskan lima prinsip yang saya pegang di atas,
dengan izin Allah, saya dapat membentuk sahsiah diri yang terpuji. Pemupukan sahsiah diri ini
saya yakin akan membentuk saya menjadi seorang yang beriman dan bertakwa, mempunyai
iltizam yang tidak berbelah bahagi, mempunyai nilai kerohanian yang amat tinggi serta
mewarisi ciri-ciri akhlak perjuangan Rasulullah s.a.w. Mutiara kata ulamak tersohor Hamka
akan saya jadikan pedoman dalam meniti kehidupan ini. Menurut beliau, “Aku hairan melihat
orang menyisir rambutnya setiap hari, tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemas
dadanya, tidak pernah mencuci hatinya. Digosok kasutnya tetapi tidak akalnya.” Tidak akan
saya lakukan perkara yang sia-sia yang bisa menyesatkan saya daripada landasan sebenar
sebaliknya pemurnian hati, pemantapan akhlak, ilmu dan akidah akan terus menjadi pegangan
perjalanan hidup saya. Semoga isu keruntuhan akhlak remaja akan lenyap agar tidak lagi
menebarkan budaya negatif kepada generasi yang akan datang bak kata peribahasa, Sebab
nila setitik rosak susu sebelanga. Ayuh remaja, bertindaklah segera dalam memainkan peranan
anda dalam mengekang isu keruntuhan akhlak yang sangat sinonim dengan golongan remaja!
Terangkan kebaikan-kebaikan sektor industri kepada rakyat dan negara.

Penggubalan dasar perindustrian di Malaysia adalah lebih menjurus ke arah untuk


meningkatkan sumbangan dan prestasi sektor perindustrian negara. Memetik kata-kata
daripada mantan Perdana Menteri Ke-4, Tun Mahathir Mohamed, 1989 yang berbunyi, "usaha-
usaha untuk menjadikan sektor perindustiran, terutamanya sektor pembuatan punca utama
pertumbuhan ekonomi negara berjalan dengan lancar. Sektor perindustrian bagi sektor
pembuatan akan menjadi tulang belakang ekonomi negara pada masa hadapan, kerajaan akan
membuat pengubahsuaian segala dasar dan strategi serta berusaha memperluaskan asas
perindustrian dalam sektor pembuatan". Nah, Sudah terang lagi bersuluh,Malaysia telah
melalui proses penekanan ketara dalam meningkatkan tahap industri negara sejak awal tahun
80-an lagi. Kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed dalam mentadbir
negara bermula pada tahun 1981 sehingga 2003 telah menyinarkan cahaya keilmuan yang
hampir padam. Pada Februari 1991, beliau telah mengemukakan ‘Wawasan 2020’ sebagai
matlamat jangka masa panjang untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang
membangun dan mempunyai nilai kualiti tinggi. Pendekatan ini telah mewujudkan masyarakat
makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental. Menurut beliau lagi,
matlamat kesembilan daripada Wawasan 2020 ini semestinya menjadi keutamaan masyarakat
Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Seiring dengan dasar tersebut, melalui agenda
sektor perindustrian sudah pasti aspirasi negara maju menjelang 2020 akan dapat
direalisasikan. Malahan, peranan sektor perindustian tidak perlu lagi dipertikaikan kerana
banyak membawa kebaikan sama ada kepada rakyat mahupun negara.

Sebagai pembuka kata dan bicara , kebaikan yang dibawa oleh sektor perindustrian terhadap
negara ialah dasar ini menyebabkan negara kita mampu mengurangkan import terutama
barangan tertentu. Sebagai bukti, import pada bulan Oktober 2009 menurun sebanyak 2.3%
berbanding September 2008 disebabkan kemerosotan import barang pengantara sebanyak
10% terutamanya barangan elektrik dan elektronik (E&E) sebanyak 8.5% dan produk besi dan
keluli sebanyak 28%. Pengurangan import ini berupaya dilakukan kerana sektor perindustrian
negara telah berjaya menghasilkan produk yang sama terutama barangan elektrik dan
elektronik pada harga yang lebih murah. Selain itu, kalau dahulu negara kita pada era 70-an
terpaksa mengimport kereta dari negara Jepun atau negara barat tetapi kini keadaannya amat
berbeza sekali seperti langit dengan bumi kerana negara kita sekarang sudah mampu berdiri di
atas kaki sendiri dalam menghasilkan kereta buatan sendiri iaitu Proton mahupun Perodua.
Situasi ini turut memberikan kesan terhadap kadar imbangan perdagangan luar negara
kerana kurang wang yang mengalir ke luar negara untuk membayar barangan yang diimport.
Lantas, wang tersebut mampu digunakan untuk pembangunan sektor-sektor lain. Jadi, sumber
kewangan negara yang berlebihan itu dapat digunakan untuk meninggikan taraf hidup rakyat.
Tegasnya, kemajuan dalam sektor perindustrian berjaya mengurangkan import negara yang
dulunya negara kita terlalu bergantung kepada barangan import tersebut.

Ekoran daripada pengurangan import negara terhadap barangan tertentu, memang tidak
dapat disangkal lagi bahawa sektor perindustrian juga dapat meningkatkan permintaan
terhadap bahan mentah di negara ini. Pertumbuhan pesat dalam sektor perkilangan sudah
tentu membawa peningkatan dalam permintaan terhadap bahan mentah umpama cendawan
tumbuh selepas hujan. Seterusnya, menjadi antara intipati perindustrian untuk menghasilkan
pelbagai produk mengikut permintaan masyarakat di seantero dunia. Sebagai analogi yang
sudah diketahui umum, negara kita pernah ditakluki oleh kuasa asing untuk menguasai sumber
bahan mentah negara kerana harganya yang tinggi dan permintaannya meluas dalam pasaran
antarabangsa. Berdasarkan perangkaan terkini, sumber bahan mentah seperti getah,
petroleum dan kelapa sawit masih mempunyai pasaran yang meluas di peringkat globalisasi.
Berdasarkan Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia pada tahun 2012, didapati pengeluaran
minyak kelapa sawit meningkat sebanyak 7.9% kepada RM4.5 bilion. Keadaan ini tentunya
menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara kerana negara mengeksport sumber-
sumber ini ke luar negara. Di samping itu, sumber bahan mentah seperti petroleum diperlukan
dalam proses pengetinan makanan dan minyak petrol bagi sektor perindustrian di negara kita.
Malahan, minyak masak dan sabun yang dihasilkan turut menggunakan kelapa sawit sebagai
sumber bahan mentah. Secara tidak langsung, harga komoditi negara sudah pasti meningkat
dengan mendadak dan memberi keuntungan kepada negara. Izharlah, kepesatan dalam
sektor perindustrian sudah ketara dapat meningkatkan permintaan terhadap sumber bahan
mentah negara.
Dalam pemilihan bidang kerjaya, minat menjadi faktor utama. Bincangkan.
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita
telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana pelbagai sektor
pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita menghabiskan masa selama
enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini,
pelajar sentiasa disoal oleh guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?” Semasa dalam
tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai berdasarkan
minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka,
kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah
hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya
telah menetapkan matlamat tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka
ada hala tuju dalam hidup tidaklah seperti layang- layang yang terputus tali dan tidak
menyesal dengan keputusan yang diambil. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor,
juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi
dalam pemilihan sesuatu bidang kerjaya? Hakikatnya, minat merupakan salah satu faktor
dominan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan
bersama.

Kita dapat menyaksikan betapa minat merupakan faktor paling dominan yang mempengaruhi
seseorang dalam pemilihan kerjaya mereka. Dalam konteks ini, minat juga akan menyebabkan
seseorang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita mereka. Bertitik
tolak daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk meraih kejayaan yang cemerlang
dalam peperiksaan SPM mahupun STPM. Pelajar haruslah memberikan tumpuan semasa guru
mengajar di dalam kelas. Kesannya, pelajar akan lebih mudah memahami sesuatu pelajaran
dan menjawab soalan peperiksaan dengan senang. Sikap kesungguhan ini dapat digambarkan
melalui peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tegasnya, seseorang yang
mempunyai minat akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan kerjaya yang
diidam-idamkannya menjadi kenyataan.
Umum mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar harus memilih subjek
yang berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh mereka. Hal ini secara tidak langsung
akan menyebabkan mereka lebih mahir dalam menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana
sudah mengetahui dan membuat persediaan yang rapi umpama sediakan payung sebelum
hujan. Dengan perkataan yang lain, pelajar seharusnya mengambil subjek yang berkaitan
dengan cita-cita masing-masing semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Dalam zaman yang serba canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi
keputusan yang cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut
diberi keutamaan. Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah jika
seseorang ingin menjadi seorang jurutera, subjek yang mesti dipilih ialah Lukisan kejuruteraan.
Sebagai langkah untuk merealisasikan kerjaya idaman dan cita-cita yang menggunung tinggi
ini, pelajar haruslah memilih subjek yang seiring dengan kursus yang dipilih mereka.

Sesungguhnya, seseorang pelajar sudah pasti mempunyai idolayang ingin dicontohi sebelum m
ereka menentukan kerjaya masadepan. Biasanya, idola yang dipilih memang dikagumi danme
nepati dengan kerjaya yang dipilih. žSebagai contoh,seseorang yang ingin menjadi seorang arki
tek, mereka bolehmenjadikan arkitek negara yang terkenal dan gah namanya dipersada dunia i
aitu Hijjas Kasturi sebagai idolanya. Bukan itusahaja, malah segala ketekunan, kegigihan dan k
ekreatifanbeliau akan dijadikan sebagai teladan dalam menggapai kerjayaidaman mereka. Imp
aknya, seseorang yang dijadikan idolaseharusnya mampu mempengaruhi pemikiran, tindak tan
dukdalam membuat keputusan serta kesungguhan seseorang untukmemastikan kerjaya yang d
ihasratkan dapatdirealisasikan. Sememangnya, idola dapat mempengaruhi seseorang dalam m
embinasemangat dan motivasi ke arah menjadikan kerjaya sebagai kenyataan bukannyaomon
g-omong kosong sahaja.
Ironisnya, jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa,
sudah tentulah punah harapan mereka. Hal ini bermakna, seseorang yang hanya mempunyai
minat tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa mereka tentang pemilihan
kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di peringkat awal lagi. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong minat anak-anak walaupun pemilihan kerjaya
mereka bertentangan dengan harapan kedua-dua ibu bapa. Bagi menyokong pemilihan
kerjaya anak-anak mereka, ibu bapa boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak
dalam memenuhi kriteria yang diperlukan. Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan
dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama ada dalam bentuk material
mahupun spiritual. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan menyokong minat anak-anak
mereka dalam merealisasikan kerjaya masa depan anak-anak mereka.

Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam, minat menjadi
prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks ini, ibu bapa memainkan
peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-
anak mereka memerlukan sokongan dan dorongan daripada mereka sama ada dari aspek
mental, spiritual mahupun fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan spiritual ialah
ibu bapa perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan dari aspek fizikal
pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti buku rujukan dan
menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat dilaksanakan maka tidak ada lagi
orang yang akan sesat di perjalanan untuk memilih kerjaya kerana mereka menetapkan
sasaran dari awal lagi. Walaupun demikian, jika seseorang mempunyai minat dan hala tuju
yang jelas, tetapi mereka bersikap genggam-genggam bara, terasa panas dilepaskan dan tidak
ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti segala hasrat
termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur umpama kubur tanpa
nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah dilaksanakan secara
efektif dan janganlah bersikap keras-keras kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan
bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.
Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah sektor perindustrian
memberikan kebaikan kepada rakyat dari segipeluang pekerjaan yang luas. Kilang-kilang yang
dibina di kawasan pedalaman mampu membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Contoh
pekerjaan yang biasa ditawarkan kepada penduduk berdekatan seperti operator kilang,
jurutera kilang, pengurus kilang dan sebagainya. Peluang pekerjaan yang ditawarkan ini
seharusnya dimanfaatkan oleh rakyat bagi menampung keperluan hidup mereka. Sektor
perindustrian mampu menawarkan pelbagai peluang pekerjaan yang luas dari pelbagai
peringkat. Antaranya ialah peringkat pengeluaran, pemprosesan, pemasangan,
pembungkusan, pemasaran. Pada tahun 2001 sahaja, seramai 2.2 juta rakyat terlibat dalam
sektor perindustrian iaitu bersamaan 22% daripada jumlah tenaga kerja yang terdapat di
Malaysia. Fenomena ini sudah pasti dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam
kalangan rakyat. Sesungguhnya, sektor perindustrian mampu menawarkan peluang pekerjaan
yang luas kepada rakyat khususnya dalam bidang perkilangan.

Pada realitinya, kepesatan dalam sektor perindustrian juga telah berjaya meningkatkan taraf
hidup rakyat. Peningkatan taraf hidup ini juga dapat dikaitkan dengan terhasilnya
kemudahan-kemudahan seperti pendidikan, kesihatan, dan pengangkutan yang bertaraf tinggi
kepada rakyat. Semua kemudahan ini dinikmati oleh rakyat negara kita tanpa perlu membayar
kos yang lebih mahal. Kemudahan ini turut memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan
seharian mereka. Hal ini kerana upah atau gaji hasil daripada titik peluh sendiri dapat
menjamin masa depan diri dan keluarga. Daripada realiti ini, dapat kita katakan bahawa
masyarakat yang hidup susah, kini dapat meningkatkan taraf hidup diri dan keluarga mereka.
Bertitik tolak daripada itu, kita akui bahawa kemajuan sektor perindustrian yang pesat ini telah
memberikan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat sekali gus meningkatkan taraf hidup
rakyat. Taraf hidup rakyat juga sebenarnya dapat diukur melalui pendapatan per kapita
sesebuah negara. Situasi ini dapat dibuktikan berdasarkan data World Development Indicators
oleh Bank Dunia pada 1 Julai 2009, Malaysia berada pada kedudukan ke-79 dengan
pendapatan per kapita sebesar US$ 13.740 per tahun. Sedangkan, Indonesia berada pada
kedudukan ke-146 dengan pendapatan per kapita sebesar US$ 3.830 per tahun. Berdasarkan
perangkaan ini, taraf hidup rakyat negara kita jauh lebih baik daripada Indonesia secara
perbandingannya 3.5 kali ganda. Jelaslah bahawa semua ini terhasil daripada perkembangan
yang pesat dalam sektor perindustrian di Malaysia.
Intihanya, sektor perindustrian mampu membawa pelbagai impak positif kepada rakyat dan
negara ini. Cuma dalam keghairahan kita menempa kejayaan dalam bidang ini, semua pihak
harus menyedari impak negatif yang turut mampu terhasil akibat mengutamakan sektor ini.
Mungkin kita harus merenung secara mendalam penekanan kita dalam bidang ini sebelum
impak yang buruk menjadi ketara menjelang alaf mendatang. Sebelum nasi menjadi bubur,
sebelum retak menjadi parah, kepentingan sektor pertanian di negara kita juga tidak
seharusnya dipandang sebelah mata. Hal ini disebabkan hasil pertanian merupakan sumber
bekalan makanan kepada rakyat ini. Oleh itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian
dan Industri Asas Tani sewajarnya bekerjasama bagai aur dengan tebing dan menggembleng
tenaga untuk memajukan sektor pertanian dan perindustrian di negara kita. Hal ini kerana
sektor pertanian dan perindustrian di negara kita perlu bergerak seiring, bahu-membahu,
lengkap-melengkapi bak seni kata lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bagai irama dan lagu
yang tidak boleh dipisahkan. Dalam erti kata yang lain, sektor perindustrian tidak boleh
dipisahkan dengan sektor perindustrian. Selari dengan itu, Malaysia berupaya menjadi sebuah
negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta dapat berdiri megah dengan negara-
negara maju yang lain umpama duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

USAHA MENGGALAKKAN SEKTOR PELANCONGAN DI MALAYSIA

Industri pelancongan memang merupakan suatu sektor yang penting bagi sesebuah negara.Hal
ini demikian kerana industri ini menyumbangkan hasil dan pulangan yang lumayan kepada
sesebuah negara dalam aspek pendapatan negara. Daripada perangkaan yang dikeluarkan
oleh Kementerian Pelancongan, jumlah pelancong ke Malaysia dari Januari hingga Disenber
2010 ialah 24.6 juta orang. Pelancong Asia Barat menunjukkan peningkatan pada tahun 2006
berbanding tahun 2005. Jumlah pelancong yang melawat ke Malaysia bagi tempoh enam
bulan pertama tahun tersebut meningkat 44 peratus kepada 7.23 juta berbanding 5.02 juta
dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya meskipun keadaan ekonomi serantau yang
kurang memuaskan kini. Pada pendapat saya, pelbagai usaha dan aktiviti perlu dijalankan
untuk menggalakkan pelancongan di Malaysia.

Sebagai kesinambungan idea saya, pihak kerajaan dan pihak swasta perlu melakukan
pelbagai usaha untuk memperkenalkan Malaysia ke mata dunia. Kerajaan hendaklah
menggiatkan promosi untuk merancakkan aktiviti pelancongan yang diadakan di negara kita.
Promosi tentang destinasi pelancongan yang menarik, kebudayaan dan karnival jualan boleh
dilaksanakan dengan komitmen yang padu bukan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga
ataupun hangat-hangat tahi ayam. Sebagai contohnya, kementerian Pelancongan telah
mengadakan promosi kebudayaan bagi menarik pelancong dari Asia Barat seperti di Dubai dan
di Arab Saudi. Usaha memperkenalkan negara ini juga boleh dijalankan melalui penggunaan
teknologi maklumat seperti internet bagi menyebarluaskan maklumat tentang pelancongan di
negara ini. Penggunaan internet dapat memastikan semua pelancong memperoleh maklumat
yang tepat mengenai destinasi pelancongan menarik dan aktiviti pelancongan di Malaysia.
Jelasnya, promosi yang giat dapat memastikan semua maklumat pelancongan disebarkan
secara berkesan bagi menarik kunjungan pelancong. Hal ini demikian juga mampu menjadi
daya tarikan pelancong untuk terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan yang
diminati. Natijahnya, industri pelancongan negara kita dapat bersinar dan terserlah ke seluruh
dunia dan dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain.
Selain itu, pihak swasta haruslah berganding bahu dengan pihak kerajaan membuka pusat-
pusat percutian yang bertaraf dunia agar industri pelancongan negara kita dapat bersaing
dengan negara-negara lain di dunia. Hal ini serupa dengan bulat air kerana pembetung, bulat
manusia kerana muafakat. Inisiatif ini boleh dilaksanakan dengan memperbanyak pembinaan
hotel lima bintang yang mengenakan kadar bayaran berpatutan diiringi dengan bilik yang
selesa untuk menarik minat pelancong . Sebagai analoginya, tindakan yang dijalankan oleh
Hotel Seri Malaysia memperkenalkan pakej penginapan murah berserta makanan tradisional
tempatan telah berjaya meningkatkan jumlah pelancong menginap di hotel tersebut. Bagi
membuktikan perkara ini, perangkaan yang boleh diketengahkan ialah pertambahan ketibaan
pelancong antarabangsa dan pertumbuhan pelancongan domestik yang kukuh telah
menyumbang kepada peningkatan kadar penginapan hotel purata daripada 59.2 peratus pada
tahun 2000 kepada 63.5 peratus pada tahun 2005. Pendek kata, sekiranya langkah yang
konkrit, sistematik dan pragmatik dijalankan secara berterusan sudah tentu kedatangan
pelancong ke Malaysia bagaikan di mana ada gula di situ ada semut.

Selain itu, seharusnya kita tidak mengetepikan peranan sekolah dan peranan ibu
bapa dalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia. Memang diakui bahawa peranan
sekolah dan ibu bapa amat penting dalam pendidikan anak. Ibu bapa yang menjadi guru di
rumah haruslah mengasuh anak dengan sikap melentur buluh biarlah dari rebungnya tidak
harus kita ketepikan kerana api tatkala kecil menjadi kawan apabila besar menjadi lawan. Hal
ini supaya anak mereka tidak terlibat dalam gejala sosial seperti vandalisme yang menjatuhkan
imej negara kita semasa pelancong dari luar negara datang ke negara kita. Bertitik tolak
daripada itu, pihak sekolah berperanan dalam menggalakkan sektor pelancongan di Malaysia.
Oleh itu, subjek yang memperkenalkan Malaysia seperti Geografi dan Sejarah harus banyak
diperkenalkan oleh guru Sejarah. Kelab Pelancongan boleh ditubuhkan bagi memupuk minat
pelajar untuk melancong. Seterusnya, pihak sekolah juga bolah manganjurkan aktiviti seperti
lawatan sambil belajar dan pertandingan membuat folio tentang tempat pelancongan untuk
mendalami ilmu pengetahuan pelajar tentang tempat pelancongan tersebut. Selain itu, pihak
sekolah juga boleh menampilkan filem tentang adat resam dan keistimewaan berkaitan tempat
pelancongan seperti di Sabah dan di Sarawak. Dalam konteks ini, ibu bapa boleh meluangkan
masa untuk membawa anak mereka melancong supaya mereka tidak menjadi katak di bawah
tempurung. Hal ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara keluarga tetapi juga
dapat merehatkan minda sekeluarga. Oleh itu, peranan ibu bapa dan sekolah penting dalam
menggalakkan pelancongan di Malaysia.

Ketika negara dan rakyat sedang rakus dan ghairah memburu kemajuan, kita sebagai
masyarakat terlupa menjimatkan pengaliran keluar wang negara. Apabila melancong di negara
kita, wang perbelanjaan untuk pelancongan diperolah semula oleh kerajaan melalui cukai yang
dikenakan. Sekiranya melancong ke luar negara, segala perbelanjaan diperoleh oleh rakyat dan
kerajaan negara asing. Perkara ini akan merugikan diri sendiri serta negara. Di samping itu,
melancong dalam negara dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman. Dengan
mengunjungi tempat-tempat yang belum pernah dilawati, kita dapat menambahkan
pengetahuan dan mengenali secara lebih mendalam dan lebih dekat dengan khazanah warisan
bangsa di tanah air kita. Tambahan pula, kita dapat mengetahui keunikan budaya dan tradisi
masyarakat serta panorama di negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan aktiviti melancong di
dalam negara, kita akan mengetahui apa-apa yang ada, yang kurang, yang perlu ada di tempat
berkenan berbanding dengan tempat sendiri, kemudian menyalurkan idea-idea bernas untuk
pembangunan negara. Kita harus melancong di negara sendiri demi menghayati warisan
khazanah bertaraf dunia yang masih belum dilawati.

Deduksinya, pelbagai usaha dan kempen perlu diteruskan dan dipergiat untuk menarik lebih
banyak pelancong agar melancong ke negara kita. Rentetan itu, sinergi daripada semua pihak
sangat penting bagi memajukan industri pelancongan di negara kita. Pihak kerajaan, pihak
swasta, agensi pelancongan dan rakyat negara kita perlu berganding bahu bagi meningkatkan
martabat industri pelancongan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu iaitu hati gajah
sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Sekiranya rakyat dan pelbagai pihak tidak
bekerjasama, sudah tentulah matlamat untuk memajukan ekonomi negara kita tidak akan
tercapai. Oleh itu, kejayaan dalam sektor pelacongan di negara kita dapat direalisasikan
sekiranya semua pihak berusaha memajukan industri pelancongan kerana peribahasa ada
mengatakan, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Anda mungkin juga menyukai