Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS ORIENTASI TAHUN 1 2019

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera. Ucapan Aluan

Yang Berusaha En Kamarul Ariffin b Ishak, Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Jalan Pasar 1

Yang Dihormati En.Syukli Noor Azmin bin Mior Yahya, Guru Penolong
Kanan Tadbir dan Kurikulum,

Pn. Rozaini bt Yaakob, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn Erny Kamaleah bt Hj Mohamed Esa, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

barisan guru, ibu bapa seterusnya murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah izin dan kurnianya, kita dapat berkumpul pada pagi ini bagi
menjayakan Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah, Sekolah Kebangsaan
Jalan Pasar 1.

Hadirin yang dihormati, Seluruh warga kerja sekolah ini ingin mengucapkan
setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas kepada murid-murid baru tahun 1
seramai ____ orang, dan ______ orang murid prasekolah yang telah
diterima masuk ke sekolah ini.

Selamat datang ke SK Jalan Pasar 1 dan sekali gus menjadi warga sekolah
ini. Diharapkan murid-murid yang diterima dapat belajar membina
kecemerlangan mereka di peringkat rendah.

Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat
hadir pada hari orientasi anak tuan/puan pada hari ini. Untuk makluman
hadirin, objektif hari orientasi ini diadakan adalah untuk mendedahkan
murid-murid kepada suasana persekolahan sebenar serta memberikan
penerangan kepada ibu bapa mengenai hal ehwal sekolah yang perlu
mereka ketahui.
Hadirin yang dimuliakan, Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari Bacaan doa
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh En Muhammad Faruqhi b Azmi. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada En Muhammad Faruqhi b Azmi atas
bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian, Sesi perkenal


guru.
Majlis diteruskan lagi dengan sesi memperkenalkan para guru yang akan
mendidik anak-anak tahun 1 bagi tahun 2019.

Oleh itu, dipersilakan semua guru tahun 1 untuk naik ke pentas.

Bahasa Malaysia / Pend Jasmani – En Muhammad Aiman b Zulkifli


Bahasa Inggeris – Pn Nur Adibah bt Roslin
Matematik – En Ahmad Amin b Soip
Sains – Pn Norhana bt Baharin
Pend Kesenian – Pn Sharifah Salfinaz bt Syed Hood Barakbah
Bahasa Arab – Pn Norazlina bt Mohd Noor
Pend Islam – Pn Maheran bt Mat Hussain
Pend Kesihatan –
Pend Moral –

Terima kasih diucapkan kepada guru-guru tahun 1 sekalian.

Untuk makluman ibu bapa, sebantar lagi semua murid tahun 1 akan dibawa Pengumuman
melawat ke sekitar sekolah dan seterusnya akan menduduki ujian
Diagnostik manakala murid prasekolah pula akan dibawa ke kelas mereka.
Ibu bapa diminta kekal di dewan bagi meneruskan sesi taklimat.

Sesi lawatan ini akan dikendalikan oleh En Ahmad Amin b Soip serta
dibantu oleh Pn Sharifah Salfinaz bt Syed Hood Barakbah selaku guru kelas
tahun 1.
Bagi murid prasekolah pula akan dikendalikan oleh Pn Roszi Haili bt Mohd
Kamil, Guru Prasekolah dan dibantu oleh Pn Haliza bt Abdul Rahman,
Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah.

Semua murid diminta berdiri.


**********(murid bergerak)

Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan Guru Besar Sekolah Ucapan GB
Kebangsaan Jalan Pasar 1. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha En Kamarul Ariffin bin Ishak untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

************(Ucapan GB.)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha En Kamarul


Ariffin bin Ishak atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, Taklimat GPK


T&K
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat kurikulum yang akan
disampaikan oleh En Syukli Noor Azmin b Mior Yahya, GPK Tadbir dan
Kurikulum SK Jalan Pasar 1. Dipersilakan..

************(Taklimat GPK T&K)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En Syukli Noor Azmin b Mior


Yahya atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput Pn Rozaini bt Yaakob, GPK Hal Ehwal Murid Taklimat GPK
untuk menyampaikan taklimat beliau. Dipersilakan.. HEM

************(Taklimat GPK HEM)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Rozaini bt Yaakob atas


taklimat yang disampaikan sebentar tadi.
Hadirin sekalian, Taklimat GPK
Koku
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian taklimat Kokurikulum yang akan
disampaikan oleh Pn Erny Kamaleah bt Hj Mohamed Esa, GPK Kokurikulum.
Dipersilakan..

************(Taklimat GPK Koku)

Terima kasih diucapkan kepada Pn Erny Kamaleah bt Hj Mohamed Esa atas


taklimat yang disampaikan sebentar tadi.

Dengan berakhirnya sesi taklimat itu tadi, maka tibalah masanya kami Penutup
selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri. Pihak majlis menyusun
sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata,
terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu
dari kami sendiri.

Sekian,wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum wbt...

Anda mungkin juga menyukai