Anda di halaman 1dari 20

APA MAKNA KALIMAH SYAHADAH???

AKU BERSAKSI...PENJELASAN AQIDAH DARI DUA KALIMAH SYAHADAH

Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh
setiap muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan
keislaman mereka.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

‫أهششههدد هأنَ له إإهلهه إإلل ا د هوأهششههدد أهلنَ دمهحلمدداً هردسودل إ‬


‫ا‬

Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi
Muhammad itu utusan Allah”.

Perhatian: Lafaz ashhadu (‫ )أشهد‬yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:

1. (‫ )أعلم‬yakni “aku mengetahui”,


2. (‫ )أعتقد‬yakni “aku mempercayai” dan
3. (‫ )أعترف‬yakni “aku mengiktiraf”.

Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu
pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan
pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan.
Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak
mengakui kebenaran Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun
mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, bahkan
mereka mengenali baginda sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, namun disebabkan sikap
degil dan bongkak mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda
sallallahu`alaihi wasallam.

Makna Kalimah Syahadah Pertama:

‫أهششههدد هأنَ له إإهلهه إإلل اد‬

“Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad (mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku
mengiktiraf (mengakui) dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah
Yang Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha tidak
berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang
Maha Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu
yang dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti tidak akan berlaku. Dia-
lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan yang layak dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya”.

Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah
ta`ala iaitu: al-Wujud (ada), al-Qidam (sedia ada), al-Baqa’ (kekal), al-Mukhalafah lil-hawadith (bersalahan
dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk), al-Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah
(berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm (mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar
(melihat) dan al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa), Kaunuhu Muridan
(keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman (keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu
Hayyan (keadaan Allah ta`ala yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar), Kaunuhu
Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Allah ta`ala yang berkata-kata).

Makna Kalimah Syahadah Kedua:

‫أهششههدد أهلنَ دمهحلمدداً هردسودل إ‬


‫ا‬

“Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn
Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada
semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan
dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan
disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada
Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku dan perkara-
perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat
kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar,
kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah
dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk
dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah,
para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan
sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi dan penghulu seluruh keturunan Nabi Adam alaihissalam.

HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA:

• Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke
atasnya menganut agama Islam, tetap dalam agama Islam dan beramal dengan syariat Islam.

• Untuk menganut agama Islam, seseorang yang kafir wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah berserta dengan
i`tiqad yang benar lagi utuh.

• Lafaz Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan dengan lafaz yang dimulakan dengan lafaz ashhadu (‫ )أشهد‬untuk
mengesahkan kemasukan seseorang ke dalam agama Islam. Bahkan, ianya boleh dilafazkan dengan ungkapan
lain yang mempunyai makna yang sama dengannya meskipun bukan dalam bahasa Arab.

• Kefardhuan melafazkan Dua Kalimah Syahadah ke atas seluruh umat Islam kekal dalam setiap solat supaya
solat menjadi sah menurut mazhab al-Imam al-Syafi`e.

• Orang yang dilahirkan di dalam Islam dan beri`tiqad dengan Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan
mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi orang Islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang
Islam kerana didikan dan asuhan yang diterima olehnya adalah berdasarkan kepada aqidah yang sahih.

• Menurut ulama dalam mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke
atas setiap mukallaf setelah mencapai usia baligh dengan niat fardhu. Ini adalah kerana mazhab mereka tidak
mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat, bahkan mereka hanya menganggapnya sebagai sunat. Sedangkan
menurut ulama dalam mazhab-mazhab yang lain seperti ulama mazhab Syafi`e dan mazhab Hanbali, dua
kalimah syahadah adalah wajib dilafaz dalam setiap solat bagi memastikan solat menjadi sah.

• Iman dan Islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah
syahadah yakni tanpa iman yang benar.

• Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman
seseorang yang mahu memeluk agama Islam. Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api
neraka.

Oleh itu setiap manusia wajib meyakini secara jazam (putus) tentang kewujudan Allah ta`ala dan Allah ta`ala
mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Seseorang itu juga wajib juga beri`tiqad bahawa apa yang di bawa oleh
Rasulullah adalah benar belaka tanpa ada syak, zan dan waham.

‫ اًشلهوشهدم‬,َ‫ اًشلهظكن‬,‫ك‬
‫ اًشلهش ك‬:‫اًشلهجشزدم ديشخهردج إمشنده‬.

Al-Jazm dikeluarkan daripadanya : Syak (ragu-ragu), Zan (melebihi percaya daripada tidak), Waham (melebihi
ketidakpercayaan daripada percaya).

‫ هجاَإهقل هباَإس ق‬:‫دمهواًإفقق لإشلهحقق ديشخهردج إمشنده‬


‫ هجاَإهقل دمهرلك ق‬,‫ط‬
‫ب‬

Selari dengan kebenaran dikeluarkan daripadanya: Jahil basit (tidak mempunyai pengetahuan sama sekali), jahil
murakkab (jahil yang tersusun iaitu tidak sedar bahawa dirinya jahil)

‫ أهشي هلشي ه‬:‫هعشنَ هدلإشيلل‬


ً‫س هتشقلإشيددا‬
Daripada dalil: tidak boleh bertaqlid.

Maksud taqlid iaitu orang yang mengikut tanpa belajar dan apabila ditanya maka individu tersebut tidak dapat
mengeluarkan dalil dalam perkara yang berkaitan dengan akidah.

Ø Sekiranya seseorang itu bertaqlid (mengikut) kepada orang yang tidak betul iaitu golongan yang terkeluar
dari landasan akidah yang sahih walau dengan jazam sekalipun tetap dihukumkan sebagai tidak beriman.

Ø Sekiranya seseorang itu berbertaqlid (mengikut) kepada orang yang beraqidah sahih iaitu yang berada di atas
landasan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Hukumnya terbahagi kepada tiga:

1. Sekiranya dia bertaqlid (mengikut) dengan jazam (putus), maka dia dikira beriman tetapi dihukum fasiq iaitu
berdosa walaupun beriman. Ini pendapat yang muktamad.
2. Tidak dikira beriman walau dia bertaqlid dengan jazam sekalipun. Ini pendapat yang dhaif.
3. Sekiranya dia bertaqlid tetapi tidak jazam, maka dirinya tidak dikatakan sebagai beriman walaupun yang
diikutinya itu adalah orang yang sahih aqidahnya.

Kesimpulannya, syarat untuk mengenal Allah ada empat:

1. Tahu dengan belajar (talaqqi).


2. Yakin dengan keyakinan yang jazam (putus).
3. Berpegang dengan perkara yang sebenar iaitu Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
4. Besertakan dalil iaitu dari al-Quran, al-Sunnah, Ijma` ulama` dan qias.

DUA KALIMAH SYAHADAH

Konsep Syahadah

Syahadah (‫ )اًلشهاَدة‬mempunyai pelbagai makna, di antaranya:

1. Ilmu (‫)اًلعلم‬
2. Penerangan (‫)اًلعلم‬
3. Perkhabaran (‫)اًلخباَر‬
4. Kenyataan (َ‫)اًلبياَن‬
5. Perakuan (‫)اًلقاراًر‬
6. Pengiktirafan (‫)اًلعتراًف‬
7. Keyakinan (‫)اًلعتفاَد‬
Mengucapkan “dua kalimah syahadah” merupakan rukun Islam yang pertama, iaitu:

‫أشهد أنَ ل إلهه إلل ا د هوأششههدد ألنَ دمهحممداًد هردسودل إ‬


‫ا‬

Pengertian harfiyah beberapa kalimah untuk memudahkan kita memahami pengertian sebenarnya “dua
kalimah syahadah” tersebut seperti berikut :

‫ = أشهد‬saya/hamba/ aku mengaku (menyaksi dan membenarkan)


َ‫ = أن‬bahawa, sungguh, benar
‫ = ل‬tiada, tidak ada, tidak wujud, jauh sekali dari adanya
‫ = إلهه‬Tuhan, sesuatu yang disembah
‫ = إلل‬melainkan, kecuali
‫ = اد‬Allah, yakni “ALLAH” juga, perkataan dalam bahasa Arab yang tidak dapat diterjemahkan ke bahasa mana
pun di dunia ini.

Dua Kalimah Syahadah ini merupakan pintu masuk ke dalam Islam dan kedua-duanya merupakan Rukun Islam
yang terbesar. Seseorang itu tidak dikira sebagai orang Islam kecuali dengan mengucapkan dua Kalimah
Syahadah serta beramal dengan isi kandungannya dan dengan mengucapkannya, seorang kafir itu menjadi
Islam.

Makna Dua Kalimah Syahadah adalah penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusannya.
Iaitu mengucapkannya serta mengetahui maknanya dan beramal dengan segala isi kandungan yang terkandung
di dalamnya secara zahir dan batin.

Adapun mengucap dua Kalimah Syahadah dengan tidak mengetahui maknanya, juga tidak beramal dengan
segala isi kandungan yang terdapat di dalamnya tidak memberi manfaat menurut ijma’ (kesepakatan) ulama’.

Makna (‫ = ل إلهه إلل اد‬La ilaha illallah) ialah: Tidak ada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali
Allah Yang Maha Esa Subhanahu wa Ta‘ala (Yang Maha Suci dan Maha Tinggi).

Rukun Syahadah

Kalimah (‫ = ل إلهه إلل اد‬Laa ilaaha illallah) mempunyai dua rukun:

1. Penafian (‫)اًللنشفدي‬: ‫( ل إله‬Laa ilaaha), menafikan semua ketuhanan yang lain selain daripada Allah Ta‘ala
2. Penetapan (‫)اًلثإباَت‬: ‫( إلل ا د‬illallah) menetapkan ketuhanan bagi Allah yang Esa tidak ada sekutu baginya.
Makna kedua rukun ini banyak disebut dalam ayat Al-Quran:

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana Sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan
(kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya
ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha
Mendengar, lagi Maha mengetahui. (Al-Baqarah 2: 256)

Firman Allah, “sesiapa yang ingkar kepada thaghut” itu adalah makna dari rukun yang pertama. Sedangkan
firman Allah “dan ia pula beriman kepada Allah” adalah makna dari rukun kedua.

Begitu pula firman Allah kepada Nabi Ibrahim alaihis-salam: "... dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Ibrahim
berkata kepada bapanya dan kaumnya: 'Sesungguhnya Aku berlepas diri dari apa yang kamu sembah - 27.
"Yang lain dari Tuhan Yang menciptakan daku, kerana Sesungguhnya ia tetap memberi hidayah petunjuk
kepadaku". (Az-Zukhruf 43: 26-27).
Maka “Laa Ilaaha” berarti meniadakan segala tuhan selain Allah, dan “Illallah” berarti menetapkan bahwa sifat
ketuhanan hanya milik Allah semata dan tidak ada yang menyekutukannya. Makna persaksian bahawa
Muhammad adalah Rasulullah ( ‫ا‬ ‫ )دمهحممداًد هردسودل إ‬adalah:

1. Mentaati segala yang diperintahkannya


2. membenarkan segala yang diberitakannya
3. menjauhi apa segala yang dilarangnya.
4. beribadah kepada Allah melalui apa yang dia syariatkan.

Setiap Muslim mesti mewujudkan syahadah ini, sehingga tidak dikatakan syahadah seseorang terhadap
kerasulannya sempurna manakala dia sekedar mengucapkannya dengan lisan namun meninggalkan apa yang
diperintahkannya dan melanggar larangannya serta taat kepada selainnya atau beribadah kepada Allah tidak
berdasarkan ajarannya.

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

(‫ا )رواًه اًلبخاَري‬ ‫صاَإني هفهقشد هع ه‬


‫صىَ ه‬ ‫“ همشنَ أههطاَهعإني هفهقشد أههطاَهع ه‬Siapa yang taat kepadaku maka dia telah taat kepada
‫ا هوهمشنَ هع ه‬
Allah dan siapa yang durhaka kepadaku maka dia telah durhaka kepada Allah” (Riwayat Bukhari)

‫ث إفي أهشمإرهناَ هههذاً هماَهلشي ه‬


(‫س إمشنده هفدههو هردد )متفق عليه‬ ‫“ همشنَ أهشحهد ه‬Siapa yang mengada-ada dalam urusan (agama) kami yang tidak
termasuk didalamnya maka dia tertolak” (Muttafaq alaih)

Wujud nyata dari syahadah ini adalah tiadanya keyakinan bahawa:- • Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wa sallam)
memiliki hak ketuhanan yang mengatur alam ini • atau tidak memiliki hak untuk disembah • seorang Rasul
yang tidak didustakan • dirinya tidak memiliki kekuasaan atas dirinya sendiri dan orang lain dalam
mendatangkan manfaat dan mudarat kecuali apa yang Allah kehendaki.

Allah ta’ala berfirman: [188 : ‫ضدمراً إإلل هماَ هشاَهء ا د ]اًلعراًف‬ ‫“ قادشل له أهشملإ د‬Katakanlah (Hai Muhammad): “Aku
‫ك لإهنشفإسي هنشفعاَ د هوله ه‬
tidak berkuasa menarik kemanfaatan bagi diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang
dikehendaki Allah “(Al A’raf: 188)

‫( ألنَ دمهحممداًد هردسودل إ‬Nabi


Jadi, makna syahadah Anna Muhammadar Rasulullah (Nabi Muhammad utusan Allah) ‫ا‬
Muhammad utusan Allah) ialah:

a) Mematuhi segala perkara yang disuruh olehnya dan membenarkan apa yang disampaikan serta menjauhi
segala perkara yang dilarang dengan tidak melakukan ibadat kepada Allah melainkan menurut ajaran yang
telah disyara’kan olehnya.

b) Tahqiq (merealisasikan) syahadah Anna Muhammadar Rasulullah (Nabi Muhammad utusan Allah).
Terlaksananya syahadah Anna Muhammadar Rasulullah dengan keimanan dan keyakinan yang sempurna
bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hamba Allah dan utusan-Nya, yang diutuskan kepada semua kalangan
jin dan manusia. Baginda adalah penyudah segala nabi dan rasul. Baginda juga merupakan seorang hamba yang
hampir di sisi Allah namun Baginda tidak memiliki ciri-ciri ketuhanan.

Syahadah ini juga terlaksana dengan mengikuti ajarannya, mengagungkan suruhan dan larangannya serta
beriltizam dengan sunnahnya; dalam perkataan, perbuatan dan i’tiqad.

Firman Allah Ta‘ala: (158 :‫“ )اًلعراًف‬Katakanlah: Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada
kamu semua”. (Al-A’raf: 158).

Firman Allah Ta‘ala: (28 :‫“ )سبأ‬Dan Kami tidak mengutuskan kamu, melainkan kepada manusia seluruhnya
sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan”. (Saba’: 28).

Firman Allah Ta‘ala: (40 :‫“ )اًلحزاًب‬Muhammad itu sekali-kali bukanlah bapa daripada seorang lelaki di antara
kamu, tetapi dia adalah Rasulullah dan penutup sekalian nabi”. (Al-Ahzab: 40).

Firman Allah Ta‘ala: (93 :‫“ )اًلسراًء‬Katakanlah: Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanya seorang manusia
yang menjadi Rasul”. (Al-Isra’: 93).

Syahadah ini mengandungi beberapa perkara:

Pertama: Mengakui tentang kerasulannya dan beri’tiqad di dalam hati.

Kedua: Melafazkan syahadah serta mengaku secara zahir dengan lidah.

Ketiga: Sentiasa mengamalkan semua kebenaran yang dibawanya serta meninggalkan segala kebatilan yang
dilarangnya.

Firman Allah Ta‘ala: (158 :‫“ )اًلعراًف‬Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi (tidak
membaca dan tidak menulis) yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya)
dan ikutilah dia supaya kamu mendapat petunjuk”. (Al-A’raf: 158).

Keempat: Membenarkan Rasulullah terhadap semua perkara yang disampaikan.

Kelima: Mencintai Rasulullah melebihi daripada sayang terhadap diri sendiri, harta, anak, kedua ibu bapa dan
semua manusia kerana dia adalah Rasulullah. Mencintai Rasulullah adalah sebahagian daripada mencintai Allah
dan kerana Allah. Hakikat sebenar mencintai Rasulullah ialah dengan mengikuti perintahnya, menjauhi
larangannya, menolong serta membantunya.

Firman Allah Ta‘ala: (31 :َ‫“ )آل عمراًن‬Katakanlah: Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah maka ikutilah aku,
nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. (Aali ‘Imran: 31).

Sabda Nabi SAW: (( َ‫ متفق عليه منَ حديث أنس )) ل يؤمنَ أحدكم حتىَ أكونَ أحب إليه منَ واًلده وولده واًلناَس أجمعين‬t. “Tidak
sempurna iman seseorang daripada kamu sehinggalah dia menyayangi aku lebih daripada bapanya, anaknya
dan manusia seluruhnya”. (Muttafaq ‘alaih daripada hadis yang diriwayatkan oleh Anas t).

Firman Allah Ta‘ala: (157 :‫“ )اًلعراًف‬Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya
dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang-orang yang
beruntung”. (Al-A’raf: 157).

Keenam: Beramal dengan Sunnahnya, meletakkan Sunnah mendahului semua ucapan (pendapat) orang lain,
mematuhi perintahnya, menjadikan syari‘atnya sebagai hukum serta meredhainya.

Firman Allah Ta‘ala: (65 :‫“ )اًلنساَء‬Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka
menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan
dalam hati mereka terhadap keputusan yang kamu tetapkan dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (An-
Nisa’: 65).

Rukun-rukun syahadatain:

1. Menetapkan dengan yakin perihal adanya Allah swt serta berdiri-Nya dengan zat-Nya sendiri, yakni tidak
memerlukan sesuatu apa pun dari makhluk-Nya.

2. Menetapkan pula perihal sifat Allah swt iaitu tentang maha Kuasa-Nya serta Esa-Nya.

3. Menetapkan bahawa semua perbuatan (af’al) Allah swt itu adalah dengan iradah-Nya sendiri.

4. Menetapkan kebenaran Rasulullah s.a.w. yakni meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang
benar.

Syarat-syarat syahadatain:

1. Wajib mengetahui lafaz syahatain itu, yakni memahami erti dan maksudnya.
2. Wajib mengikrarkan dengan lisan serta mengucapkan sampai selesainya kedua syahah tersebut, dari
permulaan hingga akhirnya.

3. Wajib meyakinkan akan maksudnya, ertinya tidak bolek ragu-ragu atau sangsi lagi akan kebenaran isi
syahadatain tersebut.

4. Meyakinkan dalam hati serta mengamalkan dengan anggota badan, yakni wajib menolak segala apa yang
bertentangan kepada maksud yang tersimpan dalam syahadatain itu.

1.3 Syarat-syarat Laa Ilaaha Illallah

Para ulama menyatakan bahwa ada tujuh syarat bagi kalimah Laa Ilaaha Illallah. Kalimah tersebut tidak sah
selama ketujuh syarat tersebut tidak terkumpul dan sempurna dalam diri seseorang, serta mengamalkan segala
apa yang terdapat didalamnya serta tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengannya.

Yang dimaksud bukanlah sekedar menghitung lafaz-lafaznya dan menghafalnya, sebab betapa banyak orang
yang hafal kalimatnya akan tetapi ia bagaikan anak panah yang melesat (keluar dari Islam) sehingga anda akan
lihat dia banyak melakukan banyak perbuatan yang bertentangan.

Berikut ini syarat-syaratnya:

Berilmu (‫)اًلعلم‬. Yang dimaksud adalah memiliki ilmu terhadap maknanya (kalimat Laa Ilaaha Illallah) baik dalam
hal nafy maupun itsbat dan segala amal yang dituntut darinya. Jika seorang hamba mengetahui bahwa Allah
ta’ala adalah semata-mata yang disembah dan bahwa penyembahan kepada selainnya adalah bathil, kemudian
dia mengamalkan sesuai dengan ilmunya tersebut. Lawan dari mengetahui adalah bodoh, karena dia tidak
mengetahui wajibnya mengesakan Allah dalam ibadah, bahkan dia menilai bolehnya beribadah kepada selain
Allah disamping beribadah kepada-Nya,

Allah ta’ala berfirman: ( 19 ‫“ هفاَشعهلشم أهلنده له إإهلهه إإلل اد )محمد‬Maka ketahuilah, bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan
(Yang Haq) melainkan Allah” (Muhammad 19) (86 ‫“ إإلل همشنَ هشإههد إباَشلهحقق هودهشم هيشعهلدمشوهنَ )اًلزخرف‬Akan tetapi (orang yang
dapat memberi syafaat ialah) orang yang mengakui yang hak (tauhid) dan mereka meyakini(nya)” (Az Zukhruf
86) Maksudnya adalah: Siapa yang bersaksi sedangkan hati mereka mengetahui apa yang diucapkan lisan
mereka.

Ringkasnya: Mengetahui maknanya -- nafi dan isbat-- Ilmu yang menafikan kejahilan, menafikan semua ibadat
kepada selain daripada Allah dan mengisbatkan ibadat kepada-Nya Yang Esa tidak ada sekutu baginya dan tidak
ada yang berhak untuk disembah selain daripada-Nya.

2. Yakin (َ‫)اًليقين‬. Yaitu seseorang mengucapkan syahadat dengan keyakinan sehingga hatinya tenang didalamnya,
tanpa sedikitpun pengaruh keraguan yang disebarkan oleh syetan-syetan jin dan manusia, bahkan dia
mengucapkannya dengan penuh keyakinan atas kandungan yang ada didalamnya.

Siapa yang mengucapkannya maka wajib baginya meyakininya didalam hati dan mempercayai kebenaran apa
yang diucapkannya yaitu adanya hak ketuhanan yang dimiliki Allah ta’ala dan tidak adanya sifat ketuhanan
kepada segala sesuatu selain-Nya. Juga berkeyakinan bahwa kepada selain Allah tidak boleh diarahkan
kepadanya ibadah dan penghambaan.

Jika dia ragu terhadap syahadatnya atau tidak mengakui bathilnya sifat ketuhanan selain Allah ta’ala, misalnya
dengan mengucapkan: “Saya meyakini akan ketuhanan Allah ta’ala akan tetapi saya ragu akan bathilnya
ketuhanan selain-Nya”, maka batallah syahadatnya dan tidak bermanfaat baginya.

Allah ta’ala berfirman: (15 :‫ل هوهردسشولإإه دثإلم لهشم هيشرهتاَدبواً ) اًلحجراًت‬
‫“ إإلنهماَ شاًلدمشؤإمدنشوهنَ اًللإذشيهنَ آهمدنواً إباَ إ‬Sesungguhnya orang-orang yang
beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu”
(Al Hujurat 15). Yakin dengan menafikan semua bentuk keraguan (terhadap Allah), iaitu mengucapkannya
dengan penuh keyakinan, tenang hatinya dengan apa yang diucapkan serta yakin terhadap semua perkara yang
terkandung di dalamnya dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi.
3. Menerima (‫ )اًلقبول‬Maksudnya adalah menerima semua ajaran yang terdapat dalam kalimat tersebut dalam
hatinya dan lisannya. Dia membenarkan dan beriman atas semua berita dan apa yang disampaikan Allah dan
Rasul-Nya, tidak ada sedikitpun yang ditolaknya dan tidak berani memberikan penafsiran yang keliru atau
perubahan atas nash-nash yang ada sebagaimana hal tersebut dilarang Allah ta’ala.

Dia berfirman: (136 ‫ل هوهماَ أ دشنإزهل إإهلشيهناَ )اًلبقرة‬


‫“ قادشودلواً آهملناَ إباَ إ‬Katakanlah, kami beriman kepada Allah dan apa yang
diturunkan kepada kami” (Al Baqarah 136) Lawan dari menerima adalah menolak. Ada sebagian orang yang
mengetahui makna syahadatain dan yakin akan kandungan yang ada didalamnya akan tetapi dia menolaknya
karena kesombongannya dan kedengkiannya.

Allah ta’ala berfirman: (33 ‫ا هيشجهحددشوهنَ )اًلنعاَم‬ ‫ك هوهلإكلنَ اًللظاَلإإمشيهنَ إبأ ههياَ إ‬
‫ت إ‬ ‫“ هفإإلندهشم له ديهكقذدبشوهن ه‬Karena mereka sebenarnya bukan
mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah” (Al An’am 33)
Termasuk dikatakan menolak, jika seseorang menentang atau benci dengan sebagian hukum-hukum Syari’at
atau hudud (hukum pidana Islam).

Allah ta’ala berfirman: (208 :‫“ هياَ أهكيههاَ اًللإذشيهنَ آهمدنواً اًشددخدلواً إفي اًلقسشلإم هكاَلفدة )اًلبقرة‬Wahai orang-orang yang beriman, masuklah
kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya”(Al Baqarah 208)

Menerima sepenuhnya dan menafikan semua perkara yang bercanggah dengannya. Iaitu dengan menerima
semua perkara yang berhubung dengan kalimah ini dan apa yang diucapkannya, maka hendaklah dia
membenarkan semua perkara yang disampaikan melalui akhbar (al-Quran dan al-Hadis), mentaati semua
suruhan dan menjauhi semua larangan, juga tidak menolak semua nas (al-Quran atau al-Hadis) dan tidak
mentakwilkannya.

4. Tunduk (‫ )اًلنقياَد‬Yang dimaksud adalah tunduk atas apa yang diajarkan dalam kalimat Ikhlas, yaitu dengan
menyerahkan dan merendahkan diri serta tidak membantah terhadap hukum-hukum Allah.

Allah ta’ala berfirman: (54 ‫“ هوأهإنشيدبواً إإهلىَ هرقبدكشم هوأهشسلإدمواً هلده ) اًلزمر‬Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah
dirilah kepada-Nya …” (Az Zumar 54)

Termasuk juga tunduk terhadap apa yang dibawa Rasulullah sallallahu ‘alihi wa sallam dengan diiringi sikap
ridho dan mengamalkannya tanpa bantahan serta tidak menambah atau mengurangi. Jika seseorang telah
mengetahui makna Laa Ilaaha Illallah dan yakin serta menerimanya, akan tetapi dia tidak tunduk dan
menyerahkan diri dalam melaksanakan kandungannya maka semua itu tidak memberinya manfaat.

Termasuk dikatakan tidak tunduk juga adalah tidak menjadikan syariat Allah sebagai sumber hukum dan
menggantinya dengan undang-undang buatan manusia. Patuh dengan menafikan perkara yang boleh
meninggalkannya, iaitu dengan tunduk dan patuh kepada semua perkara yang ditunjukkan oleh kalimah itu
sama ada secara zahir atau batin.

5. Jujur (‫ )اًلصـــدق‬Maksudnya jujur dengan keimanannya dan aqidahnya, selama itu terwujud maka dia
dikatakan orang yang membenarkan terhadap kitab Allah ta’ala dan sunnahnya. Lawan dari jujur adalah dusta,
jika seorang hamba berdusta dalam keimanannya, maka seseorang tidak dianggap beriman bahkan dia
dikatakan munafiq walaupun mengucapkan syahadat dengan lisannya, maka syahadat tersebut baginya tidak
menyelamatkannya.

Termasuk yang menghilangkan sahnya syahadat adalah mendustakan apa yang dibawa Rasulullah atau
mendustakan sebagian yang dibawanya, karena Allah ta’ala telah memerintahkan kita untuk ta’at kepadanya
dan membenarkannya dan mengaitkannya dengan ketaatan kepada-Nya. Benar yang menafikan pendustaan,
iaitu mengucapkannya dengan benar terbit daripada hati, ucapan dengan lidah bertepatan dengan apa yang
terkandung dalam hati, zahir dan batin.

Sesiapa yang mengucap dua Kalimah Syahadah dengan lidah, tetapi mengingkari apa yang terkandung
dalamnya dengan hatinya maka sesungguhnya ucapannya tidak memberi manfaat kepadanya, sama seperti
keadaan orang munafiq yang berkata dengan lidah tetapi bercanggah dengan pegangan hatinya.
6. Ikhlas (‫ )اًلخـــلصا‬Maksudnya adalah mensucikan setiap amal perbuatan dengan niat yang murni dari
kotoran-kotoran syirik, yang demikian itu terwujud dari apa yang tampak dalam perkataan dan perbuatan yang
semata-mata karena Allah ta’ala dan karena mencari ridho-Nya. Tidak ada didalamnya kotoran riya’ dan ingin
dikenal, atau tujuan duniawi dan pribadi, atau juga melakukan sesuatu karena kecintaannya terhadap
seseorang atau golongannya atau partainya dimana dia menyerahkan dirinya kepadanya tanpa petunjuk Allah
ta’ala.

Dia berfirman: (3 ‫صا )اًلزمر‬ ‫“ أله إللإ اًلقدشيدنَ اًشلهخاَلإ د‬Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik)”
‫ا دمشخلإ إ‬
(Az Zumar 3) (5 ‫صشيهنَ هلده اًلقدشيدنَ )اًلبينة‬ ‫“ هوهماَ أ دإمدرواً إإلل لإهيشعدبددواً ه‬Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya
menyembah Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya dalam menjalankan agama dengan lurus” (Al
Bayinah 5). Lawan dari ikhlas adalah Syirik dan riya’, yaitu mencari keridhoan selain Allah ta’ala.

Jika seseorang telah kehilangan dasar keikhlasannya, maka syahadat tidak bermanfaat baginya.

Allah ta’ala berfirman: (23 َ‫“ هوهقاإدشمهناَ إإهلىَ هماَ هعإمدلواً إمشنَ هعهملل هفهجهعشلنهاَهاَ ه هههباَدء همشندثإوراًد )اًلفرقااَن‬Dan Kami hadapkan segala amal yang
mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan” (Al Furqon 23) Maka dengan
demikian tidak ada manfaat baginya semua amalnya karena dia telah kehilangan landasannya.

Allah ta’ala berfirman: (48 ‫ل هفهقشد اًشفهتهرىَ إإشثإماَ هعإظشيماَ د )اًلنساَء‬ ‫ا له هيشغإفدر أهشنَ ديششهر ه‬
‫ك إبإه هوهيشغإفدر هماَ ددشوهنَ هذلإ ه‬
‫ك لإهمشنَ هيهشاَهء هوهمشنَ ديششإرشك إباَ إ‬ ‫إإلنَ ه‬
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari
(syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sengguh ia telah
berbuat dosa yang besar” (An Nisa 48)

Ikhlas yang menafikan perbuatan syirik. Iaitu seorang hamba membersihkan amalannya daripada sebarang
bentuk syirik dengan niat yang baik.

7. Cinta (‫ )اًلمحـــبة‬Yaitu mencintai kalimat yang agung ini serta semua ajaran dan konsekwensi yang terkandung
didalamnya maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya dan mendahulukan kecintaan kepada keduanya atas
semua kecintaan kepada yang lainnya serta melakukan semua syarat-syaratnya dan konsekwensinya.

Cinta terhadap Allah adalah rasa cinta yang diiringi dengan rasa pengangungan dan rasa takut dan
pengharapan. Termasuk cinta kepada Allah adalah mendahulukan apa yang Allah cintai atas apa yang dicintai
hawa nafsu dan segala tuntutannya, termasuk juga rasa cinta adalah membenci apa yang Allah benci, maka
dirinya membenci orang-orang kafir serta memusuhi mereka.

Dia juga membenci kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan. Termasuk tanda cinta adalah tunduk terhadap
syariat Allah dan mengikuti ajaran nabi Muhammad dalam setiap urusan. Allah ta’ala berfirman: َ‫قادشل إإشنَ دكشندتشم دتإحكبوهن‬
(31 َ‫ا هوهيشغإفشرلهدكشم دذدنشوهبدكشم )آل عمراًن‬
‫ا هفاَلتإبدعشوإني ديشحإبشبدكدم ه‬
‫“ ه‬Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,
niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (Ali
Imran 30) Lawan dari cinta adalah benci. Yaitu membenci kalimat ini dan semua ajaran yang terkandung
didalamnya atau mencinta sesuatu yang disembah selain Allah bersama kecintaannya terhadap Allah.

Allah ta’ala berfirman: (9 ‫ك إبأ هلندهشم هكإردهواً هماَ أهشنهزهل ا د هفأ هشحهبهط أهشعهماَهلدهشم )محمد‬
‫“ هذلإ ه‬Yang demikian itu adalah karena
sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-
pahala) amal-amala mereka” (Muhammad 9) Termasuk yang menghilangkan sifat cinta adalah membenci
Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam dan mencintai musuh-musuh Allah serta membenci wali-wali Allah dari
golongan orang beriman.

Mahabbah (cinta) yang menafikan kemarahan. Iaitu dengan mengasihi kalimah ini serta perkara yang
terkandung di dalam pengertiannya dan menunjukkannya, mengasihi orang-orang yang beriltizam (komited)
dengan syarat-syaratnya serta membenci perkara-perkara yang bercanggah dengannya.

Tanda mahabbah (cinta) ini ialah mendahulukan kasih dan cinta kepada Allah walaupun berlawanan dengan
kehendak nafsu, memerangi perkara yang dimurkai oleh Allah walaupun ianya dikehendaki oleh nafsu,
berkasih-sayang dengan orang-orang yang berwala’kan (meletakkan ketaatan dan kepatuhan) kepada Allah dan
Rasul-Nya serta memusuhi orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.
1.1 Perkara-perkara yang Membatalkan Syahadah

1. Mengadakan persekutuan (syirik) dalam beribadah kepada Allah ta’ala (An Nisa 116) Termasuk dalam hal ini,
permohonan pertolongan dan permohonan doa kepada orang mati serta bernazar dan menyembelih qurban
untuk mereka.

2. Siapa yang menjadikan sesuatu atau seseorang sebagai perantara kepada Allah, memohon kepada mereka
syafaat, serta sikap tawakkal kepada mereka, maka berdasarkan ijma’ dia telah kafir.

3. Siapa yang tidak mengkafirkan orang-orang musyrik, atau menyangsikan kekafiran mereka, bahkan
membenarkan madzhab mereka, maka dia telah kafir.

4. Berkeyakinan bahwa petunjuk selain yang datang dari Nabi Muhammad sollallohu ‘alihi wa salam lebih
sempurna dan lebih baik. Menganggap suatu hukum atau undang-undang lainnya lebih baik dibandingkan
syariat Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam, serta lebih mengutamakan hukum taghut (buatan manusia)
dibandingkan ketetapan Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam .

5. Membenci sesuatu yang datangnya dari Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam, meskipun diamalkannya.
(Muhammad 9).

6. Siapa yang mengolok-olok sebagian dari Din yang dibawa Rasulullah sollallohu ‘alihi wa salam, misalnya
tentang pahala atau balasan yang akan diterima maka dia telah kafir. (At-Taubah 65-66) 7. Melakukan sihir,
diantaranya “As-sharf” (mengubah perasaan seorang laki-laki menjadi benci kepada istrinya) dan “Al Athaf”
(Menjadikan seseorang senang terhadap apa yang sebelumnya dia benci/pelet) atas bantuan syeitan.

Siapa yang melakukan kegiatan sihir atau ridha dengannya maka dia kafir (Al Baqarah 102)

8. Mengutamakan orang kafir serta memberikan pertolongan dan bantuan kepada orang musyrik lebih dari
pada pertolongan dan bantuan yang diberikan kepada kaum muslimin. (Al Maidah 5)

9. Beranggapan bahwa manusia bisa leluasa keluar dari syariat Muhammad. (Ali Imron 85)

10. Berpaling dari Dinullah, baik karena dia tidak mau mempelajarinya atau karena tidak mau
mengamalkannya. Hal ini berdasarkan firman Allah ta’ala: (As-Sajadah 22).

RAHSIA HAKIKAT SOLAT

SOALAN:

camana pula dalam solat... kita serahkan ( leburkan ) sifat2..af'al kita kepada kerja siapa... muhammad atau
Allah..? sebab dikatakan DIA memuji diriNYA... sorry soalan tak ikut syllybus.

JAWAPAN :

Apabila Allah mengasihi hambaNYA DIA akan memberi kefahaman dalam agama. Semoga kita semua
memahami betul-betul apa yang diisyaratkan oleh kalam Allah, kalam rasul dan juga kalam para aulia' dan para
sufi. Kerana ilmu hakikat ini tak boleh kita fahami dengan aqal semata-mata. Ia nya ilmu rasa , sungguh
mendalam maksud dan tujuannya serta pengertiannnya. Wa ema sampai ke peringkat solat sekali pun tidak lari
dari soal mengenal Diri dan mengenal RUH juga.

Sebabnya solat itu perkara sembah menyembah . Siapa yang disembah dan siapa yang menyembah. Maka di
dalam solat itu ada syarat dan rukunnya, halal dan haramnya, sah dan batalnya yang harus kita ketahui. Dan
solat itu berperingkat-peringkat ada yang mubtadi (permulaan) , mutawasit (pertengahan) dan
muntahi(tertinggi). Maka perbicaraan kita si sini tentang solat peringkat tertinggi tahap ilmiah dimana
penyerahan diri di dalam solat kita sehingga lebur zat, sifat, asma' dan af'al kita. Itu dinamakan fana di dalam
solat. Sedangkan fana itu pun berperingkat-peringkat menurut maqamnya. Kita harus naik dari satu peringkat
ke satu peringkat baharulah sampai kepada fana segala-galanya , lebur zat , sifat ,asma dan af'al diperingkat
RUH, peringkat RUHANI, peringkat NURANI dan alam RUH, alam Jabarut, alam Malakut dan alam Lahut.

Yang tidak binasa hanya ZAT ALLAH Azzawajalla . Laisa kamishlihi syaiun . Wa Huwas Sami'ul Basir. Wa Huwas
Sami'ul 'Alim . "Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai
kebesaran dan kemuliaan."

(Ar Rahman :26-27)

Solat ini bukan perkara yang mudah . Mudah pada sebutan tetpi berat pada mendapatkannya kerana solat itu
amat berat kecuali bagi orang-orang yang kusyuk. Pada hakikatnya yang mengerjakan solat itu Ruh atau diri
bathin dan kenyataannya pada jasad tubuh .Kalau jasad sudah tiada Ruhnya , terbujur kaku tidak mungkin kita
dapat megerjakan kelakuan Solat itu. Maka apabila kita ketahui yang sebenar-benar bersolat itu Ruh atau diri
bathin perlu lah kita menyerah sepenuhnya kepada diri bathin atau Ruh tadi . Yakni semsa kita mengatakan
takbir ALLAHU AKBAR itu nyatalah hukumnya di sini NAFI dan ISBAT. NAFI diri kita yg zahir ini dan ISBAT diri kita
yang bathin itu yang sebenar-benarnya melakukan solat. Kalau kita tidak NAFI bagaimana boleh timbul ISBAT
Maka tatkala itu yg sebenar-benar mengerjakn solat pada hakikatnya diri bathin (Ruh) kita.

Tidak timbul persoalan yg solat itu Allah menyembah Allah atau apa-apa seperti yang di fahami orang
kebanyakan yang mengaji hakikat. Sebab Allah tak perlu nak menyembah dirinya pun . Dan mengapa Allah kena
bersolat . Yang dikatakan Solat Nabi mengganti solat Allah itu kalam sufi jua. Bukan pada makna zahirnya .
Adapun Muhammad nak menunjukan kasihnya dan sifat kehambaannya maka ia mempersembahankan solat
itu kepada Allah. FAHAMKAN betul-betul. DIA di atas segala sesuatu dan tidak berkehendak kepada segala
sesuatu. Berkehendak segala sesuatu itu kepadaNYA

Yang menyembah itu kita (Ruh dan jasad) dan yang disembah itu Allah Taala ( Zat ) Apabila penyerahan kita
bulat kepada RUH diri bathin itu maka barulah hadir RUH solat itu. RUH itu lah yang akan mijraj ke hazrat Allah
Ta'ala bukan jasad tubuh kita. Sebab itu solat itu dikatakan mijraj bagi orang mukmin. Kalau kita sampai ke
perigkat mukmin baharulah solat kita sempurna .Ini secara ringkas dan mudah berkenaan solat agar dapat
memahaninya. kalau kita nak bicara soal solat dan kupasannya terlalulah mendalam dan terperinci mungkin di
topik yang lain. Apabila kita sudah sampai ke perigkat mengenal diri dan Ruh lebih mudah kita faham. Semua
kupasan mendalam tak penting sebenarnya ada kaifiat dan kaedah untuk mendapatkan solat yang kusyuk dan
sempurna hanya kita dapat perolehi daripada guru-guru yang mahir tentang bab-bab solat. Hanya guru-guru
yang ahli hakikat dan makrifat yang sudah merasai di maqam tertentu dapat menunjukkan kaifiat-kifiat
tersebut. Perbicaraan kita ini masih umum lagi diperingkat solat muntahi yang umum.Bukan peringkat solat
muntahi yg khusus bagi para ahli khawasul khawas dan solat 2 para wali.

Soal puji itu sudah tentu puji itu bagi Allah Ta'ala , Dan DIA memuji diriNYA itu adalah kalam hakikat jua. Pada
asasnya puji itu empat yakni :

1. Puji muhaddas bagi yang muhaddas - Hamba memuji hamba , makhluk memuji makhluk

2. Puji muhaddas bagi yang qodim - Hamba memuji Tuhannya

3. Puji Qodim bagi yang muhaddas - Tuhan memuji hambanya

4, Puji Qodim bagi yang qodim - Tuhan memuji akan DiriNYA

Kesemua puji-pujian itu kembali hanya kepada Allah Ta'ala semata-mata tiada yang lain . Kerana hanya DIA
yang layak dipuji .

PERBENDAHARAAN YANG TERSEMBUNYI


Petikan dari Kitab Futuhat Al Makkiyyah

Juru-bicara dalam diri si hamba menyampaikan: " Allah s.w.t bertitah, ‘Jangan sesiapa mengganggu Keesaan-Ku.
Tidak ada sesiapa dapat merobohkan Keperkasaan-Ku. Sesiapa yang mencerobohi Benteng Keperkasaan-Ku
akan Aku bakar dengan api Keagungan-Ku dan dia akan binasa! Selamatkanlah diri kamu. Pergilah kamu dan
masuklah kamu ke dalam Perbendaharaan-Ku Yang Tersembunyi untuk mengenal Daku sekadar Daku izinkan
engkau mengenali Daku'".

Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu bernama:

Laa Ilaa Ha Illallahh


Pintu gerbangnya bernama:

Muhammadur Rasulullah

Kuncinya bernama:
Bismillah Hirrah Maa nirrahim

Cahaya yang menerangi di dalamnya bernama:


Al Fatihah

Kenderaan di dalamnya bernama:


Laa Hau lawala kuwataillah billah

Dengan izin Allah s.w.t si hamba masuk ke dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi.

HAKIKAT ASMA' (NAMA-NAMA ALLAH S.W.T)

Ke mana sahaja kamu hadapkan muka kamu di situ Wajah Allah. ( Ayat 115 : Surah al-Baqarah )

Di dalam Perbendaharaan-Nya Yang Tersembunyi, ke mana sahaja di halakan pandangan hanya Wajah-Nya
yang kelihatan. Wajah-Nya disaksikan sebagai:

Wajah-Nya menyata melalui sifat-sifat dan nama-nama-Nya. Wajah-Nya disaksikan melalui Jamal-Nya dan Jalal-
Nya. Wajah Jamal-Nya menyata melalui nama-nama: ar-Rauf, al-Wadud, al-Halim, al-Karim, al'Afuwwu, al-
Ghaffar, al-Mannan, al-Hannan, as-Sobbur, asy-Syakur dan ar-Razak. Wajah Jalal-Nya menyata melalui Nama-
nama: al-Jabbar, al-Muntaqim, al-‘Aziz, al-Muta'al, al-Mutakabbir, al-Muhaimin, al-Jalil, al-‘Adzim, al-Kabir, al-
Mu'iz, al-Qabidh dan al-Khafidh. Nama-nama Tuhan ada yang menunjukkan kepada sifat dan ada yang
menunjukkan kepada Zat. Aspek Zat yang boleh disifatkan dipanggil tasybih dan yang tidak boleh disifatkan
dipanggil tanzih. Kesempurnaan jiwa hamba adalah berada di antara kedua-dua aspek tersebut:

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan-Nya dan Dia Mendengar dan Melihat (Ayat 11 : Surah asy-Syura )

Walaupun Dia tidak serupa dengan sesuatu tetapi Dia adalah Mendengar dan Melihat. Allah s.w.t menyatukan
kedua-dua aspek tersebut pada satu ayat. Bila kedua-dua aspek tersebut menyatu pada jiwa si hamba dia akan
merasakan ketenteraman dan kedamaian.

Ada nama-nama-Nya yang kelihatan sebagai berlawanan di antara satu dengan yang lain. Al-Hayyun
menghidupkan dan al-Mumit mematikan. Al-Hadi memberi petunjuk dan al-Muzil menyesatkan. Kelihatan
seolah-olah ada perlumbaan di antara nama-nama yang berlawanan sifat. Muncullah as-Salam yang
mensejahterakan sehingga tidak berlaku perlumbaan atau perlawanan. Sekaliannya berada dalam
kesejahteraan, mengambil bidang masing-masing tanpa mengganggu bidang yang lain. Percantuman dua
perkara yang berbeza melahirkan pengenalan yang sebenarnya.

Dia Yang Awal dan Dia juga Yang Akhir, Dia Yang Zahir dan Dia juga Yang Batin. ( Ayat 3 : Surah al-Hadiid )

As-Salam yang mensejahterakan membawa setiap nama kepada ketetapan bidang tugas masing-masing. Bila
sekaliannya berada dalam ketetapan as-Samad melengkungi sekaliannya. As-Samad menjadi sempadan bagi
satu nama dan juga sempadan bagi sekalian nama-nama. Kesemua nama-nama dikemudikan oleh al-Wahid,
memperkenalkan Wahdaniatik, keesaan Tuhan. Al-Wahid memimpin sekalian nama-nama bagi
memperkenalkan al-Ahad. Penyaksian terhadap Wahdaniatik Tuhan membawa pengakuan terhadap
kedudukan-Nya sebagai al-Malik, Raja yang memerintah dan juga al-Malik-ul-Mulk, Raja kepada segala
kerajaan, dan juga Rabbul Arbab, Tuhan yang menguasai sekalian bakat-bakat ketuhanan. Kesemuanya
menceritakan yang satu iaitu ALLAH! ALLAH adalah nama yang paling agung yang mengandungi dan
menyimpulkan sekalian nama-nama yang lain. ALLAHmenunjukkan terkumpulnya sekalian nama-nama dan
ALLAH adalah juga nama bagi Zat.

Sesungguhnya ALLAH menguasai segala sesuatu ( Ayat 20 : Surah al-Baqarah )ALLAH yang memegang semua
kekuasaan menetapkan:

Tidak ada satu pun yang melata melainkan Dia yang menguasai ubun-ubunnya. Dan Tuhanku adalah di atas
jalan yang lurus. ( Ayat 56 : Surah Hud )

Allah s.w.t menetapkan nama-nama-Nya menjadi hakikat-hakikat yang menguasai sekalian kejadian-Nya. Setiap
yang maujud ubun-ubunnya dipegang oleh nama Tuhan dan nama Tuhan yang menjadi hakikat itu mengheret
makhluk yang di bawah bidang kekuasaan-Nya pada jalan yang Allah s.w.t telah tentukan. Tidak ada satu
makhluk pun boleh bebas daripada nama Tuhan yang menjadi hakikat yang menguasainya. Nama al-Hadi
membimbing seseorang kepada jalan yang benar. Semua guru-guru merupakan ‘cermin' tempat zahirnya kesan
kekuasaan al-Hadi. Sesiapa sahaja yang mendapat bimbingan kepada jalan yang lurus dan sesiapa sahaja yang
membimbingnya, pada hakikatnya al-Hadi yang memberi bimbingan. Al-Muzil mempunyai kekuatan untuk
menyesatkan dan kekuatan ini terzahir pada makhluk-Nya yang bernama iblis. Sekalipun kelihatan iblis yang
menyesatkan manusia tetapi iblis bukan berdiri dengan sendiri. Iblis tidak mempunyai sebarang kekuasaan.
Allah s.w.t mengizinkan iblis menumpang kekuasaan al-Muzil. Oleh kerana iblis menumpang kekuasaan nama
Tuhan maka tidak ada kekuasaan makhluk dapat mengalahkannya. Hanya satu sahaja kekuasaan yang mampu
mengatasinya, iaitulah kekuasaan ALLAH yang menguasai segala kekuasaan. Lantaran itu Dia mengajarkan:

Daku berlindung kepada ALLAH dari syaitan yang direjamSegala kekuasaan tunduk kepada kekuasaan ALLAH.
Allah yang memiliki segala kekuasaan itu menetapkan:

Barangsiapa dibimbing oleh Allah pada jalan yang benar, engkau tidak dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa
yang disesatkan oleh Allah, engkau tidak dapat membimbingnya kepada jalan yang benar. ( Maksud Hadis )

Manusia hanya ada satu pilihan sahaja iaitu tunduk menyerah kepada Allah s.w.t. Penyerahan kepada Allah
s.w.t merupakan kekuatan maksima yang tidak terkalahkan oleh kekuatan yang lain.

Oleh kerana nama-nama Tuhan menjadi hakikat yang menguasai segala sesuatu, maka tidak ada makhluk yang
dapat mengubah perjalanan hakikat yang menguasainya. Unta tidak boleh meminta menjadi matahari. Bulan
tidak boleh meminta menjadi bumi. Gunung tidak boleh meminta menjadi langit. Malaikat tidak boleh
meminta menjadi manusia. Manusia tidak boleh meminta menjadi Tuhan. Setiap sesuatu dikawal oleh hakikat
masing-masing. Dalam aspek ini setiap kejadian Tuhan tidak mempunyai pilihan. Mereka adalah hamba yang
terikat. Sebagai satu kejadian yang dikawal oleh satu hakikat ia bebas bergerak di dalam sempadan hakikatnya.
Oleh kerana nama Tuhan menjadi hakikat maka makhluk memperolehi bakat-bakat yang berkuasa melahirkan
kesan. Hakikat yang menguasai manusia adalah hakikat yang paling lengkap dan sempurna. Tidak ada yang
dapat mengatasi apa yang ada dengan manusia. Keistimewaan hakikat yang menguasai manusia menyebabkan
di dalam sempadan kemanusiaan, manusia bebas melahirkan fikiran, perbuatan, kehendak dan pilihan. Dalam
aspek ini manusia adalah hamba yang merdeka.

Hakikat yang menguasai makhluk itulah yang menyebabkan makhluk mendapat nikmat penciptaan dan nikmat
kesinambungan kewujudan. Hakikat menjadi pemangkin atau hijab yang mempertahankan apa yang Tuhan
ciptakan. Hubungan wujud makhluk dengan Wujud hakikat adalah perkaitan mumkinul wujud dengan Wajibul
Wujud. Wujud hakikat adalah wujud ketuhanan, wujud pemerintah atau pentadbiran ketuhanan. Wujud
makhluk adalah wujud yang diperintah, wujud yang menumpang, yang bergantung, berhajat dan berharap
kepada wujud yang memerintah.

Hakikat bukanlah makhluk. Ia adalah suasana pentadbiran Tuhan. Qadak dan Qadar yang ditentukan Tuhan
adalah di dalam sempadan hakikat yang daripada suasana tersebut berlakulah takdir. Takdir tidak menyimpang
daripada hakikat yang menguasainya. Setiap makhluk di heret oleh hakikat yang menguasainya. Sesiapa yang
berhakikatkan hakikat kenabian akan menjadi nabi. Sesiapa yang berhakikatkan hakikat kewalian akan menjadi
wali. Sesiapa yang berhakikatkan Hakikat Manusia akan menjadi manusia.

Tiada perubahan dalam kalimat Allah itu. ( Ayat 64 : Surah Yunus )

Orang yang mengenal dirinya sebenarnya mengenali hakikat yang menguasai dirinya, iaitu suasana ketuhanan
yang menguasai kewujudan dan penghidupannya. Mengetahui hakikat ketuhanan yang menguasai diri tidak
menjadikan diri itu Tuhan. Tuhan tetap Tuhan tidak berubah menjadi hamba. Hakikat ketuhanan adalah
pemerintah dan hamba pula adalah makhluk yang diperintah. Diri tetap berada pada taraf kehambaan
walaupun mengenali hakikat ketuhanan.

Diri yang menetap pada kedudukan kehambaan dengan menyerah sepenuhnya kepada pemerintah itulah
sebenarnya wali Tuhan. Wali Tuhan pada peringkat ini menetap pada makam kehambaan dengan menyaksikan
Rububiah pada setiap ketika dan dalam semua suasana.

HAKIKAT ALAM DAN HAKIKAT INSAN

Satu makhluk dikuasai oleh satu hakikat. Apabila sekalian makhluk dikumpulkan dan dilihat sebagai satu
kewujudan sahaja ia dipanggil alam. Hakikat yang menguasai sekalian alam ini dipanggil Hakikat Alam. Manusia
merupakan salinan kecil kepada sekalian alam. Apa sahaja yang ingin dilihat pada alam makhluk boleh dilihat
pada manusia. Manusia boleh dilihat sebagai malaikat, syaitan, haiwan, bumi yang kaku atau langit yang tinggi,
atau apa sahaja anasir alam. Pada manusia ada sifat kebaikan dan ada sifat kejahatan, ada unsur alam bawah
yang gelap dan ada unsur alam atas yang terang. Keunikan ciptaan manusia itu menyebabkan manusia
mengenal Tuhan dari berbagai-bagai aspek, melebihi pengenalan yang ada dengan makhluk yang lain. Makhluk
lain bergerak dalam sempadan yang ditentukan untuknya sahaja. Malaikat yang menjaga langit pertama tidak
boleh turun ke dunia dan tidak boleh naik ke langit ke dua melainkan dengan perintah Tuhan kerana sesuatu
sebab. Malaikat yang menjaga matahari tidak menggangu urusan bulan. Malaikat yang bertugas memberi
rezeki tidak terlibat dengan urusan mencabut nyawa. Setiap malaikat bergerak di dalam sempadannya masing-
masing atau di kuasai oleh satu hakikat sahaja. Manusia dikuasai oleh hakikat-hakikat yang berkumpul sebagai
satu hakikat. Manusia menguruskan penglihatan, pendengaran, pergerakan dan lain-lain. Manusia mampu
melepasi alam bumi, Alam Langit dan sampai ke Arasy, seperti yang dibuktikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Manusia dalam aspek kerohaniannya boleh menerima isyarat-isyarat dari alam ghaib dan menerima
perkhabaran daripada Loh Mahfuz. Manusia mempunyai ilmu mengenai semua perkara. Keistimewaan
manusia adalah kerana hakikat yang menguasai sekalian alam itu juga adalah hakikat yang menguasai manusia.
Bila dipandang hakikat tersebut sebagai hakikat yang menguasai manusia istilah Hakikat Insan digunakan.
Setiap makhluk akan hanya mempunyai ilmu menurut hakikat yang menguasainya. Perkara tersebut diketahui
kerana maklumat mengenainya ada pada hakikat yang menguasainya. Apa yang tidak diketahui dan tidak
mungkin diketahui adalah apa yang tidak termasuk di dalam sempadan hakikat yang menguasainya itu. Pada
hakikat yang menguasai lembu tidak ada maklumat tentang 2 + 2 = 4. Mengajar lembu untuk mempercayai
bahawa 2 + 2 = 4 adalah perbuatan yang sia-sia dan tidak akan berhasil walaupun dicuba sehingga ke hari
kiamat.

Pada hakikat yang menguasai manusia ada maklumat tentang matematik, sains dan teknologi, termasuklah
teknologi maklumat yang tercanggih, astronomi, perubatan, sastera, pertukangan, penternakan, pertanian dan
lain-lain. Oleh sebab itu manusia boleh diajar mengenai perkara-perkara tersebut. Fungsi belajar sebenarnya
adalah ‘memperingatkan' manusia tentang apa yang sudah ada dengannya. Manusia tidak mempelajari perkara
baharu kerana semua maklumat sudah pun dibekalkan kepada kejadian manusia sejak manusia yang pertama
diciptakan.

Dan telah diajarkan kepada Adam sekalian nama-nama.... ( Ayat 31 : Surah al-Baqarah )Oleh yang demikian
percubaan mengajar ilmu walau bagaimana rumit sekalipun ia boleh berjaya kerana dia hanya perlu ‘celik'
memandang kepada apa yang sudah tertanam pada kejadiannya yang asli.

Hakikat yang menguasai manusia iaitu Hakikat Insan dikenali juga sebagai Hakikat Adam kerana hakikat ini
menguasai kejadian Adam a.s dan sekalian keturunannya. Hakikat Insan tidak boleh diketahui dan tidak ada
kenyataannya tanpa penciptaan Adam a.s, yang dipanggil juga Bapa Jasad. Adam a.s adalah penggerak kepada
alam badan kebendaan. Pada zaman dan ruang yang tidak ada Adam a.s, tidak ada anasir yang bergerak pada
tubuh badan. Iblis juga tidak ada. Pada ketika itu semua kejadian berada dalam suasana rohani yang tidak tahu
berbuat drrhaka kepada Tuhan. Apabila Allah s.w.t menciptakan Adam a.s dan meneranginya dengan hakikat
yang menguasai perjalanan sekalian makhluk, yang terkandung padanya semua bakat dan nilai, maka segala
kejadian boleh bergerak pada jalan menyatakan bakat masing-masing. Secara automatik muncullah iblis.
Sebelum Adam a.s diciptakan, Azazil yang padanya tersimpan maklumat mengenai kejahatan tidak berupaya
menggunakan bakat tersebut. Sebaik sahaja Adam a.s diciptakan maklumat mengenai kejahatan yang
terpendam itu sudah boleh menyata dan dengan serta merta Azazil bertukar menjadi iblis. Penciptaan Adam
a.s membolehkan anasir jahat memakai tubuh badan.

Malaikat yang tidak memerlukan badan kebendaan boleh wujud sebelum Adam a.s diciptakan. Pada zaman
sebelum ada Adam a.s semuanya bertaraf malaikat, termasuklah Azazil, Bapa Jin. Semua mereka tidak ada
pilihan melainkan beribadat kepada Tuhan. Dalam keadaan yang demikian neraka seolah-olah tidak akan
mendapat rezeki. Sebaik sahaja Adam a.s diciptakan keupayaan dan bakat jahat telah mempunyai bekas untuk
menyalurkan kejahatannya. Di sinilah letaknya rahsia syariat. Tanpa Adam a.s tidak ada kejahatan, maka syariat
tidak diperlukan. Bila syariat tidak zahir hakikat tidak menyata. Semuanya tersembunyi dan tidak ada yang
mengenal Tuhan. Bila syariat zahir baharulah ada makrifat tentang Tuhan.

Syariat mengandungi kesempurnaan makrifat kerana syariat memperkenalkan Yang Esa melalui dua aspek yang
bertentangan. Syariat memperkenalkan yang kanan melalui kewujudan yang kiri, begitu juga sebaliknya. Jika
tidak ada kiri tidak akan dikenali kanan. Syariat memperkenalkan cahaya dengan adanya gelap. Jika tidak ada
gelap tidak akan diketahui apa itu cahaya. Syariat memperkenalkan taat dengan adanya ingkar. Jika tidak ada
ingkar tidak akan diketahui apa itu taat. Syariat memperkenalkan ibadat dengan adanya maksiat. Jika tidak ada
maksiat tidak akan diketahui apa itu ibadat. Syariat memperkenalkan pahala dengan adanya dosa. Jika tidak
ada dosa tidak akan diketahui apa itu pahala. Satu perkara memperkenalkan lawannya yang satu lagi dan
kedua-duanya memperkenalkan penghubung keduanya. Penghubung tersebut memperkenalkan wujud yang
menguasai.

Penciptaan Adam a.s yang dikuasai oleh hakikat yang sempurna menyebabkan alam menjadi sempurna. Adam
a.s adalah pasak alam yang menstabilkan alam. Tanpa Adam a.s neraka akan bergegar kerana tidak ada sesiapa
yang akan masuk ke dalamnya. Bila Adam a.s diciptakan neraka menjadi tenteram kerana ia tahu haknya akan
ditunaikan. Tanpa Adam a.s, hakikat kenabian dan hakikat kewalian tidak akan ada kenyataan, tidak akan
muncul nabi-nabi dan wali-wali ke dunia, maka tidak ada sesiapa mengenal Tuhan.

Mengalami suasana Hakikat Insan di dalam Perbendaharaan-Nya yang tersembunyi memakrifatkan hamba
dengan Pentadbiran Tuhan ke atas makhluk-Nya, termasuklah manusia.

HAKIKAT MUHAMMADIAH
(HAKIKAT KEPADA SEMUA HAKIKAT-HAKIKAT)

Hakikat Insan yang menguasai keturunan Adam a.s membekalkan segala bentuk maklumat yang diperlukan
oleh bangsa manusia untuk menjadi khalifah di bumi. Walaupun begitu Allah s.w.t memperingatkan:

Kami firmankan: "Turunlah kamu sekalian dari (syurga) ini, kemudian jika datang pada kamu satu petunjuk
daripada-Ku, maka barangsiapa yang menuruti petunjuk-Ku itu, tidaklah ada ketakutan atas mereka dan
tidaklah mereka akan berdukacita". ( Ayat 38 : Surah al-Baqarah )

Walaupun Adam a.s dikuasai oleh hakikat yang membekalkan maklumat yang lengkap namun beliau a.s tetap
tertakluk kepada petunjuk yang Allah s.w.t turunkan dari masa ke masa. Ini bermakna ada hakikat yang lebih
sempurna dan lebih lengkap serta menguasai Hakikat Insan itu. Pada Hakikat Insan terkumpul segala maklumat
mengenai kejadian manusia dan sekalian makhluk, tetapi tidak dibekalkan maklumat mengenai yang bukan
manusia dan bukan makhluk. Hakikat yang menyimpan segala maklumat mengenai apa yang ada dengan
Hakikat Insan ditambah lagi dengan maklumat mengenai syariat Tuhan, makrifat tentang Tuhan, suasana Ilmu
Tuhan dan apa sahaja selain Allah Yang Hakiki, dinamakan hakikat kepada hakikat-hakikat atau hakikat yang
menyeluruh. Ia lebih dikenali sebagai Hakikat Muhammadiah, kadang-kadang dipanggil sebagai Hakikat
Muhammad sahaja. Hakikat Muhammadiah ini merupakan Hakikat yang menguasai Nabi Muhammad s.a.w,
sebab itu dinamakan Hakikat Muhammad. Inilah yang membuatkan Nabi Muhammad s.a.w lebih istimewa
daripada semua manusia dan sekalian makhluk. Hakikat Muhammadiah atau urusan Tuhan yang menguasai
kejadian Nabi Muhammad s.a.w itu adalah juga urusan Tuhan yang menguasai sekalian urusan-urusan Tuhan.

Manusia dari segi fitrahnya dihubungkan dengan Hakikat Insan tetapi dari segi Islam, iman, tauhid dan makrifat
dihubungkan dengan Hakikat Muhammadiah. Hakikat Muhammadiah menyata melalui Rasul-rasul dan Nabi-
nabi. Jika semua keturunan manusia dikuasai oleh Hakikat Insan atau Hakikat Adam, maka semua Nabi-nabi
dan Rasul-rasul dikuasai oleh hakikat yang menyeluruh atau Hakikat Muhammadiah.

Adam a.s diperakui sebagai wakil kepada sekalian manusia. Muhammad s.a.w pula menjadi wakil kepada
sekalian Nabi-nabi dan Rasul-rasul. Bila disebut Nabi Muhammad s.a.w ia membawa maksud kesatuan sekalian
Nabi-nabi dan Rasul-rasul kerana pada Nabi Muhammad s.a.w terkumpul semua kebaikan para nabi dan para
rasul, ilmu sekalian nabi dan rasul, syariat yang dibawa oleh sekalian nabi dan rasul dan semua mengenai Islam,
iman, tauhid dan makrifat para Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad s.a.w merupakan Rasul Allah yang paling
agung, paling sempurna dan paling mulia. Oleh yang demikian sekalian makhluk menyaksikan:

Maklumat yang tersimpan pada hakikat yang menyeluruh menyata dengan sempurna pada Nabi Muhammad
s.a.w.

Apabila disebut Nabi Muhammad s.a.w ia meliputi risalat sekalian Rasul-rasul. Jika disebut Nabi Ibrahim a.s
atau Nabi Musa a.s ia membawa maksud satu bentuk risalat daripada risalat yang menyeluruh yang berkumpul
pada kerasulan Muhammad s.a.w. Semua nabi-nabi menyaksikan "La ilaha illah Llah Muhammad ur-
Rasullullah". Semua nabi-nabi memberi peringatan tentang kedatangan Muhammad Rasul Allah, Rasul yang
paling mulia dan paling sempurna, yang membawa intisari yang lengkap dan menyeluruh bagi maklumat yang
terkumpul pada sumber kerasulan iaitu Hakikat Muhammadiah.

Walaupun Hakikat Muhammadiah merupakan hakikat yang menyeluruh, tetapi ia bukanlah Allah s.w.t. Nabi
Muhammad s.a.w bukanlah Allah s.w.t dan bukan juga penjelmaan Allah s.w.t. Hakikat Muhammadiah adalah
urusan Allah s.w.t ‘yang menyampaikan' melalui rasul-rasul-Nya apa yang Dia berkehendak menyampaikan. Bila
urusan Allah s.w.t ini berhubung dengan Jibrail a.s dan rasul-rasul ia dipanggil wahyu. Wahyu yang terpendam
pada sisi Allah s.w.t dipanggil Hakikat Muhammadiah. Bila ia dipandang sebagai penyimpan segala maklumat
tentang urusan Tuhan ia dipanggil Perbendaharaan Yang Tersembunyi. Hakikat Muhammadiah atau urusan
Tuhan yang menyeluruh atau Perbendaharaan Yang Tersembunyi itu dikurniakan secara lengkap dan sempurna
kepada Nabi Muhammad s.a.w. Oleh yang demikian wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w
adalah wahyu yang paling lengkap. Risalat yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah risalat yang
paling lengkap. Kerasulan yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah kerasulan yang paling
lengkap dan paling tinggi.

Istilah Hakikat Muhammadiah kadang-kadang menimbulkan kekeliruan kepada sesetengah orang. Perlu
difahamkan bahawa Hakikat Muhammadiah pada suasana urusan Tuhan itu tidak turun atau menjelma
menjadi Nabi Muhammad s.a.w, apa lagi menjadi orang lain. Urusan Tuhan tetap berada pada tahap urusan
Tuhan. Hakikat tetap berada pada tahap hakikat. Apa yang diperkatakan adalah suasana makrifat, penyaksian
dalam ilmu dan pengalaman rasa (zauk). Hal atau keadaan hakikat yang sebenarnya hanya Allah s.w.t sahaja
yang tahu. Manusia hanya bercerita menurut kadar makrifat, ilmu dan pengalaman yang ada dengan mereka,
sekadar yang Allah s.w.t kurniakan kepada mereka. Pengalaman kerohanian pada peringkat Hakikat
Muhammadiah lebih membuat si hamba mengenali kemuliaan dan ketinggian darjat Nabi Muhammad s.a.w,
walaupun baginda s.a.w hanyalah seorang manusia keturunan Adam a.s, seperti manusia yang lain.

Mengalami suasana Hakikat Muhammadiah melahirkan keasyikan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Sehingga
kepada peringkat ini si hamba masih lagi tidak ada perhatian dan kesedaran terhadap dirinya sendiri.
Perhatiannya dan kesedarannya hanyalah tertuju kepada apa yang dialaminya dalam suasana Perbendaharaan
Yang Tersembunyi. Bila dikuasai oleh keasyikan terhadap Rasulullah s.a.w, apa sahaja yang berkenaan dengan
baginda s.a.w sangat memberi kesan pada jiwanya. Dia merasakan kehampiran yang amat sangat dengan
Rasulullah s.a.w, seolah-olah tidak terpisah. Ucapan selawat dan salam memberi kelazatan kepada jiwanya. Dia
menikmati puji-pujian terhadap Rasulullah s.a.w seakan-akan ia adalah untuknya juga. Dalam suasana yang
demikian hatinya dikuasai oleh dua hal sahaja iaitu Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Dia tidak menyaksikan yang
lain. Apa yang hatinya menyaksikan adalah kecintaan Allah s.w.t kepada rasul-Nya dan kecintaan serta ketaatan
Rasulullah s.a.w kepada Tuhannya.
Hakikat dua kalimah syahadah

Ahli Makrifat itu tidak mempunyai makrifat jika ia tidak mengenal Allah dari segala sudut dan dari segala arah
mana saja ia menghadap. Ahli Hakikat hanya ada satu arah iaitu ke arah Yang Hakiki itu sendiri.
“Ke mana saja kamu memandang, di situ ada Wajah Allah” (Al-Qur-an)
“Ke mana saja kamu memandang”, sama ada dengan deria atau akal atau khayalan, maka di situ ada Wajah
Allah”. Oleh itu dalam tiap-tiap ain [di mana] ada ain (Zat Ilahi) dan semuanya adalah “La ilaha illalLah” (Tiada
Tuhan Melainkan Allah).
Dalam “La ilaha illalLah” semua wujud ada terkandung, iaitu Wujud Semesta Raya dan Wujud secara khusus;
atau Wujud atau apa yang dianggap Wujud; atau wujud Hakiki dan Wujud makhluk.
Wujud makhluk tertakluk kepada kepada “La ilaha” yang bererti bahawa segala-galanya kecuali Allah adalah
kosong(batil), iaitu dinafikan bukan diisbatkan. Wujud Hakiki termasuk dalam “illaLlah”. Oleh itu semua
kejahatan tertakluk di bawah “La ilaha” dan semua yang dipuji tertakluk di bawah “illaLlah”.
Semua wujud terkandung dalam mengisbatkan Keesaan (La ilaha illaLlah) dan anda mesti memasukkkannya
juga dalam menamakan hamba yang paling mulia (dalam mengatakan Muhammadun RasuluLlah).
“Muhammadun RasuluLlah” ini mengandungi tiga alam.
1.Muhammad itu menunjukkan Alam Nyata(Alam Nasut); iaitu alam yang boleh dipandang dengan
deria(senses).
2.Rasul itu menunjukkan Alam Perintah(Alam Malakut); iaitu Alam batin berkenaan rahsia-rahsia tanggapan
yang mujarad; dan ini terletak antara yang muhaddas dengan Yang Qadim.
3.Nama Ilahi(Allah) itu menunjukkan Alam Pertuanan(Alam Jabarut). Lautan darinya terpancar pengertian dan
tanggapan.
“Rasul” itu sebenarnya pengantara yang muhaddas dengan Yang Qadim; kerana tanpa dia tidak akan ada
wujud, kerana jika yang muhaddas bertemu dengan yang Qadim, maka binasalah yang muhaddas dan
tinggallah Yang Qadim.
Apabila Rasul diletakkan pada tempatnya yang wajar pada kedua itu, maka barulah alam ini diperintahkan,
kerana pada zhohirnya ia adalah hanyalah seketul tanah liat, tetapi batinnya ia adalah khalifah Allah.
Pendeknya, maksud mengisbatkan Tauhid itu tidaklah sempurna dan tidaklah meliputi tanpa diisbatkan
Keesaan atau Tauhid Zat, Sifat dan Lakuan. Pengisbatan itu difahami dari “Muhammadun RasuluLlah”.
Apabila seorang ahli Makrifat berkata “La-ilaha illaLlah” maka ia ketahui pada hakikatnya bukan hanya pada
majazi sahaja, iaitu tidak ada jalan lain melainkan Allah. Oleh itu wahai saudaraku, janganlah hanya
mengucapkan dengan mulut saja syahadah yang mulia ini, kerana dengan itu mulut sajalah yang akan
mendapat manfaatnya. Dan ini bukanlah matlamat yang hendak dituju. Yang pentingnya ialah Mengenal Allah
sebagaimana Ia sebenarnya.
“Allah itu dahulu seperti Ia sekarang jua tanpa sekutu, dan Ia sekarang seperti Ia dahulu jua”.
Fahamilah ini, dan anda tidak akan dibebankan lagi dengan penafian, dan tidak ada yang tinggal bagi anda lagi
melainkan pengisbatan agar apabila anda berkata anda akan berkata; “Allah, Allah, Allah”. Tetapi kini hati anda
dibebankan dan pandangannya lemah. Semenjak anda dijadikan anda hanya berkata; La-ilaha…….. tetapi
bilakah penafian itu akan berkesan?. Bahkan ia tidak berkesan kerana penafian itu hanya dengan lidah sahaja.
Jika anda nafikan dengan Akal iaitu dengan Hati anda dan rahsia anda yang paling dalam, maka seluruh alam ini
akan lenyap dari pandangan anda dan anda akan lihat Allah sendiri, bukannya diri anda sendiri dan juga
makhluk-makhluk lain. Kaum Sufi menafikan wujud yang lain kecuali Allah. Maka mereka mencapai kedamaian
dan kerehatan dan terus memasuki KalamNya. Mereka tidak akan keluar lagi. Tetapi penafian anda tidak ada
langsung hujungnya…………
Ghirullah(selain Allah) tidak akan lenyap dengan hanya mengatakan “tidak” dengan lidah sahaja; dan belum
sempurna juga lagi dengan mata keimanan dan keyakinan, tetapi akan lenyap dengan pandangan secara
langsung dan berhadapan muka.
“Sesungguhnya Allah itulah matlamat anda yang terakhir” (Al-Qur’an).
Dialah sumber segala-galanya. Maka anda tidak perlu lagi nafi dan tidak perlu isbat. Ini adalah kerana Yang
Wajib itu telah memangnya isbat walaupun belum anda isbatkan, dan yang ghairullah itu sememangnya nafi
walaupun sebelum anda nafikan.
Tidakkah anda ingin menemui guru yang dapat mengajar anda bagaimana menafikan ghairullah dan membawa
anda kepada kedamaian di mana anda dapati tidak ada yang lain kecuali Allah?. Maka barulah anda hidup
dengan Allah dan dapat menjadi penghuni “Dalam tempat tinggal orang-orang yang ikhlas di Majlis Tuhan Yang
Maha Agung”, dan ini adalah semuanya hasil daripada ingat anda dan makrifat anda bahawa “Tiada Tuhan
selain Allah”.
Anda tahu kata-kata Syahadah itu sahaja dan yang paling dalam yang anda tahu ialah berkata; “Tidak ada yang
patut disembah melainkan Allah”. Ini adalah pengetahuan orang-orang awam(biasa) tetapi apakah kaitannya
dengan pengetahuan atau ilmu orang-orang Sufi?.
Pengetahuan anda yang sekarang itulah yang menghalang anda memahami pengetahuan orang-orang
pilihan(Sufi). Masihkan anda menafikan pengetahuan yang didapati dari bimbingan guru menuju Hakikat,
padahal mereka yang dipimpin itu memandang tidak yang wujud kecuali Allah? Mereka bukan sahaja mengenal
Allah dengan Iman dan keyakinan saja, tetapi mereka memandang dengan cara pandangan yang terus tanpa
halangan. Omong kosong tidak sama dengan melihat, bertemu muka.

Hakikat Lailahaillallah Muhammadurrasulullah – ‫ل اله ال ا محمد رسول ا‬

Sebagai kaum muslim kita sering melafadzkan kalimat ‫( ل اًله اًل ا محمد رسول ا‬laa ilaaha illallah Muhammad
Rasulullah) atau yang lebih dikenal dengann kalimat tauhid. Tapi selama ini kita hanya sebatas melafadzkannya
dengan lisan tanpa dibarengi dengan kamantapan hati serta pengetahuan tentang makna dan hakekat kalimat
tersebut. Padahal kalimat tauhid mengandung makna yang sangat dalam dan memberikan pengaruh yang luas
bagi kehidupan manusia di dunia ini.
Kalimat laa ilaaha illallah terdiri atas nafyu “laa ilaaha” dan itsbat “illallah”. Keduanya tidak dapat dipisahkan.
Artinya seorang muslim tidak boleh hanya melafadzkan nafyu-nya tanpa itsbat atau sebaliknya hanya meng-
itsbat-kan tanpa me-nafyi-kan.
Kalimat tauhid harus merupakan perkataan hati dan sekaligus perkataan lidah. Perkataan hati mencakup
pengetahuan mengenai kalimat itu dan pembenarannya, mengetahui sebenar-benarnya apa yang dikandungya
berupa penafsiaran dan penetapan, mengetahui hakekat sesembahan yang dinafikan selain Allah, mengetahui
sesembahan yang dikhususkan kepada-Nya, dan yang lainnya mustahil ditetapkan sebagai sesembahan.
Menerapkan pengertian ini dengan melibatkan hati sanubari yang didasari pengetahuan, ma’rifat, keyakinan
dan kondisi adalah merupakan syarat diharamkannya neraka bagi orang yang mengatakannya. Di dalam shahih
Muslim disebutkan sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mengucapkan laa ilaaha illallah serta mengkufuri
apa yang disembah selain Allah, maka diharamkan harta dan darahnya sedang perhitungannya ada pada Allah.”
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata “Hakekat laa ilaaha illallah adalah tidak ada kesenangan dan kenikmatan
yang sempurna bagi hati kecuali dalam kecintaan kepada Allah dan bertaqarrub kepada-Nya dengan
mengerjakan apa-apa yang dicintai-Nya. Kecintaan tak akan terjadi kecuali dengan berpaling dari kecintaan
selain-Nya, sedangkan Muhammad Rasulullah adalah secara murni mengerjakan apa yang beliau perintahkan
dan menahan dari apa yang dilarang dan dicegah beliau.”
Sedangkan Ibnu Qoyyim berpendapat: “Tauhid bukan sekedar pernyataan seseorang hamba bahwa tiada
pencipta selain Allah, Allah adalah Rabb dan penguasa segala sesuatu, sebagaimana orang-orang yang
menyembah berhala juga menyatakan seperti itu, tetapi tetap dalam kemusyrikan. Tauhid mengandung
kecintaan kepada Allah, tunduk dan merendahkan diri kepada-Nya, patuh sebenar-benarnya untuk taat
kepada-Nya, memurnikan ibadah kepada-Nya, menghendaki pertemuan dengan wajah-Nya Yang Maha Tinggi
dengan segenap perkataan dan perbuatan, memberi dan menahan, mencinta dan marah karena-Nya, serta
menghindarkan diri dari segala sesuatu yang menyeret kepada kedurhakaan kepada-Nya. Barangsiapa
mengetahui hal itu tentua mengetahui sabda Nabi: “Sesungguhya Allah mengharamkan api neraka atas orang
yang mengucapkan laa ilaaha illallah karena dengan ucapannya itu ia mengharap pertemuan dengan wajah-
Nya.” Dan juga sabdanya: “Tidak masuk neraka orang yang mengatakan laa ilaaha illallah.”

Muhammad bin Abdul Wahhab mengatakan: “Inilah penjelasan yang paling penting tentang makna laa ilaaha
illallah. Sekedar ucapan tauhid ini saja belum mampu menjaga darah dan harta, bahkan juga tidak hanya
sebatas pada penetapannya saja, tidak terbatas pada perbuatannya yang tidak berdo’a kecuali kepada Allah
semata dan tidak menyekutukan-Nya. Harta dan darahnya tidak diharamkan bila seseorang menambahi
kekufurannya dengan sesuatu yang disembah selain Allah. Andaikata ia bimbang dan ragu-ragu tentang kalimat
ini, maka darah dan hartanya tidak diharamkan. “

Lebih lanjut lagi Muhammad bin Wahab menjelaskan kalimat tauhid mempunyai kepentingan membebaskan
manusia dari penyembahan sebagian diantara manusia terhadap sebagian yang lain kepada penyembahan Dzat
Yang Maha Esa dan Yang Maha Kuasa. Taqwa menjadi ukuran dan kebanggaan yang selalu diharapkan manusia,
bukan tradisi jahiliyah yang diwariskan bapak dan nenek moyang kepada anak-anaknya. Maka setiap muslim
yang benar-benar dalam keislamannya akan memperoleh kebebasan menyelami kalimat ini, sehingga ia
termasuk orang yang menyembah Allah berdasarkan pengetahuan, kepandaian dan keyakinan.

Pengaruh Kalimat laa ilaaha illallah dalam Kehidupan Manusia

Seperti halnya shalat, kalimat tauhid juga memberikan pengaruh pada diri seorang muslim dalam
kehidupannya. Al-Maududi menyebutkan ada sembilan pengaruh kalimat laa ilaaha illallah dalam kehidupan
manusia:
Pertama, dengan kalimat ini pandangan seorang muslim tidak menjadi sempit, berbeda dengan orang yang
mengakui banyak sesembahan, terlebih lagi bagi yang mengingkari-Nya.
Kedua, menumbuhkan kehormatan dan harga diri yang tidak bisa diperbuat oleh sesuatu yang lain.
Ketiga, menumbuhkan sikap tawadhu’ tanpa menghinakan dan rendah hati tanpa menyombongkan diri.
Keempat, seorag mukmin akan mengetahui secara yakin, tiada jalan keselamatan dan keberuntungan kecuali
dengan menyucikan diri dan beramal sholeh.
Kelima, tidak tersusupi rasa putus asa, sebab ia yakin Allah mempunyai simpanan di langit dan di bumi.
Keenam, menunjukkan manusia kepada kekuatan besar berupa ambisi, keberanian, sabar, keteguhan hati, dan
tawakkal ketika mengemban urusan-urusan penting karena mengharap ridha Allah, dan juga merasakan satu
kekuatan yang menguasai langit dan bumi.
Ketujuh, menggerakkan keberanian pada manusia dan mengisi hati dengan semangat. Karena yang membuat
manusia menjadi takut dan melemahkan ambisinya ada dua hal, yaitu; kecintaan terhadap dirinya sendiri, harta
dan keluarga serta keyakinannya bahwa disana ada seseorang selain Allah yang dapat mematikan manusia.
Kedelapan, mengangkat kemampuan manusia, menumbuhkan ketinggian, kepuasan dan kecukupan,
membersihkan hati dari noda-noda kerakusan, tamak, dengki, rendah diri, suka mencela dan sifat-sifat kurang
baik lainnya.
Kesembilan, iman kepada laa ilaaha illallah menjadikan seorang mukmin selalu terkait dengan syari’at Allah dan
sekaligus menjaganya.
Ibnu Rajab menyebutkan tentang keutamaan-keutamaan kalimat tauhid: “Allah tidak melimpahkan kenikmatan
kepada seorang hamba lebih besar daripada memberinya pengetahuan tentang laa ilaaha illallah. Kalimat ini
bagi para penghuni surga bagaikan air dingin bagi para penduduk dunia. Karenanya disediakan daruts-tsawab
dan darul iqab. Karenanya pula para rasul diperintahkan berjihad. Maka barangsiapa yang menyatakannya,
harta dan darahnya terjaga. Dan barangsiapa yang tidak mau mengatakannya, harta dan darahnya dihalalkan.
Kalimat ini merupakan kunci surga dan kunci dakwah para rasul.”
Maka dari itu, megapa Allah menjadikan kalimat tauhid sebagai rukun Islam yang pertama dan yang terpenting
dalam Islam? Yaitu untuk menjadikan seseorang manusia sebagai muslim. Yang dimaksudkan muslim adalah
hamba yang taat dan tunduk kepada Allah. Seseorang tidak bisa disebut hamba Allah kecuali ia benar-benar
beriman dari hatinya bahwa tidak ada illah selain Allah. Karena kita akan menjadi muslim sejati dengan
mengamalkan semua perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya jika kita sudah memiliki keyakinan yang kuat
tentang kebenaran-kebenaran Islam yang dimulai dari rukunnya yang pertama. Wallahu a’lam bishshowab.