Anda di halaman 1dari 3
KE/UA SETIAUSAHA SECRETARY GENERAL Kementerian Pendidikan Malaysia Ministry of Education Malaysia ‘Aras 8, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Tel: 03-8884 6072 62604 PUTRAJAYA Faks: 03-8888 5124 MALAYSIA Laman Web: waw.moe.govmy Rujukan ; KPMSP.500-3/5/3 JLD. 2 ( #7) Tarikh A Julai 2016 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan, PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PEMBANTU PENGURUSAN MURID. (PPM) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Untuk makluman YBhg. Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan, satu aduan telah dikemukakan oleh seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang bertugas di asrama sekolah yang disiarkan melalui akhbar Berita Harian bertarikh 20 Julai 2016 berhubung luahan rasa ketidakadilan terhadap pihak pengurusan sekolah dalam menentukan waktu bekerja bagi PPM yang bertugas di asrama dimana mereka telah diarahkan bertugas selama 18 jam setiap hari berbanding waktu bekerja yang ditetapkan bagi penjawat awam. 3. Sehubungan itu, YBhg. Dato’ Datin’ Tuan/ Puan selaku Ketua Jabatan perlu. memastikan pontadbir sekolah sentiasa_mematuhi garis panduan waktu bekerja bagi pegawai dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) iaitu selama sembilan (9) jam sehari termasuk satu (1) jam waktu rehat sebagaimana yang digariskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2007. Ketua Jebatan boleh mengeluarkan arahan secara bertulis kepada mana-mana pegawai sekiranya terdapat tugas-tugas yang perlu dilaksanakan selain daripada waktu bekerja tersebut atas dasar kepentingan perkhidmatan. Selaras ak. PEMATUHAN WAKTU BEKERJA PEMBANTU PENGURUSAN MURID (PPM) DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA dengan itu, mana-mana pegawai yang diarahkan bertugas selain daripada waktu bekerja biasa adalah layak menuntut elaun lebih masa atau cuti gantian berdasarkan peraturan sedia ada yang sedang berkuat | kuasa, 4. Dalam hal ini juga, Ketua Jabatan perlu menggunakan budi bicara dalam menentukan waktu bekerja dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan dan kebajikan pegawai secara bersama. 5. Perhatian pihak YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan di dalam hal ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “SEHATI SEJIWA” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Cc

Anda mungkin juga menyukai