Anda di halaman 1dari 13

BIRO USRAH

PGPI TEKS USRAH FASA 2

TAJUK 1: JAHILIYYAH DAN IDEOLOGI

Objektif tajuk ini :


1. Memahami tentang Jahiliyyah dan ideologi .
2. Memberi kefahaman tentang kesan sekularisme.
3. Memberi kefahaman kenapa Islam menolak sekularisme.

JAHILIYYAH

Setengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada zaman sebelum
datangnya Islam di tanah suci Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu yang mungkin mengambil gambaran
yang berbagai-bagai mengikut bi’ah, situasi, masa dan tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa
Jahiliyah meskipun berbagai-bagai bentuk rupa. Jahiliyyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan ilmu,
makrifat, ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai pemikiran, sosial, politik dan
kemanusiaan secara mutlaknya.

Walaupun ianya telah lama terkubur selepas kedatangan Islam, namun sisa-sisa atau saki baki yang
tertinggal ini telah menyerap masuk kedalam jiwa kebanyakkan manusia tanpa disedari oleh mereka sendiri
sekaligus terbentuknya manusia yang terpesong dari petunjuk yang haq kerana terlalu mengikut nafsu demi
kepentingan diri.

Sesungguhnya Jahiliyyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh Al-Quran ialah keadaan
nafsiyyah (diri) yang menolak untuk berpandukan dengan petunjuk Allah serta sistem tanzimi yang menolak
dengan pemerintah dengan apa yang diturunkan oleh Allah:

َ ‫َّللا ُح ْك ًما ِلقَ ْو ٍم يُوقِنُون‬ َ ‫أَفَ ُح ْك َم ْال َجا ِه ِليَّ ِة يَ ْبغُونَ َو َم ْن أ َ ْح‬
ِ َّ َ‫سنُ مِن‬

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah
bagi orang-orang yang yakin”
(Al-Maidah : 50)

Ibn Qayyim berkata :


“ Panggilan dengan panggilan (slogan) Jahiliyyah seperti panggilan kepada qabilah-qabilah dari puak bagi
seseorang dan seumpamanya taasub dengan mazhab-mazhab, golongan-golongan, tuan-tuan guru, melebihi
setengahnya ke atas setengah yang pada sudut hawa nafsu dan asobiyah…….”.

Semenjak perkembangan kehidupan dan kelahiran aqidah yang thabitah dengan perubahan syariah
berdasarkan kesesuaian manusia sehinggalah kesempurnaan Islam pada sudut aqidah dan syariah sebagai
satu agama yang datang dari sisi Allah. Maka berterusanlah manusia terbahagi kepada dua golongan, tiada
yang ketiga, Muslimin atau Jahiliyyin.

1
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

SEKULARISME.

Perkataan sekularisme berasal dari perkataan latin iaitu “Saeculum”. Saeculum bermaksud masa dan tempat.
Dengan kata lain, “masa dan tempat” ini bermaksud Masa Kini Bertempat di Dunia.

Dari Kamus Dewan : “Fahaman (doktrin) yang menolak atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan di
dalam urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan agama.

Dari buku Daa`ratul Maa`rif al Brithoniah “Sekularisme ialah suatu gerakan sosial yg bertujuan
memalingkan manusia daripada mementingkan kehidupan duniawi semata-mata. Kecenderungan tersebut
telah berkembang sepanjang sejarah moden kepada sebuah fahaman sekularisme sebagai gerakan yg
menolak agama dan ajaran kristian”.Kalimat sekularisme berasal dari kalimat Latin saeculum dan kalimat
Inggeris secularism.

ASAL-USUL SEKULARISME

Dimana dan bila bermulanya gerakan sekularisme?

Sekularisme adalah satu ideology (fahaman) ciptaan manusia yang sangat merbahaya dan harus
diperangi habis-habisan. Asalnya, fahaman sekularisme merupakan cetusan pemikiran golongan pekerja di
Eropah yang tidak puas hati dengan pemerintahan pihak gereja, lalu mereka memisahkan bidang kuasa gereja
dan pemerintahan untuk mencapai matlamat mereka. Sesungguhnya tidak ada dari yang lain matlamat
mereka melainkan untuk memuaskan hawa nafsu mereka dan memperolehi apa jua yang mereka ingin tanpa
menghiraukan perkara-perkara lain. Sebab itu, kita sebagai umat Islam mesti menolak sekularisme kerana
penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.

● Ekonomi
KESAN SEKULAR ● Politik
● Pendidikan

Apakah kesan sekular pada ekonomi ?

Sekularisme bukan sekadar menghalalkan perkara yang diharamkan, tetapi menyediakan berbagai
peluang supaya kemungkaran dan maksiat terus berkembang dan berleluasa. Mereka menyediakan tempat-
tempat khas untuk zina dan mengadakan pesta-pesta dan konsert-konsert yang membawa ke arah maksiat.
Alasan mereka mudah. Mereka menyatakan ini adalah salah satu cabang sumber kepesatan ekonomi Negara.
Ternyata, fahaman ini, mengaburi mata umat islam dengan kehebatan nikmat di dunia. Sebab itu zina, arak,
riba, liwat dan sebagainya daripada berbagai bentuk kemungkaran tidak dikirakan suatu kemungkaran pada
pandangan sekularisme.

2
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Riba merupakan tunggak dan asas kekuatan ekonomi sistem sekular. Mereka meletakkan riba dalam
bank-bank yang beroperasi serta memaksa manusia menerima sistem riba yang dijalankan Riba merupakan
suatu yang diharamkan oleh Allah swt. Ingatilah larangan Allah swt :

“Wahai orang–orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan apa yang tinggal daripada
riba jika kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya”

Maka tatkala menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan
oleh Allah merupakan suatu kekufuran maka jelas sekularisme bertentangan dengan ta’alim dan ajaran Islam,
dasar dan perlaksanaan. Orang yang melakukan seperti itu bukanlah termasuk dalam kelompok muslimin dan
secara dharurinya menjadi kemestiaan bagi orang Islam untuk menolak sekularisme dan pemerintahannya.

Apakah kesan sekularisme pada politik?

Dari sudut politik pula, kesan sekularisme begitu ketara. Kuasa yang diamanahkan dari Allah kepada
pihak tertentu untuk mendaulahkan Islam disalahgunakan malah dipesongkan mengikut acuan sendiri demi
kepentingan diri dan kaum kerabat masing-masing. Mereka menggunakan acuan penjajah yang diwasiatkan
kepada mereka untuk mereka gunakan dalam aspek perundangan, urusan jual beli dan aspek-aspek yang
lain.

Mereka bukan sahaja tidak melaksana perintah yang telah ditetapkan olehNya, malah ada juga segelintir
dari mereka menghina, mengutuk, memfitnah majhaj yang mulia ini. Mereka merasakan method islam ini tidak
lagi selari dengan peredaran zaman yang canggih dan lagi maju.

Sekularisme menyerang umat Islam dan menghapuskan syariat Islam dari pemerintahan dan
menjadikan undang-undang yang memerintah dan kekuasaan yang mengawal manusia ialah kekuasaan yang
lain dari Allah swt,yang lain dari syariat Islam yang diturunkan oleh Allah swt.Kerana itulah menjadi kewajipan
kepada kita untuk mengkufuri sekularisme dan menolak sistem yang berdiri di atas dasar sekularisma dan
sama sekali kita tidak rela dan redha dengan sistem tersebut sehingga tertegak kekuasaan Allah dan tinggi
kemuliaan Islam dan Islam adalah syarat yang memerintah manusia.

Apa kesan sekular pada pendidikan?

Apabila kita mendalami mengenai method pendidikan yang disyorkan oleh syara’ yakni method yang
dikehendaki oleh Islam,sistem ini mampu membawa penganut-penganut islam ini membersihkan jiwa manusia
dan menanamkan rasa taqwa kepada Allah. Apa yang terjadi pada dunia sekarang ini, sistem pendidikan
negara kini telah diracuni dengan racun yang mampu melupakan manusia kepada Khaliqnya.

Berbagai-bagai kepalsuan seperti penyelewengan fakta-fakta sejarah islam, mengagungkan-agungkan


sainstis barat, menabur para pelajar dengan cerita-cerita berkenaan dengan kehebatan yang dimiliki oleh
musuh-musuh islam dari segi teknologi, persenjataan dan sebagainya ternyata berjaya mempengaruhi
pemikiran manusia khususnya masyarakat islam sekaligus tertanam dalam jiwa mereka dengan kehebatan
material yang sememangnya palsu dari penyerahan secara total kepada Allah.

3
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Sekular sebahagian daripada fahaman materialisme kerana


● Ia membataskan metodologi ilmu kepada pancaindera manusia yg lima sahaja.
● Membataskan alam wujud hanya kepada yg dapat dikesan oleh pancaindera.
● Menyandarkan bukti materialistik dalam penemuan ujikaji sains.
● Memandang hukum alam adalah dikawal oleh hukum tetap (seperti teori Isaac Newton) yang mengatakan
bumi beredar disebabkan adanya magnet dan beliau menafikan adanya kuasa tuhan.

PECAHAN SEKULARISME

Sekularisme bertindak sebagai pemangkin kepada kelahiran isme baru buatan manusia yang jelas tidak
memberikan kesan yang efektif dalam kehidupan manusia. Isme buatan manusia yang berkait rapat dengan
sekular ialah :

Nasionalisme Komunisme

SEKULARISME

Kapitalisme Sosialisme

Asas pengeluaran isme yang bertentangan dengan Islam adalah disebabkan :

‫ارى َحتَّى تَتَّبِ َع مِ لَّت َ ُه ْم‬


َ ‫ص‬َ َّ‫ع ْنكَ ْاليَ ُهو ُد َوال الن‬ َ ‫َولَ ْن ت َْر‬
َ ‫ضى‬

“Tidak akan redha selamanya Yahudi dan Nasrani kepada kamu sehingga kamu mengikut ajaran (agama)
mereka.”
( Al-Baqarah 120)

Apa itu Nasionalisme .

Fahaman ini datang dengan meniupkan semangat kebangsaan dan Islam tidak menjadi asas kepada
kesetiaan, ketaatan, dan kasih sayang tetapi bangsa dan negara menjadi asas dan kecintaan serta
permusuhan, umat Islam berpecah belah dan Islam tidak menjadi penjaga dan mengawal pergerakkan mereka
dan kerana itu umat dikosongkan dari cita-cita dan keinginan Islam dan ditiupkan kepada mereka cintakan
negara sebagai gantinya.

Semangat kebangsaan yang dikemukan oleh fahaman ini telah menimbulkan berbagai masalah yang
sehingga susah untuk diperbetulkan, negara ketiadaan rakyat dan rakyat kehilangan negara walaupun
zahirnya mereka memiliki negara. Manusia hidup mementingkan diri sendiri sehingga cerdik pandai dan
intelektual tidak mampu untuk membuat sesuatu kerana mereka kehilangan sandaran masyarakat kepada
mereka. Kata-kata orang jahil dan bodoh menjadi pegangan dan pemerintah jatuh ketangan orang-orang yang

4
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

bodoh. Apabila orang-orang bodoh memerintah maka berlakulah kerosakkan yang berleluasa, usaha yang sia-
sia, pemerasan tenaga dan belenggu pemikiran.

Takrif ini menjelaskan bahawa nasionalisme adalah fenomena yang meletakkan kesetiaan dan ketaatan
manusia kepada negara, sekira-kira meletakkan kepentingan negaranya di atas segala kepentingan yang lain
samada ianya merupakan kepentingan peribadi ataupun kepentingan negara-negara lain. Fahaman ini adalah
bertolak daripada andaian bahawa tumpuan utama bagi ikatan politik adalah terletak kepada bangsa.
Fahaman ini adalah diasaskan oleh pemikir-pemikir politik seumpama Machiavelli, Rousseau dan Johan
Gottfried. Ia adalah satu fahaman baru yang muncul di zaman moden akibat daripada pergolakan sejarah yang
berlaku di Eropah iaitu pergolakan yang lahir daripada perjuangan masyarakat barat untuk membebaskan
negara-negara mereka daripada tekanan pentadbiran dan kezaliman kuasa gereja.

Apa itu Kapitalisme.

Memang sudah menjadi lumrah manusia untuk mengejar kesenangan dan kemewahan hidup. Tiada
manusia yang mahukan kedaif dan kepayahan dalam hidup mereka kecuali kewarasan pemikiran mereka di
angkat oleh Allah. Islam tidak melarang umatnya untuk mengumpul harta dan menjadi kaya raya selagi
methodnya tidak melanggari batas-batas agama. Islam menetapkan kewajipan pembayaran zakat dan
saranan bersedekah untuk menolong umat islam yang memerlukan.

Ini sangat berbeza dengan fahaman kapitalisme yang asaskan oleh pemikiran yang jahil. Penciptaan
fahaman ini hanya untuk memperjuangkan hak kebebasan berekonomi tanpa batasan. Kesannya, wujudlah
golongan kaya menjadi semakin kaya dan golongan miskin terus papa kedana.Fahaman ini juga ditolak
kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan akhlak mereka runtuh, dan ia juga
punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia kerana kejahilan dan kebodohan manusia
sendiri yang tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya.

Apa pula Sosialisme.

Fahaman ini dicetuskan untuk memperjuangkan nasib dan hak kesamarataan orang bawahan dan nasib
buruh. Walaupun ini tampak baik dan adil namun ia adalah suatu yang melanggari fitrah. Ini kerana, walaupun
kerja yang dilaku oleh pekerja sangat banyak, namun nilai upah atau ganjaran yang diberikan tetap sama
dengan pekerja yang sedikit kerjanya.

Apa itu Komunisme

Komunisme adalah fahaman sosialis ala Karl Marx dari Jerman. Beliau berketurunan Yahudi dan
meluaskan skop sosialisme dengan memperjuangkan nilai kekuasaan untuk membina sistem kesamarataan.
Sistem ini menafikan hak mencari harta bagi yg mampu sebaliknya harta seseorang diagih kepada orang
ramai tanpa usaha golongan yang menerima itu.fahaman ini diteruskan oleh Lenin,kerana itu ia disebut
marxis-leninisme,

5
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Kenapa Islam Menolak Sekularisme?

Secara keseluruhnnya islam menolak ajaran sekular.Ini kerana isi kandungannya bercanggah dengan akidah
islam.Antaranya:

1.Sekularisme menghalalkan perkara yang diharamkan Allah swt.dan mengharamkan perkara yang dihalalkan
oleh Allah swt.

2.Sekularisme adalah “Kufrun bawwahun “ kerana menolak kesempurnaan Islam dan memisahkan agama dari
urusan keduniaan dan kenegaraan. Menolak syariat Islamiah dan perundangan Allah swt.

3.Sekularisme menyebabkan syariat Islamiah dan perundangan Islam lenyap dan hilang dari kebanyakan
negara-negara Islam kerana mereka tidak melaksanakan Syariat Islamiah dan perundangan Islam.

4.Sekularisme adalah jalan ke arah kemunduran ketamadunan kemanusiaan dan ortodoks.

5.Sekularisme melahirkan undang-undang hasil pemikiran orang-orang bodoh dan golongan pekerja.

6.Syariat Allah swt. Adalah tinggi dan lebih baik daripada segala bentuk perundangan atau aliran fahaman
hasil ciptaan manusia.

Kepincangan Sekularisme Yang Ditolak.

1.Ia menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah swt.


Di dalam Syariat Islam terdapat perkara-perkara yang mahkum dan sabit yang tidak boleh menerima
sebarang pindaan dan perubahan seperti hukum-hukum ibadah, hudud, hubungan jenis sesama manusia dan
lain-lain lagi.

2.Menerima sekularisme adalah kekufuran yang nyata


Sekularisme sebagaimana yang diketahui adalah kehidupan yang nyata kosong dari konsep
keagamaan atau memisahkan agama dari urusan kenegaraan.Secara jelasnya ia menuntut kepada berhukum
dengan selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah swt. Menjalankan perundangan atau menerima
perundangan yang lain dari perundangan Allah merupakan satu kekufuran yang nyata ( kufrun bawwahun).

     


     

“sesudah itu, Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-
orang Yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa Yang boleh membuat hukum Yang lebih pada daripada
Allah.”

3.Sekularisme melahirkan undang-undang dan peraturan orang-orang jahil


6
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Apa yang dilakukan oleh sekularisma terhadap keinginan dan cita-cita bangsa kita, umat Islam?
Sesungguhnya kedatangan sekularisme telah melenyapkan syariat dan perundangan Allah swt. Daripada
kehidupan Umat Islam dilemparkan di belakang dinding sejak beberapa kurun yang lalu, menjadikan
sekularisme tempat sandaran dan rujukan.Hal ini menyebabkan undang-undang berasaskan kehendak
manusia di gubal dan di laksanakan.

4.Kerana syariat Islam adalah syariat yang tinggi


Kita menolak sekularisme kerana agama Islam yang kita anuti adalah satu agama yang tinggi dan tidak
ada yang lebih tinggi daripadanya. Ini kerana fahaman-fahaman yang lain merupakan cetusan pemikiran
manusia yang dangkal manakala Islam merupakan satu manhaj kehidupan yang diciptakan oleh Allah yang
menciptakan manusia

Sabda Nabi SAW

‫اإلسالم يعلو وال يعلى عليه‬

“Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripada Islam”

5.Sistem sekular dibina di atas dasar pemisahan agama dan negara


Sekularisma ditolak kerana sistem sekular yang dibina di atas dasar pemisahan agama dan negara dan
berhukum dengan kehendak rakyat sebagai ganti Al-Quran dan As-Sunnah telah melenyapkan dan
menghapuskan negara Islam dan syariatnya

6. Menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak


Sekularisma juga ditolak kerana ia menyebabkan peradaban kemanusiaan menjadi rosak, moral dan
akhlak mereka runtuh, dan ia juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia kerana
kejahilan dan kebodohan pemimpin-pemimpin sekular yang tidak tahu hakikat kehidupan yang sebenarnya

KESIMPULAN

َ ُ‫ص ْبغَةً َونَحْ نُ لَه‬


َ‫عا ِبدُون‬ َ ْ‫َّللاِ َو َم ْن أَح‬
َّ َ‫س ُن مِ ن‬
ِ ِ‫َّللا‬ َّ َ‫ص ْبغَة‬
ِ

“itulah corak (celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik pencoraknya (celupannya) daripada Allah s.w.t.”
( Al-Baqarah : 138)

Memperjuangkan ideologi selain Islam adalah membatalkan syahadah.Ini kerana isme-isme


pembawakan manusia menumpukan kepada materialistik dan kita seharusnya membanyakkan bacaan walau
dalam bahan apa sekalipun untuk membersihkan fikiran kita daripada kekotoran barat yang berusaha
merungkai tali Islam dari leher kita. Kata-kata Saidina Umar “Sesungguhnya Islam akan terungkai satu persatu
dari orang Islam apabila dia tidak mengetahui akan hakikat jahiliah”

NOTA TAMBAHAN

7
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

IDEOLOGI MODEN

NASIONALISME – Adalah fahaman yang membezakan antara agama dan pentadbiran (siasah). Ia
merupakan kepala dan pembuka kepada isme-isme yang lain. Kewujudannya adalah permulaan kepada
jatuhnya kegemiiangan Islam di atas muka bumi.

Dalam pengertian lain, nasionalisme ialah perasaan untuk memelihara atau memperluas kebangsaan rakyat
atau identiti kebangsaan. Apabila usaha-usaha itu tidak dapat dilaksanakan, maka dirasakan sebagai satu
kekurangan. Maksudnya, nasionalisme rnerupakan satu ideologi yang mendominasi satu kumpulan manusia
untuk menaikkan taraf kebudayaan mereka sendiri.

Dalam bahasa Arab ia disebut Qoumiyyah atau Asabiah. Ia bermaksud mengajak seseorang supaya
menyokong kumpulan atau bangsanya supaya bersatu antara satu sama lain untuk melawan sesiapa sahaja
yang menentang mereka, tidak kira samada mereka menzalim atau dizalimi. Mereka sangat fanatik terhadap
kumpulan mereka, lebih-lebih lagi jika mereka ada bersama.

Perlu diberikan perhatian, Assabiah pada sesetengah perkara adalah dibenarkan manakala pada
sesetengahnya yang lain adalah dilarang.

Ciri-Ciri Nasionalisme
Keturunan dan daerah yang sama
Contohnya orang Melayu yang memperjuangkan kebangsaan Melayu umpamanya mereka adalah berasal
daripada satu rumpun bangsa Melayu yang mendiami Tanah Melayu, bukan bangsa lain. Begitulah
seterusnya.

Bahasa yang sama (satu bahasa)


Umpamanya pejuang-pejuang kebangsaan Arab, mereka mempunyai satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Arab.
Golongan yang membela kebangsaan Melayu mereka mengguna satu bahasa iaitu Bahasa Melayu.

Bumi dan tanah air adalah satu


Misalnya mereka yang memperjuangkan kebangsaan Melayu mereka mestilah mendiami bumi Melayu (Tanah
Melayu atau Malaysia)

Mempunyai kepentingan bersama


Pejuang-pejuang kebangsaan mengatakan sesuatu kebangsaan itu mestilah mempunyai kepentingan
bersama yang diperjuangkan. Contohnya, masing-masing berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan
negaranya atau membangun dan memajukan negaranya.

Pencanggahan Nasionalisme Dan Islam


Ia adalah satu ideologi yang diambil dari luar ajaran Islam yang tiada hubungkait dengan aqidah dan ajaran
Islam. Islam tidak membenarkan umatnya mengambil aqidah / ideologi selain daripada Islam dan mengambil
manhaj hidupnya selain daripada Islam. Ini kerana perbuatan sedemikian boleh menyeleweng daripada aqidah
Islam yang sebenar. Lainlah jika sesuatu yang diambil dari luar yang tidak bercanggah dengan ajarannya.
Selepas itu diturunkan ayat yang berbunyi:
8
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

‫أولم يكفهم أنا أنزلنا عليك الكتب يتلى عليهم‬


‫إن في ذلك لرحمة وذكرى لقوم يؤمنون‬

Maksudnya: “Dan apakah tidak cukup bagi mereka bahawasanya Kami telah menurunkan kepadamu Al-
Kitab (Al-Quran) sedang dia dibacakan kepada mereka ? Sesungguhnya didalam Al-Quran itu terdapat rahmat
yang besar dan pengajaran bagi orang yang beriman”
(Al-Ankabut 29:51)

Semangat kebangsaan adalah ‘asabiyah dan ajanan jahiiyah


Islam menganggap segala dakwah yang mengajak kepada ikatan berasaskan bangsa dan keturunan atau
suatu keluarga dan suatu perkara yang sempit tidak kepada ajaran Islam yang syumul adalah dianggap
sebagai dakwah jahiliyah dan dakwah qaumiyyah yang dimarahi oleh Allah. Sebagaimana yang dijelaskan di
dalam firman-Nya:

‫قل إن كان ءاباؤكم وأبناؤكم وإحونكم وأزوجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجرة تحشون كسادها ومساكن ترصونها أحب إليكم من هللا ورسوله وجهاد في‬
‫سبيله فتربصوا حتى يأتى هللا بأمره‬

Maksudnya:“Katakanlah wahai Muhammad: “Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara
kamu dan isteri-isteri (suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan
dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika
semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan daripada
berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya)...”
(At-Taubah 9:24)

Ayat diatas menjelaskanjika sekiranya seorang Islam mengutamakan keturunan, bangsa, keluarga, harta
kekayaan dan seumpamanya mengatasi kepentingan Allah dan Rasul juga mengatasi jihad pada jalan Allah,
maka mereka dikira bersalah dan akan disiksa oleh Allah nanti.

Nasionalisme menentang persaudaraan Islam


Islam menganggap ikatan ukhuwwah Islam yang berasaskan kepada aqidah Islam adalah mengatasi
sebarang ikatan keturunan dan darah. Firman Allah s.w.t.:

‫إنما المؤمنون إحوة فأصلحوا بين أحويكم واتقوهللا لعلكم ترحمون‬

Maksudnya:“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara
kedua saudara kamu (yang bertelingkah itu), dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujurat 49:10)

Sabda Baginda s.a.w. dalam khutbabnya pada hari haji wida’:

Maksudnya:“Wahai manusia! Sesunggguhnya tuhan kamu satu, dan sesungguhnya bapa kamu satu. Setiap
kamu berasal dari Adam dan Adam pula berasal dari tanah. Sesungguhnya orang yang paling mulia di
kalangan kamu di sisi Allah adalah (orang) yang paling bertaqwa. Tiada kelebihan seorang yang berbangsa
Arab ke atas seseorang yang bukan Arab kecuali dengan taqwa”

9
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Dari sini jelaslah bahawa Islam menjadikan ikatan persaudaraan Islam (Ukhuwwah Islamiyah) yang
berasaskan aqidah mengatasi sebarang ikatan. Sedangkan semangat kebangsaan menjadi ikatan kaum atau
keturunannya mengatasai ikatan agama dan aqidah ini bercanggahan dengan Islam.

Nasionalisme meninggalkan hukum Islam (tidak melaksanakannya)


Islam tidak menganggap seseorang itu Islam sebenar kecuali apabila dia beri’tikad dan yakin dengan erti kata
yang sebenar bahawa ajaran Islam dan hukum-hukumnya adalah layak dan sesuai untuk dilaksanakan pada
setiap masa dan keadaan . Firman Allah S.W.T.,

‫أفحكم الجهلية يبعون ومن أحسن من هللا حكما لقوم يوقنون‬

Maksudnya:“Sesudah itu patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal bagi
orang yang penuh keyakinan tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah”
(Al-Ma’idah 5:50)

Sedangkan pejuang-pejuang semangat kebangsaan tidak menjalankan hukum Islam bahkan menghukum
dengan hukum wadh’ie dalam segala perkara kecuali mengenai persoalan ibadah dan nikah kahwin. Pejuang
kebangsaan biasanya menghukum dengan hukum sekular atau mereka melaksanakan Tafsil Al-Din wad-
Daulah (mengasingkan agama dan kerajaan). Perbuatan sedemikian bercanggah dengan prinsip Islam.

Menyebabkan penyokongnya melakukan pelantikan orang-orang kaflr sebagai pemimpin


Golongan yang membela semangat kebangsaan akan melantik orang kafir dan keturunannya atau keturunan
yang lain sebagai wali atau pemimpin mereka apabila orang kafir tersebut sealiran dengan mereka.
Sedangkan sikap sedemikian ditegah oleh Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah s.w.t.:

‫ال يتحذ المؤمنون الكفر ين أولياء من دون المؤمنين‬

Maksudnya:“Wahai orang yang beriman! Janganlah orang yang beriman itu mengambil orang kafir sebagai
kepimpinan mereka dengan meninggalkan orang beriman ....“
(Ali Imran 3:28)

SEKULARISME – Fahaman sekular atau sekularisme berasal dari Bahasa Inggeris dipetik dari perkataan
sekular yang bermaksud, “Berkaitan dengan keduniaan dan tidak berkaitan dengan keagamaan”. Bagi orang
Barat, mereka faham bahawa sekular bererti memisahkan agama (kristian) dengan kerajaan dan pemerintah.
Pihak gereja tidak masuk campur dalam urusan pemerintahan dan keduniaan.

Kamus Dewan menyebut sekular bermaksud berkaitan dengan keduniaan atau tidak berkaitan dengan
keagamaan. Jika disebut pendidikan sekular, ia bermaksud pendidikan yang tidak berkaitan dengan agama.

Manakala sekularisme bermaksud satu fahaman atau doktrin atau pendirian atau sebagainya yang menolak
atau memisahkan agama atau ciri-ciri keagamaan daripada urusan-urusan yang tidak bersangkutan dengan
agama seperti urusan pentadbiran awam, kehakiman, pendidikan dan lain-lain yang tiada kaitan dengan
agama.

10
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Bentuk-Bentuk Sekularisme Hari Ini


Dalam Bidang Politik – Menurut pandangan kaum sekular, sesebuah negara moden ialah bila terdapat
pemisahan yang tajam antara agama dengan urusan kenegaraan. Samuel H. Beer dari Harvard University
mengemukakan bahawa negara moden lahir dengan sendirinya, ia terpisah dari agama dan gereja, juga tidak
sebahagian dari masyarakat keagamaan dan menempatkan tujuan politiknya adalah duniawi semata-mata.

Dengan demikian, maka sekularisasi politik adalah proses sosial di mana struktur politik tradisional mengalami
perbezaan yang radikal yang menghasilkan pemisahan dalam bidang ketatanegaraan dan struktur
keagamaan. Sebahagian besar teori modenisasi politik bila memperkatakan peranan agama dalam politik
cenderung mengemukakan idea sekularisme yang membawa maksud membangun negara dan bangsa
menjadi moden dan terpisah dari sebarang urusan keagamaan.

Dalam Bidang Ilmu Pengetahuan – Pemikir Barat telah berusaha untuk memperluas jurang antana agama
dan ilmu pengetahuan. Kemudian, secara tidak langsung mereka melakukan tentangan terhadap apa yang
bersikap kerohanian dan secara terus¬terang mereka mengingkari segala apa yang tidak diketahui sebabnya
yang nyata.

Mereka menyeru pemisahan ilmu dan agama dan mereka melaung-laungkan keunggulan ilmu (yang telah
diasingkan) daripada agama. Maka jurubicara mereka berkata “Kalau kamu dapat meletakkan tuhan dan roh di
atas altar pembedahan dan dapat kamu lihat keduanya dengan mikroskop, maka aku bersedia untuk percaya
kepada keduanya”

Mereka menyatakan bahawa akal manusia yang bersandarkan kepada kekuatan pancaindera adalah satu-
satunya jalan ideal untuk dasar ilmu pengetahuan. Mereka menerangkan bahawa pengetahuan itu adalah
relative dan permulaan segala sesuatu dan akhirnya tidak diketahui dan tidak boleh diketahui.

Pandangan kaum sekular tentang kebenaran dan kenyataan dirumuskan di atas pengetahuan yang
diwahyukan atau kepercayaan agama, tetapi di atas tradisi kebudayaan yang diperkuat dengan dasar-dasar
pendapat filosofis. Renungan yang bertalian terutama dengan kehidupan duniai yang berpusat kepada
manusia sebagai makhluk dan fatwa rasional.

Dari Segi Fahaman Keagamaan – Bertitik tolak daripada semakin pudarnya kuasa kaum agama (Kristian)
pada waktu itu, maka kedangkalan terhadap pengaruh agama semakin meluas. Hal ini membawa maksud
seakan-akan agama menjadi sebab yang melambatkan perkembangan ilmu pengetahuan. Oleh kerana itu,
pemisahan segala aktiviti kehidupan dan ruang lingkup agama merupakan suatu perkara yang penting.

Fakta sejarah telah membuktikan bahawa agama Kristian pada awalnya telah menentang sekularisasi, yang
ditimbulkan oleh proses terlepasnya alam dari makna spiritual, berlangsung sepanjang sejarah dengan
kekalahan-kekalahan menentang kekuatan-kekuatan sekularisasi dan benteng-bentengnya.

Percanggahan Sekularisme dengan Islam

Pandangan Islam terhadap sekularisme mahupun pandangan sekularisme terhadap Islam adalah bersifat
negatif iaitu Islam menolak fahaman ini seratus peratus begitulah sebaliknya. Sekularisme mengungkapkan

11
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

dengan jelas sifat yang diterapkan untuk menggambarkan peradaban kebudayaan manusia barat dan apa
yang telah terjadi dalam dunia Islam.

Islam secara total menolak penerapan apa jua keatas konsep-konsep sekular, sekulanisasi dan sekularisme
kerana semuanya itu bukanlah milik Islam malah ia berlawanan dalam segala hal. Walaupun para sarjana
bersusah-payah untuk mewujudkan titik persamaan antara Islam dan sekularisme ianya tidak mungkin
berjaya.

Al-Quran menegaskan Islam telah diwahyukan secara lengkap dan sempurna buat manusia. Kenyataan
kesempurnaan ini telah dibuktikan sejak awal lagi. Islam melampaui sejarah dan tidak bergantung kepada
evolusi dan perkembangan seperti yang dialami oleh agama-agama lain, contohnya Kristian.

Seiarah kelahiran Sekularisme

Sekularisme mula lahir di Barat pada abad pertengahan kerana beberapa sebab tertentu, kemudian ia
dikembang dan disebarkan ke negara-negara Islam oleh kuasa penjajah sehingga fahaman ini akhirnya
dihayati dan diikuti oleh orang Islam khususnya para pemimpin yang mendapat pendidikan di Barat yang
kurang mengenali Islam sebenar. Sekularisme lahir di Barat kerana keadaan suasana Barat ketika itu sesuai
sekali bagi kelahirannya.

Antara sebab kelahirannya di Barat ialah:


• Keadaan agama Kristian yang memisahkan agama dengan negara atau dunia
• Keadaan kuasa gereja dan tokoh-tokoh agama yang begitu luas
• Penyelewengan sosial dan ekonomi
• Politik yang tidak stabil
• Tidak meggalakkan perkembangan keilmuan

Permulaan Sekularisme di Malaysia dan Perkembangannya


Selepas abad pertengahan, Eropah mencapai kemajuan dalam banyak bidang. Kemajuan tersebut dicapai
setelah mereka menghayati sekularisme. Kemudian, pada masa yang sama umat Islam rata-rata berada
dalam kemundunan dan ketinggalan dalam semua lapangan. Dengan itu, orang Islam khususnya para
pemimpin yang berpendidikan Barat mengambil sikap mudah dengan membuat anggapan kalau mahu maju
tirulah Barat dan ambillah apa yang ada di Barat. Lalu dengan mudah mereka mengambil semua yang ada di
Barat termasuk Sekularisme dan diguna pakai di negara Islam termasuk Tanah Melayu.

Antara faktor besar kemasukkan Sekularisme ke negara-negara Islam ialah melalui penjajah Barat yang telah
lama menghayati fahaman tersebut. Penjajah-penjajah Barat (Kristian) seperti Itali, Belanda, Portugis, Inggeris
dan sebagainya sangat benci kepada Islam dan penganut-penganutnya. Islam adalah musuh mereka.
Peperangan Salib yang berlaku begitu lama adalah satu bukti yang jelas bencinya Barat (Kristian) terhadap
Islam. Penjajahan Portugis dan Inggeris ke atas Tanah Melayu juga membawa masuk fahaman ini ke dalam
masyarakat Melayu.

Dengan kekuatan yang ada pada penjajah ketika itu, dan ditambah pula dengan kelemahan umat Islam dan
negara Islam, mudahlah bagi mereka mempermainkan umat Islam dengan memperkenalkan pelbagai isme
ciptaan mereka termasuklah sekularisme. Akhirnya fahaman ini diterima oleh umat Islam sebagi fahaman yang
baik dan perlu dipertahankan.
12
BIRO USRAH
PGPI TEKS USRAH FASA 2

Perkembangan Fahaman Ini Telah Berlaku Dalam Beberapa Saluran Iaitu:


Saluran Pendidikan – Sistem sekular diperkenalkan melalui sistem pendidikan yang diterapkan di sekolah-
sekolah Inggens. Kelengkapan yang disediakan begitu sempurna dan kemudiannya pelajar-pelajar dihantar
menyambung pelajaran ke Barat. Di sana mereka terdedah dengan gaya hidup Barat yang sekular dan
membawa budaya ini kedalam kehidupan seharian mereka.

Saluran Media Massa – Melalui media massa, Barat telah mempengaruhi umat Islam. Mereka menyebarkan
fahaman ini dengan pelbagai cara seperti menyebarkan pelbagai unsur-unsur jahat, ganas, seks, lucah dan
lain-lain.

Saluran Perundangan – Melalui sistem perundangan, pihak penjajah menukarkan sistem perundangan ini
berjalan serentak dengar sekular. Sekularisme perundangan ini berjalan serentak dengan sekularisme
pendidikan dan sekularisme media massa.

Saluran Pemikiran – Orang Yahudi dan Kristian sejak dahulu lagi tidak henti-henti berusaha menentang Islam
dan umatnya dengan pelbagai cara termasuk serangan senjata dan pemikiran. Adakalanya mereka berusaha
mengkristiankan umat Islam. Disamping itu, ada juga usaha menyelewengkan umat Islam daripada ajaran
Islam sebenar dengan mengemukakan istilah baru yang menarik seperti ‘pembaharuan’, ‘kemajuan’ dan
‘perubahan sosial’ supaya umat Islam terperangkap dengan istilah tersebut.

KAPITALISME – Istilah Kapitalisme sering digunakan untuk memberi pengertian tentang bentuk
pembangunan ekonomi yang bebas memiliki kebendaan secara peribadi dan bebas mencari keuntungan.
Mereka juga bebas melakukan persaingan dalam usaha, juga untuk merebut pasaran.

Untuk mencapai masyarakat yang sejahtera, menurut keyakinan Kapitalis, perlu ditubuhkan ekonomi bebas.
Dalam hal ini setiap orang bebas memiliki harta benda. Pemilikan harta benda yang sebegini mendorong
menumpukan modal besar-besaran tanpa batas.

Kaum pembela kapitalis berkeyakinan bahawa hukum-hukum ekonomi politik yang sewajarnya didasarkan
pada prinsip-prinsip umum, pasti akan dapat menjamin kebahagiaan masyarakat dan menjaga keseimbangan
ekonomi didalamnya. Kepentingan peribadi merupakan asas yang paling penting untuk menjamin kepentingan
sosial masyarakat. Menurut fahaman kapitalis, kebebasan peribadi yang bersifat doktrin bukan suatu cara
hidup yang sesuai untuk semua manusia.

SOSIALISME – Fahaman Sosialis lahir apabila kapitalis mencapai kemuncak kehancurannya. Demikianlah
gambaran Eropah pada masa revolusi industri yang terjadi pada sekitar abad ke18 dan 19. Dengan kemajuan
industri dan pemasaran, maka keuntungan besar-besaran hanya dapat dirasai oleh pemilik modal manakala
kaum buruh yang miskin tetap tidak mendapat imbuhan untuk menampung kehidupan sehari-hari.

Sebelum zaman Karl Marx, fahaman sosialis hanya merupakan sistem ekonorni yang bertujuan
menghapuskan hak milik peribadi, namun selepas itu ia berubah menjadi sistem nilai yang mencakupi semua
aspek kehidupan secara mutlak.

13

Anda mungkin juga menyukai