Anda di halaman 1dari 21

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/265552958

Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

Book · September 2014


DOI: 10.13140/2.1.2550.2085

CITATIONS READS

0 2,786

1 author:

Amran bin Awang


Universiti Teknologi MARA
34 PUBLICATIONS   90 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

ENTREPRENEURIAL LEADERSHIP AND INTENTION: ROLE OF ATTITUDE, SUBJECTIVE NORM AND PBC View project

EMPLOYEES AWARENESS AND OFFICE ERGONOMICS AT PERMODALAN NASIONAL BERHAD (PNB) View project

All content following this page was uploaded by Amran bin Awang on 11 September 2014.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


BAHAGIAN
1
Keusahawanan
D i A b a d K e 21

Bab 1
Revolusi Keusahawanan

Bab 2
Keusahawanan:
Konsep yang Terus Berubah

Bab 3
Ekonomi, Persekitaran dan Keusahawanan

Bab 4
Keusahawanan dalaman:
Membangunkan Keusahawanan Korporat

Bab 1.indd 1 7/9/2013 4:40:34 AM


2

Bab 1.indd 2 7/9/2013 4:40:34 AM


BAB 1

Revolusi Keusahawanan

K
ekayaan dibina oleh pelaku di dalam suatu arena di mana mereka
bergelumang dengan kekotoran, debu, darah dan peluh. Mereka adalah
pengeluar yang berjuang bersendirian, mereka benar-benar mengenali bidang
mereka, melakukan pengorbanan yang besar serta mereka bekerja melebihi kekuatan
untuk suatu tujuan yang berbaloi. Tanpa pengecualian, jumlah kegagalan mereka
lebih daripada kejayaan serta mereka amat menghargai dan memahami kebenaran
terlebih dahulu sebelum memulakan perniagaan secara bersendirian. Tetapi apabila
pengeluar ini gagal, sekurang-kurangnya mereka gagal dengan penuh gaya dan
penghormatan, naluri mereka mengenali bahawa kegagalan itu cuma sebagai tempat
istirehat untuk sementara waktu bukannya tempat untuk dihabiskan disepanjang
hayat. Tempat mereka tidak pernah bersama dengan jiwa yang kosong yang tidak
kenal sama ada kejayaan mahu pun kegagalan, mereka sentiasa menerima ganjaran
walaupun tanpa laporan prestasi, mereka sentiasa bertugas walaupun bukan dalam
bidang mereka. Pelaku ini adalah pengeluar tanpa mengira bidang bila-bila masa
pun, mereka tidak pernah mengambil tempat bersama pengambil, untuk mereka ialah
suatu tempat yang unik, bersendirian, di bawah matahari. Mereka adalah usahawan!

Joseph R. Mancuso, Center for Entrepreneurial Management

Bab 1.indd 3 7/9/2013 4:40:34 AM


Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

4 Objektif

1. Untuk menerangkan kepentingan usahawan dalam


pembangunan ekonomi

2. Untuk memperkenalkan konsep pinggiran keusahawanan di


dalam individu

3. Untuk mengkaji revolusi keusahawanan yang berlaku hari ini

4. Untuk menjelaskan persekitaran keusahawanan

5. Untuk menjelaskan tren terkini di dalam penyelidikan keusahawanan

6. Untuk menggariskan tren yang wujud di dalam pendidikan


keusahawanan

Usahawan: Mencabar Sesuatu Yang


Tidak Diketahui
Usahawan adalah individu yang mengenali peluang di mana orang lain
melihatnya sebagai kekacauan atau kekeliruan. Usahawan adalah pencetus
yang agresif untuk melakukan perubahan di dalam pasaran. Mereka adalah
seumpama atlet sukan Olimpik yang menyahut cabaran untuk memecahkan
halangan baru, seperti pelari jarak jauh yang bergelut dengan keazaban jarak
kilometer, seperti pemandu okestra simfoni yang terpaksa mengimbangi
kemahiran dan bunyi yang berbeza kepada suatu paduan, atau seperti
pemandu jet laju yang berterusan berusaha mengawal kelajuan dan
keberanian. Dalam keghairahan masing-masing, mereka sebenarnya
sepadan dengan suatu bentuk, usahawan adalah wira di dalam pasaran masa
kini. Mereka memulakan perniagaan dan menyediakan peluang pekerjaan
pada tahap yang mengkagumkan. Ekonomi di seluruh dunia telah diberikan
tenaga semula melalui usaha usahawan di mana kini dunia berubah kepada
enterprais bebas sebagai model untuk pembangunan ekonomi. Keghairahan
dan dorongan usahawan menggerakkan dunia perniagaan maju ke
hadapan. Mereka mencabar sesuatu yang tidak diketahui dan secara
berterusan mencipta masa hadapan. Hanya melalui simpanan, pelaburan

Bab 1.indd 4 7/9/2013 4:40:34 AM


Bab 1 Revolusi Keusahawanan

dan inovasi mereka telah memacu pembangunan. Mereka telah membasmi


5
kemiskinan dengan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan
meyediakan peluang-peluang pekerjaan. Suatu catatan dapat merumuskan
realiti untuk usahawan:

Sesiapa pun boleh menjadi usahawan, iaitu mereka yang mahu


mengalami sesuatu yang dalam, gaung yang gelap dan tidak pasti;
mereka yang mahu mendaki kejayaan yang mengkagumkan. Tetapi
awas, jangan merancang untuk mencapai yang kemudian sehingga
kamu mengalami yang terdahulu.

Keusahawanan Dan Enterprais:


Perspektif Asia Pasifik
Keusahawanan adalah melebihi daripada hanya mencipta perniagaan.
Walaupun ia adalah aspek yang penting tetapi ia bukanlah gambaran
sepenuhnya. Usahawan dibentuk dengan gabungan yang istimewa aktiviti
memburu peluang, mengambil dan menanggung risiko, ketabahan
mencetuskan idea dan menjadikannya realiti. Ada usahawan yang
dilahirkan dan ada juga usahawan yang dibentuk. Ini bermakna pinggiran
keusahawanan boleh ditanam di dalam individu. Ada usahawan di dalam
dan di luar organisasi, di dalam perniagaan berasaskan keuntungan dan
yang tidak berasaskan keuntungan. Anak kapal Star Trek adalah usahawan
angkasa: Misi Starship Enterprise ialah untuk meneroka ke tempat yang
tidak pernah dilawati manusia sebelum itu.” Hari ini, kita masih
menggunakan perkataan enterprais sebagai suatu sikap meneroka,
memaju, memimpin dan juga mengambil inisiatif. Enteprais ialah
sebagaimana individu yang berenteprais – iaitu proses mengenalpasti,
memajukan serta melaksanakan visi. Keadaan ini direalisasikan oleh suatu
idea ataupun hanya melakukan sesuatu dengan cara yang lebih baik.
Enteprais bukan sahaja diaplikasikan oleh perniagaan malah digunakan
juga dalam bidang politik dan keputusan sosial. Bahasa inggeris memberi
makna kepada perkataan berenteprais sebagai, “ditunjukkan oleh
imaginasi, inisiatif, dan bersedia untuk melaksanakan perniagaan baru”.
Manakala keusahawan bermakna, “kesanggupan untuk mengambil risiko
untuk mencipta nilai baru”. Oleh itu sesiapa pun boleh berenteprais,
daripada seorang arkitek sehingga kepada seorang zoologi. Keusahawanan
mempunyai lebih perkaitan dengan perniagaan. Kedua-dua istilah
berenteprais dan keusahawanan sama ada di dalam atau di luar bidang
perniagaan bererti seseorang itu adalah pemilik tunggal sepanjang hayat
mereka dengan halatuju masing-masing.

Persepektif kami di sini ialah di Asia Pasifik. Kami menggunakan istilah


politik dan ekonomi untuk mencorakkan ekonomi di pesisiran Lautan

Bab 1.indd 5 7/9/2013 4:40:34 AM


Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

Pasifik serta beberapa negara pulau dalam kawasan tersebut. Kawasan ini
6
adalah luas dan berbagai-bagai – dengan kedinamikan ekonomi Hong Kong,
Taiwan dan Singapura; teknologi terkini di Jepun dan Korea; sumber alam
semulajadi di Australia; sumber tenaga manusia di Cina dan Indonesia;
produktiviti pertanian di New Zealand dan Filipina. Secara khusus kami
juga mengambilkira negara-negara di Asia Pasifik seperti berikut: Cina,
Jepun, Australia, New Zealand, Singapura, Korea Selatan, Taiwan dan
Hong Kong sebagai negara perindustrian baru. Manakala Brunei,
Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan negara pulau Polynesia dan
Melanesia sebagai Persatuan Asia Tenggara. Walau apapun pandangan kami
mengenai perspektif Asia Pasifik dalam keusahawanan sebagai kawasan
yang mengamalkan ekonomi bebas.

Ekonomi Berkeusahawanan Kita


Keusahawanan ialah tanda suatu ketabahan dan pencapaian dalam bidang
perniagaan. Usahawan adalah peneroka yang membawa kejayaan dalam
perniagaan. Piawai pengukuran sebagai enteprais bebas adalah hasil
daripada tindakan usahawan mengesan peluang, dorongan inovasi dan
keupayaan menjana kejayaan. Piawai ini adalah pengukur yang digunakan
diseluruh dunia di dalam negara yang mengamalkan ekonomi bebas
dan terbuka.

Di era milleninum baru ini, semangat keusahawanan adalah lebih


bertenaga berbanding dengan era yang lepas. Keadaan ini adalah hasil
daripada Generasi X iaitu generasi muda masa kini yang telah merasa
mereka dipinggirkan dari peluang tradisi. Maka dengan itu mereka digelar
sebagai Generasi E untuk keusahawanan. Generasi ini telah menjadi kaya
melalui perniagaan, bersama rakan sebaya mereka di seluruh dunia mereka
merupakan sebahagian daripada generasi yang paling berkeusahawanan
selepas era Revolusi Perindustrian.

Usahawan akan berterusan menjadi penyumbang yang penting kepada


pertumbuhan ekonomi melalui kepimpinan, pengurusan, keberkesanan
penyelidikan dan pembangunan, menyediakan peluang perniagaan, daya
saingan, produktiviti serta penubuhan industri baru.

Untuk memahami keusahawanan dua perspektif penting di dalam firma


keusahawanan perlu diteliti. Pertama, asas statistik yang menyediakan
bilangan perniagaan secara purata untuk menerangkan kepentingannya di
dalam ekonomi kita. Kedua, tren di dalam penyelidikan keusahawanan dan
pendidikan untuk menerangkan pentingnya kemunculan keusahawanan di
dalam pembangunan akademik.

Bab 1.indd 6 7/9/2013 4:40:34 AM


Bab 1 Revolusi Keusahawanan

Penguasaan perniagaan baru di dalam ekonomi


7

Di dekad yang lepas telah menyaksikan kemunculan kegiatan


keusahawanan yang bertenaga di seluruh dunia. Semakin banyak firma kecil
dan baru menjana peluang pekerjaan berbanding dengan firma yang besar.

Di kawasan kami telah menghasilkan kadar yang paling tinggi dan


paling rendah di dalam kegiatan memulakan perniagaan di dalam dunia.
Bandingkan 2.2 peratus kelembapan di dalam keusahawanan Jepun dengan
kehangatan kadar 20.7 peratus di dalam kegiatan memulakan perniagaan di
Thailand. Bertahun-tahun New Zealand menunjukkan kadar yang paling
tinggi di dalam keusahawanan permulaan di dalam dunia maju. Cina dan
Australia secara konsisten telah menonjolkan diri mereka dengan keupayaan
keusahawanan. Semua negara yang menunjukkan peningkatan di dalam
kadar keusahawanan cenderung kepada penurunan di dalam kadar
pengangguran. Sepanjang tempoh 15 tahun yang lepas, firma keusahawanan
yang pesat berkembang menyumbang dengan banyak kepada kadar
pertumbuhan ekonomi. Satu kajian menunjukkan bahawa keusahawanan
menyumbang secara positif kepada peluang pekerjaan dan pertumbuhan
ekonomi. Hampir separuh daripada semua pekerjaan baru yang ditawarkan
datang daripada syarikat baru yang pesat berkembang. Inisiatif baru
keusahawanan, sama ada memulakan perniagaan baru atau memperbaharui
perniagaan sedia ada telah meningkatkan produktiviti. Mereka telah
meningkatkan tekanan persaingan memaksa firma lain untuk bertindak
menambahbaik kecekapan atau memperkenalkan inovasi. Peningkatan
kecekapan dan inovasi dalam firma sama ada dalam organisasi, proses,
produk, perkhidmatan atau pasaran meningkatkan tenaga persaingan
sesuatu ekonomi. Proses ini menawarkan faedah kepada pengguna dengan
menyediakan lebih banyak pilihan.

Bab 1.indd 7 7/9/2013 4:40:34 AM


Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

8
Jadual 1.1 Ukuran Keusahawanan

NEGARA KADAR PENGANGGURAN KADAR


MEMULAKAN 2004 (%) PERTUMBUHAN
PERNIAGAAN KNK 2005 (%)
2005 (%)

Thailand 20.7 1.9 7.3

New Zealand 17.5 3.9 2.1

China 13.7 4.4 0.9

Amerika Syarikat 12.4 5.5 4.7

Australia 10.5 5.5 0.7

Singapura 7.2 4.0 3.1

Hong Kong 3.0 6.8 4.6

Jepun 2.2 4.7 4.0

Sumber: Kadar memulakan perniagaan. Peratus orang dewasa yang berumur


18-64 tahun semasa terlibat di dalam keusahawanan peringkat awal. Maria Minniti
dengan William D. Bygrave dan Erkko Autio Global Entrepreneurship Monitor: 2005
Executive Report (Babson College and London Business School, 2006).

Berjuta-juta manusia telah berkecimpung di dalam bidang keusahawanan di


seluruh dunia. Satu projek “The Global Entrepreneurship Monitor”, iaitu projek
penandaan aras keusahawanan dalam tahun 2005 menjangkakan di seluruh
dunia, lebih kurang satu daripada 11 orang dewasa sama ada memulakan
perniagaan baru atau menguruskan perniagaan baru yang mereka adalah
pemiliknya. Golongan remaja atau muda lebih cenderung untuk terlibat
di dalam kegiatan keusahawanan di setiap negara tanpa mengira tahap
Pendapatan Kasar Dalam Negara per kapita. Negara yang berpendapatan
rendah selalunya mempamerkan kegiatan keusahawanan yang paling
tinggi. Di semua negara, kaum lelaki adalah dua kali ganda lebih cenderung

Bab 1.indd 8 7/9/2013 4:40:34 AM


Bab 1 Revolusi Keusahawanan

memulakan perniagaan baru berbanding kaum wanita. Namun demikian,


9
kebanyakan kegiatan keusahawanan adalah rendah cita-citanya. Hanya
3 peratus daripada semua perniagaan baru menepati ciri-ciri perniagaan
berpotensi tinggi (perniagaan yang mempunyai pesaing yang sedikit
berhasrat untuk membawa inovasinya ke pasaran dan menggunakan
teknologi sedia ada). Kebanyakan usahawan lebih gemar memanipulasi
peluang yang sudah stabil dengan mengoptimakan penawaran dan
permintaan dalam pasaran yang tersedia berbanding dengan
memanipulasikan peluang perniagaan secara inovatif dengan mencipta
pasaran baru di tempat asal dan juga di luar negara.

Pertumbuhan tinggi berbanding gaya hidup

Beberapa tahun yang lepas, bilangan perniagaan yang dimulakan di


kawasan Asia Pasifik adalah tinggi secara konsisten. Keadaan ini adalah
terbukti menunjukkan perniagaan yang baru dimulakan telah menyumbang
kepada peningkatan pertumbuhan, kekayaan dan juga peluang pekerjaan.
Secara amnya di seluruh dunia 8-9 peratus orang dewasa terlibat dengan
penubuhan perniagaan baru. Tetapi kebelakangan ini 1-2 peratus dari
kalangan orang dewasa (10-20 peratus daripada semua usahawan) di dalam
negara yang pelbagai seperti Australia dan China terlibat dalam perniagaan
baru yang tinggi pertumbuhannya. Keadaan ini mengunjurkan penyediaan
peluang pekerjaan lebih daripada 19 jawatan selepas lima tahun perniagaan
mereka ditubuhkan.

Walaupun perniagaan yang ditubuhkan merupakan tulang belakang


sesebuah ekonomi, kebanyakan usahawan hanya berhasrat untuk
mencapai matlamat yang sederhana sahaja. Ini bermakna usahawan hanya
ingin memenuhi keperluan sendiri dan keluarga tetapi tidak berhasrat
untuk menyumbang ke dalam kedinamikan ekonomi negara mereka.
Kebanyakan mereka juga tidak mencapai apa-apa pembaharuan atau
penambahan nilai; mereka hanya mengoptimakan pembekalan dan
permintaan di dalam ekonomi yang sedia ada tanpa menambah apa-apa
nilai. Keupayaan mengenalpasti peluang yang berpotensi tidak menjamin
perniagaan yang berjaya secara automatik, mahupun perniagaan yang
mencipta nilai. Mereka hanya lebih berminat untuk memiliki bot mewah,
rumah besar, kereta mewah atau seumpamanya.

Bab 1.indd 9 7/9/2013 4:40:34 AM


Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

10
Jadual 1.2 Usahawan Yang Tinggi Pertumbuhannya
Di Asia Pasifik 2005

NEGARA % DARI SEMUA USAHAWAN

Singapura 20.50

China 12.00

Amerika Syarikat 11.40

Hong Kong 11.30

Australia 9.30

Thailand 9.20

New Zealand 8.10

Jepun 7.60

Sumber: Global Entrepreneurship Monitor (2006).

Sumbangan usahawan kepada ekonomi


Firma berkeusahawanan melakukan dua sumbangan penting ke dalam
ekonomi. Pertama, mereka adalah se bahagian daripada proses
pembaharuan yang mempengaruhi dan menentukan ekonomi pasaran.
Firma berkeusahawanan memainkan peranan yang penting dalam
menghasilkan inovasi yang mendorong perubahan teknologi dan
pertumbuhan produktiviti. Ringkasnya, keadaan ini adalah berkaitan
dengan perubahan dan persaingan kerana mereka mengubah struktur
pasaran. Ekonomi di dalam kawasan kami adalah dinamik kerana ia
sentiasa beroperasi dalam proses pembentukan. Keadaan ini adalah
berdasarkan prospek masa depan dan bukannya berkaitan dengan
pewarisan masa lalu.

Bab 1.indd 10 7/9/2013 4:40:34 AM


Bab 1 Revolusi Keusahawanan

Kedua, firma berkeusahawanan adalah sebuah mekanisma yang penting


11
dan diperlukan di mana berjuta-juta usahawan memasuki suatu arus
perdana masyarakat dalam bidang ekonomi dan sosial. Perniagaan kecil
telah memungkinkan berjuta-juta orang termasuk wanita, etnik minoriti,
orang asli dan pendatang asing untuk memakmurkan diri dan keluarga
mereka. Selain dari itu juga, keusahawanan memainkan peranan yang
positif dan cekap dengan menyumbangkan perkhidmatan kesihatan,
pendidikan dan kebajikan kepada masyarakat. Perusahaan ekonomi sosial
sentiasa menggalakkan penyertaan para pelabur di dalam pengurusan dan
penyampaian perkhidmatan tersebut, sekaligus mampu meningkatkan
inovasi dan orientasi klien. Pendekatan itu juga mampu menambah nilai
ke dalam sumber awam dan menganjurkan lebih banyak perkhidmatan
ditawarkan kepada pengguna.

Keusahawanan Dan Budaya Nasional


Dalam memulakan pengkajian kita tentang keusahawanan di Asia Pasifik,
pastikan tiga prinsip termaktub dalam fikiran kita:

• sebahagian daripada populasi orang dewasa diklasifikasikan sebagai


usahawan

• kita boleh mengukur bahagian tersebut

• sebuah negara, budaya atau kumpulan etnik tertentu boleh dikadarkan


sama ada lebih tinggi atau lebih rendah dalam bidang keusahawanan
berbanding dengan aktiviti lain.

Norma budaya dan sosial boleh menggalakkan atau melemahkan semangat


usahawan. Kajian impak di dalam kedua-dua bidang iaitu budaya nasional
dan etnik terhadap keusahawanan dan pembangunan ekonomi telah lama
difokuskan untuk mendalami ciri-ciri yang mungkin boleh meransang atau
melemahkan keusahawanan. Banyak kajian memfokuskan keusahawanan
“jenis unggul” yang unik dari pandangan sosiologi, ekonomi, sains politik,
pengurusan dan kewartawanan. Contohnya, Lam dan Paltiel menghujahkan
bahawa Confusianisma adalah berkorelasi dengan pembangunan ekonomi
dan keusahawanan di Taiwan dan Jepun. Kajian lain memaparkan ciri-ciri
budaya yang menerangkan mengapa rakyat Singapura berkemungkinan
lemah di dalam semangat keusahawanan. Suatu kajian yang menarik di
kalangan orang Maori di New Zealand menunjukkan bahawa mengapa
mereka lebih berkeusahawanan berbanding dengan orang eropah di
New Zealand.

Satu sekolah pemikiran yang agak dominan menyiasat hubungan di


antara budaya dengan gaya personaliti. Contohnya, Cowling menemui

Bab 1.indd 11 7/9/2013 4:40:34 AM


Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

bahawa jantina dan taraf pendidikan adalah berbeza kekuatannya dalam


12
menerangkan keusahawanan di antara negara. Manakala Frederick
mempercayai bahawa usahawan New Zealand adalah jenis untuk gaya
hidup semata-mata dan mereka tidak merasa kejayaan sebagai satu
keperluan yang mendesak mahupun mereka tidak didorong oleh ego.

Hujah Hofstede yang terkenal mengenai dimensi budaya seperti jarak kuasa,
penyingkiran ketidakpastian, individualisme/kolektivisme dan kelakian/
kewanitaan mempengaruhi kekayaan negara dan pertumbuhan ekonomi.
Morris dan Davis menunjukkan bahawa keusahawanan semakin menurun
apabila kolektivisme semakin ditekankan. Trompenaars pula menunjukkan
bagaimana budaya yang berbeza bertindak terhadap pendekatan
pengurusan yang berbeza, bagaimana organisasi menunjukkan makna
yang berbeza terhadap budaya yang berlainan. Ramai penyelidik saling
menguatkan pandangan bahawa ciri-ciri tersebut merangkumi dimensi
budaya yang menonjol berkaitan dengan keusahawanan. Dalam tradisi
ini, Lee dan Peterson melakarkan saranan Lumpkin dan Dess bahawa
kecenderungan sesebuah masyarakat untuk menjana usahawan yang
berautonomi, menanggung risiko, berinovasi, berdaya saing dan proaktif
di dalam firma adalah bergantung kepada ciri-ciri budaya mereka.
Negara yang mempunyai kecenderungan budaya seperti tersebut akan
menyebabkan orientasi keusahawanan yang kuat, maka dengan itu aktiviti
keusahawanan akan menjadi semakin tinggi. Mereka menyarankan:

Budaya keusahawanan adalah lebih rendah toleransinya terhadap jarak


kuasa, kesanggupan untuk menerima kehidupan dengan ketidakpastian,
lebih individualistik, kelelakian, berorientasikan pencapaian dan bersifat
universal. Sebaliknya, masyarakat yang lebih prihatin kepada struktur
kelas, komitmen kepada hirarki, keselamatan kerja, membuat keputusan
secara konsensus dan pemikiran berjudul akan lebih bersedia untuk
menerima jarak kuasa, mempunyai daya penyingkiran ketidakpastian
yang kuat, lebih kolektif, kewanitaan, berorientasikan penyifatan dan
kekhususan.

Lee dan Peterson menggariskan enam dimensi budaya seperti berikut:

• penyingkiran ketidakpastian – tahap suatu budaya atau kumpulan


etnik menerima ketidakpastian atau kesanggupan mengambil risiko

• jarak kuasa – tahap sesuatu budaya atau kumpulan etnik dapat


bertoleransi dengan hiraki atau hubungan yang tidak seimbang

• bersifat kebendaan – tahap yang ditekankan terhadap kebendaan


dan kekayaan berbanding dengan penekanan terhadap keharmonian
dan hubungan

Bab 1.indd 12 7/9/2013 4:40:34 AM


Bab 1 Revolusi Keusahawanan

• individualisme – tahap yang ditekankan terhadap pencapaian individu


13
berbanding dengan pencapaian secara kolektif atau kumpulan

• pencapaian – tahap bagaimana kuasa dan status dicapai, sama ada


menerusi persaingan dan kerja keras atau diperolehi melalui pewarisan,
umur atau jantina

• peraturan kelakuan – tahap sesuatu budaya atau kumpulan etnik


menggunakan norma secara universal untuk semua atau sama ada
individu tertentu memperolehi hak atau keistimewaan berdasarkan
status mereka.

Khususnya, usahawan “jenis unggul” mempamerkan: dapat menerima


ketidakpastian dan risiko; tidak bertoleransi dengan hubungan yang tidak
seimbang; menekankan kebendaan dan kekayaan; menekankan pencapaian
individu; percaya bahawa kuasa dan kedudukan diperolehi secara bersaing
dan kerja keras; percaya bahawa kod undang-undang adalah sama untuk
semua.

Tetapi jika diperhatikan di seluruh dunia, budaya keusahawanan selalunya


tidak bertepatan dengan jenis unggul ini.

Tren Dalam Penyelidikan Keusahawanan


Dalam meneruskan kajian kita dalam bidang keusahawanan, adalah penting
untuk dicatatkan pembangunan dalam penyelidikan dan pendidikan yang
berlaku beberapa tahun yang lepas. Tema utama yang mencorakkan ciri-ciri
penyelidikan mengenai usahawan dan penubuhan perusahaan yang terkini
baru boleh diringkaskan seperti berikut:

• Sempadan keusahawanan sebagai suatu bidang yang terbuka dan


berbilang disiplin serta terdapat pertumbuhan di dalam budaya dan
asas ilmu pengetahuan. Tanpa mengira sama ada bidang ini sebagai
baru muncul, ia mempunyai reputasi untuk menghasilkan konsep
pemecahan terkumpul atau “accumulated fragmentalism”.

• Usahawan mungkin boleh menggunakan proses berfikir yang berbeza


berbanding dengan proses berfikir orang lain untuk mengenalpasti
dan menilai peluang. Penyelidikan di dalam kaedah berfikir meneliti
bagaimana mereka membuat lompatan mental dan membangunkan
kata hati yang berguna sebelum semua ini dapat dijelaskan secara
metodologi. Usahawan sentiasa bertindak dengan cemerlang dalam
menggabungkan sumber yang berkurangan untuk menubuhkan
sesebuah perniagaan. Mereka juga adalah golongan yang sangat
berbeza berbanding dengan orang awam dalam keupayaan mengesan

Bab 1.indd 13 7/9/2013 4:40:34 AM


Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

input yang diperlukan.


14

• Usahawan adalah pakar di dalam mengenali siapa, ini bermakna mereka


sentiasa mempunyai kemahiran jaringan perniagaan dan pemprosesan
maklumat. Dalam sebuah pasaran yang kacau bilau, usahawan sentiasa
bersedia membangunkan pengetahuan dengan melakukan pelaburan
maklumat berbeza dengan orang lain.

• Pembiayaan perniagaan termasuklah modal teroka, pembiayaan modal


oleh “angel” dan pembiayaan tidak rasmi yang muncul dalam 1990an
yang belum wujud sebelum ini telah memuncak di awal millinneum ini
sehingga 1998.

• Keusahawanan dalaman iaitu keusahawanan yang berlaku di dalam


organisasi besar serta keperluannya terhadap suatu bentuk budaya
keusahawanan yang berbeza telah mendapat banyak perhatian dalam
beberapa tahun yang lepas.

• Strategi masukan keusahawanan telah dikenalpasti menunjukkan


beberapa penyebut penting, isu dan dasar tukar ganti.

• Risiko dan tukar ganti dalam kerjaya keusahawanan – khususnya


mengenai sifat mendesak dan tertekan – telah menjadi satu subjek yang
menarik untuk dikaji terhadap bakal mahupun usahawan sedia ada.

• Golongan wanita, minoriti, pendatang asing dan usahawan dari


kalangan penduduk pribumi telah muncul dengan bilangan yang belum
pernah dilihat sebelum ini. Mereka muncul secara berbeza berbanding
usahawan sedia ada di dalam menangani halangan dan kesusahan
menjalankan perniagaan.

• Tren demografi telah melahirkan sekutu yang besar dari kalangan


usahawan yang lebih tua (juga dikenali sebagai usang, umur tahap
ketiga atau lebih matang).

• Pendidikan keusahawanan telah menjadi satu subjek yang diminati


di universiti. Bilangan institusi yang menawarkan matapelajaran
keusahawanan atau seumpamanya telah bertambah sehingga lebih
daripada 2000 kini berbanding hanya kurang daripada 2 dozen 20
tahun lalu.

• Minat dalam bidang keusahawanan di sekolah perniagaan meningkat


secara berterusan. Keadaan ini didorong oleh pelajar dan juga bekas
pelajar. Oleh itu terdapat kekurangan di dalam fakulti keusahawanan
dan kursus dijalankan oleh pengajar separuh masa yang mungkin
mengajar mengenai pengalaman mereka sahaja tanpa menitikberatkan
teori dan konteks.

Bab 1.indd 14 7/9/2013 4:40:34 AM


Bab 1 Revolusi Keusahawanan

• Semangat keusahawanan ialah universal di kalangan negara yang men-


15
gamalkan ekonomi bebas. Keadaan ini terbukti dengan pertumbuhan
yang memberansangkan terhadap minat dalam bidang keusahawanan
di seluruh dunia beberapa tahun yang lalu.

• Sumbangan usahawan, syarikat baru dan perniagaan keluarga terhadap


ekonomi dan sosial telah menunjukkan sumbangan yang paling besar
dan tidak seimbang terhadap penawaran kerja, inovasi dan pembaha-
ruan ekonomi berbanding dengan sumbangan oleh syarikat yang lebih
besar.

Tren Dalam Pendidikan Keusahawanan


Pendidikan keusahawanan merupakan suatu disiplin yang paling pesat
berkembang di dunia hari ini. Pertumbuhan dan pembangunan dalam
kurikulum dan program menjurus kepada peningkatan tahap penubuhan
perusahaan dan perniagaan baru dengan berkesan. Satu kajian di Amerika
menunjukkan bahawa pelajar sama ada dalam bidang seni atau seni bina,
sukan atau kesihatan yang telah mengambil hanya satu kursus dalam bidang
keusahawanan atau perusahaan persendirian lebih cenderung untuk
memulakan perniagaan dengan jayanya atau melancarkan perusahaan
sosial. Kajian juga mencadangkan bahawa banyak idea terbaik dalam
pertandingan rancangan perniagaan datangnya dari pelajar yang
mengkhusus dalam bidang bukan perniagaan. Sumbangan terbesar dalam
keusahawanan adalah dari kalangan pelajar yang mengkhusus dalam
bidang bukan perniagaan, begitu juga dengan inisiatif keusahawanan tidak
melibatkan sekolah perniagaan.

Tren ke arah pemilikan tunggal dan bekerja sendiri adalah sangat


menarik. Kita masih belum mempunyai data lengkap dalam aspek ini di
kawasan Asia Pasifik tetapi data Amerika Syarikat boleh digunakan sebagai
perbandingan. Jadual 1.3 menunjukkan peratusan bekerja sendiri dalam
pelbagai bidang kerjaya.

Ramai graduan dalam bidang seni persembahan menunjukkan kadar


yang tinggi untuk bekerja sendiri. Separuh daripada artis dan jurufoto,
sepertiga adalah sebagai penulis and pengarang, ahli muzik dan penyanyi
dan seperempat adalah pelakon dan pengarah yang bekerja sendiri.
Penganalisis pengurusan hinggalah arkitek kebanyakannya berkerjaya
sebagai bekerja sendiri.

Bab 1.indd 15 7/9/2013 4:40:34 AM


Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

16
Jadual 1.3 Kerjaya, Peratus Bekerja Sendiri

Kerjaya Peratus

Artis 50

Jurufoto 50

Pengurus Pembinaan 50

Pengurus harta, hartanah, persatuan masyarakat 46

Penulis dan pengarang 33

Ahli muzik dan penyanyi 33

Pereka 33

Tukang kayu 30

Penganalisis Pengurusan 30

Doktor haiwan 28

Atlet, jurulatih sukan, pengadil 27

Pelakon, penerbit, dan pengarah filem 25

Arkitek 20

Penari dan koreografer 20

Operator dan penyunting TV, video dan filem 20

Juruteknik servis automotif 16

Ahli ekonomi 11

Akauntan 10

Agen pelancongan 10

Juruelektrik 10

Bidang pendidikan keusahawanan telah meningkat dalam tempoh dua


dekad yang lepas. Fenomena ini telah melanda banyak negara di dunia.
Seperti di Jerman yang secara khusus sangat aktif membentuk pendidikan
keusahawanan baru dengan mewujudkan lebih daripada 30 kerusi dalam

Bab 1.indd 16 7/9/2013 4:40:34 AM


Bab 1 Revolusi Keusahawanan

keusahawanan di antara tahun 1997 hingga 2004. Perkembangan ini tidak


17
terhad kepada negara maju sahaja: universiti di Amerika Latin menyaksikan
perkembangan dalam membangunkan keupayaan keusahawanan di
kalangan pelajarnya dan graduan. Tren ke arah pendidikan keusahawanan
yang menyeluruh di dalam universiti adalah kukuh dan bertambah pesat.
Buku teks ini membuktikan wujudnya kepentingan di kawasan Asia Pasifik.

Kuratko mempercayai bahawa keusahawanan merupakan masa depan yang


cerah di dalam sekolah perniagaan di mana fakulti keusahawanan mula
mengorak langkah dengan mewujudkan peranan kepimpinan. Terdapat
suatu dialektik yang menarik dalam bidang pendidikan perniagaan di
antara kawalan dan kreativiti/pematuhan dan inovasi, pendekatan ini adalah
bercanggahan dan boleh diklasifikasikan sebagai sistem pemikiran yang
berbeza. Terdapat jurang ideologi di antara disiplin pengurusan
berorientasikan pematuhan seperti bidang kewangan dan perakaunan,
begitu juga guru keusahawanan yang memberi nilai kepada kreativiti dan
inovasi. Kevin Hindle seorang profesor keusahawanan Australia percaya
bahawa pendidikan keusahawanan terletak di dalam bangunan yang
salah! Adalah amat janggal sekali jika dilihat pada orientasi sebuah sekolah
perniagaan berasaskan universiti yang lazim, dalam kedua-dua bentuk sama
ada pengajaran secara material dan bagaimana ianya dinilai. Bidang baru
seharusnya perlu dilihat melangkaui sempadan sekolah pengurusan atau
kejuruteraan, malah harus melangkaui universiti itu sendiri. David Birch
seorang pendidik keusahawanan yang tersohor percaya bahawa “sekolah
perniagaan mengajar anda bertentangan dengan keusahawanan ... Pada
asasnya sekolah perniagaan mengajar anda untuk bekerja dengan orang
lain”. Hindle mempersoalkan sama ada perlu atau tidak keusahawanan
diajar di dalam sekolah perniagaan. Ia menyatakan keusahawanan boleh
diajar “di mana anda mahu asalkan syarat utamanya ialah supaya
fikiran melangkani batas pengetahuan secara vokasional dipenuhi. Anda
boleh mengajarnya di mana wujudnya pemikiran yang sesuai”.

Adakah pendidikan keusahawanan telah benar-benar wujud? Kita boleh


mengukurnya dengan melihat kepada petunjuk biasa dalam disiplin
tersebut. Menurut Kuratko, pendidikan keusahawanan adalah salah satu
bidang akademik yang paling pesat berkembang sepanjang masa. Sekarang
dianggarkan sebanyak lebih daripada 1600 kursus keusahawanan atau
seumpamanya diajar di Amerika Syarikat sahaja berbanding hanya 20
dua dekad yang lalu. Hisrich pula menganggarkan terdapat lebih kurang
564 profesor dalam bidang keusahawanan di mana 72 peratus adalah di
Amerika Syarikat.

Karya akademik dalam bidang perusahaan dan keusahawanan adalah luas


dan mendalam dengan sekurang-kurangnya terdapat 45 jurnal akademik
berwasid. Kini juga terdapat konferensi yang terhormat tentang bagaimana
mengajar keusahawanan. Dalam tahun 1970 hanya satu buku teks dalam
bidang keusahawanan diterbitkan dan kini sudah ada lebih dari 12 buah.

Bab 1.indd 17 7/9/2013 4:40:34 AM


Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

Gerakan pertumbuhan ini adalah sangat pesat di mana bidang ini telah
18
berkembang sehingga keluar dari bidang sekolah perniagaan. Beratus-ratus
kampus melancarkan berbagai jenis dan bentuk program keusahawanan:
keusahawanan kejuruteraan, keusahawanan kejururawatan, keusahawanan
muzik, keusahawanan permakanan, malah keusahawanan statistik.

Rajah 1.1 Pusingan Kehidupan: Arah Mana Untuk Anda?

Pengalaman amali

Universiti Latihan pengurusan

Firma bertumbuh tinggi

Perniagaan baru mula

Baru mula yang lain

Baru mula yang lain

Korporat Pemodal teroka

Pelabur ‘angel’

Bersara awal Usahawan sosial

Tidak sekali-kali bersara awal

Bab 1.indd 18 7/9/2013 4:40:35 AM


Bab 1 Revolusi Keusahawanan

Ringkasan 19

Bab ini menyediakan satu pandangan ringkas dan luas mengenai revolusi
keusahawanan yang berlaku di seluruh dunia dalam ekonomi bebas. Bab
ini juga menyorot beberapa statistik penting yang menerangkan tentang
ekonomi keusahawanan. Usahawan adalah pelaku yang melihat peluang
apabila orang lain melihatnya sebagai kekalutan. Perniagaan baru adalah
ciptaan usahawan untuk menyegar dan meransang ekonomi dengan
penciptaan pekerjaan dan kekayaan. Semua usahawan adalah merupakan
individu yang berusaha menubuhkan perniagaan tetapi individu yang
berusaha menubuhkan perniagaan akan bertindak melangkaui realiti
perniagaan. Apa yang menyatukan mereka yang terlibat dalam perniagaan
atau zoologi ialah hasrat untuk menjadi pemilik tunggal sepanjang hayat
mereka. Perspektif ini adalah merujuk kepada kawasan Asia Pasifik. Negara
dalam kawasan tersebut adalahseperti China, Jepun, Australia, New Zealand,
Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Brunei, Indonesia, Malaysia,
Filipina dan Thailand serta negara pulau Polynesia dan Melanesia. Negara
lain yang paling tinggi dan yang paling rendah tahap keusahawanannya juga
diambilkira dan kami menyaksikan kadar yang tinggi dalam penubuhan
perniagaan baru berkait dengan kadar pengangguran yang rendah serta
kadar penawaran kerja yang tinggi. Berjuta-juta usahawan sama ada muda
atau pun tua terdiri daripada generasi usahawan, barang kali inilah generasi
yang paling berkeusahawanan sejak Revolusi Perindustrian. Kumpulan ini
membantu membentuk dan mendapat faedah daripada tren millennium
baru sebagai gaya hidup dan teknologi. Negara dan budaya berbeza di
dalam aktiviti keusahawanan mereka. Kumpulan etnik dan budaya juga
mempengaruhi motivasi dan peluang supaya manusia menjadi usahawan.
Beberapa budaya menggalakkan orientasi keusahawanan sementara
beberapa budaya lain mungkin melemahkannya. Kami menggariskan tren
yang telah diselidiki di dalam karya. Kami juga menjelaskan beberapa
pembangunan penting di dalam pendidikan keusahawanan

ISTILAH DAN KONSEP UTAMA


pencapaian individualisme milik tunggal
Asia Pasifik keusahawanan dalaman bekerja sendiri
kolektifisme mencipta pekerjaan usahawan matang
pembangunan ekonomi materialisme perniagaan baru
pendidikan keusahawanan budaya nasional penyingkiran
Generasi usahawan tren millennium baru ketidakpastian
enteprais bebas jarak kuasa

Bab 1.indd 19 7/9/2013 4:40:35 AM


Keusahawanan: Teori, Proses, Amalan

20 SOALAN ULANG KAJI DAN PERBINCANGAN


1. Jelaskan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan istilah
keusahawanan.

2. Jelaskan kepentingan perniagaan baru di dalam ekonomi.

3. Kenal pastikan beberapa produk inovatif dan peluang pelaburan yang


sesuai untuk milenium baru.

4. Apakah perbezaan di antara keusahawanan dengan enterprais?

5. Bagaimanakah anda mendefinisikan Asia Pasifik?

6. Negara manakah yang paling tinggi dan yang manakah yang paling
rendah di dalam kadar memulakan perniagaan di kawasan Asia Pasifik?

7. Apakah hubungan di antara keusahawanan (merujuk kepada kadar


memulakan perniagaan) dengan pengangguran?

8. Apakah sumbangan yang penting yang dilakukan oleh usahawan


terhadap ekonomi?

9. Apakah enam dimensi budaya yang kita gunakan untuk menerangkan


budaya kebangsaan dan keusahawanan?

10. Apakah beberapa corak terkini di dalam penyelidikan keusahawanan?

11. Apakah beberapa corak terkini di dalam pendidikan keusahawanan?

12. Apakah pekerjaan yang mempunyai perkadaran yang paling tinggi di


kalangan orang yang bekerja sendiri?

Bab 1.indd 20 7/9/2013 4:40:35 AM


View publication stats

Anda mungkin juga menyukai