Anda di halaman 1dari 10

MAKTAB RENDAH SAINS MARA

KUALA KUBU BHARU


SELANGOR

SCHOOL ENRICHMENT MODEL


(SEM)

Panduan penulisan kajian


 Projek kajian sains
 Projek kajian ilmiah
 Produk seni
 Produk rekacipta/ inovasi
THE SCHOOLWIDE ENRICHMENT MODEL ( SEM)
TYPE III

PENGAYAAN TYPE III

 Aktiviti penyelidikan pelajar adalah satu pendedahan baru kepada pelajar untuk mengolah idea
dan kreativiti.
 Gerak kerja pelajar dalam bentuk kumpulan untuk mengembangkan minat kajian mereka sama
ada mengenai penyelidikan, uji kaji, kajian kes atau rekacipta. Setiap kumpulan memilih skop
tugasan masing-masing dan hasil akhir aktiviti pengayaan ini berupa sama ada tesis, projek
ilmiah atau produk seni dan reka cipta.
 Setiap kumpulan diselia oleh seorang guru yang dipilih oleh pelajar.
 Setiap kumpulan akan mempamerkan hasil kerja masing-masing untuk dinilai oleh jawatankuasa
penilai SEM dan untuk tatapan rakan pelajar lain.

OBJEKTIF PENGAYAAN TYPE III

 Menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar mengaplikasikan minat, pengetahuan, idea
kreatif dan komitmen terhadap masalah atau bidang kajian yang dipilih.
 Pelajar membina pemahaman yang tinggi tentang pengetahuan dalam bidang yang dikaji dan
procedur yang digunakan semasa kajian atau projek dijalankan.
 Menghasilkan produk berkualiti yang asli untuk kepuasan kerja kumpulan dan kegunaan umum.
 Membina kemahiran belajar kendiri dalam bidang perancangan, organisasi , penggunaan
sumber, pengurusan masa dan membuat keputusan.
 Membina komitmen terhadap tugas, keyakinan kendiri, pemupukan kreativiti dan kebolehan
berinteraksi secara berkesan dengan rakan sebaya, guru atau pakar dalam bidang kajian.

PRODUK PENGAYAAN TYPE III

Produk dalam pengayaan Type III sama ada berbentuk tesis, projek ilmiah, hasil seni, hasil reka cipta
atau hasil uji kaji mestilah mempunyai kriteria berikut:

 Penjanaan idea baru


 Mencabar konsep atau idea yang sedia ada
 Penggunaan teknik-teknik terkini
 Kaedah penyelesaian yang baru
 Produk baru/ yang belum ada dipasaran/ mempunyai kelainan.
BIDANG/ ISU KAJIAN PENGAYAAN SEM TYPE III

SAINS KEMASYARAKATAN

 Antropologi
 Arkeologi
 Kerjaya
 Kebudayaan
 Jenayah
 Isu semasa
 Warisan etnik
 Kekeluargaan
 Tokoh
 Dasar-dasar kerajaan
 Kajian masa depan
 Remaja
 Geografi
 Orang kurang upaya
 Sejarah
 Pencemaran alam
 Psikologi
 Masalah-masalah social
 Pelancongan
 Pembangunan
Dan pelbagai lagi….

BAHASA/ KOMUNIKASI/ SENI

 Apresiasi karya
 Penyiaran
 Pengiklanan
 Permainan komputer
 Seni grafik
 Jurnalisme
 Linguistic
 Penulisan drama/ lirik
 Tokoh Bahasa/seni
 Puisi
 Penerbitan
 Laman web
 Kajian sastera
 Seni bina
 Kaligrafi
 Animasi
 Perkembangan lukisan
dan pelbagai lagi……….

SAINS

 Anatomi
 Astrologi
 Bioteknologi
 Botani
 Kimia
 Fizik
 Biologi
 Ekologi
 Perubatan dan kesihatan
 Genetic
 Ciptaan
 Sumber asli

Dan pelbagai lagi…….

CONTOH TAJUK TESIS/ PROJEK ILMIAH

1. ‘Perak Man’: Satu kajian terhadap perkembangan kependudukan di kawasan Lenggong


2. Kajian Keberkesanan Program ceria / Astro terhadap golongan kanak-kanak
3. Kewujudan Menara Kuala Lumpur dan kesan nya terhadap masyarakat sekitar
4. Cadangan rekabentuk padang bola terbaik di Kuala Lumpur
GARIS PANDUAN PENULISAN TESIS/ PROJEK ILMIAH

1. PENGENALAN
Panduan ini menjelaskan garis panduan yang minimum bagi format dan bentuk akhir penulisan
tesis/ projek ilmian (T/P)

2. SUSUNAN KANDUNGAN
Pada asasnya T/P ini mengandungi tiga bahagian iaitu:
 Pendahuluan
 Teks/ laporan
 Tambahan

Penyusuanan setiap bahagian ini adalah mengikut budi bicara kumpulan selepas berbincang

dengan penasihat.

2.1 Pendahuluan
Pendahuluan mengandungi yang berikut:

Halaman Judul
Jdudl/ tajuk seperti yang telah dipersetujui bersama penasihat, nama ahli kumpulan dan
kenyataan ‘……………..diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi pengayaan School Enrichment
Model Type III……….’ Dan tarikh penyerahan

Abstrack
Biasanya ditulis kemudian tetapi diletakkan di bahagian hadapan T/P selepas halaman judul.
Kegunaan abstrack ialah
a. Meringkaskan struktur asas T/P
b. Membantu pembaca mengingati fakta-fakta penting

( kebiasaannya ditulis tidak lebih dari 250 patah perkataan)

Penghargaan

Bahagian ini tidak diwajibkan. Walau bagaimanapun, kebanyakan T/P memasukkan satu

kenyataan yang ringkas untuk menyampaikan penghargaan terhadap sebarang bantuan

istimewa.
Isi kandungan

Tajuk, bab dan pecahan kecil yang utama hendaklah disenaraikan. Sebaiknya tajuk dinomborkan
(contoh: 1) tajuk kecil ( contoh 1.3) dan tajuk yang kecil kepada tajuk kecil (1.3.4). Huruf kecil di dalam
kurungan [ contoh 1.3.4 (a)] boleh digunakan untuk mambahagikan tajuk kecil menjadi lebih kecil.

Sistem penomboran ini dapat memberikan gambaran tentang tajuk besar dan tajuk kecil dan perkaitan
antaranya.

Senarai rajah

Senarai rajah ini menggunakan nombor dan penerangan yang sama dengan terdapat pada sebelah
bawah rajah di dalam teks atau apendiks. Sistem pernomboran seperti [ contoh: Rajah 1, rajah1. 2, rajah
3.1.3(a)] bolehlah digunakan.

Senarai Jadual

Senarai ini juga menggunakan nombor dan penerangan yang sama dengan yang terdapat pada sebelah
atas jadual di dalam teks atau apendiks. Sistem pernomboran [contoh: jadual 1, jadual 1.4, jadual 1.4.2 ,
jadual 1.4.2 (a) patut digunakan.

Senarai symbol, kependekan atau tatanama ( jika perlu)

2.2 TEKS/ LAPORAN


Format am yang disarankan untuk teks adalah berikut:
a. Font: Times New Roman: saiz 12 bagi teks kandungan
b. Tajuk bagi setiap bahagian hendaklah ditulis di dalam bold

Susunan teks secara umumnya mengadungi bab-bab berikut:

Pengenalan

Pengenalan mengemukakan masalah yang diselidiki, menghuraikan objektif atau matlamat kajian,
hipotesis kajian, kajian-kajian lain yang pernah dijalankan dan menggariskan rancangan tindakan
penyelidikan.
Metodologi

Satu huraian yang mendalam tentang kaedah penyelidikan dan bahan/ instrument yang digunakan.
Kaedah-kaedah percubaan hendaklah diperjelaskan dengan satu cara yang memungkinkan orang lain
juga boleh menjalankannya tanpa masalah.

Keputusan dan analisis data

Keputusan yang didapati boleh dibentangkaitkan dalam bentuk rajah, jadual dan sebagainya.

Perbincangan

Membincangkan keputusan dan analisis data yang didapati dengan lain-lain penyelidikan atau
perbandingan dengan hipotesis awal yang telah dibuat dan sebagainya.

Ringkasan dan kesimpulan

Ini merupakan bahagian penting yang terakhir di dalam teks. Kumpulan membuat kesimpulan hadil
penyelidikan yang diperolehi.

Cadangan

Bahagian ini tidak wajib dan dicetak selepas ringkasan dan kesimpulan hanya jika sesuai dengan kajian.

2.3 Tambahan

Bahagian tambahan terdiri daripada:

Instrumen penyelidikan

Contoh: borang soal selidik, peta, program komputer dan sebagainya

Appendiks

Mengandungi ilustrasi tambahan, data asal dan petikan yang terlalu panjang hingga tidak dapat
dimuatkan dalam teks. Bahagian ini dapat menghindarkan pembaca melencong daripada perbincangan
utama. Apendiks dibahagikan kepada Apendiks A, B, C dan sebagainya. Tiap-tiap apendiks serta tajuknya
jika ada hendaklah disenaraikan secara beransingan di dalam isi kandungan.

Semua jadual dan rajah dalam apendiks hendaklah dinomborkan dan bertajuk serta disenaraikan di
dalam Senarai Jadual dan senarai Rajah.
Bibliografi

Sebarang T/P yang menggunakan karya-karya lain, samaada di dalam petikan secara langsung atau
melalui rujukan , haruslah mengandungi bibliografi yang menunjukkan puncanya.

Bibliografi ini dimulakan dengan tiga jarak dibawah tajuk itu. Tiap-tiap rujukan ditaip dengan dua jarak di
di antara satu sama lain dan satu jarak di dalam rujukan yang sama. Senarai rujukan adalah tidak
bernombor. Senarai rujukan boleh ditulis mengikut Sistem Harvard.

3. FORMAT

3.1 PENJILIDAN
Dua Salinan hardcopy T/P hendaklah dijilidkan dengan kulit berkualiti, satu daripadanya
mestilah merupakan naskah asal yang mengandungi hasil kerja atau kajian kumpulan yang asli.
Tajuk yang lengkap, nama kumpulan dan ahli-ahli, nama MRSM Kuala Kubu Bharu dan tahun
penyerahan ditaip di muka depan. Satu Salinan softcopy hendaklah diemail kepada email:
semmrsmkkb2017@gmail.com

3.2 PANJANG TESIS

T/P tidak melebihi 100 muka surat( termasuk Bahagian Tambahan). Projek-projek yang melibatkan
pengaturcaraan komputer digalakan memberi program yang dibina di dalam cakera padat. Cakera
padat itu hendaklah diserahkan semasa T/P dihantar.

3.3 KERTAS

Gunakan kertas putih saiz A4 yang bermutu baik sahaja.

3.4 PENAIPAN
3.4.1 Kualiti penaipan
T/P mestilah ditaip 1 ½ jarak. Hanya satu jenis corak taip yang perlu digunakan iaitu Times
New Roman untuk teks dan persamaan matematik. Tulisan skrip tidak diterima. Saiz huruf
pada keseluruhannya adalah 12 font.
Pemotongan huruf atau perkataan tidak dibenarkan. Sebarang pemadaman mestilah bersih.
Penggunaan pita lutsinar untuk sebarang tampalan tidak dibenarkan.
3.4.2 Jarak
1 ½ jarak bagi teks am mestilah digunakan pada keseluruhannya. Satu jarak pula bolehlah
digunakan semasa membuat jadual yang panjang, petikan yang panjang, nota, catatan kaki,
keterangan yang mengandungi beberapa banyak baris dan senarai bibliografi.

3.5 Birai
Birai yang ditetapkan bagi teks am adalah seperti berikut:
Tepi sebelah atas : 2.5cm
Tepi sebelah kanan: 2.5 cm
Tepi sebelah kiri: 4.0 cm
Tepi sebelah bawah: 2.5cm

3.6 Penomboran muka surat


Semua penomboran muka surat dicetak tanpa tanda bacaan. Nombor 1.0 cm dari sebelah
bawah muka surat sebelah kanan barisan teks. Keseragaman di dalam pengaturan adalah
penting.

Bahagian permulaan diberi nombor kecil Roman secara berturutan (i,ii,iii,iv dan seterusnya).
Muka surat Judul pada muka depan tesis dianggap sebagai muka surat I, tetapi nombornya tidak
ditaip. Nombor Roman ii diletakkan pada muka surat pertama selepas muka surat judul.

Teks dan semua muka surat Bibliografi termasuk Apendiks diberi nombor Arab berturut-turut (1,
2,3 dsb) , bermula dengan 1 pada muka surat pertama teks itu.

Tiap-tiap muka surat yang telah ditaip atau mengandungi lukisan mestilah mempunyai satu
nombor kecuali muka surat Judul.

3.7 Nota dan Catatan kaki


Calon-calon hendaklah meminta nasihat penyelia masing-masing tentang hal ini. Contohnya
dalam bidang Sains, catatan kaki tidak digalakkan. Saiz dan huruf yang digunakan bagi nota dan
catatan kaki mestilah lebih kecil daripada saiz huruf yangdigunakan di dalam teks am iaitu font
8.

3.8 Jadual
Jadual memang lazim dimuatkan di dalam teks. Jadual-jadual ini mestilah dimuatkan betul-betul
ditengah muka surat di dalam birai yang telah ditetapkan. Setiap jadual mestilah mengandungi
satu nombor rujukan dan keterangan. Nombor ini mestilah seiring dengan nombor bab yang di
dalamnya terdapat jadual itu. Ada kebaikan semua jadual di dalam satu bab dikumpulkan dan
diberi secara berturutan.
3.9 Rajah
Rajah mungkin merupakan gambar foto yang dilekatkan pada muka surat, ilustrasi atau graf.
Perkataan ‘Rajah”, nombor rajah dan keterangannya diletakkan di bawah rajah itu. Lazimnya
sesuatu rajah tidak melebihi satu muka surat. Jika rajah itu bersambung pada muka surat lain,
peraturan yang sama dengan peraturan menulis jadual hendaklah diikuti. Seperti jadual, rajah
juga dapat dikumpulkan dan diberi nombor mengikut turutan.

Gambar foto yang lebih kecil daripada ukuran satu muka surat hendaklah dikelatkan dengan
teguh. Gambar foto boleh juga dicetak sebesar A4. Garis pada rajah hendaklah dibuat dengan
kemas.

4.0 NOTA MAKLUMAT LAIN


4.1 Etika penyelidikan ( plagiarism)
Plagiarisme berlaku apabila idea atau perkataan dari karya orang lain yang telah diterbitkan
diguna pakai tanpa mencatatkan penghargaan kepada penulis. Dalam penggunaan idea atau
perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat mengikut kebiasaan yang dinyatakan di bawah
ini.

 Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui secara perseorangan dalam
teks. Tambahan pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam Bibliografi.
 Sebarang penggunaan perkataan sebenar daripada tulisan, atau pendapat orang lain
perlu diakui dengan menggunakan tanda petik serta dengan menyatakan sumbernya di
dalam teks.

Contohnya:

‘Civic education turned away from concentrating on the founding to concentrating on


openness based on history and social sciences’ (Bloom,1987,p29)

Anda mungkin juga menyukai