Anda di halaman 1dari 2

1.

0 Kepentingan

Kebanyakan guru prasekolah lebih memilih dan menggunakan kedah PdP secara tradisional
di dalam kelas walaupun sedia maklum akan kepentingan strategi PdP belajar melalui bermain.
Hal ini disokong oleh hasil dapatan kajian lepas yang menunjukkan terdapat kekangan lain yang
menyebabkan kurangnya pengaplikasian kaedah bermain dalam PdP prasekolah. Antaranya
kekangan masa, pengurusan bahan, kawalan murid, ruang yang tidak sesuai, dan tiadanya
sokongan dari pihak pentadbir dan ibu bapa prasekolah. (Zakiah Mohamad Ashari, 2013).

Penggunaan kaedah Montessori ini mampu membantu guru mencapai sasaran dalam
penguasaan murid kerana guru memainkan peranan menyediakan bahan yang sesuai bagi
kebebasan murid untuk membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan pengalaman secara
langsung dan semula jadi perkara yang digemari (M. Elkin, at. al, 2014). Kaedah Montessori
menggunakan bahan-bahan yang sebenar antaranya gelas, pisau. penyapu, penyodok, alat–alat
pertukangan, dan stetoskop. Sehubungan itu, guru perlu mengajar cara yang betul untuk
menggunakan bahan yang di pilih dalam aktiviti pembelajaran secara bebas dan sukarela.

Mengikut Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri
kanak-kanak daripada segi, penumpuan perhatian, kemahiran memerhati, meneliti, kesedaran
berkenaan susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan, kesedaran persepsi, kemahiran
praktikal, konsep Matematik, kemahiran bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan
dengan seni kreatif, pemahaman berkenaan alam semula jadi, pengalaman, pemahaman
berkenaan sains sosial, kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman menyelesaikan
sesuatu masalah.

Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menggariskan satu panduan bagi menggalakkan
penerapan kaedah belajar melalui bermain dalam kelas prasekolah. Garis panduan ini penting
agar setiap PdP yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar sesuai dengan falsafah
Montessori yang berlandaskan logik, teratur, sistematik dan indah (Burhan Nudin, 2016).
Pendekatan yang terancang dan berstruktur memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam
suasana yang bebas, selamat, mengembirakan dan bermakna. Melalui pendekatan ini, aspek
perkembangan fizikal, sosial emosi, kognitif dan bahasa serta potensi kanak-kanak dapat
ditingkatkan ke tahap yang maksimum.