Anda di halaman 1dari 5

PSS SMK MAMBAU 2018

1.0 PENDAHULUAN:

Suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang
mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu dalam sesebuah
masyarakat ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Kementerian
Pelajaran telah melaksanakan pelbagai program galakan membaca di sekolah- sekolah.
Walau bagaimanapun kesan daripada program tersebut masih belum mencapai tahap
yang dikehendaki. Dengan demikian Kementerian Pelajaran dan pihak sekolah perlu
mencari pendekatan baru bagi melaksanakan program galakan membaca yang lebih
berkesan dan dapat dijalankan secara berterusan.

2.0 OBJEKTIF:

1. Meningkatkan minat membaca yang berterusan. (avid reader).


2. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk
pembacaan di kawasan sekolah.
3. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.
4. Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta
mempunyai sifat- sifat kepimpinan.
5. Menampilkan murid yang mengamalkan ciri- ciri pembaca berkualiti.
6. Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.

3.0 TEMPOH ;

SATU HARI :7.30 pagi – 6.30 petang

1
PSS SMK MAMBAU 2018

4.0 TARIKH PROGRAM.

Tarikh : 28 April 2018


Hari : Sabtu
Masa : 7.00 pagi
Tempat: Muzium Negara, PWTC, KLCC

5.0 PESERTA :

4 orang guru dan 40 orang pelajar (1 bas)

6.0 JAWATANKUASA LAWATAN:

Penyelaras : Pn. Noralisa Bt. Mohd Isa


program
Bendahari : Pn. Siti Norlida bt. Mohd Yusof
Guru Pengiring :Pn. Roziana Bt Rahman
:Pn. Norazira bt Mohd. Yusof
:Pn. Hazila bt. Hamid

7.0 PERUNTUKAN KEWANGAN


Rujuk lampiran A

8.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk lampiran B

9.0 PENUTUP

2
PSS SMK MAMBAU 2018

Besarlah harapan saya mewakili Pusat Sumber Sekolah, agar kertas kerja ini mendapat
perhatian dari pihak Datuk/Tuan/Puan demi mencapai objektif rancangan Tahunan PSS
SMK Mambau pada tahun ini. Segala keprihatinan dari pihak Datuk/Tuan/Puan kami
dahului dengan jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


............................................ ..............................................
(ROZIANA BINTI RAHMAN) (ABU BAKAR BIN ABDUL GHALIM)
Guru Perpustakaan dan Media Guru Penolong Kanan Akademik
SMK Mambau SMK Mambau

Disahkan oleh,
...............................................
(NOR HASHIM BIN OTHMAN)
Pengetua
SMK Mambau

3
PSS SMK MAMBAU 2018

LAMPIRAN A.

PERUNTUKAN KEWANGAN.

PERBELANJAAN

1) PENGANGKUTAN:

1. BAS = 2 x RM 350 =RM 700.00

2) MAKANAN:

1. Air mineral = 40 x RM 1.00 = RM 40.00


2. Minum petang (air kotak + roti) = 40 x RM 3.00 = RM 120.00
2. Nasi Lemak (sarapan) = 40 x RM 4.00 = RM 160.00
3. Bayaran tiket = 40 x RM 12.00 = RM 480.00

JUMLAH: RM 1500.00

PENDAPATAN:

1.Bayaran murid = 40 x RM 20.00 =RM 800.00


2.sumbangan PIBG =RM 700.00

JUMLAH: RM 1500.00

4
PSS SMK MAMBAU 2018

LAMPIRAN B.
TENTATIF PROGRAM.

28 APRIL 2018 SABTU

7.30 PAGI : BERKUMPUL DI DATARAN HADAPAN SEKOLAH


- PEMBAHAGIAN KUMPULAN
- SARAPAN PAGI
8.00 PAGI : BERTOLAK KE MUZIUM NEGARA KUALA LUMPUR.
9.30 PAGI : TIBA DI MUZIUM
- LAWATAN SECARA BERKUMPULAN
11.00 PAGI : BERTOLAK KE PWTC
11.30 PAGI : TIBA DI PWTC
- LAWATAN SECARA BERKUMPULAN
- MAKAN TENGAH HARI DAN SOLAT ZOHOR DI PWTC
2.30 PETANG : BERTOLAK KE KLCC
3.00 PETANG : TIBA DI KLCC
- LAWATAN SECARA BERKUMPULAN
- SOLAT ASAR
2..30 PETANG : TIBA DI PWTC
- LAWATAN SECARA BERKUMPULAN
5.30 PETANG : BERTOLAK PULANG (MINUM PETANG)
6.30 PETANG : TIBA DI SMK MAMBAU