Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA

BANDAR SPRINGHILL,LUKUT
KERTAS KERJA

PERTANDINGAN MEMBUAT
TANGLUNG
SEMPENA PERAYAAN KUIH BULAN
2018

Anjuran:
PENDIDIKAN MORAL

Hari & Tarikh:


JUMAAT, 21 SEPTEMBER 2018

Tempat:
SEKOLAH JENIS KEBANSAAN (CINA) BANDAR SPRINGHILL,
LUKUT, NEGERI SEMBILAN.
1.0 : PENGENALAN

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk membantu murid memberi kesedaran terhadap
murid terhadap perayaan pesta tanglung yang diwarisi turun-temurun. Bukan itu
sahaja, Pendidikan Moral mengambil kesempatan ini memberi pengetahuan
berkaitan dengan sejarah berkaitan dengan Pesta tanglung dan juga asal-asul
tanglung.
Tambahan pula, aktiviti ini juga dapat membantu murid melatih dan
mempertingkatkan kemahiran sama ada fizikal ataupun emosi yang sejajar dengan
JERIS yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Aktiviti membuat tanglung untuk murid tahun 3 hingga tahun 6 akan
dijalankan pada 21 SEPTEMBER 2018 di kelas masing-masing. Aktiviti ini diharap
dapat melahirkan murid yang mampu menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat
dan hidup berbakti.

2.0 : RASIONAL

Rasional aktiviti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada murid-murid


memahami tentang cara membuat tanglung dengan betul dan mencungkil bakat
yang ada pada murid. Tambahan pula, aktivti ini juga memberi penekanan terhadap
murid sebagai seorang insan yang mulia, kualiti peribadi serta seorang murid dan
pembelajaran yang berterusan dan seluas hayat.

3.0 : MATLAMAT

Di samping itu, program ini dapat melahirkan murid yang berilmu, beramal
dan kemahiran yang baik untuk menghasilkan tanglung yang menarik. Aktiviti ini juga
dapat mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.
Pada masa yang sama, aktiviti ini dapat membina insan yang berakuantabiliti dan
amanah.

2
4.0 : OBJEKTIF

Objektif aktivitil ini membolehkan murid-murid dapat :

i. Membina kemahiran pengurusan dan perubahan diri.

ii. Mengenali dan menilai potensi diri insan murid.

iii. Menghayati nilai, etika dan akhlak murid.

iv. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah dan hidup berbakti.

v. Membuat refleksi secara kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan


kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan.

vi. Memperkukuhkan dan meningkatkan kreativiti murid.

5.0 : MAKLUMAT AKTIVITI

Berikut merupakan maklumat untuk Aktiviti Membuat Tanglung.

i. Tarikh : 21 SEPTEMBER 2018

ii. Tempat : KELAS TAHUN 3 HINGGA KELAS TAHUN 6

iii. Masa : 0930 – 1000 ( 1 Jam 30 MINIT )

6.0 : PESERTA AKTIVITI

Peserta Aktviti Membuat Tanglung adalah murid tahun 3 hingga tahun 6.

7.0 : ANGGARAN PEBELANJAAN

BIL. PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM ) CATATAN

1. TANGLUNG 1 SET 250


99 orang
JUMLAH BESAR RM 250

3
8.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar
dan berkesan. Kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi daripada
semua pihak yang terlibat adalah amat diharapkan semoga aktiviti ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna. Justeru, hasil daripada program ini diharapkan
dapat melahirkan murid yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari semua
sudut fizikal, emosi, rohani dan intelek. Seterusnya mampu mendidik anak
bangsa dalam mengharungi cabaran era globalisasi masa kini dengan kekuatan
iman yang teguh.

Disediakan oleh,

(CHEW SOON CHOY)


Ketua Panitia ,
Pendidikan Moral 2018

BAHAGIAN: GURU BESAR / MENTOR

Data dan maklumat yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti

Disokong / Tidak Disokong

4
........................................... .............................................................
(Tarikh) (Tandatangan & Cop)

Anda mungkin juga menyukai