Anda di halaman 1dari 21

OSMAN DASTAGEER

1
KANDUNGAN

Siapa Saya 3

Pengenalan 4

5 Sebab Penting Kenapa Ebook Sangat Baik Untuk Bisnes Anda 10

4 Cara Terbaik Yang Boleh Digunakan Untuk Ebook Anda 12

IDEA Topik Bagi Ebook Anda 16

Contoh Ebook2 Dalam Beberapa Jenis Pasaran 18

2
SIAPA SAYA

Osman Dastageer

Saya mempunyai beberapa tahun pengalaman didalam


perniagaan internet dan lebih banyak berkecimpung di pasaran
antarabangsa secara underground dan pernah menjadi
penolong kepada Terry Dean, seorang usahawan terkenal di
Amerika Syarikat.

Mempunyai minat yang mendalam didalam pelbagai spektrum


perniagaan internet, antaranya SEO, Traffic Generation dan Copywriting.

Juga memiliki certification dalam Advanced Search Engine Marketing dari Search Engine
Academy, USA...selain NLP Master Practitioner certification dari American Union of NLP.

Antara guru-guru pemasaran internet yang saya ikuti adalah Terry Dean, Jimmy D.Brown,
Ewen Chia, Dr. Steve G.Jones, Fabian Lim, Dan Kennedy di pasaran antarabangsa. Bagi
pasaran tempatan pula saya mengikuti pakar-pakar pemasaran seperti Cikgu Hafis, Dr.
Azizan Osman dan Faisal Abdullah.

3
PENGENALAN

Mungkin anda pernah jual produk atau servis dengan menggunakan laman web. Atau
mungkin anda buat jualan melalui FB page atau instagram dan lain-lain.

TAPI pernah tak anda terfikir untuk guna kaedah promosi produk fizikal atau servis anda
dengan menggunakan ebook? Cara ini amat jarang digunakan usahawan-usahawan
internet di Malaysia TETAPI banyak digunakan syarikat-syarikat besar antarabangsa?

Dengan adanya ebook tentang produk anda ia dapat bertindak sebagai alat pemasaran
atau jurujual bagi bisnes anda.

Kebanyakkan ebook yang berada di pasaran sekarang ini dijalankan oleh usahawan-
usahawan digital, dan kebiasaannya didalam niche kewangan atau buat duit. Ia tidak
seharusnya begitu.

Anda boleh saja menghasilkan ebook bagi bisnes produk fizikal yang anda jalankan.
Contohnya, jika anda menjual tudung, anda boleh menghasilkan ebook tentang cara
menggayakan tudung. Atau sekiranya anda menjual produk untuk kuruskan badan, anda
boleh menulis ebook tentang tips pemakanan untuk kuruskan badan.

Tahukah anda banyak syarikat-syarikat juga menggunakan ebook untuk perniagaan


mereka?

Lihat contoh-contoh di mukasurat berikut...

4
1. MICROSOFT

Siapa tak kenal syarikat Microsoft kan. Lihat bagaimana Microsoft menggunakan ebook
untuk memberi maklumat dan kemudian menyarankan software mereka untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.

Bagi contoh diatas ini, bila anda isikan butiran-butiran yang diperlukan, anda akan dibawa
ke satu laman lain untuk download ebook yang dijanjikan. Ebook percuma tersebut ia
menerangkan tentang cybersecurity dan bahaya malware virus dan trojan yang boleh
merosakkan sistem komputer anda.

Kemudian di salah satu mukasurat ebook ini, ia memberitahu...

(screenshot dari ebook)

5
Yaitu, 'didalam mana-mana tempoh 6 bulan, kurang dari 10% masalah terdedah dengan
bahaya virus terdapat dalam perisian Microsoft.'

Di mukasurat akhir ebook ini pula terdapat link ke page di laman Microsoft. Bila anda pergi
ke laman web tersebut, ia memberi anda maklumat tambahan tentang pentingnya
cybersecurity dan ancaman-ancaman terkini yang perlu anda ketahui dan elakkan.

Juga terdapat link-link lain untuk anda buat dapatkan perisian microsoft bagi
menyelamatkan sistem komputer anda.

Terdapat juga ebook lain yang diberikan tentang bahaya ancaman virus berdasarkan
lokasi dan negara yang anda pilih. Dan diakhir ebook ini, ia menawarkan FREE TRIAL
bagi perisian Azure selama 90-hari.

Selepas 90 hari, anda boleh teruskan penggunaan perisian Azure ini tetapi terdapat
bayaran yang dikenakan mengikut pakej yang anda pilih.

(screenshot dari ebook)

6
3 LANGKAH CLOSE JUALAN – MICROSOFT :

1. Prospek daftar untuk dapatkan ebook percuma

2. Prospek terima ebook dan di mukasurat akhir ebook diberi link ke laman web
Microsoft. Bila prospek klik di link tersebut, ia akan membawa prospek ke
laman yang menerangkan tentang cara untuk selamatkan data syarikat anda
dari serangan cyber.

3. Semua maklumat yang dikongsikan hanya menghala prospek untuk


menggunakan perisian Microsoft bagi melindungi sistem anda dari ancaman
virus cyber.

7
2. PHOTOWORKOUT

Di laman Photoworkout ini, ia menawarkan ebook percuma yang menerangkan tentang 10


kesilapan yang sering dilakukan oleh photographer dan cara untuk mengelak dari
melakukannya.

Ebook ini banyak berkongsi tips dan cara menyelesaikan masalah yang terdapat dalam
photography. Di akhir ebook ini, ia menjemput anda lawati laman web mereka di
PhotoWorkout.com untuk mendapatkan lebih banyak tips dan tutorial.

Ebook ini digunakan untuk branding dan memposisikan mereka sebagai market authority
dalam niche photography.

Di laman web mereka terdapat link ke produk-produk yang dijual, seperti kamera, lens
kamera, monitor dan desktop yang sesuai untuk photo editing, juga dijual drones, dan
banyak lagi.

8
3 LANGKAH CLOSE JUALAN – PHOTOWORKOUT.COM :

1. Prospek daftar untuk dapatkan ebook percuma.

2. Prospek terima link untuk download ebook melalui emel.

3. Ebook berkongsi tips tentang photography dan link ke laman web


PhotoWorkout.com. Di laman web tersebut terdapat link-link untuk pembelian
produk photography yang dijual.

9
3. MERCOLA

Ebook ini dikeluarkan oleh Dr Joseph Mercola, seorang pengamal perubatan dan pakar
bedah yang terkenal di Amerika.

Didalam ebook ini, Dr Mercola berkongsikan cara untuk mendapatkan tahap kesihatan
yang optimal, dan elak dari penyakit dengan pilihan gaya hidup yang praktikal.

Ebook ini digunakan untuk branding nama dan syarikatnya dan testimoni untuk Dr Mercola
di mukasurat pertama ebook ini membuat pembaca lebih percaya dan yakin dengannya.

Dengan berkongsi artikel-artikel tentang kesihatan melalui emel selepas prospek


mendaftar untuk dapatkan ebook ini, Dr Mercola secara berterusan berhubung dengan
prospek dan terus meningkatkan lagi kepercayaan prospek terhadapnya.

Walaupun ebook ini tidak menjual apa-apa produk dan servis secara direct, tetapi pasti ia
membantu menarik ramai ke laman webnya di Mercola.com dimana terdapat link untuk
membeli produk-produk yang dijual, seperti supplement, DVD dan banyak lagi.

Dan di emel pertama dari Dr Mercola, anda akan diberi promo code untuk membeli
produknya dengan diskaun 10% (seperti dibawah):

10
((screenshot dari email pertama)

Bila anda klik di butang hijau 'SHOP NOW' tersebut, anda akan dibawa ke laman shopping
di laman web Mercola.com untuk membeli produknya.

Jadi secara ringkas, proses yang digunakan Mercola.com untuk mendapatkan pelanggan
adalah seperti ini:

3 LANGKAH CLOSE JUALAN – MERCOLA.COM :

1. Prospek daftar untuk dapatkan ebook percuma.

2. Prospek terima ebook dan dapat emel pertama.

3. Prospek diberi offer diskaun untuk beli produk didalam emel.

11
5 SEBAB PENTING KENAPA EBOOK SANGAT BAIK

UNTUK BISNES ANDA

Mengikut kajian, 63% pelanggan hanya akan membuat pembelian dari brand atau jenama
yang dikenali - statistik yang sukar diabaikan.

Dengan ebook, ia dapat membantu dalam BRANDING BISNES anda dengan


menjadi suara bagi brand anda dan membuatnya lebih dikenali dan bisnes anda juga akan
lebih cepat berkembang.

Sebuah ebook seharusnya mempunyai informasi tentang sesuatu skil atau konsep yang
bernilai. Lebih tinggi nilai atau value yang anda berikan, pembaca akan mengaitkan brand
anda dengan content berguna yang anda berikan.

Dengan berkongsi ilmu tentang pasaran anda, anda akan dilihat sebagai MARKET
AUTHORITY yang mempunyai kepakaran untuk menyelesaikan masalah tentang
sesuatu pasaran.

Informasi didalam ebook sangat penting, begitu juga dengan cara penyampaian yang
digunakan agar sesuatu mesej dapat difahami dengan jelas.

Dengan memberi contoh-contoh dan keterangan yang membantu, anda dapat membina

hubungan positif dengan pembaca ebook anda, MENDAPAT KEPERCAYAAN dan


hubungan dengan mereka juga akan berpanjangan.

12
Bila anda memberi sesuatu yang bernilai seperti sebuah ebook, anda boleh meminta
sesuatu sebagai ganti dari prospek anda.

Anda boleh MENDAPAT PROSPEK BARU dengan meminta mereka untuk


memberi nama dan alamat emel sebagai ganti untuk mendapatkan ebook anda.

Adakah anda rasa dengan meminta prospek untuk isi nama dan alamat emel boleh
menghindar mereka dari ingin mendapatkan ebook anda?

Prospek yang berkelayakan atau qualified yang sangat berminat dengan informasi yang
ebook anda berikan tidak akan mempunyai masalah untuk memberi nama dan alamat
emel mereka dan terus mendapat maklumat berguna dari anda pada masa akan datang.

Memberi sebuah ebook secara percuma yang menyelesaikan masalah utama dalam

sesuatu industri boleh membantu MENARIK TRAFIK ke website atau blog anda.

Masukkan link ke website/blog/FB Page anda supaya pembaca ebook anda dapat lebih
mengenali brand anda dan bertanyakan tentang produk atau servis anda bila mereka
sudah bersedia.

Sebagai recap, ebook anda mampu membantu bisnes anda dalam:

1. Branding Bisnes
2. Market Authority
3. Mendapat Kepercayaan
4. Mendapat Prospek Baru
5. Menarik Trafik

13
4 CARA TERBAIK YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK

EBOOK ANDA

1. BERI EBOOK SEBAGAI BONUS KEPADA PEMBELI PRODUK/SERVIS

Anda boleh menawarkan ebook sebagai bonus bagi pembelian produk fizikal atau servis
yang anda jual. Dengan memberikan ebook, anda dapat jimat dari segi kos produk bonus
dan penghantaran.

Anda hanya perlu beri link download kepada pembeli untuk dapatkan ebook bonus anda.

14
2. BERI EBOOK KEPADA AGEN-AGEN PRODUK ANDA

Anda ada agen-agen yang membantu memasarkan produk anda? Jika ya, anda boleh
berikan ebook percuma yang berkongsi tips dan teknik mempromosikan produk anda
dengan lebih efektif kepada agen-agen anda.

Atau anda boleh hadiahkah ebook yang menerangkan tentang kebaikan produk yang
anda jual dan galakkan agen-agen anda untuk sebar ebook tersebut kepada mereka yang
berminat.

Contoh dibawah adalah ebook yang diberikan percuma kepada agen untuk merekrut
downline bagi syarikat MLM:

15
3. BINA DATABASE PROSPEK

Ini yang sering dilakukan oleh usahawan-usahawan online bila memberi ebook secara
percuma, yaitu untuk membina database prospek.

Pernah tidak anda isikan nama dan alamat emel anda untuk mendapatkan sesuatu ebook
secara percuma?

Bilamana anda berikan isikan nama dan alamat emel, maklumat tersebut akan terus
masuk ke database emel si pemilik ebook tersebut.

Pemilik ebook boleh terus menghubungi anda secara berterusan melalui emel untuk
berkongsi tips, mempromosi produk, dsbnya. Dibawah ini adalah contoh ebook resepi
yang diberikan secara PERCUMA untuk membina database prospek:

16
4. JUAL EBOOK

Anda boleh juga jual ebook kepada prospek bagi produk fizikal atau servis yang anda
jalankan.

Untuk menjual ebook anda sebaiknya menggunakan minisite (website mini) sebagai
platform. Terdapat kos yang perlu dikeluarkan, seperti kos beli domain, webhosting dan
sistem autoresponder (untuk bina database emel). Contoh ebook Dekorasi Bajet dibawah:

Didalam ebook, anda boleh juga menawarkan produk-produk fizikal atau servis yang anda
jalankan kepada pembeli dengan harga istimewa. Bagi contoh diatas, penulis ebook
Dekorasi Bajet boleh menawarkan khidmat me-reka dalaman rumah atau menjual produk-
produk hiasan rumah bagi pembeli ebook tersebut.

17
IDEA TOPIK BAGI EBOOK ANDA
Anda boleh menghasilkan ebook dari pelbagai jenis topik bagi apa-apa niche atau
pasaran. Berikut adalah contoh topik yang boleh digunakan untuk dihasilkan ebook:

JENIS PRODUK CONTOH-CONTOH TOPIK EBOOK

20 Fesyen Tudung Bergaya Yang Mudah & Menawan

3 Cara Pakai Tudung Bawal Fesyen Terkini

Tutorial Jahitan Tudung Dengan 5 Rekabentuk Menarik &


Kreatif
Tudung
7 Tips Memilih Warna & Corak Tudung Berdasarkan Kulit
& Bentuk Bada

Panduan Kurus 10kg Dalam Masa 21 Hari

Rahsia Badan Langsing Dalam Masa 30 Hari Tanpa


Bersenam
Kurus Badan
30 Tips Kuruskan Badan Tanpa Diet

Rahsia Diet Wanita Untuk Kelihatan Langsing Dan


Menawan

Hapuskan Jerawat Selama-Lamanya Dalam Masa 30 Hari

Jerawat 7 Cara Hilangkan Jerawat Secara Semulajadi

Teknik Lebatkan Rambut Dalam Masa 3 Hari

Rambut Gugur 7 Petua Lebatkan Rambut Secara Semulajadi Dalam


Masa 2 Minggu

101 Resepi Kuih Raya

Makanan Resepi Kek Batik Coklat Yang Mudah Dan Sedap

18
Dan banyak lagi topik-topik lain yang boleh dijadikan ebook. Anda boleh juga
mendapatkan idea bagi topik-topik ebook bagi produk fizikal/servis yang anda jual melalui
carian di Google.

Contoh: Sekiranya anda menjual produk makanan dan ingin melihat jenis-jenis ebook
resepi makanan yang berada di pasaran, anda hanya perlu taip perkataan “ebook
resepi” di kotak carian. Kemudian lihat di bahagian 'Images' (seperti dibawah):

19
CONTOH EBOOK2 DALAM BEBERAPA JENIS PASARAN

Ada diantara ebook diatas ini yang diberi secara percuma untuk menarik prospek dan ada
juga yang dijual terus.

Sekarang anda dah lihat potensi ebook dalam membantu sesuatu perniagaan produk
fizikal/servis. Jadi saya amat sarankan anda hasilkan ebook bagi produk atau servis yang
anda jalankan untuk mengembangkan lagi perniagaan anda.

20
ATAU boleh klik di link berikut:
https://www.facebook.com/groups/MudahnyaCloseJualan/

21

Anda mungkin juga menyukai