Anda di halaman 1dari 4

Perancangan Akademik

JFP312/4
KEWANGAN
KEUSAHAWANANDAN
MODAL TEROKA
Sidang Akademik 2015/2016

KELAS SIDANG VIDEO


SIDANG VIDEO TARIKH MASA
1
2
3
4
5
6

[Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual sidang
video sidang akademik 2015/2016 yang boleh dimuat turun dari portal e-pembelajaran.]
JFP 312/4 – KEWANGAN KEUSAHAWANAN DAN MODAL TEROKA

PENGURUS KURSUS : Dr. Rafisah Mat Radzi


No. Telefon : 04-6535940
E-mail : rafisah@usm.my
Pejabat : Kabin A, no.17

KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini memberikan pendedahan berkaitan modal teroka sebagai panduan kepada pelajar
memahami konsep ekuiti persendirian dan bagaimana modal teroka membantu usahawan bagi
memulakan perniagaan. Kursus ini juga menjelaskan risiko dan pulangan dari modal teroka
terhadap perubahan dalam kitaran industri.

OBJEKTIF KURSUS

• Pelajar dapat menerangkan konsep pengurusan modal teroka


• Pelajar dapat menganalisa teknik pengumpulan dana sebelum membuat pelaburan yang
berisiko tinggi.
• Pelajar dapat merancang penggunaan modal teroka melalui saham pilihan dan kaedah
penilaian permulaan.

SUMBANGAN KERJA KURSUS DAN PEPERIKSAAN AKHIR


PENILAIAN KURSUS

Tugasan : 20%
Peperiksaan Berterusan : 20%
Peperiksaan Akhir : 60%

Tugasan
Tajuk Tugasan : Para pelajar boleh mendapatkan tajuk tugasan melalui portal

Peperiksaan Berterusan (20%)


Peperiksaan Berterusan akan diadakan semasa Kursus Intensif, merangkumi Bab 1 hingga Bab 6.

Peperiksaan Akhir (60%)


Peperiksaan merangkumi Bab 1 hingga 14.Tarikh peperiksaan akhir akan diumumkan oleh pihak
PPPJJ. Sila rujuk laman web http://el.usm.my/pppjj/.

KURSUS INTENSIF

Tarikh kursus intensif akan diumumkan dalam portal. Sila rujuk laman web http://el.usm.my/pppjj/.

-1-
TAJUK-TAJUK PERBINCANGAN

Tajuk-tajuk perbincangan kursus ini adalah berpandukan kepada buku rujukan utama Venture
Capital, Private Equity and the Financing of Entrepreneurship oleh Josh Lerner, Ann Leamon dan
Felda Hardymon (2012), John Wiley & Sons, Inc. USA

Kuliah Bab Topik

Sidang Video 1 1 Pengenalan: modal teroka


2 Kitaran ekuiti persendirian

Sidang Video 2 3 Menangani sumber dan menilai modal teroka


4 Perletakan nilai

Sidang Video 3 5 Menangani pentrukturan modal teroka


6 Selepas perolehan modal teroka

Kursus Intensif 1 7 Kecairan – antara perolehan dan keluar pasaran

Kursus Intensif 2 8 Globalisasi dalam modal teroka


9 Pulangan dan risiko

Peperiksaan Berterusan
Tarikh akan diumumkan dalam portal

Sidang Video 4 10 Kesan ‘private’ ekuiti terhadap masyarakat


11 Pengurusan firma ‘private’ ekuiti – pekerja, kedudukan dan budaya

Sidang Video 5 12 Skala dan pembangunan institusi


13 Kitaran industri – ‘boom’ dan ‘bust’

Sidang Video 6 14 Penamatan dalam modal teroka

Peperiksaan Akhir
Tarikh akan diumumkan dalam portal

-2-
PENGGUNAAN PORTAL E-PEMBELAJARAN

Pengurus kursus akan memuat-naik bahan-bahan seperti tajuk tugasan, nota sidang video, nota
kursus intensif, nota tambahan, soalan-soalan latihan, jawapan kepada soalan-soalan latihan serta
bahan-bahan lain yang berkaitan ke dalam portal. Oleh itu para pelajar dinasihatkan supaya
memahirkan diri dengan penggunaan portal kerana aktiviti pengajaran dan pembelajaran kursus ini
akan banyak menggunakan media tersebut. Sila aktifkan emel anda dan bolehkan (enable)
hubungan langsung dengan portal kerana setiap kali Pengurus Kursus memuat-naik (upload) bahan
pembelajaran, makluman melalui ruang forum berita (news forum) akan dibuat dan makluman
tersebut akan dihantar terus kepada emel para pelajar yang didaftarkan dan diaktifkan dalam portal.

Para pelajar digalakkan menggunakan ruangan forum untuk berbincang dengan rakan-rakan lain
berkaitan dengan kursus ini. Ruangan forum juga boleh digunakan sekiranya anda mempunyai
sebarang kemusykilan yang memerlukan penjelasan lanjut daripada Pengurus Kursus. Soalan anda
dan jawapan yang diberikan oleh Pengurus Kursus melalui ruangan forum akan dapat dikongsi oleh
semua rakan-rakan lain yang mengambil kursus ini berbanding dengan penggunaan emel yang
hanya merupakan interaksi satu-ke-satu antara anda dan Pengurus Kursus sahaja.

Untuk memastikan semua pelajar tidak mempunyai masalah melayari portal, anda diminta memberi
maklum balas kepada siaran forum berita di bawah tajuk “Selamat Datang Ke Kursus JFP 312/4
yang akan disiarkan sebaik sahaja portal untuk sesi 2015/2016 diaktifkan. Jika ada dalam kalangan
anda yang mempunyai masalah untuk memasuki portal, sila dapatkan bantuan dari rakan-rakan lain
yang tahu atau anda boleh berhubung terus dengan Pengurus Kursus untuk bantuan lanjut.

BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Rujukan Utama

Venture Capital, Private Equity and the Financing of Entrepreneurship oleh Josh Lerner, Ann
Leamon dan Felda Hardymon (2012), John Wiley & Sons, Inc. USA

Rujukan Tambahan

Gladstone, D., G. L., (2001),Venture Capital Handbook: Revised and Updated Edition, U.S.A.,
Prentice Hall FTR.

Allen, R. K. , (2012), launching New Ventures : an Entrepreneurial Approach, 6th Ed., South-
Western, Cengage, Australia.

www2.accaglobal.com/pubs/uk/members/publications/guides/tax/VCTs.doc

JTP312[PA]2015/16
31/7/2015-RMZ/sari

-3-