Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

SK TAMAN SUTERA

(ALU-ALUAN)

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak
berselawat kepadaku.” (Al-Nasai & Ibnu Hibban)

Yang Berusaha, Yang Dihormati,


En. Muhamad B Sohaini Puan Haslina Bt Hj Md Daud,
Guru Besar SK Taman Sutera GPK Pentadbiran Sk Taman Sutera

Yang Dihormati, Yang Dihormati,


Puan Ruhana Bt Wahab En Mohamad B Rahmat
GPK Hal Ehwal Muird Sk Taman Sutera GPK Kokurikulum SK Taman Sutera

Yang Dihormati, Yang Dikasihi,


Tn Hj Adam Bin Ali Tn Hj ____________________
YDP PIBG SK Taman Sutera Penceramah Jemputan Sambutan Maulidurrasul peringkat
SK Taman Sutera

Rakan-Rakan Guru Berdedikasi,Para Ibu Bapa Yang Prihatin, Dan Anak-Anak Sk Taman Sutera Yang
Bermotivasi.
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Selamat datang diucapkan, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, ke Majlis Sambutan Maulidurrasul
peringkat SK Taman Sutera bagi tahun 2019 pada pagi yang mulia ini.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya
sekali lagi pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul sempena
memperingati junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Hadirin dan Hadirat sekalian,

Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir
zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan
menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil
iktibar kisah suka duka perjuangannya.

Warga dewan yang dirahmati sekalian,

Bagi memberkati majlis pada pagi yang penuh barakah ini, majlis dengan segala
hormatnya, mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Dazreen Bin Othman untuk menyampaikan bacaan
doa.
Dengan penuh takzim, majlis mempersilakan.

(BACAAN DOA)

Amin, Ya Rabb al-‘Alamin.


Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan
mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

(BACAAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN)

Majlis pada pagi yang berbahagia ini diteruskan dengan persembahan nasyid dari
kumpulan___________________________dengan lagunya yang bertajuk_____________________.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan nasyid_____________________atas


persembahan itu tadi.

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput anak-anak tahfiz ___________________________ untuk


mengalunkan Qasidah. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan Qasidah _____________________atas


persembahan itu tadi.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu pengumuman pemenang bagi pertandingan perarakan
selawat mengikut kelas daripada Masjid Taman Perling hingga SK Taman Sutera yang telah
dilaksanakan pada awal pagi tadi.

Bagi tujuan tersebut, majlis dengan segala sukacita dan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, En
Mouhammad Bin Sohaini, GB SK Taman Sutera mengiringi Yang Berbahagia, _______________
Penceramah Jemputan Maulidurrasul untuk menyampaikan hadiah.

Dengan penuh hormat dan takzim, majlis mempersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia tuan atas kesudian menyampaikan hadiah-hadiah
itu tadi,

Tertib acara diteruskan dengan membuka tirai sidang ceramah yang menjadi asas majlis pada hari ini
diadakan. Sebelum saya menjemput penceramah pada hari ini, ada eloknya jika saya membaca biodata
penceramah kita.

(BACA BIODATA)

Di harap semua murid-murid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada ceramah yang akan
disampaikan sebentar lagi.

Tanpa membuang masa saya menyerahkan majlis kepada____________________________untuk


menyampaikan ceramah yang bertajuk___________________________. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

(CERAMAH)

Terima kasih diucapkan kepada__________________________________atas ceramah yang


disampaikan sebentar tadi.

Diharap segala input yang disampaikan tadi dijadikan sebagai pedoman dan pengajaran kepada murid-
murid sekalian. Marilah sama-sama kita di bulan yang mulia ini menanamkan azam yang lebih baik
agar mendapat syafaat daripada Allah s.w.t.
Bila memandang ke muka laut,
Nampak sampan mudik ke hulu;
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu

Sebagai tanda penghargaan kepada penceramah pada hari ini pihak majlis mempersilakan Yang
Berusaha En. Muhamad B. Sohaini, GB SK Taman Sutera untuk menyampaikan cenderahati sebagai
tanda rasa terima kasih kepada penceramah.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan:

__________________________________________________untuk menerima cenderahati.


Dipersilakan.

Terima kasih Yang Berusaha Tuan GB sudi menyampaikan hadiah.

(BERSURAI)

Selesailah sudah Majlis Sambutan Maulidurrasul pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam hati,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sebelum bersurai marilah sama-sama kita membaca surah Al-Asr dan tasbih Kafarah.

Majlis dengan hormatnya menjemput __________________________________________ untuk


mengiringi dan mempersilakan ____________________________________ dan guru-guru ke dewan
makan untuk menikmati hidangan juadah yang telah disediakan.

Murid-murid dan para tetamu juga dijemput bersama-sama menikmati jamuan yang telah disediakan,
semoga bertambah rezeki, sihat walafiat dan hari ini lebih baik daripada semalam juga seterusnya.

Wabilahitaufiq.....................................................................

Anda mungkin juga menyukai