Anda di halaman 1dari 12

Soalan: Sebagai Setiausaha Kelab Pencinta Bahasa, anda diminta untuk

menyediakan laporan tentang punca-punca masalah pencemaran bahasa dalam


kalangan masyarakat dan usaha-usaha untuk menanganinya. Sediakan laporan itu
selengkapnya.

Esei ini ditulis oleh saudari Aine Maizatul bt. Mohd Khuzaini, Kelas 6 Atas 2,
SMK.BBST.

Laporan tentang Punca-punca Masalah Pencemaran Bahasa dalam Kalangan


Masyarakat
dan Usaha-usaha untuk Menanganinya

1.0 Pendahuluan
Masyarakat kita sering dicemari oleh pelbagai budaya negatif. Hal ini termasuklah juga
pencemaran bahasa yang semakin membimbangkan masyarakat. Pencemaran
bahasa itu banyak dilakukan dalam pertuturan seharian, tulisan, dan penggunaannya
dalam media massa seperti radio, televisyen dan iklan. Masalah ini telah memberikan
impak negatif kepada negara. Oleh itu, suatu kajian telah dilakukan oleh Kelab
Pencinta Bahasa untuk mengenal pasti punca-punca terjadinya fenomena ini dan
usaha-usaha untuk menanganinya. Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut.

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa


Pengerusi : Datuk Dr. Muhammad Ali bin Abu
Naib Pengerusi : Datuk Haji Muskamal bin Mustafa
Setiausaha : Cik Sandra Park
Bendahari : Dr. Jannah binti Bahar
Ahli Jawatankuasa
1) Dr. Amir bin Hatin Ali
2) Tuan Haji Shazwan bin Jamaludin
3) Puan Shahanem binti Suratman

3.0 Punca-punca Masalah Pencemaran Bahasa


3.1 Kurang Pengetahuan tentang Peraturan Bahasa Melayu
Berdasarkan kajian, didapati bahawa jumlah individu yang kurang pengetahuan
tentang peraturan bahasa Melayu adalah sangat tinggi. Hal ini demikian kerana sejak
kecil lagi, individu-individu berkenaan tidak didedahkan dengan penggunaan bahasa
Melayu yang betul. Sebagai contohnya, mereka sentiasa didedahkan dengan
penggunaan dialek negeri semasa berada di rumah. Hal ini dapat dibuktikan melalui
tinjauan di negeri-negeri di Pantai Timur yang kebanyakan penduduknya lebih selesa
bertutur dengan menggunakan dialek negeri masing-masing.

3.2 Pengaruh Rakan Sebaya


Kajian juga mendapati bahawa pencemaran bahasa berlaku disebabkan oleh
pengaruh rakan sebaya. Pencemaran bahasa yang dimaksudkan ini bukan sahaja
tertumpu kepada penggunaan “bahasa rojak” tetapi juga bahasa yang kurang sopan
yang menjadi trend pada masa ini dalam kalangan remaja khususnya pelajar sekolah.
Perkara ini tidak sukar dielakkan kerana pada usia remaja, mereka mudah
terpengaruh dengan perkara-perkara atau fenomena baharu yang berlaku di dalam
dunia tanpa sempadan ini. Perkara ini tentunya amat membimbangkan masyarakat
umumnya.
4.0 Usaha-usaha untuk Menanganinya
4.1 Penggunaan Bahasa Melayu yang Betul oleh Media Massa
Penggunaan bahasa Melayu yang betul oleh media massa, contohnya televisyen,
radio, internet, dan sebagainya mampu untuk membantu masyarakat menggunakan
bahasa Melayu dengan betul. Hal ini demikian kerana media massa merupakan
medium yang paling hampir dan mempunyai pengaruh yang besar terhadap
masyarakat. Oleh itu, pencemaran bahasa dapat ditangani dengan adanya kerjasama
antara pihak media dengan pihak yang bertanggungjawab dalam menyelaraskan
bahasa Melayu iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

4.2 Peranan Sistem Pendidikan atau Sekolah


Untuk menangani masalah ini, kerajaan haruslah memperluas penggunaan bahasa
Melayu yang betul dalam aspek pendidikan. Hal ini demikian kerana melalui aspek
pendidikan, pengetahuan tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul dapat
disemai dalam diri individu sejak mereka di bangku sekolah lagi. Hal ini seterusnya
akan memberikan impak positif dalam diri individu terbabit apabila individu itu
meningkat dewasa kelak. Penggunaan bahasa Melayu yang betul dan sebati dalam
diri individu dapat mengurangkan pencemaran bahasa pada masa akan datang.

4.3 Menanam Nilai Patriotisme tentang Bahasa Melayu dalam Diri


Usaha lain yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini adalah dengan
menanam nilai patriotisme dalam diri individu. Nilai yang dimaksudkan tersebut ialah
rasa cinta kepada bahasa, bangsa, dan negara kita. Nilai ini boleh dilestarikan melalui
kempen-kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan seperti kempen “Budi Bahasa
Budaya Kita”. Pihak berkuasa boleh memberikan motivasi kepada masyarakat
dengan mengambil negara Jepun sebagai contoh. Orang Jepun tetap menggunakan
bahasa ibunda mereka walaupun negara mereka maju. Mereka amat bangga dengan
bahasa ibunda mereka. Impaknya, jika perkara yang sama berlaku di negara kita,
pastinya masalah pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat dapat ditangani
dengan cepat dan berkesan.

5.0 Penutup
Kajian ini telah mengenal pasti beberapa punca berlakunya masalah pencemaran
bahasa dalam kalangan masyarakat. Punca-punca ini telah didikaji dan dianalisis
dengan mendalam. Oleh itu, beberapa usaha telah dicadangkan untuk menangani
fenomena negatif yang semakin berleluasa ini. Hal ini penting kerana jika masalah ini
dapat ditangani, misi negara untuk menjadikan bahasa kita sebagai bahasa yang
penting di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang pendidikan dan
perniagaan akan menjadi kenyataan. Perkara ini seterusnya akan mengharumkan
nama Malaysia di mata dunia.

Laporan disediakan oleh, 16


Januari 2013

Sandra
(SANDRA PARK)
Setiausaha
Kelab Pencinta Bahasa Daerah Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
Andaikan anda sebagai pegawai kanan di Kementerian Pengajian Tinggi dan anda
diminta untuk menjalankan kajian tentang kesan pertumbuhan Institusi Pengajian
Tinggi Swasta (IPTS) di negara ini. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sediakan
satu laporan tentang kesan pertumbuhan IPTS kepada rakyat dan negara ini.

Rangka Karangan
1.0 Pendahuluan
- Dunia pendidikan penting dalam era moden kini - kemajuan dalam bidang
pendidikan menyebabkan wujudnya IPTS
2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi:
Setiausaha:
AJK :
3.0 Kesan Pertumbuhan IPTS
Kesan positif
3.1 Peluang untuk melanjutkan pelajaran bertambah
3.2 Pelajar bebas membuat pilihan untuk belajar
3.3 Membantu negara mencapai matlamat untuk menjadi pusat kecemerlangan
ilmu
Kesan negatif
3.4 IPTS mementingkan keuntungan – yuran yang mahal
3.5 Kemasukan pelajar asing bertambah – timbul masalah lain
3.6 Terdapat sesetengah dasar IPTS yang tidak seiring dengan kehendak negara,
contohnya penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
4.0 Penutup
- Pertumbuhan IPTS ternyata mendatangkan kebaikan dan keburukan
- Usaha yang berkesan perlu dijalankan untuk memastikan penubuhan IPTS
mendatangkan faedah kepada masyarakat dan negara

Laporan disediakan oleh: Tarikh: __________

___________________
(Nama )
Jawatan

Karangan Contoh

LAPORAN TENTANG KESAN PERTUMBUHAN IPTS DI NEGARA INI

1.0 Pendahuluan
Dalam era globalisasi, aspek pendidikan merupakan perkara penting yang
diberikan tumpuan oleh setiap negara. Akibat kemajuan dalam bidang pendidikan
ini, kewujudan IPTS nampaknya semakin banyak di negara kita iaitu seperti
cendawan tumbuh selepas hujan. Pertumbuhan IPTS itu telah banyak mendatangkan
kebaikan dan keburukan terhadap negara kita. Setiap pihak dapat merasakan kesan
pertumbuhan tersebut dan senario itu memang patut dipantau agar sebarang
permasalahan dapat ditangani dengan berkesan. Sebagai pegawai yang telah
diamanahkan untuk menjalankan kajian terhadap kesan pertumbuhan IPTS di negara
ini, saya ingin membentangkan laporan tersebut.
2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi: Datuk Syazwan Munasir
Setiausaha: Farahana Iqmal
Ahli Jawatankuasa : Azuan Zainal
Tharshini a/p Perumal
Chin York Chow
Mohamad Nawawi Ismail
Halimah Nursalam
Mahmud Zulkifli

3.0 Kesan Pertumbuhan IPTS


Kesan pertumbuhan IPTS ini terbahagi kepada dua iaitu kesan positif
dan negatif.
Kesan positif:
3.1 Peluang untuk melanjutkan pelajaran bertambah
Jawatankuasa kami mendapati bahawa kesan positif yang pertama ialah peluang
unntuk melanjutkan pelajaran ke IPT semakin bertambah. Perkara ini telah
memberikan peluang yang lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang gagal mendapat
tempat di IPT Awam. Oleh itu, pelajar-pelajar tersebut boleh meneruskan pengajian
mereka hingga ke peringkat, diploma dan ijazah. Dengan kata lain, mereka tidak
tersekat setakat SPM kerana kekurangan tempat di IPTA. Hal ini bermakna bahawa
semua pelajar mempunyai peluang yang sama sama ada yang cemerlang atau yang
kurang cemerlang untuk melanjutkan pengajian.

3.2 Pelajar bebas untuk membuat pilihan untuk belajar


Dengan adanya IPTS, pelajar-pelajar bebas untuk membuat pilihan tentang bidang
pengajian yang hendak diikuti oleh mereka. Tempat yang terhad di IPTA telah
digantian dan disediakan oleh IPTS yang sama tarafnya dengan IPTA. Oleh itu,
pelajar-pelajar dapat meneruskan bidang pengajian yang diminati oleh mereka
tanpa sekatan oleh masalah tempat yang terhad. Hal ini demikian kerana, mereka
boleh memilih IPTA yang disukai dan bersesuaian dengan bidang pengajian yang
hendak diambil.

3.3 Pertumbuhan IPTS ini akan membantu negara kita mencapai matlamat untuk
menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau ini. IPTS yang berkualiti yang terdapat
di negara ini telah menarik pelajar-pelajar dari luar negara untuk melanjutkan
pengajian di sini. Perkara ini disokong pula oleh kadar bayaran yuran yang
berpatutan dan lebih rendah berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Jadi,
dengan kawalan dan pemantauan yang ketat daripada kerajaan, kualiti IPTS dan
graduan yang dihasilkan setanding dengan universiti ternama di dunia.

Kesan negatif:
3.4 Berdasarkan kajian kami, terdapat IPTS yang mementingkan keuntungan semata-mata.
IPTS tersebut mengenakan yuran yang mahal terhadap pelajar-pelajarnya. Pelajar-
pelajar luar negara mungkin tidak menerima kesan buruk yang teruk kerana mereka
yang datang ke sini sememangnya mampu untuk membayar yuran tersebut. Masalah
ini memberikan kesan yang teruk terhadap pelajar-pelajar tempatan yang datang
daripada keluarga yang miskin dan tidak mampu untuk membayar yuran pengajian
yang tinggi. Tambahan pula, bantuan kewangan yang diberikan oleh PTPTN juga
tidak mencukupi.

3.5. Ahli jawatankuasa kami mendapati bahawa pertumbuhan IPTS ini menyebabkan
kemasukan pelajar asing semakin bertambah di negara kita. Perkara ini telah
menimbulkan masalah lain yang menjejaskan negara. Sebagai contohnya, terdapat
pelajar asing yang suka bergaduh sesama mereka di samping suka mengganggu anak
gadis tempatan. Kadar jenayah juga semakin meningkat kerana mereka turut
terlibat dengan pelbagai sindiket jenayah seperti pemerdagangan manusia,
pemalsuan dokumen perjalanan dan sebagainya.

3.6 Di samping itu, terdapat sesetengah dasar IPTS di negara ini yang tidak seiring dengan
kehendak dan aspirasi negara. Sebagai contohnya, bahasa Inggeris dijadikan sebagai
bahasa pengantar di IPTS tersebut. Jadi, perkara ini menyebabkan usaha untuk
memartabatkan bahasa Malaysia terbantut dan tidak mencapai matlamat seperti
yang dihasratkan oleh negara kita. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar luar
negara sudah tentu tidak mahu menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium
perantaraan dan juga sebagai bahasa komunikasi.

4.0 Penutup
Sebagai kesimpulannya, pertumbuhan IPTS ternyata mendatangkan kebaikan dan
keburukan. Oleh itu, usaha yang berkesan daripada pelbagai pihak perlu dijalankan
untuk memastikan penubuhan IPTS mendatangkan faedah kepada masyarakat dan
negara. Jika perkara ini tidak diberikan perhatian, sudah tentu kesan buruknya akan
menjejaskan imej dan kesejahteraan negara kita di mata dunia. Oleh hal yang
demikian, kita berharap pertumbuhan IPTS ini akan dapat membantu negara kita
untuk mencapai matlamat sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini.

Laporan disediakan oleh Tarikh : 29 MEI 2011

_____Farahana_______
(FARAHANA IQMAL)
Setiausaha Jawatankuasa IPTS
Sektor Pengurusan IPTS
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Laporan Aktiviti Sosio-komuniti PEPTES 2011

1.0 Pendahuluan.

1.1 Pada 16 September 2011 yang lalu,PEPTES telah mengadakan aktiviti sosio komuniti di
rumah kebajikan Nur,Temerloh,Pahang.Aktiviti ini dijalankan selama setengah hari,iaitu bermula
daripada pukul 10.30 pagi dan berakhir sehingga pukul 5.30 petang.Seramai 28 orang pelajar
tingkatan enam dan dua orang guru penasihat terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.Objektif utama
aktiviti ini dijalankan adalah untuk membentuk sikap pelajar yang bertanggjawab disamping gemar
menghulurkan bantuan.

1.2 Kos aktiviti.

Purata jumlah perbelanjaan bagi keseluruhan aktiviti ini ialah sebanyak RM 700.Sebuah bas telah
disewa bagi memudahkan perjalanan para pelajar dan guru untuk tiba ke rumah kebajikan
tersebut.Sebanyak RM 450 bayaran yang dikenakan untuk menyewa bas tersebut.Tambahan
lagi,perbelanjaan bagi kos makanan pelajar-pelajar dan guru-guru pula ialah sebanyak RM 10 bagi
setiap seorang.Sehubungan dengan itu,bagi menampung perbelanjaan aktiviti ini,para pelajar telah
membayar yuran aktiviti sebanyak RM 20 bagi setiap seorang dan persatuan ibu bapa dan guru pula
telah menyumbang wang sebanyak RM 200 untuk meneruskan aktiviti kebajikan ini.

2.0 Masalah ketika menjalankan aktiviti.

2.1 Masalah kewangan.

PEPTES telah menghadapi masalah kewangan apabila modal yang diperuntukkan tidak mencukupi
bagi menjalankan aktiviti kebajikan ini.Jumlah wang yang sedia ada tidak cukup untuk membayar
sewa bas dan menampung kos perbelanjaan makan bagi pelajar-pelajar dan guru-guru.setelah ahli
jawatan kuasa PEPTES melakukan pengiraan secara terperinci,jumlah wang yang tidak mencukupi
bagi menjalankan aktiviti ini ialah sebanyak RM190.Oleh itu,ahli jawatan kuasa PEPTES telah
memohon sumbangan sebanyak RM 200 daripada pihak PIBG bagi menampung kos perbelanjaan
aktiviti kebajikan ini.

2.2 Kurang komitmen daripada para pelajar.

Aktiviti sosio-komuniti ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan pelajar tingkatan
enam.Perkara ini dapat dilihat apabila hanya seramai 28 orang pelajar sahaja yang menyertai aktiviti
ini daripada jumlah keseluruhan pelajar tingkatan enam iaitu 74 orang.Hal ini demikian
kerana,kebanyakan pelajar tingkatan enam tidak berminat dengan aktiviti seperti ini.Setelah soal
selidik dilakukan,kebanyakan mereka menyatakan bahawa aktiviti seperti ini adalah
membosankan.Oleh itu,guru kaunseling telah bertindak dengan mengadakan ceramah yang
menerangkan secara terperinci tentang kebaikan dan faedah yang diperoleh jika menyertai aktiviti
sosio-komuniti ini.

2.3 Kekangan masa.


Ahli jawatankuasa PEPTES menghadapi kesulitan untuk memilih tarikh yang sesuai bagi menjalankan
aktiviti ini.Hal ini demikian kerana,pelbagai aktiviti-aktiviti lain yang melibatkan pelajar tingkatan
enam turut dijalankan seperti aktiviti lawatan sambil belajar,perkhemahan dan acara sukan
sekolah.tambahan lagi,pelajar-pelajar tingkatan enam,khususnya pelajar tingkatan enam atas yang
akan menghadapi peperiksaan STPM pada tahun ini mempunyai kelas tambahan.Oleh itu,ahli
jawatankuasa PEPTES telah memilih untuk melakukan aktiviti ini pada cuti am.diskusi dengan para
guru dan pengerusi persatuan-persatuan lain turut diadakan bagi mendapatkan persetujuan dan
mengelakkan pertembungan sebarang aktiviti lain ketika aktiviti sosio-komuniti ini dijalankan.

3.0 Cadangan untuk memperbaiki masalah yang dihadapi bagi tahun 2012.

3.1 Peruntukan modal yang cukup.

Ahli jawatankuasa PEPTES harus memohon sumbangan sebanyak RM 400 daripada PIBG dan
koperasi sekolah.Tambahan lagi,yuran aktiviti yang dikenakan bagi setiap pelajar yang menyertai
aktiviti ini haruslah sebanyak RM30.Hal ini bertujuan untuk mengelakkan masalah kekurangan modal
yang juga sedikit sebanyak mempengaruhi perancangan aktiviti sosio-ekonomi ini kelak.Selain
itu,dengan peruntukan modal yang besar,aktiviti sosio-ekonomi ini turut dapat dijalankan di negeri-
negeri lain di seluruh Malaysia.Sehubungan dengan itu,aktiviti ini bukan sahaja membentuk pelajar
yang bertanggungjawab malah dapat menambah pengetahuan pelajar tentang budaya setempat di
negeri lain.

3.2 Perancangan awal untuk menganjurkan aktiviti.

PEPTES harus mengadakan perjumpaan pada awal tahun untuk merancang rangka aktiviti yang
hendak dijalankan secara terperinci.Setiausaha PEPTES pula harus kemukakan kertas cadangan pada
awal tahun.Hal ini bertujuan untuk mengelakkan pertembungan dengan aktiviti-aktiviti sekolah
ketika menjalankan aktiviti sosio-ekonomi ini.Tambahan lagi,kebiasaannya pada awal tahun,aktiviti-
aktiviti seperti perkhemahan,acara sukan sekolah dan lawatan belum dilakukan.Apabila aktiviti ini
dijalankan pada awal tahun,nescaya kebanyakan pelajar tingkatan enam berpeluang untuk
melibatkan diri dalam aktiviti ini.

4.0 Penutup

Aktiviti sosio-ekonomi ini dapat melahirkan pelajar yang gemar memberikan bantuan kepada
komuniti setempat dan membentuk nilai tanggungjawab dalam diri pelajar.Sesungguhnya aktiviti ini
mendatangkan banyak kebaikan dan faedah kepada para pelajar.Oleh itu,harapan saya ialah agar
aktiviti sosio-ekonomi ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan dengan lebih sistematik supaya
dapat memberikan impak positif kepada para pelajar kelak.Sokongan daripada pihak sekolah,PIBG,
dan para pelajar amat diperlukan bagi menjayakan aktiviti ini.

Terima kasih.

FAIZ..<
(FAIZ BIN YAHAYA)

PENGERUSI PERSATUAN PEPTES.

SMK PADANG SAUJANA.

20 SEPTEMBER 2011.
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Contoh soalan:

Sebagai setiausaha sebuah pertubuhan bukan kerajaan, anda diminta untuk


menjalankan satu kajian tentang perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.
Berdasarkan hasil kajian anda itu, sediakan satu laporan tentang kelemahan
perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini dan kemukakan cadangan
anda untuk mengatasinya. Sediakan laporan itu selengkapnya.

Contoh esei:

Laporan tentang Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan


Cadangan untuk Mengatasinya

1.0 Pendahuluan

Pengangkutan awam penting dalam kehidupan manusia. Perkhidmatan


pengangkutan awam yang baik membolehkan pengguna bergerak dari
satu tempat ke satu tempat lain dengan mudah dan selesa. Di negara ini,
terdapat beberapa jenis pengangkutan awam. Antara perkhidmatan
pengangkutan awam yang popular ialah perkhidmatan bas dan teksi.
Sehingga kini perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia dikatakan
masih belum memuaskan hati pengguna. Baru-baru ini, saya sebagai
Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial Daerah Pekan diminta untuk
menjalankan satu kajian tentang kelemahan tersebut dan seterusnya
mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Yang berikut ialah
laporan hasil kajian tersebut.

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa

Pengerusi: Ahmad bin Ali


Setiausaha: Muhammad bin Daimin
Bendahari: Simon Tan
Ahli jawatankuasa:
1) Saleha binti Abu
2) Razali bin Darus

3.0 Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam

3.1 Jumlah Kenderaan Awam Tidak Mencukupi


Berdasarkan kajian, didapati bahawa jumlah kenderaan awam di beberapa buah
bandar di negara ini tidak mencukupi. Di beberapa buah bandar kecil, hanya
terdapat satu atau dua buah syarikat bas yang beroperasi. Jangka masa
pergerakan antara sebuah bas dengan bas yang lain agak panjang disebabkan
masalah kekurangan bas. Keadaan ini menyebabkan pengguna sering
berebut-rebut untuk menaiki bas agar mereka tidak ketinggalan.Sesetengah
penumpang teksi pula sanggup menaiki teksi melebihi muatan yang dibenarkan
agar mereka cepat sampai ke destinasi. Selain tidak selesa, tindakan ini boleh
membahayakan penumpang.

3.2 Keadaan Fizikal Kenderaan Awam Tidak Sempurna


Keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam, khususnya bas dan teksi didapati
kurang sempurna. Sesetengah kenderaan tersebut tidak terurus dan tidak
diselenggara dengan baik. Kusyen beberapa buah bas pula didapati carik
dan sesetengahnya tertulis dengan pelbagai tulisan yang berunsur lucah.
Kebersihan kebanyakan kenderaan tidak dijaga dengan baik. Sistem pendingin
hawa yang digunakan pula kadangkala tidak berfungsi. Keadaan ini menyebabkan
pengguna berasa tidak selesa menggunakan pengangkutan awam.

3.3 Kadar Tambang Tidak Sepadan dengan Kualiti Perkhidmatan


Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan pengguna perkhidmatan awam
yang ditemui menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang kadar tambang
yang dikenakan. Kebanyakan pengguna bersetuju bahawa kadar tambang tidak
sepadan dengan kualiti perkhidmatan. Menurut pengguna, sesetengah pemandu
teksi tidak menggunakan meter yang dipasang dengan alasan alat tersebut rosak.
Segelintir kakitangan bas pula didapati kurang sopan apabila berurusan dengan
penumpang. Walaupun perkara ini tidak disenangi, namun pengguna terpaksa
menggunakan perkhidmatan awam kerana tiada pilihan lain.

4.0 Cadangan untuk Mengatasinya


4.1 Memperketat Penguatkuasaan Undang-undang tentang Usia
Kenderaan Awam
Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah memperketat penguatkuasaan
undang-undang tentang usia kenderaan awam di jalan raya. Kenderaan
yang terlalu lama misalnya, yang melebihi usia 20 tahun haruslah ditamatkan
permitnya. Pengusahanya boleh diberikan bantuan kewangan untuk
menggantikannya dengan kenderaan yang baharu. Bantuan yang sama
hendaklah diberikan kepada pemilik kenderaan awam yang kenderaan
awamnya didapati kurang elok. Selain menjaga keselamatan pengguna,
langkah ini penting untuk memberikan keselesaan kepada pengguna
perkhidmatan tersebut.

4.2 Menambahkan Pengeluaran Permit Kenderaan Awam


Bagi mengatasi masalah kekurangan kenderaan awam, pihak kerajaan
seharusnya menambahkan pengeluaran permit kenderaan awam
di negara ini. Hal ini bertujuan untuk membolehkan lebih banyak
kenderaan awam beroperasi. Langkah ini penting untuk mengelakkan
orang ramai berebut-rebut untuk menaiki kenderaan, terutamanya
ketika menjelang musim perayaan. Pertambahan pemilik kenderaan
awam juga penting untuk mewujudkan persaingan yang sihat dalam
kalangan pengusaha. Impaknya, pengguna dapat membuat pilihan dan
masalah kekurangan kenderaan dapat dikurangkan.

5.0 Penutup

Kajian ini telah mengenal pasti beberapa kelemahan perkhidmatan pengangkutan


awam di negara ini. Selain kekurangan jumlah kenderaan awam, sikap pengusaha
yang terlalu mementingkan keuntungan memungkinkan kenderaan awam tidak
terjaga. Kelemahan tersebut dapat diatasi sekiranya pengusaha kenderaan awam
memahami bahawa mereka sebenarnya turut melaksanakan tanggungjawab sosial.
Sekiranya syarikat kenderaan awam di negara ini dapat menyediakan perkhidmatan
yang lebih berkualiti, orang ramai juga akan berasa selesa menggunakan
perkhidmatan awam yang disediakan.

Laporan disediakan oleh, 10 Mac 2013

Muhammad
(MUHAMMAD BIN DAIMIN)
Setiausaha Persatuan Keselamatan Sosial
Daerah Pekan

Laporan tentang Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam


dan Cadangan untuk Mengatasinya

1.0 Pendahuluan

Pengangkutan awam penting dalam kehidupan manusia. Perkhidmatan


awam yang baik membolehkan pengguna bergerak dari satu tempat ke
satu tempat lain dengan mudah dan selesa. Di negara ini, terdapat
beberapa jenis pengangkutan awam. Antara perkhidmatan pengangkutan
awam yang popular ialah perkhidmatan bas dan teksi. Sehingga kini
perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia dikatakan belum
memuaskan hati pengguna. Baru-baru ini, saya sebagai Setiausaha
Persatuan Keselamatan Sosial Daerah Pekan diminta untuk menjalankan
satu kajian tentang kelemahan tersebut dan seterusnya mengemukakan
cadangan untuk mengatasinya. Yang berikut ialah laporan hasil kajian
tersebut.

2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa


Pengerusi: Ahmad bin Ali
Setiausaha: Muhammad bin Daimin
Bendahari: Simon Tan
Ahli jawatankuasa:
1) Saleha binti Abu
2) Razali bin Darus

3.0 Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam

3.1 Keadaan Fizikal Kenderaan Awam Tidak Sempurna

Keadaan fizikal sesetengah kenderaan awam, khususnya bas dan teksi


didapati kurang sempurna. Sesetengah kenderaan tersebut tidak terurus
dan tidak diselenggara dengan baik. Kusyen beberapa buah bas pula
didapati carik dan sesetengahnya tertulis dengan pelbagai tulisan yang
berunsur lucah. Kebersihan kebanyakan kenderaan tidak dijaga dengan
baik. Sistem pendingin hawa yang digunakan pula kadangkala tidak
berfungsi. Keadaan ini menyebabkan pengguna berasa tidak selesa
menggunakan pengangkutan awam.

3.2 Kadar Tambang Tidak Sepadan dengan Kualiti Perkhidmatan

Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan pengguna perkhidmatan awam


yang ditemui menyuarakan rasa tidak puas hati mereka tentang kadar
tambang yang dikenakan. Kebanyakan pengguna bersetuju bahawa kadar
tambang tidak sepadan dengan kualiti perkhidmatan. Menurut pengguna,
sesetengah pemandu teksi tidak menggunakan meter yang dipasang
dengan alasan alat tersebut rosak. Segelintir kakitangan bas pula
didapati kurang sopan apabila berurusan dengan penumpang. Walaupun
perkara ini tidak disenangi, namun pengguna terpaksa menggunakan
perkhidmatan awam kerana tiada pilihan lain.

4.0 Cadangan untuk Mengatasinya

4.1 Memperketat Penguatkuasaan Undang-undang tentang Usia


Kenderaan Awam

Jabatan Pengangkutan Jalan hendaklah memperketat penguatkuasaan


undang-undang tentang usia kenderaan awam di jalan raya. Kenderaan
yang terlalu lama misalnya, yang melebihi usia 20 tahun haruslah
ditamatkan permitnya. Pengusahanya boleh diberikan bantuan kewangan
untuk menggantikannya dengan kenderaan yang baharu. Bantuan yang
sama hendaklah diberikan kepada pemilik kenderaan awam yang
kenderaan awamnya didapati kurang elok. Selain menjaga keselamatan
pengguna, langkah ini penting untuk memberikan keselesaan kepada
pengguna perkhidmatan tersebut.
4.2 Menambahkan Pengeluaran Permit Kenderaan Awam

Bagi mengatasi masalah kekurangan kenderaan awam, pihak kerajaan


seharusnya menambahkan pengeluaran permit kenderaan awam di negara
ini. Hal ini bertujuan untuk membolehkan lebih banyak kenderaan awam
beroperasi. Langkah ini penting untuk mengelakkan orang ramai berebut-
rebut untuk menaiki kenderaan, terutamanya ketika menjelang musim
perayaan. Pertambahan pemilik kenderaan awam juga penting untuk
mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pengusaha. Impaknya,
pengguna dapat membuat pilihan dan masalah kekurangan kenderaan
dapat dikurangkan.

5.0 Penutup

Kajian ini telah mengenal pasti beberapa kelemahan perkhidmatan


pengangkutan awam di negara ini. Selain kekurangan jumlah kenderaan
awam, sikap pengusaha yang terlalu mementingkan keuntungan
memungkinkan kenderaan awam tidak terjaga. Kelemahan tersebut dapat
diatasi sekiranya pengusaha kenderaan awam memahami bahawa mereka
sebenarnya turut melaksanakan tanggungjawab sosial. Sekiranya syarikat
kenderaan awam di negara ini dapat menyediakan perkhidmatan yang
lebih berkualiti, orang ramai juga akan berasa selesa menggunakan
perkhidmatan awam yang disediakan.