Anda di halaman 1dari 1

Pada pagi yang berbahagia ini, kami berhimpun bersama-sama bagi meraikan

majlis sambutan maulidurrasul iaitu sambutan mengenang hari kelahiran Nabi


Besar Muhammad SAW. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan keredhaan
daripadaMu.
Berilah kami keberkatan dalam segala gerak laku kami. Kebahagiaan dan
kesenangan dalam kehidupan kami dan jadikan kami sebagai Muslim sejati yang
sentiasa dahagakan ibadat dan ketakwaan padaMu. Penuhilah diari kehidupan
kami dengan amal ibadat sebagai bekalan kami untuk menuju akhirat Mu.
Makmurkanlah kesepakatan kami ini dengan limpahan rahmat kasihMu.
Perteguhkanlah ikatan ukhuwwah dan silaturrahim antara kami. Jadikanlah kami
bangsa yang taat kepada perintahMu, kuat berusaha, kuat beribadat dan mampu
menghadapi segala cabaran serta ingin terus maju ke hadapan sesuai dengan
peredaran zaman. Jauhilah kami dari segala sifat mazmumah, hasad dengki,
fitnah, umpat keji dan segala yang membawa bencana kepada kami.
Sesungguhnya kami telah banyak membuat kezaliman terhadap diri kami sendiri,
dan tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa kami kecuali Engkau. Curahkanlah
keampunan dan belas kasihan kepada kami. Sungguh Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.

Anda mungkin juga menyukai