Anda di halaman 1dari 1

PUSAT INTERNET TAMAN KELEMAK JAYA

JALAN KELEMAK JAYA 8,


TAMAN KELEMAK JAYA,
78000 ALOR GAJAH,
MELAKA 0186694322

PERTUBUHAN SKUAD MENCARI & MENYELAMAT MALAYSIA


EN.MUHAMMAD SHAFIK 7 NOVEMBER 2018

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN DAN DEMOSTRASI CPR SEMPENA PROGRAM JOM


SIHAT BERSAMA PUSAT INTERNET TAMAN KELEMAK JAYA.

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk,

2. Sukacita dimaklumkan pihak Pusat Internet Taman Kelemak Jaya akan mengadakan
Program Jom Sihat pada ketetapan berikut :-

Tarikh : 17 November 2018 (Sabtu)


Masa : 9.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Pusat Internet Taman Kelemak Jaya

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput pihak tuan untuk mengadakan pameran
serta demostrasi CPR pada program tersebut. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila
hubungi Cik Noradirlah Hasim (018-6694322)

4. Kerjasama dan sokongan dari pihak tuan amatlah diharapkan bagi menjayakan program
tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

dirla
………………………………….
NORADIRLAH HASIM
PENGURUS PUSAT INTERNET
TAMAN KELEMAK JAYA.