Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
PENGENALAN
Kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi yang
telah ditunjukkan oleh pekerjanya. Dalam konteks Negara Malaysia, penilaian
prestasi amat penting dalam pembangunan dan perkembangan sumber tenaga
organisasi perkhidmatan awam mahu pun swasta. Tekanan kerja boleh
memberi impak terhadap keberkesanan dan kecekapan dalam menguruskan
rutin harian sekaligus memberi kesan terhadap mutu prestasi kerja seseorang.
Oleh itu, kajian ini akan mengenalpasti hubungan yang berlaku antara tekanan
kerja dengan prestasi kerja dalam kalangan kakitangan di Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak.
3. PERSOALAN KAJIAN
Beberapa persoalan yang perlu dikaji berkenaan dengan hubungan tekanan
kerja dengan prestasi kerja dalam kalangan kakitangan JKDM Sarawak. Di
antara persoalan yang akan dikaji adalah seperti berikut:
I. Apakah hubungan di antara kekaburan peranan dengan prestasi kerja.
II. Apakah hubungan di antara bebanan tugas dengan prestasi kerja.
III. Apakah hubungan di antara konflik peranan dengan prestasi kerja.
IV. Apakah hubungan di antara tekanan masa kerja dengan prestasi kerja.
V. Apakah hubungan di antara konflik kerja-keluarga dengan prestasi kerja
4. OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti hubungan
yang berlaku di antara tekanan kerja dengan prestasi kerja sama ada positif
atau negatif. Selain itu, menganalisa faktor tekanan kerja yang paling banyak
memberi kesan kepada prestasi kerja. Kajian ini juga mencadangkan
penyelesaikan untuk mengatasi masalah tekanan kerja dalam kalangan
kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Objektif khusus kajian ini pula
adalah bertujuan :
I. Mengenal pasti hubungan di antara kekaburan peranan dengan prestasi
kerja.
II. Mengenal pasti hubungan di antara bebanan tugas dengan prestasi
kerja.
III. Mengenal pasti hubungan di antara konflik peranan dengan prestasi
kerja.
IV. Mengenal pasti hubungan di antara tekanan masa kerja dengan prestasi
kerja.
V. Mengenal pasti hubungan diantara konflik kerja-keluarga dengan
prestasi kerja.
5. KEPENTINGAN KAJIAN
Terdapat beberapa kepentingan di dalam kajian ini. Antaranya ialah untuk
mengenal pasti tahap tekanan kerja dalam kalangan kakitangan JKDM
Sarawak. Kajian ini juga bertujuan bagi mengenal pasti perbezaan tahap
tekanan kerja berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu tempoh berkhidmat dan
jawatan yang disandang oleh setiap kakitangan. Seterusnya, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tekanan kerja dengan prestasi kerja
dalam kalangan kakitangan JKDM Sarawak. Kajian ini juga penting bagi melihat
gambaran keseluruhan faktor yang menyebabkan tekanan kerja yang dialami
oleh pekerja dalam organisasi. Diharap hasil kajian ini dapat memberi panduan
yang berguna kepada pihak tertentu antaranya ialah pihak pengurusan jabatan
dan kakitangan Jabatan.
6. SKOP KAJIAN
Skop kajian ini ialah faktor tekanan kerja dan prestasi kerja dalam
kalangan kakitangan JKDM Sarawak. Ianya meneliti faktor kekaburan peranan,
bebanan tugas, konflik peranan, tekanan masa dan konflik kerja-keluarga yang
memberi kesan terhadap prestasi kerja. Organisasi yang dipilih adalah Jabatan
Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak. Kajian ini melibatkan kakitangan
JKDM Sarawak sahaja.
7. KAJIAN-KAJIAN LEPAS.
Secara umumnya, terdapat banyak kajian yang telah dihasilkan oleh
pengkaji dalam pelbagai aspek mengikut pendekatan yang digunakan masing-
masing. Beberapa penyelidikan mengenai tekanan kerja juga dikaitkan dengan
aspek psikososial di tempat kerja (Frankenhaeuser dan Johansson, 1984 Kahn
dan Quinn, 1970). Ramai pengkaji yang berminat menjalani kajian ke atas
tingkahlaku organisasi yang memberi pengaruh ke atas prestasi kerja Shockley-
Zabalak, Ellis dan Winograd (2000). Seperti kajian ke atas usaha organisasi
untuk menghakis dan mengimbangi faktor-faktor menyebabkan tekanan kerja
ke atas individu yang telah memberi impak ke atas prestasi kerja. Oleh itu,
permasalah kajian ini bertujuan untuk menilai perkaitan antara faktor yang
mempengaruhi tekanan kerja dengan prestasi kerja dalam kalangan kakitangan
JKDM Sarawak. Maklumat ini telah menimbulkan rasa tanggungjawab pihak
organisisi untuk cuba mengatasi masalah persekitaran yang menyumbang
kepada tekanan kerja. Setelah dikaji melalui kajian-kajian yang lepas, didapati
kebanyakkan pengkaji memberi penumpuan kepada beberapa faktor tekanan
sahaja. Walaupun begitu, dalam kajian ini, kajian menggunakan pendekatan
khusus dan hanya membicarakan sebahagian daripada faktor tekanan yang
berkaitan bersesuaian dengan situasi kerja di JKDM Sarawak.
8. METODOLOGI KAJIAN
8.1 Pengumpulan data
Terdapat dua bentuk kaedah penyelidikan dalam kajian ini ialitu
penyelidikan kualitatif dan kuantitatif. Kualitatif adalah menggunakan fakta,
maklumat, pernyataan, ulasan, tanggapan, perasaan dan sumpanya yang
diperolehi dalam bentuk wawancara dan pemerhatian. Manakala penyelidikan
kuantitatif pula diperolehi dalam bentuk angka atau bilangan dan dikumpulkan
dengan menggunakan kaedah statistik. Sumber data yang diperolehi dalam
penyelidikan ini adalah melalui borang soal selidik diedar kepada responden.
Dalam usaha untuk mengumpul data yang diperlukan, kajian ini
menggabungkan beberapa metode dengan melakukan dua bentuk penyelidikan
utama iaitu kajian perpustakaan dan kajian lapangan.
9. KESIMPULAN
Masalah tekanan kerja didalam kalangan kakitangan organisasi JDKM
bukanlah sesuatu yang baru. Oleh itu, kajian ini sangat penting bagi
mengenalpasi faktor tekanan kerja yang paling banyak menyumbang kepada
masalah prestasi kerja kakitangan JKDM Sarawak. Diharap dengan kajian ini,
masalah tekanan kerja dapat diatasi dan sekaligus meningkatkan prestasi
kakitangan dengan memahami tingkah laku dan sikap kakitangan di jabatan
Kastam diraja negeri Sarawak terhadap tekanan kerja.