Pada 12 Rabiul awal tahun 1221H, Tun Muhamad @ Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka raja
telah diperintahkan oleh Sultan Abdullah Ma’ayah Syah, Yang Dipertuan Di Hilir supaya
mengarang sebuah buku mengenai kisah raja-raja Melayu dan istiadatnya supaya dapat diingat dan
diambil faedah daripadanya. Kitab ini dinamai Sulalatus salatin yang bermaksud “Pertuturan
segala raja-raja”. Namun ia lebih dikenali sebagai Sejarah Melayu.
Gelaran :
Sang Setia : bakal menjadi Seri Bija Diraja.
Sang Guna : bakal menjadi Laksamana.
Tun Pikrama : bakal menjadi Bendahara.
Acara Menjunjung Duli :
· Yang pertama kepala bentara yang empat lima orang. Diikuti oleh sida-sida yang duduk di
seri balai.
· Nakhoda Cempa pilihan duduk di seri balai.
· Anak tuan-tuan duduk di selasar balai.
· Perkakas raja seperti ketur, kendi, kipas di selang-selang duduk raja.
· Puan dan pedang dikelek-kelekan kanan dan kiri.
· Pedang dipikul oleh laksamana atau Seri Bija Diraja.
Protokol Menyambut Utusan Dari Pasai Dan Haru. Bagi Utusan-Utusan Dari Negeri Lain, Adat
Sambutan Akan Dikurangkan.
-Ceper dan kerikal dibawa hamba raja dari dalam. Disambut oleh kepala bentara di kanan.
Diletakkan had bendahara.
· - Ceper dan tetampan diberikan pada orang yang membawa surat.
· -Surat dijemput dengan selengkap alat kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, negara, payung
putih dua berapit melainkan mendeli.
· -Menteri mengepalakan gajah, bentara di buntut gajah, sida-sida membawa surat dengan
penghulu biduanda kecil.
· - Gajah dikepilkan di hujung balai.
· -Surat disambut oleh hulubalang asal (kepala bentara yang di kiri).
· - Kepala bentara yang di kanan menyampaikan titah raja kepada utusan.
Adat Menjemput Tamu :
· Jika Perserian dijemput oleh Orang besar-besar.
· Jika Persangan dijemput oleh orang kecil.
· Jika Pertuanan dijemput oleh orang sedang.
Penggunaan Payung ;
· Payung kuning untuk anak-anak raja dan orang besar-besar
· Payung ungu, merah, hijau untuk sida dan bentara hulubalang.
· Payung biru dan hitam untuk orang bergelar.
Adat Persalinan.
· Bakal bendahara 5 ceper : baju, kain, destar, sebai dan ikat pinggang.
· Anak raja dan para menteri 4 ceper : tiada ikat pinggang.
· Bentara sida-sida hulubalang 3 ceper: kain, baju dan destar.
· Ada juga yang tiada berceper.
Istiadat / Peraturan Apabila Raja Berangkat Di Hari Raya.
· Penghulu Bendahari di kepala usungan kanan.
· Laksamana di sebelah kiri.
· Di belakang menteri keduanya.
· Rantai dekat kaki raja dipegang oleh Seri Bija Diraja.
· Bentara dan hulubalang berjalan di hadapan raja.
· Alat kerajaan dibawa di hadapan raja. Tombak kerajaan di kanan dan kiri. Bentara memegang
pedang. Dihadapan sekali pembawa lembing.
· Dibawa juga alatan bunyi-bunyian seperti gong, gendang dan nafiri.
· Bendahara, kadi, pakeh, orang besar-besar dan menteri yang tua-tua berjalan di belakang
raja.
Peraturan Ketika Raja Bergajah.
· Temenggung di kepala gajah.
· Laksamana atau Seri Bija Diraja di buntut.
· Bentara memikul pedang kerajaan.
Acara Bernobat.
· Orang besar-besar dari kanan gendang.
· Orang kecil-kecil dari kiri gendang.
· Orang yang kena sirih nobat: Bendahara, anak raja-raja, Penghulu Bendahari, Temenggung,
Menteri keempat, kadi dan pakeh, Laksamana, Seri Bija Diraja, Sida yang tua-tua dan sesiapa yang
dikehendaki oleh raja.
Peraturan Apabila Bekerja / Pekerjaan Raja.
· Penghulu bendahari menguruskan segalanya sambil dibantu oleh syahbandar.
· Temenggung mengatur orang di balai.
· Orang biasa makan empat orang sehidangan.
· Bendahara makan sehidangan dengan anak raja.
Peraturan Berkunjung Ke Masjid Di Malam 27 Ramadhan.
· Temenggung mengepalakan gajah.Alat kebesaran kerajaan di bawah ke masjid pada waktu
siang.
· Raja berangkat pada waktu malam untuk sembahyang terawih
· Pakaian raja ke masjid bertelengkolong berbaju sarung.
Protokol Sambutan Hari Raya.
· Semua pembesar masuk berkumpul di istana.
· Penghulu Bendahari membawa masuk usungan raja.
· Gendang dipalu dan nafiri dimainkan.
· Raja berangkat ke masjid naik usungan.
Peraturan dan protokol sangat penting dalam kehidupan di istana terutama dalam majlis
penghadapan di Balairung Seri. Dalam acara nobat dan menjunjung duli. Semasa menyambut
kedatangan utusan dari negara luar dan semasa raja mahu berangkat kemana-mana. Sama ada
ketika raja mahu ke masjid di hari Jumaat, di malam bulan Ramadhan untuk berterawih di masjid
dan juga di hari raya. Semua peraturan ini adalah untuk menjaga keselamatan raja dan
mengagungkan raja berkenaan.
Di zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah itu, Melaka telah berkembang dengan luasnya.
Wilayah di sebelah timur hingga ke Terengganu dan di sebelah barat hingga ke Beruas Ujung
Karang. Raja terkenal sebagai keturunan Iskandar Zulkarnain, Raja Nusyirwan Adil dan Nabi
Sulaiman a.s.. Pedagang Arab menggelarkan Melaka sebagai Malakat yang beerti tempat
perhimpunan segala dagang.
Membuang Diri Kerana Berkecil Hati.
Mani Purindam adalah anak seorang raja di negeri Pahili di Benua Keling. Dia telah berhijrah ke
Melaka kerana berkecil atas sikap adiknya yang tidak mahu mendengar pandangannya dalam
membahagikan harta pusaka bapa mereka. Di Melaka, Mani Purindam dilantik menjadi menteri.
Dia berkahwin dengan Ratna Sandari. Hasilnya lahirlah Tun Ali dan Tun Ratna Wati. Tun Ratna
Wati ini dikahwini oleh Sultan dan lahirlah Raja Kassim.
Sultan Muhammad juga mengahwini anak raja Rekan dan mendapat seorang anak lelaki bernama
Raja Ibrahim. Sultan Muhammad lebih mengasihi Raja Ibrahim disebabkan sikap isterinya itu dan
dia bercadang untuk merajakan Raja Ibrahim. Sebaliknya rakyat lebih mengasihi Raja Kassim.
Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal dunia, dia digantikan oleh Seri Amar Diraja. Seri Amar
Diraja telah menjadikan Tun Ali sebagai menantunya. Tun Ali juga dilantik menjadi Seri Nara
Diraja. Sultan Muhamad Syah juga telah meninggal dunia selepas 67 tahun memerintah kerajaan
Melaka.
Istana Di Bawah Pengaruh Raja Rekan.
Raja Ibrahim ditabalkan sebagai Raja Melaka bergelar Sultan Abu Syahid. Pada ketika itu dia
masih kanak-kanak. Jadi Raja Rekanlah menjadi orang yang berkuasa di istana Melaka. Raja
Kassim dihalau dari istana dan menjadi seorang pengail. Satu ketika seorang maulana bernama
Maulana Jalaluddin datang ke Melaka.
Peristiwa Rampas Kuasa.
Dia telah membantu Raja Kassim dan Seri Nara Diraja merampas kuasa dari Sultan Abu
Syahid. Mereka juga dibantu oleh Bendahara. Dalam rampasan kuasa itu Raja Rekan telah
membunuh Sultan Abu Syahid supaya mati bersama-samanya.
Raja Kassim telah ditabalkan menjadi sultan bergelar Sultan Muzaffar Syah. Maulana Jalaluddin
yang mahu mengahwini Puteri Rekan ditipu dengan seorang dayang istana. Dayang itu disangka
Puteri Rekan dan di bawa ke atas angin.
Semasa menjadi raja, Sultan Muzaffar Syah sangat memuliakan pula Seri Nara Diraja. Ini kerana
SND itu adalah bapa saudaranya yang telah menolongnya merampas kuasa. Bendahara Seri Wak
Raja tidak begitu diendahkannya. Satu hari Bendahara datang ke istana berkebetulan Raja sudah
hendak masuk kerana dia sudah lama di balai penghadapan. Pintu pula tertutup oleh tiupan angin.
Bendahara menyangka Sultan tidak berkenan lagi padanya dan diapun membunuh diri. Peristiwa
ini sangat dikesali oleh sultan.
Bila Bendahara Seri Wak Raja meninggal, Seri Nara Diraja pun dilantik menjadi bendahara. Anak
bendahara Seri Wak Raja ada tiga orang iaitu Tun Kudu, Tun Perak dan Tun Perpatih Putih. Tun
Kudu diperisterikan oleh Sultan Muzaffar Syah. Tun Perak diangkat oleh orang Kelang sebagai
penghulu.